The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 01 2023.2024 (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ressy306, 2023-07-19 08:03:43

MESYUARAT GURU BIL 01 2023/2024

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 01 2023.2024 (3)

1 SK SUNGAI UDANG KLANG MINIT MESYUARAT GURU BIL. 01 2023/2024 Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa) Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Kehadiran : 98/106 (91%) BIL NAMA JAWATAN 1 ABDUL HALIM BIN AHMAD GURU BESAR 2 NORSHAHIMA BT NORDIN PK PENTADBIRAN 3 MAZHANIZA BT MAT ZAIN PK HEM 4 MOHD FAIDZ BIN ALIAS PK KOKO 5 AZRI RIZAL BIN AWANG JAMBI GURU DATA 6 HASNAN BIN ZAKARIA GURU BESTARI/KP RBT 7 NURUL ASIAH BT MD MAHYUDIN GURU MEDIA 8 HAYATI BT JAMAAIN GURU B & K 9 CHE ROSLINA BT CHE LAH PRA UM 10 ZAINAH BT ASMAWI PRA UKM/PEY.PRA 11 NORHASMIDAH BT TUBI PRA USM 12 NAJIHAH BT ZAKARIA PRA UIAM 13 SUZANA BT JALAL 4 DEDIKASI 14 KALAIVAANI A/P MARUNTHAN 4 EFEKTIF 15 NOOR LIZA BT JAMALUDDIN 4 INOVATIF 16 JULIARINA BT SARIMIN 4 INTELEK 17 NOR FAIZAH BT ALIAS 4 KREATIF 18 MOHAMAD NAZRI BIN MOHD YUSOFF 4 OPTIMIS/KP SEJARAH 19 NIRMALAH A/P PALIANIAPPAN 4 POSITIF 20 ROSHASLINDA BT ABDUL RASID 4 PROAKTIF 21 SITI HAJAR BT NORDIN 5 DEDIKASI 22 NUR LIYANA BT SHARIFFUDIN 5 EFEKTIF 23 MAGESVARI A/P RAJALINGAM 5 INTELEK 24 ZALINAH BT MOHD AMIN 5 KREATIF 25 THIRUCHELVAN A/L PERIASAMY 5 OPTIMIS 26 SUMITHA A/P SIVALINGAM 5 POSITIF 27 SABOORA BEEWEE BT KAMARUDIN 6 DEDIKASI 28 NORA BT ZAINAL 6 EFEKTIF 29 SITI NORHAFIZAH BT ABDUL HARUN 6 INOVATIF 30 MASHITHAH BT OTHMAN 6 INTELEK 31 NORZITA BT MAT SAHAR 6 KREATIF 32 SH. AZZAH MASHITA WAFFA BT SYED AYOUB 6 OPTIMIS 33 ATHIRAH FARHANA BT TAHIR 6 POSITIF 34 SITI AISAH BT DAUD 6 PROAKTIF 35 NIK ZURAINI BT NIK LEH KP BAHASA MELAYU 36 NOOR FAIZAH BT OTHMAN KP MATEMATIK 37 NOOR SUFANIE BT MAT SOKRI KP BAHASA INGGERIS 38 NORHASIMAH BT MALAYON SANI KP SAINS


