1
2 KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 /2026 SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA PELAJAR : NUR NABILA BINTI ZAKARIA NO ANGKA GILIRAN : 2022052340018 NO KAD PENGENALAN : 031020-11-0138 KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 1 KOD KURSUS : EDUP 3143 NAMA KURSUS : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : ENCIK ARMAN BIN AB SANI TARIKH HANTAR : 7 MAC 2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................
3 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN MUKA HADAPAN 1 PENGENALAN 4 - 5 FAKTOR 6 - 8 IMPLIKASI 9 – 11 KESIMPULAN 12 – 13 RUJUKAN 14 - 15
4
5 PENGENALAN Dari segi estimologi, stratifikasi atau ‘stratification’ berasal daripada perkataan strata atau stratum yang membawa maksud lapisan manakala ‘social stratification’ sering dimaksudkan dengan lapisan masyarakat atau golongan individu yang memiliki kedudukan yang sama dalam lapisan masyarakat. Dari segi sosiologi, stratifikasi sosial ialah lapisan sosial atau sistem hierarki berkelompok dalam masyarakat manakala dari segi terminologi membawa maksud pembahagian masyarakat ke dalam beberapa lapisan yang dibentuk secara vertikal (Suhaeni, 2018). Stratifikasi sosial juga boleh dimaksudkan dengan kedudukan individu dalam sesuatu lapisan masyarakat dan memiliki kaitan sesama mereka. Mereka yang memiliki kekayaan akan menempuh tahap pendidikan yang lebih tinggi sekaligus berjaya mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat (Mesrianto & Susilawati, 2020). Mereka juga menganggap semakin tinggi tahap pendidikan individu, semakin besar peluang untuk memperoleh pekerjaan berpendapatan tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan kedudukan dalam masyarakat (Fitria, 2022). Masyarakat dengan stratifikasi sosial yang terbuka memandang pendidikan sebagai salah satu wadah utama untuk meningkatkan kedudukan serta sebagai sumber individu meluaskan pengetahuan untuk membentuk nilai, sikap dan tingkah laku mereka (Abdullah & Taufan, 2021). Pendidikan memberikan pengaruh yang besar terhadap perkembangan diri individu hingga pada akhirnya memiliki kolerasi yang tinggi dengan stratifikasi sosial individu dalam masyarakat sekaligus menyebabkan kebanyakan ibu bapa ingin menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan yang tertinggi (Fitria, 2022). Sistem stratifikasi sosial terdiri daripada dua jenis sifat iaitu terbuka dan tertutup di mana sistem terbuka membenarkan individu berpindah dari satu kedudukan ke kedudukan lain sama ada meningkat naik atau jatuh ke lapisan bawah manakala sistem tertutup tidak membenarkan sebarang perpindahan kedudukan (Soekanto, 1982). Stratifikasi sosial terdiri daripada tiga jenis lapisan iaitu ‘upper class, middle class and lower class’ (Abdullah & Taufan, 2021).
6
7 FAKTOR Stratifikasi sosial dikatakan terjadi dengan sengaja apabila masyarakat mencapai persetujuan bersama untuk melakukan sesuatu dan terjadi secara tidak sengaja apabila adanya senioriti dalam kalangan mereka yang bukan sahaja dianggap lebih tua malah dihormati disebabkan kebijaksanaan serta pengalaman mereka yang bernilai sehinggakan nasihatnya dijadikan petua oleh golongan muda (Taufik Mukmin, 2018). Dalam pendidikan, stratifikasi sosial tidak akan mampu dielak kerana keperluan terhadap pendidikan yang berkualiti memerlukan stratifikasi sosial yang baik (Abdullah & Taufan, 2021). Stratifikasi sosial dalam pendidikan majoritinya disebabkan kemampuan ekonomi ibu bapa murid. Kemampuan kewangan akan menentukan sejauh mana kualiti pendidikan mampu dicapai oleh anak-anak mereka disebabkan semua perkara berkaitan pendidikan memerlukan wang. Hal ini kerana mereka bukan sahaja memerlukan bahan pembelajaran malah juga penglibatan dalam kokurikulum sekolah yang telah dipilih secara teliti menyebabkan kebanyakan