AL-QURAN TINGKATAN 5 PELAJARAN 5 MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN OLEH : USTAZAH ALANI BINTI ALI SMK TENGKU MAHMUD
STANDARD KANDUNGAN & PEMBELAJARAN ©alani ali smktm 2
Maksud: Adakah kamu menyangka perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang menunaikan haji dan memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberikan hidayah kepada kaum yang zalim. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Dan mereka itulah orang yang berjaya. SURAH AT-TAUBAH : 19-20 @alani smktm 3
BACA POTONGAN AYAT 4 @alani smktm اِم َ ر َ ۡ د ٱۡل ج ِ ِ ۡ س َ م ۡ ٱل َ ة َ ار َ عم ِ َ ِ و ج ٓ ا َ ۡ ٱۡل َ ة َ اي َ سق ِ ۡ م ُ ت ۡ ل َ ع َ ج َ أ Adakah kamu menyangka perbuatan memberi minum kepada orangorang yang menunaikan haji dan memakmurkan Masjidil Haram itu ِِۚ ه ٱَّلل ِ ِيل ب َ ِِف س َ د َ ه َٰ َ ج َ ِ و ِم ٱٓأۡل ِخر ۡ و َ ۡ ٱۡل َ ِ و ه ِٱَّلل ب َ ن َ ام َ ء ۡ ن َ م َ ك sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? َ لِ ِمي هَٰ ٱلظ َ م ۡ و َ ق ۡ ِدي ٱل ۡ ه َ ي َ َل هُ ٱَّلل َ و ِِۗ ه ٱَّلل َ ِعند َ ۥن ُ و َ ت ۡ س َ ي َ َل ١٩ Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberikan hidayah kepada kaum yang zalim.
BACA POTONGAN AYAT 5 @alani smktm ِ ه ٱَّلل ِ يل ِ ب َ ِف س ِ ْ وا ُ د َ ه َٰ َ ج َ و ْ وا ُ ر َ اج َ ه َ و ْ وا ُ ن َ ام َ ء َ ِين ه ٱَّل (sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjihad pada jalan Allah ِ ِۚ ه ٱَّلل َ عند ِ ً ة َ ج َ ر َ د ُ م َ ظ ۡ ع َ أ ۡ ِم سه ِ ُ نف َ أ َ و ۡ ِم ِه ل َٰ َ و ۡ م َ أ ِ ب Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah SWT َ ون ُ ز ِ ئ ٓ ا َ ف ۡ ٱل ُ م ُ ه كَ ِ ئ ََٰٓ ل ْ و ُ أ و ٢٠َ Dan mereka itulah orang yang berjaya.
SEBAB TURUN AYAT 6 @alani smktm SEBAB TURUN AYAT • Menurut Nukman bin Bashir, terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan Mekah. Terdapat sahabat yang akan menumpukan kepada memberikan minuman kepada orang yang menunaikan haji. Terdapat juga sahabat yang akan menumpukan usaha kepada memakmurkan Masjidil Haram. Selain itu, terdapat sahabat yang akan berjihad di jalan Allah. Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar ra kerana tidak sopan meninggikan suara di sebelah mimbar Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Umar ra mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW dan turunlah ayat tersebut.
FIQH AL-AULAWIYAT 7 @alani smktm •Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak. MAKSUD FIQH ALAULAWIYYAT
PELAKSANAAN FIQH AL-AULAWIYYAT DALAM KEHIDUPAN 8 @alani smktm BIDANG PELAKSANAAN FIQH AL-AULAWIYYAT ILMU DAN PEMIKIRAN AMALAN TUNTUTAN SYARAK
Prinsip asas dalam Fiqh al-Aulawiyyat : Bersumberkan dalil syarak. Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak. Mengambil kira keperluan semasa dan setempat. Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding dengan manfaat peribadi. Mengambil kira tahap keupayaan individu. PRINSIP ASAS @alani smktm 9
PRINSIP AM 10 @alani smktm Ilmu Dan Pemikiran Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu dan memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan. • Mengutamakan ilmu fardu ain berbanding dengan ilmu fardu kifayah. Contohnya mengutamakan ilmu menunaikan solat yang betul berbanding dengan ilmu lain. • Mengutamakan ilmu fardu kifayah yang menjadi keperluan semasa dan pelengkap bagi umat Islam. Contohnya mengutamakan mempelajari ilmu dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. APLIKASI
PRINSIP AM 11 @alani smktm Amalan Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang bermanfaat. • Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding dengan amalan yang kurang bermanfaat mengikut keperluan dan situasi. Contohnya mengutamakan bersedekah berbanding dengan gotong-royong. • Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan ibadat sunat yang berbentuk peribadi. Contohnya mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak amalan sunat untuk peribadi. APLIKASI
PRINSIP AM 12 @alani smktm Tuntutan Syarak Mengutamakan perkara pokok berbanding dengan perkara cabang. • Mengutamakan amalan fardu ain berbanding dengan fardu kifayah. Contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib sebelum bersedekah. • Mengutamakan amalan fardu berbanding dengan amalan sunat. Contohnya mengutamakan membantu ibu bapa berbanding iktikaf. • Menguasai aqidah berbanding dengan perkara syariat. Contohnya mempelajari asas-asas aqidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalus isu-isu fiqah. APLIKASI
Perkara Pokok (Usul) : Perkara asas dalam Islam seperti keimanan kepada Allah SWT. Perkara Cabang (Furu’) : Perincian kepada pelaksanaan perkara pokok seperti hukum pelaksanaan solat berjemaah. ©alani ali smktm 13 SPEKTRUM ILMU
KEPENTINGAN FIQH AL-AULAWIYAT TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT 14 @alani smktm 1 Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik. 2 Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif. 3 Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat. 4 Mewujudkan kesejahteraan sosial dalam melestarikan pengurusan kehidupan. 5 Menyeimbangkan kehidupan masyarakat dalam pelaksanaan tuntutan syariat. 6 Mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan sistem kehidupan yang cekap.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadat. Kita hendaklah sentiasa berazam untuk berjihad dengan tenaga dan harta supaya kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Kita hendaklah sentiasa berhijrah kepada yang lebih baik supaya menjadi insan yang produktif. Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu akan diberi ganjaran pada hari akhirat. PENGAJARAN AYAT ©alani ali smktm 15
SELAMAT BELAJAR TERIMA KASIH 16