SMK TENGKU MAHMUD
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
“Selaut Kasih ,Segunung Ingatan”
SABTU 29 FEBRUARI 2020
Bersamaan 5 Rejab 1441H
8:00 malam
Dewan Jubli Emas
7429
Kata Alu-aluan YDP PIBG
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya
Majlis Makan Malam Amal (MMA) anjuran PIBG SMK Tengku
Mahmud bagi tahun 2020 dapat direalisasikan. Setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang
hadir pada malam ini.
Saya amat bersyukur kerana Majlis Makan Malam Amal PIBG ini dapat dilaksanakan dengan
bantuan semua pihak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua AJK PIBG , guru-guru,warga
SMKTM dan anak-anak pelajar yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini dengan penuh
gemilang. Alhamdulillah, dengan semangat ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni, kita
semua dapat sama-sama berkumpul pada malam ini.
Kita akui walaupun pendekatan ini sedikit terlewat, tetapi tidak terlambat dalam usaha
menyusun pelan strategik dalam membangunkan fizikal sekolah. Matlamat utama Majlis Makan
Malam Amal dilaksanakan dengan mengambil ketetapan beberapa objektif utama iaitu untuk
menambah dana tabung PIBG, menaik taraf pembangunan fizikal sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah diri selain untuk
menceriakan kawasan sekolah, menaik taraf Dewan Jubli Emas dan Masjid Zawawi. Sehubungan
dengan itu, sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan puan sangat bermakna dalam
memastikan murid-murid berupaya memberi komitmen demi kecemerlangan dalam pelbagai
bidang.
Oleh itu, saya berbesar hati dengan sepenuh jiwa dan raga menitipkan jutaan terima kasih
kepada semua penyumbang dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam memberikan sokongan padu sehingga berjayanya majlis pada malam ini. Dan saya
percaya sumbangan dan usaha murni pihak tuan puan tidak bernoktah hanya untuk kali ini.
Akhir kata, saya mengharapkan sokongan ini akan berterusan demi menjayakan impian kita
semata-mata untuk melihat murid SMKTM terus mendapat segala keperluan yang kondusif demi
meneruskan kegemilangan dan keunggulan dalam semua aspek pencapaian. Insya Allah.
Sekian terima kasih.
DATO’ HJ AB HALIM BIN AWANG
Yang Dipertua PIBG
1
Kata Alu-aluan Pengetua
Tanpa kita nampak, tanpa kita sedar tanpa kita peduli sebenarnya Allah sentiasa
membantu kita dalam diam. Bersyukurlah sentiasa dengan nikmatnya.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera
Syukur dipanjatkan terhadap Allah SWT kerana atas limpah rahmat dan inayahnya dapat kita
menzahirkan buat julung kalinya Majlis Makan Malam Amal (MMA) PIBG SMKTM bagi
tahun 2020. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak
pengelola majlis ini iaitu PIBG SMKTM dan jawatan kuasa MMA kerana telah bekerjasama
dalam menjayakan majlis ini.
Dengan berbekalkan keyakinan, langkah ke depan kita ini adalah merupakan satu transformasi
pihak sekolah dalam mengumpul dana tabung PIBG bagi menyedia lengkapkan kemudahan dan
keselesaan bagi murid SMKTM mengorak langkah untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.
Melihat kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang dan sangat pemurah tiada lafaz
syukur dan terima kasih yang bisa diungkapkan. Keikhlasan semua pihak yang sentiasa terbuka hati
menyumbang pada malam ini bagi saya satu jihad yang semestinya mendapat keredaan Illahi. Moga
majlis ini dapat menjadi jambatan untuk kita bersatu, bekerjasama dan saling membahu demi
melonjakkan kecemerlangan SMK Tengku Mahmud.
Saya amat berharap hasil sumbangan daripada semua pihak dapat menjadi tiket bagi pihak
sekolah memenuhi hasrat membangunkan potensi murid SMKTM sekali gus membuka ruang yang
lebih luas mencipta kejayaan sesuai dengan moto SMKTM iaitu ‘TMS Gemilang, TMS Terbilang’.
