The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilazakaria2010, 2022-05-09 06:38:49

PENULISAN GAPD 1092

PENGENALAN (2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : NUR NABILA BINTI ZAKARIA

NOMBOR ANGKA GILIRAN 2021052310017

NOMBOR KAD PENGENALAN 031020110138

KUMPULAN / UNIT : PAI 1

KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032

NAMA PENSYARAH : DR. NORJANAH BT AMBO

TARIKH HANTAR : 04.04.2022

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: Nur Nabila bt Angka Giliran : 2021052310017
Zakaria

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : Asas Pembelajaran Digital

Pensyarah : Dr. Norjanah bt Ambo

Tarikh Hantar : 04 April 2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

2

KANDUNGAN HALAMAN
SENARAI KANDUNGAN
BORANG MAKLUM BALAS 2
ISI KANDUNGAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 JENAYAH SIBER 4-6

3.0 PANDANGAN MENGENAI 6-7
JENAYAH SIBER

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 7
5.0 ANALISIS SWOT 7-8
RUJUKAN 8-9

3

1 Pengenalan
Era kini, kegiatan jenayah siber semakin rancak berlaku tidak kira sama ada melibatkan rakyat
negara kita ataupun tidak. Hal ini kerana pada zaman serba teknologi ini, semua aktiviti dapat
dilakukan dengan mudah sehingga ke tahap yang lebih teruk, pelaku kegiatan jenayah tidak
dapat dijejaki pihak berkuasa. Kesannya, kadar jenayah semakin meningkat dan malangnya, jika
pelakunya terlalu professional, mereka mampu menukar alamat IP secepat mungkin untuk
mengelakkan diri daripada dijejaki pihak polis. Situasi ini boleh dilihat di siber-siber kafe kerana
setiap komputer memiliki alamat IP yang berbeza dan bukan seorang dua sahaja yang
menggunakan komputer tersebut. Hal ini menyebabkan pihak yang bertanggungjawab semakin
sukar menjejaki penjenayah memandangkan mereka perlu mengesan setiap orang yang
menggunakan perkhidmatan komputer yang ada. Akibat daripada teknologi yang semakin
membangun, semestinya akan ada pihak yang akan menyalahgunakan kemajuan sains dan
teknologi untuk kepentingan mereka. Sebagai contohnya, kegiatan jenayah siber yang sering
berlaku di seluruh dunia tidak kira di negara moden atau tidak. Antara jenayah yang paling popular
ialah aktiviti ‘hacking’, ‘voice phishing’ dan juga ‘scammer’.

2.0 JENAYAH SIBER
Jenayah siber merupakan satu kegiatan jenayah menggunakan sebarang peranti elektronik
melalui sambungan perkhidmatan internet di mana ia membolehkan sesuatu jenayah dilakukan
secara individu atau berkumpulan. Ia mampu menjangkaui batasan dari sebuah negara ke negara
yang lain dalam masa yang singkat. Jenayah ini akan mengakibatkan kehilangan dan kerosakan
pada peralatan atau data-data perisian dan pemprosesan komputer kesan daripada serangan
virus, pencerobohan, pencurian maklumat dan data dari peranti yang telah disasarkan. Lapangan
jenayah ini amatlah luas berbanding jenayah konversional yang tertutup kerana ruang
linkgkupnya yang lebih luas serta proses pendakwaan yang sukar dilakukan selagi tiada bukti
yang kukuh.

4

Graf bar 1.0 menunjukkan laporan insiden berdasarkan Statistik Pengkelasan Insiden Am 2020
Data statistik menunjukkan bilangan kes jenayah siber yang berlaku pada tahun 2020. Jenayah
siber yang paling banyak berlaku adalah pada bulan April dan kes penipuan mendominasi carta
kerana pada masa ini, rakyat sedang berada dalam keadaan terdesak sehingga menyebabkan
mereka melakukan pelbagai penipuan kepada mangsa untuk mendapatkan wang. Kes-kes ini
banyak melibatkan penipuan yang kebanyakannya mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit. Hal
ini kerana melalui jalan penipuan, mereka mampu menjana pendapatan yang tinggi dalam masa
yang singkat walaupun secara haram akibat daripada kos sara hidup yang tinggi dan tekanan
hidup yang dialami semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Rajah 1.0 menunjukkan data spammer tertinggi di Malaysia

