The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAMADUN TG4 KSSM PEL 20 KERAJAAN ABBASIYAH NOTA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALANI ALI, 2024-05-06 10:11:13

TAMADUN TG4 KSSM PEL 20 KERAJAAN ABBASIYAH NOTA

TAMADUN TG4 KSSM PEL 20 KERAJAAN ABBASIYAH NOTA

Keywords: PENDIDIKAN ISLAM

PELAJARAN 20 KERAJAAN ABBASIYAH OLEH : USTAZAH ALANI BINTI ALI SMK TENGKU MAHMUD 1 TAMADUN TINGKATAN 4 KSSM


STANDARD PEMBELAJARAN 5.11.1 • Menjelaskan sejarah kerajaan Bani Abbasiyah. 5.11.2 • Menjelaskan khalifah terkenal zaman Abbasiyah. 5.11.3 • Menerangkan faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Abbasiyah. 5.11.4 • Merumuskan iktibar daripada pemerintahan kerajaan Abbasiyah & menghubungkait dgn kehidupan. 5.11.5 • Bijaksana dalam tindakan secara beradab dan istiqamah. @alani smktm2020 2


@alani smktm2020 3 ABU ABBAS ABDULLAH B MUHAMMAD B ALI AS SAFFAH Khalifah pertama Selama 4 Tahun 9bulan. Tempoh 32H-136H


SUMBANGAN KHALIFAH @alani smktm2020 4 • Mengasaskan Kerajaan Abbasiyah. • Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantine. • Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan Syiah dan Khawarij. ABU ABBAS ABDULLAH B MUHAMMAD B ALI AS SAFFAH


@alani smktm2020 5 ABU JAAFAR ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ALI Khalifah ke-2 Memerintah 22 tahun Tempoh 136H-156H


SUMBANGAN KHALIFAH @alani smktm2020 6 • Memindahkan Pusat Pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad. • Menaik taraf sistem cukai. • Membina sistem pengairan dan saliran. • Membina Masjid As Syarqiah sebagai pusat aktiviti dakwah. • Membina hospital di Baghdad • Memperkukuh kekuasaan terhadap wilayah Byzantine. ABU JAAFAR ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ALI


@alani smktm2020 7 HARUN AL RASYID BIN MUHAMMAD AL MAHDI BIN AL MANSUR BIN AL-'ABBASI Khalifah ke 5 Memerintah 23 tahun Tempoh 170H-192H


SUMBANGAN KHALIFAH @alani smktm2020 8 • Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan kitab Al- Kharaj. • Mewujudkan jawatan Ketua Hakim Negara (Qadhi al-Qudhat). • Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agong). • Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan, dan kebudayaan. • Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian. • Menubuhkan majlisAl-Munazarah sebagai pusat penyelidikan ilmu agama. HARUN AL RASYID BIN MUHAMMAD AL MAHDI


@alani smktm2020 9 ABU JAAFAR ABDULLAH ALMAKMUN B HARUN AL-RASYID Khalifah ke 7 Memerintah 20 tahun Tempoh 198H-218H


SUMBANGAN KHALIFAH @alani smktm2020 10 • Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa Arab. • Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan Negara. • Membina Balai Cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu. • Menyediakan biasiswa kepada pelajar pelajar cemerlang. ABU JAAFAR AL-MAKMUM


FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH @alani smktm2020 11 AGAMA Galakan Khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitulmal untuk para ulama menjalankan aktiviti dakwah. Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa sains, kejuruteraan & perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam. Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana Khalifah sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.


@alani smktm2020 12 POLITIK Kebijaksanaan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara. Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan Syiah di Baghdad dan golongan utara dan selatan Syria berjaya dihapuskan. Kestabilan politik Kerajaan Abbasiyah mendorong Khalifah memajukan negara. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 13 EKONOMI Kedudukan Baghdad berada di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan. Sektor pertanian, perindustrian & perdagangan berjaya mendominasi pasaran antarabangsa kerana berupaya memenuhi permintaan pasaran semasa. Inisiatif Khalifah membina empangan, pusat-pusat perniagaan & rumah api sebagai prasarana pertanian dan perdagangan. Sumber & pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana & peluang pekerjaan untuk rakyat. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 14 SOSIAL Layanan yang adil daripada Khalifah dengan menghapuskan penindasan & perhambaan Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat. Orang yang bukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan utama dalam pentadbiran negara seperti jawatan Perdana Menteri FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 15 KETENTERAAN Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al-karadis setelah berjaya mengalahkan serangan musuh. Inovasi peralatan peperangan yang moden & canggih ketika itu seperti manjanik, dabbabah & barud. Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji & bonus. Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti Parsi dan Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 16 PENDIDIKAN Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam bahasa Arab menggalakkan penguasaan & kemahiran pelbagai disiplin Ilmu. Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Jabir al-Hayyan & Al-Idrisi. Galakan Khalifah seperti al-Makmun dengan memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang. Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan & pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu. FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 17 POLITIK Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan. Perebutan kuasa antara Khalifah seperti alMuntasir & al-Mu’taz menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah. Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada pembentukkan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih. FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 18 SOSIAL Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah. Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah & Khawarij sehingga mengganggu ketenteraman awam. FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 19 EKONOMI Rusuhan & pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad & hal ini menyebabkan dana Baitulmal merosot. Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah kewangan. FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH


@alani smktm2020 20 KETENTERAAN Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh seperti orang Georgia & Armenia. Serangan daripada tentera Monggol (Hulagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan Kerajaan Abbasiyah. FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH


IKTIBAR PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYAH @alani smktm2020 21 Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar. Kita hendaklah mencontohi & mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran akan menjadi contoh ikutan terbaik. Kita hendaklah memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing daripada di peringkat global. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotisme dalam diri. Kita hendaklah mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara. Kita hendaklah memperbaiki penerokaan ilmu memperbanyak penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus terjamin


SELAMAT BELAJAR 22


Click to View FlipBook Version