Sesungguhnya, setiap sen daripada sumbangan pihak tuan puan akan kami manfaatkan agar objektif
sebenar penganjuran MMA tercapai.
Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga seikhlas-ikhlasnya saya ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan perjalanan MMA SMKTM berjalan lancar. Sama sekali
tidak dilupakan kepada para penyumbang yang tidak lokek dalam menyalurkan dana demi
memastikan hasrat dan impian SMK Tengku Mahmud tercapai.
Sekian terima kasih.
ZAHARI BIN AHMAD
Pengetua cemerlang
2
Pendahuluan
Program Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Tengku Mahmud merupakan projek besar
aktiviti PIBG bagi mengumpul sejumlah dana bagi menampung dan membiayai projek-
projek prasarana dan kemudahan yang amat diperlukan oleh murid-murid sekolah ini.
Selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
peranan PIBG perlu diperkasakan dan memainkan peranan secara lebih aktif dan bersepadu dalam
memastikan visi dan misi sekolah tercapai
Program peningkatan prestasi akademik dan ko kurikulum serta sahsiah menjadi keutamaan
pihak sekolah untuk menjadikan sekolah ini terus cemerlang dan menjadi pilihan utama para ibu
bapa di daerah Besut ini. Sehubungan itu, pihak PIBG dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah
bercadang untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Amal PIBG untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi membiayai projek-projek yang dirancang.
Hasil sumbangan daripada majlis ini diharapkan akan dapat menaik taraf pelbagai prasarana
bagi kemudahan dan keselesaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan
generasi modal insan yang bertaraf dunia.
MATLAMAT
Matlamat Majlis Makan Malam PIBG SMK Tengku Mahmud adalah untuk menambah dana PIBG bagi
membantu pihak sekolah untuk membiayai dan menaik taraf pelbagai kemudahan dan prasarana
sekolah serta membantu pihak sekolah untuk membiayai aktiviti akademik dan ko kurikulum murid.
OBJEKTIF
Majlis Makan Malam Amal PIBG SMK Tengku Mahmud ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-
objektif berikut :
• Membantu pelajar SMK Tengku Mahmud yang berkategori miskin dan yang berkeperluan.
• Menambah dana tabung PIBG.
• Menaik taraf bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru dan papan-papan kenyataan.
• Mencari dana untuk tabung pelajar elit ke pertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
• Menaik taraf kecerian taman-taman yang sedia ada dan menambah pondok rehat murid dan
guru.
• Menaik taraf dataran perhimpunan dan gelanggang permainan.
• Meningkatkan kecemerlangan murid melalui program-program kurikulum, ko kurikulum, ko
akademik dan hal ehwal murid.
• Menaik taraf Dewan Jubli Emas dan Masjid Zawawi.
3
Ahli Jawatankuasa PIBG
Penasihat : Tuan Pengetua ( En. Zahari bin Ahmad )
Yang Dipertua : Dato’ H.j Ab Halim bin Awang