2 BIL NAMA JAWATAN 39 NORHAIZAN BT HASHIM KP PENDIDIKAN ISLAM 40 MOHD KHAIRUL NIZAM BIN IBRAHIM KP P. MUZIK/PENY.T 5 41 RAFIDAH BT SAHARUDIN KP PSV 42 MAKELTHOM BT MOHAMED KP BAHASA ARAB 42 SURIHANA BT ABDULLAH GURU JADUAL WAKTU 44 NOOR IZWANI BT IBRAHIM SU KURIKULUM 45 FARHANI BT AHMAD SU HEM 46 NUR ASYILAH BT MUSTA'AIN NAIB SU KOKO 47 MUHAMMAD ALIF AIZAT BIN CHE LONG SU SUKAN 48 ZULKIFLE BIN A. RAHMAN SU PEPERIKSAAN 49 NURUL AUNI BT JASNI PENY.THN 4 50 AZLINA BT CHE IBRAHIM PENY. THN 6 51 FAZLIN BT SARJONO GURU DISPLIN 52 ABIDAH BT RAHAMAT PENY.SPBT 53 WARDATUL FARHA BT MD TAKIM GPI/PENYELARAS PBD 54 MATDINOS BIN TALIB GURU PENGAWAS 55 ZARIZA BT MAT SAWARI GPI 56 RASITAH BT AHMAD GURU PERPUSTAKAAN 57 WAN HANIM NAJIAH BT WAN MUDA GURU DISIPLIN/PENY.T2 58 MEGAT ABDUL ZAKI BIN MEGAT ABDUL HAMED GBK 59 HASLINDA BT HADI GPK 60 RADZIAH BIN ABDUL JAMAL 1 DEDIKASI 61 NUR AMIRAH BT NGAPAN 1 EFEKTIF 62 NADIA FARAHIN BT ISMAIL 1 INOVATIF 63 NOOR HALIZA BT MANSOR 1 INTELEK 64 NABILA DAFIENA BT HUSAINI 1 KREATIF 65 AISYAH BT HAIDZIR 1 OPTIMIS 66 SITI MARIAM BT MOHAMAD 1 POSITIF 67 SITI AISHAH BT ISHAK 1 PROAKTIF 68 ASRANI BT MAT RIPIN 1 PROGRESIF 69 HAMIDAH BT SAILAN 2 DEDIKASI 70 NOR AZLINA BT HASMUNI 2 EFEKTIF 71 DANIAH BT MUNAJIR 2 INOVATIF/SU PTG 72 KALAWATHY A/P KUPUSAMY 2 INTELEK 73 SIVA SAKTHI A/P KUPPUSAMY 2 KREATIF 74 SITI NOORAIN BT ISMAIL 2 OPTIMIS 75 RUSMINA BT MOHD SALLEH 2 POSITIF 76 KAMALINI ILANGO 2 PROAKTIF 77 NUR FARISNAJWA BT AZHAR 2 PROGRESIF 78 SHAMSIAH BT ADAM 3 EFEKTIF 79 ZAMKHAIRI BIN SIMON 3 INOVATIF 80 ZALINAH BT MANSOOR 3 INTELEK 81 NOORHAYATI BT OTHMAN 3 KREATIF 82 NORHANIZAM BIN HASSAN 3 OPTIMIS 83 NURUL HARDI BIN BAHARUM 3 POSITIF 84 MOHD IKRAM BIN AZMI 3 PROAKTIF


3 BIL NAMA JAWATAN 85 RUSMIYANTI SUFIYANA BT MOHAMED IDRUS 3 PROGRESIF 86 MAZLIZA BT MUSA PENY. THN 1 87 ADAM BIN AHMAD PENY. THN 3 88 IZYAN DIYANA BT ZULKIFLI PENY.TRANSISI 89 MUHAMMAD IRSYAD BIN AZMAN GPI 90 MOHD HAFIZI BIN NASRI GURU MUZIK 91 SITI MASHITAH BT SUWARI GPI/SU SPBT 92 HELMYZI BIN HINDWAN SAINS/GURU ASET 93 SALIHIN BIN AHMAD GURU BM 94 NURSYAIRAH BT ABDUL MALEK GURU PSV 95 NUR SALIHAH BT MAT ISA GPI/NAIB SU HEM 96 NIK ASMA’ BT NIK ABDUL KADIR GURU BI/JADUAL WAKTU 97 MUHAMMAD YUSRI BIN SHADAN GURU MATE 98 SITI NORHANUM BT ROSLAN GPI Turut Hadir: Tiada Tidak Hadir Bersebab: 1. Puan Normawati binti Inas (Cuti Sakit) 2. Encik Mohamad Nizam bin Darus (Cuti Tanpa Rekod – Urusan kematian bapa) 3. Puan Nur Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab (Cuti bersalin) 4. Encik Mohamad Zaki bin Mohamed Ibrahim 5. Puan Siti Nurhidayah binti Hassan (Cuti sakit) 6. Encik Muhammad Rashid bin Azmi 7. Encik Husnul Hadi bin Husin (Urusan keluarga) 8. Encik Muhammad bin Abdul Nasir (Mula bertugas 20 Mac 2023) Tidak Hadir Tanpa Sebab: Tiada Urus Setia Mesyuarat: 1. Rasitah bt Ahmad (S/U Mesyuarat Guru) 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Encik Abdul Halim bin Ahmad mengucapkan salam dan tahniah kepada barisan pentadbir dan semua guru yang hadir ke Mesyuarat Guru Bil. 01 2023/2024. 1.2 Tahniah kepada Encik Mohd Faidz bin Alias kerana telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu di sekolah ini bagi menggantikan Encik Muhammad Hafiz bin Damanhuri yang akan berpindah ke SK Taman Gembira. Manakala Penolong Kanan Petang yang baharu iaitu Puan Normawati binti Inas daripada SK Perempuan Methodist tidak dapat hadir pada hari ini. Diharap Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU) akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang Makluman: Semua guru


