AL-QURAN TINGKATAN 5 PELAJARAN 18 TAWADUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA OLEH : USTAZAH ALANI BINTI ALI SMK TENGKU MAHMUD
STANDARD KANDUNGAN & PEMBELAJARAN ©alani ali smktm 2
MAKSUD TAWADUK @alani smktm 3 MAKSUD TAWADUK Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
DALIL NAQLI SIFAT TAWADUK @alani smktm 4 Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksud : Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya. Iyadh bin Hamar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksud : Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar bersifat tawadhuk. Janganlah seseorang antara kamu bersikap sombong dan berbuat zalim kepada orang lain.
CONTOH SIFAT TAWADUK RASULULLAH 5 @alani smktm Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih terhadap mereka.Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang. (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bergaul terutama dengan kanakkana walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak. TAWADUK DALAM PERGAULAN
CONTOH SIFAT TAWADUK RASULULLAH 6 @alani smktm Urwah bin Zubair ra berkata, seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah radhiallahuanha : Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam rumah Baginda? Lalu Saidatina Aisyah menjawab : Rasulullah SAW menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga sepertimana yang dilakukan oleh orang lain. (Riwayat Ahmad) Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika bersama-sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga. TAWADUK DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
CONTOH SIFAT TAWADUK RASULULLAH 7 @alani smktm Jika baginda menyukai makanan tersebut, Baginda akan memakannya. Apabila Baginda tidak menyukainya, Baginda meninggalkannya. Baginda tidak menzahirkan perasaannya sebaliknya hanya berdiam. Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk ketika makan dan minum. Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk Baginda. TAWADUK KETIKA MAKAN DAN MINUM
©alani ali smktm 8 SPEKTRUM ILMU Maksud : Sesungguhnya orang yang boros itu ialah saudara syaitan, sedangkan itu pula ialah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Perbuatan membazir dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 : َ ِهِۦ ك ب َ لِر ُ َٰن طَ ۡ ي َّ ٱلش َ ن َ َك َ و ِۖ ِط ِي َٰ َ ي َّ ٱلش َ َٰن َ و ۡ ِخ إ ْ ا ٓ و ُ ن َ َك َ ين ِ ِر ذ َ ب ُ م ۡ ٱل َّ إ ِن ا ور ُف ٢٧ُ
HIKMAH TAWADUK 9 @alani smktm 1. • Membentuk insan yang bertaqwa kerana sentiasa mengamalkan sifat mahmudah. 2. • Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong. 3. • Membentuk keluarga yang harmoni kerana saling menghormati antara satu sama lain. 4. • Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT kerana sentiasa bersyukur. 5. • Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan Islam.
KESAN ABAIKAN TAWADUK 10 @alani smktm • Membentuk insan yang sombong 1. dan mementingkan diri sendiri. 2 • Dibenci oleh masyarakat . • Kehidupan tidak aman dan jiwa 3. tidak akan tenang. 4 • Dimurkai oleh Allah SWT. .
SELAMAT BELAJAR TERIMA KASIH 11