The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAMADUN TG4 KSSM PEL 19 KERAJAAN UMAIYAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALANI ALI, 2021-08-17 09:58:48

TAMADUN TG4 KSSM PEL 19 KERAJAAN UMAIYAH

TAMADUN TG4 KSSM PEL 19 KERAJAAN UMAIYAH

1

2 STANDARD PEMBELAJARAN

• Menjelaskan sejarah kerajaan Bani Umaiyah.
5.11.1

• Menjelaskan khalifah terkenal zaman Umaiyah.
5.11.2

• Menerangkan faktor kegemilangan dan kemerosotan
5.11.3 kerajaan Umaiyah.

• Merumuskan iktibar daripada pemerintahan kerajaan
5.11.4 Umaiyah & menghubungkait dgn kehidupan.

• Bijaksana dalam tindakan secara beradab dan
5.11.5 istiqamah.

@alani smktm2020

3

MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN

Khalifah pertama
Selama 19 Tahun 3

bulan.
Tempoh 41H-60 H

@alani smktm2020

SUMBANGAN MUAWIYAH B ABI
4 SUFIAN

MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN

• Menjadikan DAMSYIK sebagai pusat pemerintahan
Islam yang terkenal.

• Mewujudkan PERKHIDMATAN POS BERKUDA (Dewan
Al-Barid)

• Memperkenalkan COP MOHOR RASMI KERAJAAN
Umaiyah (Diwan Al Khatim)

• Menubuhkan JABATAN SETIAUSAHA (Dewan al-
Rasail), jabatan cukai dan Jabatan urusan awam

• Memperkasakan ARMADA LAUT

@alani smktm2020

5

ABDUL MALIK B
MARWAN

Khalifah ke-5

Memerintah 21 tahun

Tempoh 65H-86H

@alani smktm2020

KHALIFAH KERAJAAN UMAIYAH
6 YANG TERKENAL

ABDUL MALIK B MARWAN

• Menetapkan BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA
RASMI dalam urusan pentadbiran negara.

• Mencetak MATA WANG DINAR ISLAM pertama
tertulis Arab bertulis Arab dan berteks al-Quran.

• Menaik taraf perkhidmatan POS DAN SISTEM
PENGANGKUTAN AWAM.

• Menubuhkan DEWAN AL-JUND untuk mengurus
pertahanan Negara.

• Mengarahkan pembinaan KUBAH AL-SAKHRA’ di
Baitul Maqdis

@alani smktm2020

7

AL-WALID B ABD MALIK

Khalifah ke 6
Memerintah 9 tahun 7

bulan
Tempoh 86H-96H

@alani smktm2020

KHALIFAH KERAJAAN UMAIYAH
8 YANG TERKENAL

AL-WALID B ABD MALIK

• Pembukaan WILAYAH BAHARU Islam seperti Andalus dan
India.

• Memperbaiki dan mencantikkan SENIBINA MASJID
NABAWI.

• Membina BANYAK MASJID BAHARU seperti Masjid Umawi
di Damsyik yang bercirikan seni bina Islam.

• Memberikan perhatian kepada RAKYAT YANG
BERKEPERLUAN KHAS seperti golongan warga emas dan
orang buta dengan menubuhkan jabatan khas.

• Menggalakkan pembinaan SENIBINA ISLAM.
• MEMPERBAIKI JALAN RAYA menuju ke negeri Hijaz bagi

memudahkan perjalanan jemaah haji ke Baitullah al-
Haram.

@alani smktm2020

9

UMAR B ABDUL AZIZ

Khalifah ke 8
Memerintah 2 tahun 5

bulan.
Tempoh 99H-101H

@alani smktm2020

KHALIFAH KERAJAAN UMAIYAH
10 YANG TERKENAL

UMAR B ABDUL AZIZ

• Mengecualikan bayaran CUKAI JIZYAH terhadap
kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk Islam.

• Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab
az-Zuhri untuk MEMBUKUKAN HADIS Rasulullah.