4 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit mesyuarat guru Bil 04 2022/2023 diterima setelah semakan dibuat. Cadangan : Puan Zariza binti Mat Sawari Sokongan : Puan Nursyairah binti Abdul Malek Pindaan : Tiada Makluman: Semua guru 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit. 4. PERBINCANGAN PERKARA BAHARU 4.1 Guru Besar (Encik Abdul Halim bin Ahmad) 4.1.1 Projek-projek kecil sekolah i) Cikgu Salihin telah menyiapkan garaj motosikal untuk guru, pekerja dan tetamu sekolah di sebelah kantin sekolah. ii) Tangga di hadapan pentas Dewan Wawasan telah disiapkan atas permintaan Cikgu Noor Sufanie. iii) Tingkap bilik di bilik audio Dewan Wawasan juga telah disiapkan atas permintaan Cikgu Mohd Khairul Nizam. iv) Cikgu Mazhaniza sedang menyediakan Taman di sebelah Bilik Jamuan yang akan ditutupi bumbung tetapi tidak secara menyeluruh. v) Makmal Komputer di bahagian dalam dan luar telah siap dicat dengan kerjasama pentadbir dan Cikgu Hasnan. vi) Bilik Jamuan telah ditukar nama sebagai ‘Bilik Madani SKSU’. vii) Bilik EPRS ditukar nama menjadi ‘Bilik Aspirasi’. viii) Bilik Pengurusan HEM dinamakan Pusat Agihan Rahmah iaitu berkonsepkan kebajikan. Susu dan pakaian murid boleh diletakkan di bilik ini. Makluman: Semua guru 4.1.2 Pemantapan Dokumen i) Sepanjang berada di SKSU, Guru Besar menyatakan bahawa belum jumpa lagi kertas kerja yang betul-betul memuaskan hati beliau. Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Nadia Farahin kerana telah menyiapkan kertas kerja Squad Elite yang bagus setelah dibantu oleh Guru Besar dan ditambah baik. Guru-guru boleh menjadikannya sebagai rujukan contoh format dan penulisan kertas kerja tersebut. ii) Guru-guru juga perlu mempunyai kemahiran dalam penulisan surat rasmi sama ada untuk dihantar kepada PPD atau sebagainya. Guru-guru boleh merujuk kepada Puan Irfah Dimyati di pejabat tentang format penulisan surat rasmi yang baik. Makluman: Semua guru


