SKIMA JAWAPAN
PRAKTIS
BIDANG AQIDAH
MODUL TUDINGAN
PENDIDIKAN ISLAM SPM
KERTAS 1
Oleh
Ustazah Alani bt Ali
SMK TENGKU MAHMUD
SOALAN OBJEKTIF : AQIDAH
1A 6D 11B 16B
2B 7A 12C 17C
3D 8D 13D 18B
4C 9D 14B
5D 10A 15C
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN ITK : AQIDAH
1. Munafik 13. 80 x sebatan 25. Potong tangan
2. Rejam sampai mati 14. Berzikir 26. Bertaubat
3. Sihir 15. Riba 27. Qadian
4. Menyembah 16. Munafik 28. Bahai
berhala/bulan/bintang
5. Harta pusaka 17. Taubat 29. Wajib
6. Abu Bakar as-Siddiq 18. Qazaf 30. sunat/nawafil
7. terfasakh/terbatal 19. Ujub 31. Bertambah & berkurang
8. Liwat 20. Nikmat 32. bid’ah
9. Makhluk halus 21. Mengumpat 33. Syiah Zaidiyah
10. Dosa besar 22. Kemanisan iman 34. Majlis Tahkim
11. Dosa kecil 23. Keimanan 35. Syiah Imamiah
12. merompak 24. Ajaran sesat
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 1 Soalan PENGERTIAN : perlu 2
frasa
Apakah maksud kufur.
• Tidak percaya kepada Allah SWT [1m] /
serta mengingkari ajaran yang disampaikan
oleh oleh nabi Muhammad SAW [1m] /
CATATAN :
Kata kunci – TIDAK PERCAYA / INGKAR
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 2
Nyatakan dua bahagian kufur beserta contoh
Bahagian kufur Contoh
Kufur Hakikat • Tidak mengakui balasan akhirat
• Menolak hukumyang terdapat dalam al quran
• Menyatakan solat fardu merugikan masa
• Menyatakan berpuasa melemahkan ekonomi
Kufur Nikmat • Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
• Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah
• Boros membelanjakan harta
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 3
Nyatakan dua contoh perbuatan kufur
hakikat.
• Tidak mengakui balasan akhirat
• Menolak hukum yang terdapat dalam al Quran
• Menyatakan solat fardu merugikan masa
• Menyatakan berpuasa melemahkan ekonomi
CATATAN : Tidak solat / tidak puasa X
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 4 PERLU HURAIAN
Terangkan dua faktor yang menyebabkan berlakunya
kekufuran.
• Pegangan agama yang lemah / kerana tidak dapat
membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau
pahala
• Terpengaruh dengan hawa nafsu / dengan melakukan
perkara yang membatalkan iman.
• Kesempitan hidup / untuk memenuhi keperluan harian.
• Terpengaruh dengan kemewahan dunia / menyebabkan
mereka menolak ajaran Islam
Gunakan : K.A.B.U.S
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 5
Nyatakan dua contoh perbuatan khurafat
• Memakai azimat kerana percayai boleh menghalang bahaya.
• Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial.
• Membuang ancak untuk menghalau hantu.
• Mengunjungi kubur yang dianggap keramat.
CATATAN :
- Mengunjugi kubur – X Jawapan ini perlu keterangan
- Mandi bunga –X lanjut
- Mandi bunga utk mendapatkan jodoh- √ [khurafat]
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 6 PERLU HURAIAN
Terangkan dua kesan mempercayai dan mengamalkan
perbuatan khurafat .
• Menyebabkan syirik dan terbatal imannya kerana melakukan
larangan Allah.
• Membazir masa , tenaga dan harta dengan pekara yang sia-sia.
• Menyekat akal berfikir secara lojik dan sistematik kerana
berfikiran kolot.
• Masyarakat menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan
yang sia-sia. Gunakan : K.A.B.U.S
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 7 & 8 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
7. Apakah maksud nifak?
• Berpura-pura beriman [1M] / sedangkan hatinya kufur
dengan Allah SWT [1M]
8. Nyatakan empat ciri orang munafik.
• Bercakap bohong
• Mungkir janji
• Khianat / pecah amanah
• Berbalah / bergaduh melampaui batas
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 9 & 10 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
9. Apakah maksud syirik?
• Menyekutukan Allah dengan sesuatu [1M] / pada zat,
sifat dan perbuatan [1M].