5

Data menunjukkan statistik kegiatan ‘scam’ menduduki tempat pertama dengan peratusan
sebanya 63% dalam penghantaran mesej berbanding servis kewangan, insurans, operator dan
pengutip hutang. Mereka melakukan ‘spam message’ kepada sesiapa sahaja dan
kebanyakannya berjaya ditipu. Hal ini kerana pada ketika ini, ramai pekerja yang diberhentikan
kerana syarikat-syarikat tidak mampu menjana keuntungan yang sama seperti tahun-tahun
sebelumnya di mana semua gaji pekerja mampu dibayar. Pada masa yang sama, pencerobohan
data atau ‘hacking’ banyak berlaku kerana aktiviti memalsukan dokumen dan menjual data
peribadi semakin meningkat. Kesannya, kegiatan ini mendatangkan hasil yang lumayan akibat
daripada hanya calang-calang orang sahaja yang mampu melakukannya lebih-lebih lagi aktiviti
memalsukan dokumen yang mendapat permintaan tinggi semenjak kerajaan menubuhkan
aplikasi MySejahtera.

3.0 PANDANGAN MENGENAI JENAYAH SIBER
Pada pendapat saya, jenayah siber ini mudah berlaku kepada sesiapa sahaja kerana media
sosial telah menjadi ejen sosialisasi pada masa kini. Hal ini kerana sebahagian pengguna akan
mendedahkan semua maklumat walaupun berkaitan privasi diri di media sosial sekaligus
menyebabkan data peribadi mereka dicuri. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana
telah jelas bahawa jenayah siber yang berlaku adalah seratus-peratus akibat daripada kecuaian
diri yang sewenang-wenangnya menyebarkan semua data peribadi dan privasi. Kesannya, lebih
ramai netizen yang menjadi mangsa penipuan, spam dan pencerobohan data.

Jadual 1.0 menunjukkan perangkaan insiden keselamatan siber tahun 2016-2018

Data menunjukkan perangkaan insiden Keselamatan Siber yang berlaku pada tahun 2016-2018
yang dikeluarkan MyCert, Cybersecurity Malaysia 2019 di mana jumlah jenayah siber
menunjukkan peningkatan iaitu daripada 740 744 kes pada tahun 2016 kepada 1 564 640 kes

6

telah direkodkan pada tahun 2018. Disebabkan kecuaian pengguna media sosial, kes jenayah
siber semakin meningkat saban tahun terutamanya kes penipuan hasil daripada pendedahan
privasi seperti pendapatan bulanan mereka. Walaupun pendedahan berlaku secara tidak
langsung seperti memuat naik gambar-gambar memakai barang kemas, akan tetapi suspek tetap
dapat mengesannya dengan mudah lebih-lebih lagi jika mereka kerap kali memuat naik gambar
tersebut ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Memandangkan hampir 200 000 pekerja
dipecat semasa PKP dan mereka mengalami kesusahan dalam menyambung kehidupan, ramai
daripada mereka mula melakukan penipuan atas talian dan menyasarkan sesiapa sahaja asalkan
mereka mampu mendapatkan wang dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Kebiasaannya,
mereka akan mencari mangsa melalui media sosial dan malang bagi mereka yang gemar
berkongsi semua benda di situ 1kerana mereka akan lebih terdedah untuk menjadi mangsa
jenayah siber.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk menangani isu jenayah siber, pihak kerajaan perlu menubuhkan satu unit khas di mana
mereka mendapat latihan forensik komputer dalam usaha mengesan, menyiasat dan
menganalisis setiap pengguna media sosial. Setiap penyiasatan yang dilakukan boleh
menyelamatkan merekaa daripada terus diperdaya sehari-hari dan secara tidak langsung, semua
akaun bot yang melakukan spam di ruangan komen akan dapat disingkirkan lebih-lebih lagi akaun
tersebut mempunyai unsur lucah. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk mendapatkan bukti
yang kukuh jika berlaku kes jenayah seperti penipuan, penggodaman dan pencurian data.
Dengan ini, penjenayah akan lebih sukar untuk melakukan jenayah memandangkan ahli-ahli unit
khas ini lebih bijak dan berkaliber daripada mereka. Kesannya, jenayah-jenayah ini dapat
dibendung daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat dan lebih ramai mangsa dapat
diselamatkan. Dalam jangka masa yang Panjang, negara kita akan dilihat sebagai sebuah negara
yang hebat kerana merupakan negara pertama yang dapat membendung kegiatan jenayah siber
tidak kira aktiviti penggodaman, penipuan dan juga pembulian siber.