5 4.1.3 Perhimpunan i) Semua guru sesi pagi dan petang digalakkan memakai blazer semasa perhimpunan rasmi minggu pertama sesi 2023/2024. Guru lelaki perlu memakai tali leher. ii) Guru kelas perlu duduk di kerusi yang telah disediakan di barisan hadapan. Guru besar mencadangkan, PK HEM boleh memberi markah penilaian tambahan dari segi pengurusan kelas sekiranya guru kelas duduk di kerusi yang telah disediakan semasa perhimpunan rasmi. Hanya guru bertugas sahaja yang berada di barisan murid. iii) Aktiviti sebelum perhimpunan bermula perlu diselaraskan dan berterusan setiap hari. Guru bertugas perlu mengikut modul yang telah disediakan. Makluman: Semua guru 4.2 PK Hal Ehwal Murid (Puan Mazhaniza binti Mat Zain) 4.2.1 Puan Mazhaniza binti Mat zain mewakili unit HEM mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa unit HEM 2022/2023 terutama mantan setiausaha unit HEM iaitu Cik Fazlin binti Sarjono yang banyak berjasa membantu dan menyokong unit HEM tidak mengira masa. Oleh itu, pelapis setiausaha HEM diperlukan untuk memantapkan lagi unit HEM. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ketuaketua unit HEM yang banyak memberi kerjasama yang baik selama beberapa tahun. Tahniah juga kepada setiausaha unit HEM yang baharu iaitu Puan Farhani binti Ahmad (sesi pagi) dan Puan Nur Salihah binti Mat Isa (sesi petang). Guru-guru prasekolah juga dilibatkan untuk pengisian dalam jawatankuasa dalam unit HEM. Makluman: Semua guru 4.2.2 Puan Mazhaniza binti Mat Zain juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Guru Besar dan Penolong Kanan yang banyak memberi sokongan, pekerja pembersihan yang sentiasa memastikan kebersihan sekolah dan pekerja keselamatan yang bertugas 24 jam. Makluman: Semua guru 4.2.3 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk Tahun 2 hingga 6 telah berjaya diselesaikan dan diterima secara atas talian. Tahniah dan terima kasih kepada Puan Fina Harmoza kerana telah banyak membantu menguruskan BAP bersama dengan pihak bank. Terima kasih kepada Guru Besar kerana telah bersetuju dengan cadangan pengagihan BAP yang dibuat secara atas talian sejajar dengan sekolah pendigitalan walaupun dikecam oleh segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati. BAP untuk Tahun 1 telah diwar-warkan kepada ibu bapa untuk mereka membuka buku akaun Bank Islam atau Bank Simpanan Nasional. Terima kasih kepada Puan Nurul Auni dan penyelaras tahunyang telah membantu. BAP Tahun 1 akan diberi bermula sesi persekolahan 2023/2024 dan selewat-lewatnya pada bulan Mei. Makluman: Semua guru


6 4.2.4 Aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas perlu dibuat sebelum sesi persekolahan bermula. Tahniah diucapkan kepada guru kelas yang telah mula menceriakan kelas masing-masing. Makluman: Semua guru 4.2.5 Perubahan kelas 4 Dedikasi akan berlaku atas permintaan Puan Suzana binti Jalal dimana Kelas 4 Dedikasi akan berpindah ke Blok C berkongsi dengan Kelas 3 Progresif. Makluman: Semua guru 4.2.6 Guru kelas Tahun 6 perlu memastikan jumlah kerusi dan meja murid sebanyak 45 buah supaya cukup untuk menampung jumlah murid Tahun 1. Makluman: Semua guru 4.2.7 Guru lelaki diminta untuk membantu mengeluarkan tanda nama kelas Tahun 1 dan Tahun 2 untuk diletakkan di kelas-kelas yang baharu. Makluman: Semua guru 4.2.8 Maklumat lebih lanjut mengenai unit HEM akan diberitahu dalam Mesyuarat HEM Bil 01 yang akan diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu). Makluman: Semua guru 4.3 Penolong Kanan Kokurikulum (Encik Mohd Faidz bin Alias) 4.3.1 Encik Mohd Faidz bin Alias selaku Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu mengharapkan Unit Kokurikulum sesi 2023/2024 akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Makluman: Semua guru 4.3.2 Perancangan yang telah disusun oleh Encik Muhammad Hafiz bin Damanhuri iaitu mantan (PK Kokurikulum) dan AJK induk yang sebelum ini akan diteruskan. Kemungkinan ada sedikit penambahan program untuk penambahbaikan. Makluman: Semua guru 4.3.3 Mesyuarat Kokurikulum Bil 01 akan diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu) dan diharap semua guru dapat hadir. Makluman: Semua guru 4.3.4 Terdapat 7 program telah dirancang dalam unit Kokurikulum. Setiap program telah ditentukan nama PIC yang terlibat. Diharap PIC yang terlibat perlu peka dan berbincang lebih awal dengan PK Kokurikulum sebelum program tersebut berlangsung. Makluman: Semua guru