aktiviti memerlukan wang yang banyak untuk membayar pakar-pakar untuk dijadikan jurulatih di sekolah. Bukan itu sahaja, pendidikan berkualiti kebanyakannya berpusat di sekolah dan institusi pendidikan yang mahal disebabkan kemudahan yang diperlukan pelajar serba lengkap seperti buku, majalah, teknologi dan lain-lain. Kemudahan ini hanya boleh dinikmati apabila mereka memiliki ekonomi yang kukuh yang membenarkan mereka belajar di sekolah-sekolah swasta terutamanya di mana sekolah swasta kebiasaannya lengkap dengan semua kemudahan. Ekonomi keluarga yang tidak kukuh tidak akan mampu menanggung anak-anak mereka untuk belajar di sekolah seperti ini menyebabkan mereka hanya menghantar anak-anak ke sekolahsekolah yang biasa. Faktor kedua berlakunya stratifikasi sosial dalam pendidikan ialah perbezaan golongan kelas dalam lapisan masyarakat. Bagi golongan hartawan, anak-anak mereka lebih terdedah kepada fasiliti pendidikan yang moden kerana mereka bukan sahaja menimba pengetahuan di sekolah malah juga di luar sekolah seperti tuisyen peribadi, jaringan internet dan banyak lagi (Abdullah & Taufan, 2021). Berbeza dengan golongan yang tidak berkemampuan, mereka tidak mampu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama dengan golongan atasan disebabkan kewangan keluarga yang tidak seberapa menyebabkan pada akhirnya sebahagian daripada mereka memberontak. Perbezaan ini pada akhirnya membentuk sikap agresif, mudah beremosi, cemburu dan tertekan dalam kalangan murid yang tidak berkemampuan kerana mereka turut menginginkan peluang pendidikan yang sama (Suhaemi, 2018). Disebabkan pendidikan di sekolah menengah merupakan satu persediaan bagi pelajar menyiapkan diri mereka menempuh
8 alam universiti, kebanyakan ibu bapa golongan atasan memilih sekolah atau institusi pendidikan am untuk menyiapkan anak-anak mereka dengan alam universiti sementara ibu bapa golongan bawahan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah vokasional. Hal ini disebabkan batasan kewangan keluarga di mana sekolah vokasional tidak memerlukan kos yang tinggi (Suhaemi, 2018). Jelasnya, kemiskinan menjadi kesan kepada proses pembelajaran murid tidak kira di mana-mana peringkat sama ada sekolah rendah, sekolah menengah, institusi kemahiran atau IPTA dan IPTS sekalipun (Khuzainey, 2008). Faktor ketiga munculnya stratifikasi sosial dalam pendidikan ialah kekuasaan yang dimiliki seseorang di mana jika seorang individu memiliki kuasa, maka dia akan menjadi lebih berpengaruh dan berautoriti (Mesrianto & Susilawati, 2020). Autoriti merupakan suatu kewibawaan seseorang dalam melakukan sesuatu seperti mengarahkan atau melarang orang lain berbuat sesuatu perkara untuk mencapai sesuatu (Mesrianto & Susilawati, 2020). Kekuasaan dalam pendidikan mempengaruhi proses pembelajaran kanak-kanak di mana mereka yang memiliki ibu bapa yang berpengaruh mampu menyertai mana-mana pertandingan atau persatuan disebabkan mereka sering kali diutamakan berbanding murid-murid biasa. Hal ini kerana pada masa kini, pengaruh yang dimiliki menjadi keutamaan kepada orang lain terutama institusi pendidikan di mana mereka mampu mendapatkan pelbagai kelebihan seperti meningkatkan nama baik serta kewangan sekolah hasil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka yang berkuasa akan menghulurkan wang yang banyak berbanding mereka yang tidak berkuasa menjadikan wujudnya stratifikasi sosial di sekolah tersebut. Pihak-pihak atasan akan lebih mementingkan anak-anak orang berada berbanding anak-anak orang biasa disebabkan perbezaan sumbangan wang dalam persatuan tersebut. Keutamaan kepada anak-anak ini akan berlanjutan sehingga memberi kesan kepada pendidikan murid sehingga peringkat pengajian tinggi. Hal ini kerana kekuasaan berkait rapat dengan kekayaan dan mereka berhasil menguasai golongan bawahan (Maunah, 2015).