Naib Yang Dipertua : Hj. Ahmad Zawawi bin Mat Junuh
Setiausaha : En Yusri bin Awang
Naib Setiausaha : Pn. Siti Khatijah bt. A Rahman
Bendahari : Hj. Maliki bin Ismail
: Hjh. Noorzullaili bt. Yusof
Ahli Jawatankuasa :
1. Hj. Khazali bin Salleh
2. Hj. Mohd Jalil bin Hj Abdul Wahab
3. Hj. Mahusin bin Mamat
4. Dr.Hj. Hasbullah bin Hj Muhammad
5. En. Mohd Hanafiah bin Mustafa
6. En. Mohd Shahrizan bin Ibrahim
7. Pn. Norhayati bt Ismail
8. Pn. Hjh Wan Norlaila bt Wan Ahmad
9. Pn. Hjh Zaiton bt Salleh
10. Pn. Noraida bt Arifin
Ex-Officio :
1. Hj. Zainuddin bin Mohd Saman ( GPK Pentadbiran )
2. En. Ismail bin Idris ( GPK HEM )
3. En. Mohammed Iskandar bin Mahabat Khan ( GPK KO )
4. Pn. Rahana bt. Mat Hussin ( GPK Tingkatan 6 )
Juru Audit Dalaman :
1. Pn. Hamidah bt. Abd Rahman
2. Pn. Hasniza bt. Mohamad
4
Ahli Jawatankuasa Induk MMA
Penasihat : En. Zahari bin Ahmad
Pengetua Cemerlang SMK Tengku Mahmud
Pengerusi
: Dato’ Hj Ab Halim bin Awang
Timbalan Pengerusi I Yang Dipertua PIBG
Timbalan Pengerusi II : Hj. Ahmad Zawawi bin Mat Junuh
Naib Pengerusi I Naib Yang Dipertua PIBG
Naib pengerusi II
Setiausaha I : Hj. Khazali bin Salleh
Setiausaha II
Penolong Setiausaha : Hj. Mohd Jalil bin Abd Wahab
Bendahari I
Bendahari II : Prof. Dr. Hj. Hasbullah bin Muhamad
Penolong Bendahari
: Pn. Hjh Wan Norlaila bt. Wan Ahmad
: Hj Yusri bin Awang
: Pn. Siti Khatijah bt. A Rahman
: Hj. Maliki bin Ismail
: Pn. Hjh Noorzullaili bt. Yusof
: Pn. Hjh Zaiton bt. Saleh
AHLI JAWATANKUASA
Hj. Zainuddin bin Mohd Saman (GPK 1)
Hj. Ismail bin Idris (GPK HEM)
En. Mohammed Iskandar bin Mahabat Khan (GPK KO)
Pn. Rahana bt. Mat Hussin (GPK T6)
En. Mohd Hanafiah bin Mustafa
En. Mohd Syahrizan bin Ibrahim
Hj. Mahusin bin Mamat
Pn. Norhayati bt. Ismail
Pn. Nor Aida bt. Arifin
Semua Guru Kanan Mata Pelajaran
5
Ahli Jawatankuasa Kerja
PERSIAPAN TEMPAT & HIASAN DEWAN JEMPUTAN TETAMU
Cg. Rohana bt. Hussein Cg. Yusri bin Awang (S/U PIBG)
Hjh. Norlaila bt. Wan Ahmad (S/U MMA)
Cg. Amery @Amry bin Yusof Cg. Siti Khadijah bt. A.Rahman (N.S/U PIBG)
Cg. Mohd Zaini bin Mustapha Cg. Maliki bin Ismail (BENDAHARI PIBG)
Semua AJK PIBG
Cg. Nik Rosdi bin Nik Soh
Cg. Mazlinda bt. Muhamad PENDAFTARAN TETAMU
Cg Karimah bt. Abdul Kayum
Cg. Hasnaini bt. Abdullah Cg. Saniah bt. Awang Kechik
Cg. Azma bt. Abd Wahab Cg. Tuan Naimah bt. Tuan Muda
Cg. Abdul Rahman bin Lakiti
Cg. Zaiton bt. Yunus Pn. Adawiah bt. Abdul Rahman
Cg. Che Noraini bt. Sheikh Abdullah
PENYAMBUT TETAMU/ PROTOKOL
Cg. Hamilah bt. Muhammad YDP PIBG / NYDP PIBG
Cg. Imi Raihanah bt. Hashim Majlis Tadbir Sekolah
AJK PIBG
Cg. Natrah bt. Halias
Cg. Noraini bt. Muhamad USHER/JURU PANDU
Cg. Surina bt. Mohamed Zin
Cg. Rohani bt. Ishak Cg. Zariha bt. Ibrahim
Cg. Latifah bt. Ibrahim Cg.Wan Nor Fatihah bt. W Mohd
Cg. Juliana bt. Borhanuddin Cg. Norhasliza bt. Abdul Rashid