7 4.4 PK Petang (Encik Mohd Faidz bin Alias) 4.4.1 Encik Mohd Faidz bin Alias mengingatkan kepada semua guru terutamanya setiausaha, berkenaan dengan mesyuarat. Mesyuarat yang hendak diadakan mestilah bermula awal sedikit iaitu pukul 12.20 tengah hari supaya tidak mengganggu waktu PdPC. Makluman: Semua guru 4.4.2 LADAP yang diadakan pada hari persekolahan untuk guru-guru sesi pagi dan petang hendaklah dihadiri seperti masa yang telah ditetapkan mengikut sesi supaya tidak berlaku ketidakcukupan tempat duduk, kecuali guru yang mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan dan telah mendapatkan kebenaran pentadbir. Tindakan: Semua guru 4.4.3 Hari Orientasi Tahun 1 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 11 Mac 2023 (Sabtu) yang lalu. Peratus murid Tahun 1 yang hadir hanya sebanyak 69%. Oleh itu, diharap pada masa akan datang akan dibuat penambahbaikan. Makluman: Semua guru 4.4.4 Hari penyerahan dokumen dan bayaran PIBG dan pelbagai akan dijalankan pada 18 Mac 2023 (Sabtu). Ibu bapa Tahun 2 hingga Tahun 6 akan membuat bayaran PIBG dan pelbagai di Dewan Wawasan, manakala Tahun 1 di Dewan Bestari. Sesi taklimat bersama ibu bapa Tahun 1 akan disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Ahmad (Guru Besar), Encik Megat Abdul Zaki, Puan Rusmiyanti dan Encik Hasnan. Selepas taklimat, ibu bapa Tahun 1 akan menyerahkan dokumen serta membuat bayaran PIBG dan pelbagai. Kemudian mereka akan mengambil buku teks Tahun 1 di Makmal Sains bersebelahan bilik SPBT. Makluman: Semua Guru 4.4.5 Waktu persekolahan sesi petang ada sedikit perubahan iaitu hari Isnin hingga Khamis pukul 1.05 hingga 6.05 petang dan hari Jumaat 2.15 hingga 6.15 petang. Waktu rehat murid pula adalah selama 30 minit. Makluman: Semua guru 4.4.6 Bagi mengurangkan kesesakan dan melancarkan pengurusan waktu pulang murid untuk bulan pertama persekolahan, murid Tahun 1 akan dibawa keluar awal 15 minit, Tahun 2 awal 5 minit dan Tahun 3 tepat pada waktunya. Ibu bapa murid Tahun 1 akan masuk melalui pintu pagar utama mengambil anak masing-masing. Murid Tahun 2 dan 3 Dedikasi hingga Intelek akan keluar melalui pagar kecil, manakala murid tahun 2 dan 3 Kreatif hingga Progresif akan keluar melalui pagar tengah. Makluman: Semua guru 4.4.7 Program Transisi Tahun 1 perlu menggunakan Modul Transisi yang telah dibeli oleh pihak sekolah. Makluman: Semua guru