9
10 IMPLIKASI Stratifikasi sosial telah mewujudkan persaingan yang tidak sihat antara murid golongan atasan dan murid golongan bawahan. Persaingan ialah proses sosial kelompok individu saling berebut mencari keuntungan dalam pelbagai bidang kehidupan (Teresia, 2016). Persaingan tidak sihat ini akan sentiasa dimenangi oleh golongan berkuasa kerana kebanyakan daripada mereka sering menggunakan kelebihan yang ada untuk memenuhi kehendak mereka. Kesannya, murid-murid yang berasal daripada keluarga yang tidak berkuasa sukar untuk mengambil peluang keemasan seperti menyertai persatuan yang terhad ahlinya jika golongan kaya membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan tempat dalam kelab tersebut. Hal ini menepati kelakuan golongan atasan yang menekan golongan bawahan menggunakan wang mereka. Secara tidak langsung, persaingan tidak sihat ini berupaya menimbulkan kontroversi antara murid di mana individu saling menyingkirkan disebabkan perasaan iri dan benci (Teresia, 2016). Kontroversi yang berlaku antara murid akan mengakibatkan pihak bertanggungjawab terpaksa mengambil langkah membendung dengan pada akhirnya hanya murid dari golongan bawahan menerima hukuman atas kesalahan mereka sedangkan murid dari golongan atasan tidak dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka disebabkan stratifikasi sosial dari segi kewangan dan kekuasaan. Kesan kedua ialah wujudnya sistem rimba di mana mereka yang kuat akan mengatasi mereka yang lemah (Fatiha, 2021). Sebagaimana terjadinya di sekolah-sekolah, murid daripada golongan bawahan sering dijadikan mangsa buli oleh murid kelas atasan. Mereka kebiasaannya dibebankan dengan menyiapkan kerja sekolah si pembuli serta menjadi orang suruhan mereka. Bukan itu sahaja, kebiasaannya kelas atasan ini akan merasakan bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan menyebabkan mereka berbuat sesuka hati sama ada terhadap orang lain atau melakukan kerosakan. Tekanan yang diterima oleh kelas bawahan menjadikan mereka berasa tidak selamat dan sentiasa dalam ketakutan hingga pada akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berpindah sekolah. Hal ini kerana jika mereka membuat laporan kepada pihak atasan sekolah tentang apa yang berlaku ke atas diri mereka, kebiasaannya pihak tersebut tidak akan mengambil sebarang tindakan memastikan murid kelas atasan bertanggungjawab dengan perlakuan mereka. Sistem rimba ini bukan sahaja terpakai di sekolah, malah juga di insititusi pengajian tinggi selagi mana stratifikasi sosial diguna pakai dalam sistem pendidikan. Malah, sistem ini berlaku lebih teruk di peringkat pengajian tinggi di mana tiadanya pensyarah yang akan memantau perlakuan pelajar sebagaimana sebahagian guru memantau murid-murid di sekolah. Disebabkan tiada yang memantau pergerakan mereka, pelajar akan melanggar segala akta dan peraturan yang telah ditetapkan pihak universiti.
11 Ketiga, wujudnya satu jurang yang besar dalam pembelajaran murid kerana pihak sekolah lebih mengutamakan kelas atasan berbanding menekan semua kelas sosial untuk saling bersaing secara sihat. Hal ini kerana pihak atasan sekolah terlebih dahulu memberi peluang kepada muridmurid yang berasal dari golongan kaya dalam apa-apa aktiviti sama ada melibatkan akademik atau kokurikulum. Alasan yang diberikan ialah kerana ibu bapa mereka banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan disebabkan itulah mereka diberi keutamaan dalam manamana aktiviti terutamanya aktiviti yang melibatkan institut pengajian tinggi. Jika dibahas, mereka akan mempersoalkan sumbangan ibu bapa dari golongan bawahan menyebabkan pada akhirnya murid-murid ini terpaksa mengalah dan membiarkan perkara ini berlarutan. Jurang yang disebabkan perlakuan pihak atasan sekolah atau institusi pendidikan ini menyebabkan muridmurid tidak dapat bersaing secara sihat dalam apa-apa aktiviti sama ada akademik mahupun kokurikulum kerana mereka akan sentiasa kalah dengan material berupa wang yang diberikan individu. Akhirnya, jurang ini telah membahagikan murid dengan jelas kepada dua kelompok iaitu golongan atasan dan golongan bawahan walhal dalam sistem pendidikan, perkara ini tidak sepatutnya terjadi.
