u l a s a n f i l e m SITI RAUDHAH BINTI ABDUL RAZAK - 284591 VKMC2031-PEMBANGUNAN KELUARGA III
WATAK UTAMA UMMI NAZEERA Watak: Siti Hajar JALIL HAMID Watak: Wak Selamat NAIM DANIEL Watak: Iqram BETO KUSYAIRY Watak: Zaidi FADILAH MANSOR Watak: Zainab ERWIN DAWSON Watak: Irwan
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga dimana watak Wak Selamat (Jalil Hamid) dan Zainab (Fadilah Mansor) yang mempunyai dua anak lelaki yang bernama Zaidi (Beto Kusyairy) dan Ikram (Naim Daniel). Siti Hajar (Ummi Nazeera) pula merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik tersebut. Wak Selamat merupakan seorang ayah yang sangat menyayangi menyayangi anak perempuannya. Beliau sanggup menunaikan segala kehendak anak perempuannya itu bagi memastikan segala kebahagiaan anaknya dapat dikecapi pada setiap masa. S I N O P S I S
Namun yang demikian, Wak Selamat tidak berlaku adil kepada anak-anaknya yang lain. Beliau kurang memberikan perhatian serta tidak memberikan sokongan kepada anak lelakinya dalam setiap perkara yang mereka lalukan. Setiap kejayaan yang dikecapi oleh anak lelakinya tiada makna dimata seorang ayah tersebut. Pada suatu hari, Ikram balik kerumah sambil memegang piala. Beliau telah memenangi pertandingan menulis karangan Bahasa English. Namun ayahnya tidak mengendahkan kemenangan tersebut dan tiada kata-kata pujian yang dilontarkan. Lebih menyedihkan lagi apabila Zaidi dan Ikram perlu mengorbankan citacita demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan.
Zaidi merupakan anak yang mendengar kata ibu bapanya tanpa dan hanya menyimpan ketidakpuasan hati hanya pada dirinya sendiri. Berbeza dengan Ikram yang merupakan anak bongsu dalam keluarga tersebut. Ikram begitu lantang berkata-kata dalam menzahirkan sesuatu perkara. Anak bongsu itu mengingatkan abangnya bahawa abangnya telah banyak berkorban untuk keluarga walaupun hanya bergaji yang kecil. Ikram juga pernah mengingatkan ayahnya betapa tinggi si ayah mengangkat darjat Siti Hajar dalam keluarga sehingga anak-anak yang lain terasa disisihkan. Jelaslah betapa gagalnya si ayah sebagai seorang ketua keluarga.
KONFLIK Pada suatu hari, si ayah mendapat mimpi buruk. Beliau berfikir bahawa mimpi tersebut mungkin ada kaitan dengan anak perempuannya. Tiba-tiba, keluarga tersebut menerima suatu berita yang mengejutkan.
Siti Hajar telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Si ayah menjadi tertekan apabila anak kesayangannya berada dalam keadaan kritikal. Keadaan menjadi lebih tegang apabila si ayah mengetahui bahawa hobi Siti Hajar adalah menunggang motosikal berkelajuan tinggi dan semua ahli keluarganya telah mengetahui perkara tersebut terlebih dahulu.
Si ayah terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh. Mereka tidak setuju akan keputusan si ayah untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terangterangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia.
Namun, jodoh, ajal dan maut semuanya ditangan Allah SWT. Siti Hajar telah disahkan meninggal dunia. Walaupun berdepan pelbagai rintangan, akhirnya jenazah berjaya dibawa balik ke kampung halaman. Setelah selesai proses pengebumian, keluarga tersebut menonton video yang direkod oleh Siti Hajar sepanjang arwah berada di Australia. Air mata kembali jatuh mendengarkan setiap kata-kata rindu dari arwah. Pegakhiran filem ini memaparkan babak dimana si ayah baru menyedari kelebihan yang ada pada anak-anak. Beliau sangat menyesali atas segala kekilafannya terhadap anak-anak lelakinya. P E N G A K H I R A N
PENGAJARAN Berdasarkan filem ini, kita sebagai ibu bapa perlulah bersikap adil kepada semua anak-anak. Janganlah membeza-bezakan anak dan berilah kasih sayang yang sama rata. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perasan iri dan cemburu dalam diri anak yang disisihkan. Selain itu, sebagai seorang anak, kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa. Janganlah melakukan perkara yang dilarang kerana naluri ibu bapa sangatlah kuat. Jika mereka melarang sesuatu untuk kebaikkan kita, pasti ada hikmah disebaliknya.
Filem ini juga mengajarkan kita betapa kasih sayang seorang ayah kepada anaknya tiada batasan. Si ayah sanggup melakukan semua perkara demi kebahagiaan seorang anak. Oleh yang demikian, sebagai seorang anak, hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup. Disamping itu, kita juga perlulah mengambil pengajaran dari sikap Ikram. Walaupun dipandang rendah oleh ayahnya sendiri, beliau tetap berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya juga boleh berjaya. Carilah kelebihan diri kerana setiap manusia pasti memiliki keunikan dan kemampuan yang berbeza.
PENGAJARAN Akhir sekali, sebagai ibu dan bapa, janganlah mengucapkan kata-kata yang menjatuhkan keyakinan anak-anak. Setiap manusia ingin dipuji. Berilah pujian kepada anak-anak walaupun kejayaan itu bukanlah sesuatu yang hebat dimata anda. Dengan pujian yang diberikan, anak akan menjadi lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan yang lebih lagi. Namun jika kita sebagai ibu bapa meremehkan kejayaan yang dikecapi oleh anak, ia akan membuat si anak hilang kepercayaan pada diri sendiri.
Terima Kasih SEKIAN Oleh: Siti Raudhah