8 4.4.8 Permohonan pembukaan kelas baharu iaitu kelas 1 Sukses belum pasti diluluskan. Sekiranya diluluskan, kelas ini akan ditempatkan di Bilik Sejarah. Oleh itu, Guru kelas 1 Dedikasi hingga 1 Progresif sudah boleh mula menceriakan kelas masingmasing. Makluman: Semua guru 4.4.9 Pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 iaitu 20 Mac 2023, Encik Mohd Faidz memohon kepada semua guru sesi petang supaya berada di Dewan Wawasan pada pukul 12.45 tengah hari untuk membantu pengurusan susunan murid tahun 1, 2 dan 3. Tujuannya adalah untuk mengelakkan murid beratur di barisan kelas yang salah. Guru-guru tidak boleh mengharapkan guru kelas dan guru bertugas sahaja. Tindakan: Semua guru sesi petang 4.4.10 Jadual tugas guru damping Tahun 1 akan dibuat untuk membantu guru kelas Tahun 1 kerana terlalu banyak dokumen perlu diuruskan dan dikemaskini. Makluman: Semua guru 4.4.12 Kelas 4 Dedikasi akan berkongsi dengan kelas 3 Progresif di tingkat 1 blok C. Makluman: Semua guru 4.4.13 Encik Mohd Faidz memohon kepada Encik Azri Rizal bin Awang Jambi (Guru Data) supaya mengemaskini APDM murid Tahun 1 lebih awal untuk memudahkan guru kelas Tahun 1 memasukkan data murid yang terkini. Makluman: Semua guru 4.4.14 Pengoperasian loker akan dijalankan pada awal persekolahan dan diketuai oleh oleh Encik Helmyzi. Makluman: Semua guru 4.4.15 Terima kasih diucapkan kepada semua guru sesi petang terutamanya Puan Daniah binti Munajir kerana telah banyak membantu dan melancarkan pengurusan sesi petang. Makluman: Semua guru 4.5 Pengurus Projek Wakafthon (Encik Hasnan bin Zakaria) 4.5.1 Terima kasih kepada semua warga SKSU kerana telah bekerjasama dengan unit Bestari di bawah kelolaan PIBG sekolah bagi mencari dana untuk pembangunan ICT dan prasarana sekolah. Makluman: Semua guru 4.8.2 Pembahagian token kepada semua murid dan kelas yang mendapat kutipan terbanyak wakafthon telahpun dilaksanakan. Makluman: Semua guru 4.8.3 Untuk makluman semua guru, jumlah keseluruhan kutipan wakafthon adalah sebanyak lebih kurang RM70,000. Kutipan ini akan diagihkan untuk:


9 i) Menaik taraf Makmal Komputer seperti mengecat, membeli kerusi dan meja dan lain-lain keperluan. ii) Unit Bestari akan membeli 2 buah ‘Smart Board’ yang bernilai RM11,000 setiap unit untuk diletakkan di makmal Komputer 1 dan 2 supaya guru-guru boleh mengajar dengan lebih efisyen. iii) Beberapa buah ‘Android TV’ atau ‘Smart TV’ akan disumbangkan kepada bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pendidikan Islam, Bilik Bahasa Melayu, Bilik Bahasa Inggeris, Bilik Matematik, Makmal Sains dan Bilik Pemulihan. iv) Hasrat untuk menyediakan ‘Android TV’ atau Smart TV’ di setiap kelas tidak dapat dilaksanakan kerana jumlah kutipan tidak mencapai target yang dikehendaki. Oleh itu, inisiatifnya adalah dengan meletakkan ‘Android TV’ atau Smart TV’ di 3 buah kelas sahaja secara rintis iaitu di Kelas 1 Dedikasi/4 Dedikasi, 2 Dedikasi/6 Dedikasi dan 3 Dedikasi/5 Dedikasi. Tujuannya adalah supaya ibu bapa akan nampak kepentingan alatan ICT di dalam kelas untuk membantu pembelajaran anak-anak. v) Dua buah ‘Android TV’ akan dibeli untuk dipasang di Dewan Wawasan supaya murid-murid di bahagian belakang dan tengah dewan dapat melihat dengan jelas sekiranya ada sebarang program sekolah dijalankan. vi) Sebuah ‘Android TV’ juga mungkin akan disediakan di Bilik Mesyuarat Utama untuk kemudahan guru-guru. vii) Sebanyak lebih kurang RM5000 baki daripada kutipan akan diserahkan kepada Guru Besar untuk keperluan prasarana sekolah. Makluman: Semua guru 5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN 5.1 Tiada pembentangan kertas kerja. 6. HAL -HAL LAIN 6.1 Puan Hayati binti Jamaain, Guru Bimbingan dan kaunseling (B&K), memohon kepada Guru Besar supaya membina pintu kaca di bilik guru B&K memandangkan terdapat 2 orang guru B&K lelaki dan seorang guru B&K perempuan. Guru besar menyatakan beliau akan membincangkan perkara ini dan bergantung kepada sumber kewangan. Makluman: Semua guru 6.2 Puan Nurul Asiah binti Md Mahyudin (Guru Perpustakaan dan Media) 6.2.1 Puan Nurul Asiah binti Md Mahyudin menyatakan bahawa buku NILAM akan digunakan untuk semua murid bermula sesi 2023/2024. Murid-murid boleh membeli buku NILAM di Kedai Buku Sekolah. Borang dan fail NILAM tidak akan digunakan lagi. Makluman: Semua guru 6.2.2 Data Studio NILAM baharu akan dibina untuk sesi 2023/2024 oleh Encik Muhammad Rashid bin Azmi dan dibantu oleh Encik Hasnan bin Zakaria. Data


