The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Jalinan Kasih untuk Memberi Semangat kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik covid-19.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyannanatasha29, 2022-09-19 00:57:48

Program Jalinan Kasih

Program Jalinan Kasih untuk Memberi Semangat kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik covid-19.

MSSB
JABATAN PERHUBUNGAN KORPORAT
Lot 11, Jalan Padang Nyu,
02600 Arau, Perlis.
Tel. (03) 5887 8000/555503177 Fax. (03) 4458 0221
Website: www.mssb.com.my

PROGRAM JALINAN KASIH UNTUK MEMBERI SEMANGAT

Multi Solving Sdn.Bhd telah mengadakan Program Jalinan Kasih untuk memberi semangat
kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Program ini diadakan di Hotel Putra
Brasmana pada 1 September 2022. Baru-baru ini majlis ini dilancarkan oleh Ketua Kebajikan
MSSB, Datuk Zainal Abidin Mohd Ikmal.

Ia inisiatif untuk membantu golongan B40, keluarga miskin, warga emas, dan OKU dalam
mendepani hari yang mencabar ketika ini. Jelasnya, program tanggungjawab sosial korporat
(CSR) di bawah Multi Solving membabitkan komuniti di sekitar dua kawasan iaitu di Kampung
Semerang dan Kampung Baru, Salak Selatan.

Jelasnya lagi, “kita berharap dengan sumbangan kecil ini, penerima tidak merasa terpinggir
atau serba kekurangan dan tertekan untuk menanggung bebanan kos perbelanjaan harian
semakin tinggi. “Selain itu, inisiatif kebajikan ini juga memberi peluang untuk menyumbang
kembali kepada komuniti malahan memberikan kegembiraan buat semua pihak,” katanya.

Seramai 50 individu berpadapatan rendah (B40) dan orang kelainan upaya (OKU) menerima
sumbangan barangan keperluan harian pada program berkenaan. Datuk Zainal Abidin
berkata, program CSR siri ketiga ini adalah inisiatif pihaknya yang akan dijalankan sebulan
sekali pada hari Sabtu.

“Program ini turut mendapat kerjasama dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi
mendapatkan senarai nama penerima dan harap sumbangan dapat disampaikan kepada
lebih ramai orang lagi,” katanya.

Dikeluarkan oleh :

Jabatan Perhubungan Korporat
MSSB
Tel: 03- 5887 8000/555503177
Fax: 03-4458 0221
e-mail: www.mssb.com.my

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version