• Membina RUMAH TRANSIT untuk para pedagang.
• MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR untuk kemudahan

rakyat seperti hospital, jambatan, perigi, jalan raya
dan sistem pengangkutan awam.
• Mengasaskan DEWAN PENASIHAT yang dianggotai
oleh para ulama untuk memberikan nasihat
kepada Khalifah.

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
11 KERAJAAN UMAIYAH

AGAMA

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah
menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti
pengajian al-quran dan pembukaan hadis.

Khalifah Al Walid bin Abdul Malik telah menaik
taraf dan membina institusi masjidseperti masjid

Nabawi untuk merancakkan aktiviti
keagamaan

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
12 KERAJAAN UMAIYAH

POLITIK

Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat
pemerintahan oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian telah

berjaya mengukuhkan pentadbiran negara.

Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya
menghapuskan pemberontakan oleh puak khawarij dan

Syiah.

Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rom, China, India, Afrika
Utara dan Eropah

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
13 KERAJAAN UMAIYAH

EKONOMI

Pengurusan baitulmal yang cekap
sehingga hasil pendapatan negara
melebihi keperluan contohnya pada
zaman Khalifah al- Walid bin Abdul Malik.

Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil
daripada pertanian dan perdagangan

untuk membangunkan negara.

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
14 KERAJAAN UMAIYAH

SOSIAL

Penjagaan kebajikan rakyat menerusi
bantuan kepada golongan yang

memerlukan dan penyediaan kemudahan
asas seperti masjid jalan raya dan hospital.

Hubungan erat antara pemimpin dan
rakyat mewujudkan suasana perpaduan

dan harmoni dalam masyarakat.

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
15 KERAJAAN UMAIYAH

KETENTERAAN

Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan
bersemangat jihad dalam mempertahankan agama

dan negara.

Kemudahan pengkalan tentera dan kapal perang
yang dilengkapi dengan peralatan perang yang

canggih.

Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak
gerakan daripada Parsi dalam ketenteraan.

@alani smktm2020

FAKTOR KEGEMILANGAN
16 KERAJAAN UMAIYAH

PENDIDIKAN

Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan.

Galakan daripada Khalifah Abdul Malik bin
Marwan dan Umar bin Abdul-Aziz agar rakyat

menguasai pelbagai ilmu naqli seperti al-
Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu.

@alani smktm2020

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN
17 UMAIYAH

POLITIK

Sistem pelantikan khalifah secara monarki
menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan

dalam kalangan anggota keluarga.

Pemberontakan oleh puak Syiah dan Khawarij
serta golongan yang tidak berpuas hati dengan

penubuhan Kerajaan Umaiyah.

@alani smktm2020

FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN
18 UMAIYAH

SOSIAL

Sikap taksub antara kabilah Arab utara dan
selatan sehingga mencetuskan perpecahan dan

gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan.

Sikap diskriminasi sebahagian Khalifah terhadap
golongan Mawali seperti bangsa Parsi dan
Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor.

@alani smktm2020

FAKTOR KEMEROSOTAN
19 KERAJAAN UMAIYAH

AKHLAK

Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan
boros dalam perbelanjaan hingga

menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah
kerana cenderung kepada hiburan dan
kekejaman.

@alani smktm2020

IKTIBAR PEMERINTAHAN
20 KERAJAAN UMAIYAH

Kita hendaklah memartabatkan ajaran al-Quran dan Sunah dalam
urusan kepimpinan agar Syariat Islam dapat ditegakkan.

Kita hendaklah mencontohi sifat mulia yang ada pada khalifah Islam
seperti zuhud tegas berilmu dan bijaksana.

Kita hendaklah menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan
rakyat agar hidup harmoni.

Kita hendaklah menjaga kebajikan sesama rakan agar
mengeratkan kasih sayang.

Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar
dapat memberi sumbangan kepada umat Islam.

@alani smktm2020

21


Click to View FlipBook Version