10 Studio Nilam yang lepas akan disimpan supaya tidak bercampur dengan yang baharu. Semua guru boleh melihat maklumat dalam Data Studio Nilam melalui pautan yang akan diberitahu kelak. Makluman: Semua guru 6.2.3 Sistem peminjaman dan pemulangan buku melalui sistem S-SLIP telah dikemaskini. Oleh itu, guru-guru boleh memberi nombor kad pengenalan untuk dikemaskini. Murid-murid pula perlu menggunakan kad bestari untuk proses pinjaman dan pemulangan buku. Makluman: Semua guru 6.3 Puan Rusmiyanti Sufiyana binti Mohamed Idrus menyatakan bahawa karpet di Kelas 3 Progresif tidak diperlukan lagi dan perlu dikeluarkan. Makluman: Semua guru 6.4 Puan Azlina binti Che Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir semua guru kelas Tahun 6 kerana telah memberi kerjasama yang baik selama 2 minggu untuk menyelesaikan pengurusan penempatan Tingkatan 1. Makluman: Semua guru 6.5 Puan Rafidah binti Saharudin memohon kepada Guru Besar untuk mendapatkan LCD Projector atau Smart TV bagi kegunaan bilik Pendidikan Seni Visual. Makluman: Semua guru 6.6 Encik Abdul Halim bin Ahmad (Guru Besar) 6.6.1 Mesyuarat Agung PIBG pada asalnya akan diadakan pada 23 Mac 2023 telah ditangguhkan pada 8 April 2023. Mesyuarat PIBG mungkin akan dijalankan secara bersemuka dan secara live di ‘Youtube SKSU’. Mesyuarat PIBG ini perlu diadakan sebelum Guru Besar bersara kerana ada hal penting mengenai BAP yang perlu dijelaskan kepada ibu bapa. Makluman: Semua guru 6.6.2 Puan Siti Aisah binti daud telah membuat aduan tentang isu lantai Kelas 6 Proaktif / 1 Progresif yang berlubang perlu dibaik pulih. Guru besar telah berbincang dengan kontaraktor sekolah dan hari ini Cikgu Salihin akan melihat keadaaan lantai kelas tersebut untuk mengetahui kos yang diperlukan bagi membaikinya. Makluman: Semua guru 6.6.4 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua Penolong Kanan dalam melaksanakan tugas dengan baik sepanjang sesi 2022/2023 dan dibantu oleh semua guru. Makluman: Semua guru 6.6.5 Mesyuarat Agung KKGK akan diadakan pada suatu masa yang akan ditetapkan kelak.


11 Makluman: Semua guru 6.6.6 Guru-guru yang belum membuat tempahan baju kemeja SKSU perlu bertindak segera. Makluman: Semua guru 6.6.7 Majlis terbaik sepanjang sesi 2022/2023 adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA). Guru Besar mengucapkan Tahniah kepada Puan Nurul Asiah kerana berjaya menjadi pengacara majlis yang sangat bagus dari segi intonasi suara, ditambah pula dengan kombinasi suara pengacara yang lain. Makluman: Semua guru 7. PENUTUP 7.1 Pengerusi dan pihak pengurusan mesyuarat mengucapkan terima kasih diatas Kerjasama dan komitmen semua guru dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau juga memohon maaf sekiranya ada sebarang tingkah laku yang tidak disenangi dan terkasar bahasa sepanjang mesyuarat berlangsung. Makluman: Semua guru 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Makluman: Semua guru Urusetia Mesyuarat, Rasitah binti Ahmad 31 Mac 2023


Click to View FlipBook Version