12
13 KESIMPULAN Kesimpulannya, stratifikasi sosial dalam pendidikan telah menyebabkan pihak atasan sekolah berlaku tidak adil kepada murid-murid disebabkan pengiktirafan kekuasaan, status ekonomi dan perbezaan kelas sosial murid-murid. Perkara ini tidak sepatutnya diiktiraf oleh pihak sekolah dalam usaha melahirkan murid yang mampu bersaing secara sihat tanpa mengira latar belakang, membanteras sistem kasta dalam pendidikan serta menghapuskan perbezaan jurang yang ketara antara murid dalam pembelajaran. Hasil daripada tidak mengiktiraf perkara-perkara material seperti ini, usaha melahirkan warganegara yang berkualiti menjadi lebih mudah kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh mengikut kemampuan mereka dalam mendapatkan sesuatu. Murid tidak akan bergantung kepada wang sahaja untuk memenuhi kehendak mereka terutamanya dalam pendidikan kerana pendidikan membentuk dimensi unik dalam kehidupan sosial individu (Faarihah et al, 2021). Jika mereka menggunakan stratifikasi sosial dalam pendidikan, maka negara akan sukar melahirkan rakyat yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap setiap perlakuan mereka hingga pada akhirnya menyebabkannya hancur pada masa hadapan.
14
15 RUJUKAN Abdullah Chozin & Taufan Adi Prasetyo. (2021). Pendidikan masyarakat dan stratifikasi sosial dalam perspektif Islam. Mamba’ul Ulum, 17(2), 62-70. http://dx.doi.org/10.54090/mu.42 Binti Maunah. (2015). Stratifikasi sosial dan perjuangan kelas dalam perspektif sosiologi pendidikan. Ta’allum: Jurnal Pendidikan Islam, 3(1), 31-32. https://www.researchgate.net/publication/315408924_STRATIFIKASI_SOSIAL_DAN_PERJU ANGAN_KELAS_DALAM_PERSPEKTIF_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN Faarihah Razmi, Hanan Afifah Suhaimi, Fathin Aiman Adzmi & Najihah Sa’ari. (2021). Kesan stratifikasi sosial dalam pendidikan. Anyflip. https://anyflip.com/zefda/pejn/basic Fatiha Sabilaputri Matondang. (2021). Pengaruh stratifikasi sosial terhadap prestasi belajar siswa kelas VIII SMP Swasta Budisatriya Medan. [Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Islam Negeri Sumatera Utara, Indonesia0. Repository UIN Sumatera Utara. http://repository.uinsu.ac.id/id/eprint/12044 Fitria Wulandari. (2022). Pengaruh tingkat pendidikan terhadap stratifikasi sosial masyarakat perkotaan. OSFPREPRINTS. https://doi.org/10.31219/osf.io/spfrk Hj. Eny Suhaeni. (2018). Pendidikan dan pelapisan sosial. Islamika: Jurnal Agama, Pendidikan dan Sosial Budaya, 12(1), 45. https://orcid.org/0000-0002-8550-6259 Khuzainey Ismail. (2008). Pengkelasan kelas sosial, perkaitan antara kelas sosial dan pencapaian pendidikan. Scribd. https://www.researchgate.net/publication/345038522_4787134-pengelasan-sosial Mesrianto & Susilawati. (2020). Stratifikasi sosial dan Pendidikan [Tugas program Pasca Sarjana S2, Institut Agama Islam Negeri Bukit Tinggi, Indonesia], 2-10. https://doi.org/10.19105/nuansa.v16i1.2403 Taufik Mukmin. (2018). Hubungan pendidikan dan stratifikasi sosial. El-Ghiroh: Jurnal Studi Keislaman, 15(2), 38. https://doi.org/10.37092/el-ghiroh.v15i2.64 Teresia Afrysna. (2016). Stratifikasi sosial dalam roman ‘reich und arm’ karya Franz Michael Felder. Identitaet, 5(2), 5-6. https://ejournal.unesa.ac.id/index.php/identitaet/article/view/14923/13500
16