5.0 ANALISIS SWOT

SWOT merupakan satu ringkasan perkataan iaitu S ialah strength, W ialah weakness, O ialah
opportunities dan T ialah threats di mana ia merupakan satu analisis untuk menunjukkan

7

kekuatan, kelemahan dan mengkaji faktor internal dan eksternal sesuatu perkara. Teknologi pada
masa kini semakin berkembang dan memberikan banyak kelebihan kepada manusia. Antara
kelebihan teknologi ialah memudahkan urusan, menggalakkan komunikasi dan meluaskan aktiviti
perniagaan. Semua aktiviti ini boleh dilihat tersebar secara meluas di media sosial pada masa
kini sekaligus mengembangkan fungsinya sebagai medan komunikasi. Walaupun banyak
kelebihannya, akan tetapi jika tidak dikawal, ia akan membawa kepada keburukan seperti
berlakunya jenayah siber terutamanya kepada mereka yang suka mendedahkan privasi.
Penipuan juga banyak berlaku semasa perniagaan berlaku kerana pembeli tidak dapat
menggunakan deria yang ada untuk membeli sesuatu barangan. Ini menyebabkan ada pembeli
yang mendapat bahan yang telah rosak dan untuk menebus wang kembali, penjual tersebut telah
menghilangkan diri mereka. Teknologi memudahkan urusan boleh dilihat pada segala urusan
pada masa kini boleh dilakukan secara atas talian tidak kira melibatkan zakat ataupun cukai
kerajaan. Hal ini memudahkan mereka yang kesuntukan masa akibat sibuk bekerja
memandangkan mereka perlu menunggu giliran untuk menyelesaikan urusan masing-masing di
pejabat tersebut. Akan tetapi, semestinya ada individu yang mengambil kesempatan atas
perkembangan teknologi ini seperti yang berlaku sejak akhir-akhir ini, telah tular satu kaedah
penggodaman akaun Instagram yang dilakukan. Mereka akan menghantar satu link melalui direct
message dan apabila pemilik akaun tersebut menekannya, secara automatik akaun tersebut
dapat digodam oleh penjenayah jika tindakan keselamatan tidak diambil dengan segera.

RUJUKAN

Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Muhammad Ikhlas Rosele, Khairul Azhar Meerangani,
Syamsul Azizul Marinsah, & Mohd Anuar Ramli. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di
Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam [Paper presentation].
International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC 2013).

Yani Subaktilah, Nita Kuswardani, & Sih Yuwanti. (2018). Analisis SWOT: Faktor internal dan
eksternal pada pengembangan usaha gula merah tebu. Jurnal Agroteknologi, 12(2),
108-109.

Sugi Priharto. (2019, Mei 9). Apa itu analisis SWOT? Berikut pengertian, metode analisis, dan
contohnya. CPS SOFT. https://cpssoft.com/blog/bisnis/pengertian-analisis-swot/

Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Zul Hilmi Abdullah, Abd Hamid Abd Murad, Nurfadhilah Che
Amani, Lukman Abdul Mutalib, Lukmanul Hakim Hj Hanafi, & Madihah Mohammad Khir.
(2015). Bentuk-bentuk pemalsuan dokumen menurut fiqh dan perundangan Islam di
Malaysia: Satu analisa. The e-Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 2(1), 2-5.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/9305/1/Bentuk-

8

bentuk%20Pemalsuan%20Dokumen%20Menurut%20Fiqh%20dan%20Perundangan%2
0Islam%20Di%20Malaysia.pdf
Malaysia kini (2021, September 23). Lebih 155 000 pekerja diberhenti ketika pandemik.
https://m.malaysiakini.com/news/592454
Muhammad Adnan Pitchan, & Siti Zobaidah Omar. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia:
Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang (Cyber Security Policy:
Review on netizen awareness and laws). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication. 35(1), 104-105. http://dx.doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3501-08
Nurul ‘Afifah @ Auji Rashid. (2014). Jenayah siber menurut perspektif Islam: Punca dan
akibat. 58-59.
Sharipah Ab Gani. (2017). Kebaikan dan keburukan teknologi maklumat. 1(1), 3-5.
http://dx.doi.org/10.13140/RG.2.2.11465.75368

9


Click to View FlipBook Version