-KATA KUNCI : MENYEKUTUKAN
10. Nyatakan dua contoh syirik khafi.
• menunjuk-nunjuk/riak
• ujub/kagum diri sendiri
• takbur/bangga diri
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 11 & 12
Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
Apakah maksud riddah.
• Berpaling @ keluar daripada agama Islam
Jelaskan dua kesan perbuatan riddah.
• hubungan suami isteri terfasakh
• haram menerima harta pusaka daripada waris
• haram dikebumikan di perkuburan Islam
• menjadi penghuni neraka/dimurkai Allah
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 13
Jelaskan dua hikmah hukuman bunuh terhadap
orang murtad.
• Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh
dipermain-mainkan.
• Mengelakkan fitnah yang mencemar kesucian agama Islam.
• Mengelakkan masyarakat Islam berpecah belah.
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 14
Nyatakan dua faktor berlakunya perbuatan qazaf.
• Kurang pengetahuan mengenai hukum, syariat dan perundangan Islam.
• Mempunyai iman yang lemah / banyak buat dosa / maksiat / tak takut
azab Allah.
• Terpengaruh dengan hasutan rakan / syaitan / nafsu / media.
• Perasaan dendam / tidak puas hati terhadap isu terbabit / iri hati /
dengki.
• Sifat terburu-buru mengambil tindakan tanpa menyiasat kesahihannya /
khabar angin / bertindak melulu / tuduh membuta tuli.
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 15 PERLU HURAIAN
Terangkan dua kesan qazaf terhadap individu.
• Dihukum dengan hukuman hudud / iaitu disebat dengan 80 kali
sebatan.
• Tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya / kerana
pengakuannya tidak boleh dipercayai.
• Dimurkai / dilaknat oleh Allah SWT / kerana melakukan dosa
besar.
• Maruah diri tercemar / disebabkan melakukan perbuatan yang
dilarang oleh Allah SWT Gunakan : K.A.B.U.S
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 16 & 17 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
16. Apakah maksud riba?
• Faedah atau pertambahan bayaran [1m] / dalam urusan
pinjaman, hutang piutang & seumpamanya [1m].
17. Jelaskan jenis-jenis riba beserta contoh.
• Riba al-Fadl : pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran
barang sejenis [menukar beras baru dengan beras lama]
• Riba al-Nasiah : pertambahan yang diperoleh kerana
menangguhkan tempoh bayaran [hutang RM100 perlu dibayar
RM200 pada bulan berikutnya]
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 18 & 19 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
Nyatakan maksud zina.
• Melakukan hubungan seks secara haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.
Nyatakan hukum ke atas penzina muhsan dan penzina ghairu muhsan.
• Penzina muhsan : rejam sampai mati
• Penzina ghair muhsan : 100 kali sebatan
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 20
Apakah maksud taubat?
• Kembali semula taat kepada Allah [1m] /
setelah menyesal melanggar perintah Allah
dan laranganNya.[1m]
15/11/2020 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
@alanialismktm2020
SOALAN 21
Jelaskan dua syarat taubat yang diterima oleh
Allah SWT.
• Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
• Berhenti daripada melakukan maksiat
• Berazam tidak akan mengulanginya
• Memohon maaf sesama manusia sekiranya kesalahan
melibatkan orang lain.
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 22
Jelaskan dua sebab taubat seseorang tidak
diterima oleh Allah SWT.
• Berterusan melakukan maksiat
• Taubat tidak bersungguh-sungguh
• Taubat tidak ikhlas
• Ketika hampir mati/nazak
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 23 PERLU HURAIAN
Terangkan dua hikmah taubat.
• Mendapat keampunan dari Allah / kerana kembali ke
jalan kebenaran.
• Mendapat ketenangan jiwa / kerana mendapat keredaan
Allah.