Cg. Izuani bt. Mohamad Cg. Haliza bt. Ishak@Rahmat
Cg. Zul Azri bin Anuar
Pekerja swasta Cg. Sumianti bt. Che Omar
En Osman bin Abd Salam Cg. Sharif bin Ibrahim
Cg. Abdul Rahim bin Hassan
JAMUAN Cg. Mohd Rusdi bin Mat Yasin
Cg. Zaiton bt. Salleh Cg. Nik Rosmawati bt. Nik Daud
Cg Aspalila bt. Mohamad Cg. Nur Farahin Atiqah bt. Anuar
Cg. Wan Kela @ Fauziah bt. Wan Idris Pramusaji- 10 orang dari Kolej Bestari
Cg. Raja Nor Aizan bt. Raja Mat
Cg. Kamsiah bt. Said BACKDROP/LATAR PENTAS/BANNER
Cg. Zubaidah bt. Yusof Cg. Nor Zahidah bt. Jusoh
Cg. Zailani bt. Ismail Cg. Samsudin bin Karnain
Cg. Umi Azlina bt. Abd Wahab Pekerja sekolah
Cg. Rohana bt. Shafie
Cg.Ros Awida bt. Sidek
Cg. Faridah bt. Mamat
Cg. Wan Matilah bt. Wan Daud
Cg. Lee Sian Soo
Cg. Shaidatul Azmanizam bt. Muhammad
Pekerja swasta dan semua AKP
6
Ahli Jawatankuasa Kerja
PENGURUS ACARA/STAGE MANAGER BUKU PROGRAM & KAD JEMPUTAN
Cg. Roslan bin Ismail Cg. Alani bt. Ali
Cg. Nor Fazidah bt. Hassan
Cg. Nor Ba’yah bt. Yaakob Cg. Rosnah bt. Ab. Rahman
Cg. Mohd Syahrizan bin Ibrahim Cg. Kartini bt. Azhari
En. Jamal Khaldin bin Harun
Cg. Amri bin Rashid En. Azhar bin Abdullah
PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA
Cg. Faizah bt. Mat Aroff Cg. Ab Malek bin Jusoh
Cg. Nor Aida bt. Arifin CENDERAMATA TETAMU
Cg. Noorzullaili bt. Yusof
SIARAYA Cg. Hasniza bt. Mohamad
Cg. Mohd Tarmizi bin Yahya Cg. Rosnita bt. Abd Ghani
Cg. Rahimah bt. Ali
Cg. Pauzi bin Ali Cg. Suzi Kartini bt. Md Fauzi
Cg. Mohd Syahrizan bin Ibrahim Cg. Hazimah bt. Dollah @ Md Daud
Cg. Siti Haja bt. Salleh
En. Osman bin Abd Salam Cg. Zulaida bt. Yusof
Cg. Marniza bt. Yahya
DOKUMENTASI & MULTIMEDIA Cg. Chong Fei Yin
Cg. Sukartina bt. Hussin Cg. Kamariah bt. Daud
Pelajar TMstv
TRAFIK DAN KESELAMATAN
MULTIMEDIA & VIDEO Cg. Wan Mohd Shukri bin Wan Hassan
Cg. Muhammad Fakri b. Ahmad@Abdul Rahim Cg. Syukri bin Mohamed Noor
Cg. Adnan bin Hassan
Cg. Zuriati bt. Mamat Cg. Mohd Suhaimi bin Mat Dik
Dr. Zulkifli bin Abdullah Kadet Polis
PERSEMBAHAN PELAJAR PAMERAN – INOVASI & ROBOTIK
Cg. Suryani bt. Mat Amin - Gamelan Cg. Taksiah bt. Yaakob
Cg. Sarah bt. Sirajudin – Nyanyian pelajar/guru Cg. Zariha bt. Ibrahim
Cg. Amri b Abd Rashid – Nyanyian pelajar/guru Cg. Nor Ariza bt. Salleh
Cg. Zaidah bt. Abdullah – Persembahan nasyid Cg. Rohaliza bt. Ramly
Cg. Tan Kheng Lim – Persembahan pelajar Cina Cg. Mohd Khairi bin Muhamad Nor
Cg. Shaidati Qamar bt. Abu Bakar
Bekas pelajar
PERALATAN & KELENGKAPAN
Cg. Abdullah bin Mohd Nor
Cg. Mohd Sabri bin Dollah
Cg Ridzwan bin Samat
7
Kejayaan Pelajar 2019
BIL UNIT UNIFORM/ PERINGKAT PENCAPAIAN
SUKAN
1. PANDU PUTERI NEGERI • Anugerah Pandu Puteri Raja :
2 orang Penerima
• Anugerah Pandu Puteri Remaja :
1 orang Penerima
KADET NEGERI • Naib Johan Keseluruhan Perkhemahan
2. PERTAHANAN NEGERI • Johan Keseluruhan Perkhemahan
