The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALANI ALI, 2020-05-13 00:29:00

AKHLAK TG4 KSSM PEL 23 KHAUF DAN RAJA'

AKHLAK TG4 KSSM PEL 23 KHAUF DAN RAJA'

Keywords: PENDIDIKAN ISLAM

2 MAKSUD KHAUF & RAJA’

MAKSUD KHAUF

Takutkan kepada kemurkaan & azab Allah
dengan menjauhi segala larangan-Nya.

MAKSUD RAJA’

Mengharapkan keredhaan Allah dengan
melaksanakan segala perintah-Nya.

@alani smktm2020

3 DALIL NAQLI KHAUF

(Surah ali-Imran :3, ayat:175)
• Maksud: Maka Janganlah kamu takut

kepada mereka tetapi takut lah
kepadaku, Jika kamu memang orang
yang beriman

@alani smktm2020

4 DALIL NAQLI RAJA’

(Surah as-Sajadah:32, ayat;16)
• Maksud: Mereka menjauhkan diri dari tempat

tidur dan sentiasa berdoa kepada tuhan
mereka, dengan perasaan takut dan serta
penuh harap dan mereka mendermakan
sebahagian daripada apa yang kami
rezekikan kepada mereka.

@alani smktm2020

CARA MENDAPATKAN

5

KHAUF & RAJA’

CARA MENDAPATKAN KHAUF

• Bergaul dengan ulama & para Solihin.
• Sentiasa mengambil iktibar daripada kisah

kaum terdahulu.
• Sentiasa bertaubat sentiasa mengingati mati.

CARA MENDAPATKAN RAJA’

• Bermujahadah menentang hawa nafsu .
• Melaksanakan amal ibadah dengan penuh

kesungguhan dan istiqamah .
• Tidak berputus asa dengan merayu & merintih

kepada Allah.

@alani smktm2020

CONTOH KHAUF & RAJA’

6

RASULULLAH

CONTOH 1.

• Rasulullah mendirikan solat sunat Gerhana
matahari dengan khusyuk, pada sujud
terakhirnya baginda menangis kerana berasa
takut Allah menurunkan azab.

• Rasulullah merintih dengan bersabda: “Wahai
Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada
aku untuk tidak mengazab mereka, pada ketika
aku ada bersama-sama mereka?. Tuhanku
bukankah engkau telah berjanji kepada aku ,
untuk tidak mengazab mereka, apabila mereka
memohon ampun?. Sekarang kami sedang
memohon ampun kepadaMu”.

• (Sunan Abu Daud : Kitab al-Solah)

@alani smktm2020

CONTOH KHAUF & RAJA’

7

RASULULLAH

CONTOH 2

• Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, pernah
menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar.

• Rasulullah SAW, bertanya tentang perasaannya pada
ketika itu, lelaki itu memberitahu baginda, bahawa dia
sangat mengharapkan rahmat Allah dan merasa sangat
takut, akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

• Lalu Rasulullah SAW, bersabda:
• Maksud:

• Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang
hamba Allah, pada ketika itu melainkan Allah
memberikan apa yang diharapkan dan

menyelamatkan daripada apa-apa yang ditakutkan.
(Riwayat at-Tirmizi)

@alani smktm2020

8 SPEKTRUM ILMU

(Surah al-Anbiya:21, ayat:90)
Maksud:
Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba
dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa
berdoa kepada kami, dengan penuh harapan
serta gerun, takut da mereka pula sentiasa kusyuk
dan taat kepada Kami.

@alani smktm2020

KONSEP KHAUF & RAJA’ YG SEIMBANG

9

Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan
yang selari dengan syarak.

Seorang yang mengharapkan keredaan Allah hendaklah
melakukan amal ibadah & menjauhi perbuatan maksiat.

Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu
mendekatkan diri kepada Allah .

Perasaan Khauf terhadap balasan neraka akan menjadi
benteng daripada keinginan melakukan maksiat.

Perasaan Raja’ akan mendorong seseorang untuk berlumba-
lumba melakukan ibadah tanpa putus asa terhadap rahmat
Allah.

Khauf & Raja’ hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah .

(Sheikh Abdul Samad al-Jawi : Sirus Salikin Ila Ibadah Rabbil Alamin)

@alani smktm2020

10 HIKMAH KHAUF & RAJA’

Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah dalam
setiap keadaan .

Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap
pekerjaan kerana yakin Allah melihat & menilai setiap
perbuatannya.

Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah
kerana takut akan kemurkaan-Nya.

Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira
melakukan kebaikan supaya mendapat kemanisan Iman .

Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah
setelah berusaha bersungguh- sungguh.

@alani smktm2020

11


Click to View FlipBook Version