• Dapat kembali ke jalan yang benar / dengan cara
mendekatkan diri kepada Allah.
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 24
Nyatakan maksud kemanisan iman.
• Berasa gembira dalam melakukan ibadah / sanggup
menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah
dan rasul-Nya / serta mengutamakan Allah dan rasul-Nya
lebih daripada harta benda dunia.
Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 25
Jelaskan dua ciri orang yang mendapat
kemanisan iman.
• Cinta kepada Allah dan Rasul lebih daripada segalanya
• Mengasihi sesama manusia kerana Allah
• Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika
dicampakkan ke dalam api neraka
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 26 & 27
Nyatakan dua sumber pegangan utama Ahli Sunnah Waljamaah.
• Al-Quran
• Hadis/sunnah
Jelaskan dua prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
• Berpegang teguh dengan al-Quran dan as -Sunnah
• Mereka tidak mencela orang yang tidak sealiran dengan mereka
• Berpegang dengan prinsip-prinsip Salafus Soleh
• Apabila terdapat pertelingkahan pandangan, mereka merujuk al-Quran dan as Sunnah
• Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti dan dalil yang sahih
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 28 & 29
28. Nyatakan dua nama lain bagi mazhab ASWJ :
• Ahlu Sunnah / Al Jamaah / As salafus soleh / Ahlul hadis
29. Jelaskan dua kepentingan berpegang
dengan akidah ASWJ :
• Dapat membersihkan akidah daripada sebarang
kekeliruan dan kesesatan.
• Asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
• Hidup diredai Allah
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 30 & 31 Soalan PENGERTIAN :
perlu 2 frasa
30. Apakah maksud khawarij?
• Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang
Muawiyah [1M] / tetapi tidak menerima Majlis Tahkim [1M]
31. Nyatakan dua pegangan golongan khawarij.
• Beriktikad orang yang melakukan dosa besar adalah kafir.
• Mengkafirkan & menghalalkan darah umat Islam yang
berbeza iktikad dengan mereka.
• Sumber syariat hanya al-Quran.
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 1 :
Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah adalah aliran pemikiran yang
mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Huraikan tindakan yang boleh anda lakukan untuk memelihara akidah
Islam agar selari dengan pegangan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah.
Saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu
akidah dari guru yang muktabar [ISI] Hal ini membolehkan
saya mencari kebenaran dan mengenalpasti ciri-ciri
kesesatan sesuatu ajaran atau amalan [H] Kesannya, saya
dapat menghindarkan diri daripada tergelincir ke dalam
ajaran yang membinasakan iktikad [HL]. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Ahli
Sunnah Waljamaah agar kita sentiasa berada pada jalan
yang lurus.[K]
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 2 :
Seseorang yang mencapai tahap kemanisan iman akan mendapat
kelazatan melakukan ibadat. Huraikan tindakan yang boleh anda
lakukan untuk mencapai tahap kemanisan iman dalam menjalani
kehidupan di dunia.
Saya akan berusaha meningkatkan amalan nawafil
seperti melakukan qiamullail dengan istiqmah [ISI] Hal
ini demilian kerana amalan nawafil adalah amalan yang
sangat disukai oleh Allah SWT [H]. Kesannya, jiwa
akan menjadi tenang sekaligus memudahkan urusan
kehidupan saya [HL]. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
berusaha meningkatkan iman agar mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.[K]
15/11/2020 @alanialismktm2020
SOALAN 3 :
Huraikan tindakan yang boleh anda lakukan untuk
memelihara akidah dalam menjalani kehidupan di dunia
agar tidak terpengaruh dengan ajaran sesat.
Saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu
akidah yang betul [ISI]. Ilmu ini dapat membimbing saya
mencari kebenaran dan menepis sebarang bentuk
kejahilan dalam amalan seharian [H]. Kesannya, saya tidak
mudah terikut-ikut dengan mana-mana kumpulan yang
menyeleweng akidahnya [HL]. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan agar tidak
tersesat.[K]
15/11/2020 @alanialismktm2020
SELAMAT BELAJAR
15/11/2020 @alanialismktm2020