AWAM
3. KOR KADET POLIS
4. PKBM UDARA KEBANGSAAN • Penyertaan Kawad Kaki
5. SILAT NEGERI • Kejohanan Silat Remaja Tengku Kadir :
3 Emas, 1 Perak & 2 Gangsa
• Kejohanan 1 Silat 1 Sekolah :
Emas Kategori A dan B
• Kejohanan Karnival Bakat Silat Pra-Remaja :
7 Emas, 4 Perak & 2 Gangsa
6. JARINGAN NEGERI • Jaringan Antarabangsa Pasukan Badan
ANTARABANGSA Beruniform (Malaysia) Bersama PRAMUKA
(Indonesia)
• Johan Sukan Rakyat : Integrasi
7. OLAHRAGA KEBANGSAAN • Tempat ke-3 Kejohanan Olahraga MSSM
Acara 200M Lari Berpagar L15
8. TINJU KEBANGSAAN • Kejohanan Tinju Golden Glove :
2 Gangsa
8
Kejayaan Pelajar 2019
BIL PERINGKAT PENCAPAIAN
• Pertandingan Perbahasan Bahasa Cina :
1. NEGERI Naib Johan & Pendebat terbaik
• Pertandingan Mencipta Puisi Bahasa Cina :
Naib Johan Menengah Atas & Hadiah Kecemerlangan
2. NEGERI • Karnival Kreativiti Inovasi PdPc : Mendapat Pingat Emas
3. KEBANGSAAN • Pameran & Pertandingan Rekacipta serta Inovasi Terengganu
(ICTex) : Pingat Emas
4. KEBANGSAAN • Pertandingan Robotik Kebangsaan (NCR) :
Pingat Gangsa dan Best Presentation
5. KEBANGSAAN • IIUM Mathematics Competition : Bronze Award
6. KEBANGSAAN • Invention, Innovation Competition & Exhibition Terengganu :
Gold Award
• Pameran Seni, Kreativiti & kejuruteraan Antarabangsa
(I-Acheh 2019):
6. ANTARABANGSA Gold Medal I-I Acheh
Semi Grand Award - Korea Invention News
Special Award-Korea Invention News
Special Award-Sri Rama Krishna
Grand Award-Asia Invention Creativity Association Academi
Best Innovation Award
9
Atur Cara Majlis
8:00 malam • Pendaftaran Jemputan / Tetamu
• Selingan – Tayangan slaid / Gamelan
• Nyanyian Lagu Negaraku
• Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
• Bacaan doa
• Ucapan alu-aluan oleh : En Zahari bin Ahmad
Pengetua Cemerlang SMK Tengku Mahmud
• Ucapan oleh : Dato’ Hj Ab Halim bin Awang
Yang Dipertua PIBG SMK Tengku Mahmud
• Jamuan Makan Malam
• Selingan - Nyanyian
• Tayangan slaid
• Persembahan pelajar– Gamelan
• Selingan - Nyanyian
• Persembahan pelajar - Nasyid
• Selingan - Nyanyian
• Persembahan pelajar Cina
• Selingan - Nyanyian
• Lawatan ke Pameran Inovasi dan Robotik
• Sesi bergambar
10:30 malam • Majlis Bersurai
10
Sekalung Penghargaan
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada
penyumbang-penyumbang Majlis Makan Malam Amal PIBG 2020
Presiden TMESA
AJK dan Ahli TMESA
PPD Besut
YB ADUN JERTEH
YB ADUN KOTA PUTERA
YB ADUN KUALA BESUT
Ahli Besut Maju
AJK PIBG
Bekas Pelajar TMS
Kontraktor
Ahli Korporat
Syarikat Swasta
Bekas Pengetua
Bekas Guru
Barisan Pentadbir
Guru-guru
Warga SMKTM
Komuniti setempat
Individu
Ibu bapa pelajar
dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Makan Malam Amal ini.
Semoga segala usaha murni dan sumbangan ikhlas
tuan-puan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
©Alaniali smktm2020