The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEL 8 TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALANI ALI, 2024-01-14 21:53:48

PEL 8 TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

PEL 8 TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH

Keywords: HADIS,KSSM,TINGKATAN 5

AL-QURAN TINGKATAN 5 PELAJARAN 8 7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH OLEH : USTAZAH ALANI BINTI ALI SMK TENGKU MAHMUD


STANDARD KANDUNGAN & PEMBELAJARAN ©alani ali smktm 2


Maksud: Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT. Pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. Pemimpin yang adil dan pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT dan seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid dan dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. dan seseorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya dan cantik. lalu dia menolak sambil berkata : Aku takut pada Allah SWT. dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kiri tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya dan seseorang yang secara bersendirian mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata. HADIS 2 @alani smktm 3


BACA POTONGAN HADIS @alani smktm 4 َ لَ م ْ و َ ي ِ ه ِ ل ِ ُ يف ظ ُ هللا م ُ ه ُّ ل ِ ظ ُ ي ٌ ة َ ع ْ ب َ س ُ ه ُّ ل ِ إ َ الإ ظ ِ ظ : Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT. Pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. ل ُ ِ اد َ الع ُ ام َ إلم ِ ا , َ ر ِ ة َ اد َ ب ِ يف ع َ شأ َ َ ب ن َشا ٌّ َ و ِ ه ِ ّب , ِ د اجِ َ ٌ يف املس ق إ ل َ ع ُ م ُ ه ُ لب َْ ق ٌ َ ُ ج َ ر َ و Pemimpin yang adil dan pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT dan seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid ْ ي َ ل َ ا ع َ ع َ م َ ت هللا اجِ ِ ْ ِيف َ اَب َ َت َ ِ ن ُالَ ج َ ر َ و ه ْ ي َ ل َ ا ع َ ق إ َّ َ ََ َ َ و ِ ه dan dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.


BACA POTONGAN HADIS 5 @alani smktm َ ج َ َ ب و ٍ ص ِ ْ ن َ ت م َ ا َ ذ ٌ ة أَ َ َّ ْ ام ُ ه ْ ت َ ب َ ل طَ ٌ َ ُ ج َ ر َ ل َ و ا َ ل َ ل َ ٍ ا : َ َف هللا ا َ خ ّن أَ ِ ا , dan seseorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya dan cantik. lalu dia menolak sambil berkata : Aku takut pada Allah SWT. َ َ َّت لَ إ َ ى ح َ َ ْ خ َق أَ د إ َ ص َ َ ٌ َ ُ ج َ ر َ و ُ ق ِ َ ْ ن ُ ا َ َ م ُ ه ُ ال َ َ ِشِ م َ ل ْ ع ه ِ ن ْ ي ِ َ َي dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kiri tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya , ْ ي َ ت ع َض ْ ا َ َ َ ا َ ً ي ِ ال َ َ خ َ هللا ََكَّ ذ ٌ َ ُ ج َ ر َ و ُ اه َ ن . dan seseorang yang secara bersendirian mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata.


7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH 6 @alani smktm 1. Pemimpin yang adil 2. Pemuda yang hidupnya taat beribadat kepada Allah SWT. 3. Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid. 4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. 5. Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah SWT 6. Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya. 7. Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air mata


PEMIMPIN YANG ADIL 7 @alani smktm • Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya berpandukan al-Quran dan alHadis. MAKSUD • Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi. • Mencegah kemungkaran daripada berleluasa CONTOH


PEMUDA YG HIDUPNYA TAAT BERIBADAT KEPADA ALLAH 8 @alani smktm • Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT sama ada ibadah wajib atau sunat. MAKSUD • Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadat puasa dengan sempurna. • Melazimi qiamullail, membaca alQuran dan berzikir. CONTOH


SESEORANG YG HATINYA SENTIASA MENCINTAI MASJID 9 @alani smktm • Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan. MAKSUD • Menunaikan solat fardu secara berjemaah. • Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu, program sukan dan riadah. CONTOH


DUA ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH SWT BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH SWT 10 @alani smktm • Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah MAKSUD SWT. • Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah. • Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal. CONTOH


SESEORANG YANG MEMBENCI PERBUATAN MAKSIAT KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT 11 @alani smktm • Seseorang yang membenci dan menjauhi perbuatan yang melanggar suruhan Allah SWT atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan atau hati. MAKSUD • Menjauhi perbuatan mencuri. • Menghindari pergaulan bebas tanpa batasan. CONTOH


SESEORANG YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAHNYA 12 @alani smktm • Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia. MAKSUD • Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking). • Mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid. CONTOH


SESEORANG YANG MENGINGATI ALLAH SWT SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA 13 @alani smktm • Seseorang yang mengingati Allah SWT sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya. MAKSUD • Beristighfar dengan mengharapkan keampunan allah SWT sehingga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan. CONTOH


©alani ali smktm 14 SPEKTRUM ILMU Maksud : Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah : Ayat 8) NAUNGAN bermaksud mendapat perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari di padang Mahsyar. (Fathul Bari)


©alani ali smktm 15 SPEKTRUM ILMU Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : ح، َ ا َ د أو ر دا اىل املسجِ ن غََ ْ م َ اًل ُكَّ ُُز ن د ُهللا هل يف اجلنةِ َّ َ َأع ح َ ا َ دا أو ر د غََ َ غ اَم Maksud : Barangsiapa yang pergi ke masjid atau pulang, Allah SWT akan menyediakan baginya tempat di dalam syurga setiap kali pergi dan pulang.


©alani ali smktm 16 SPEKTRUM ILMU Maksud : Jika kamu menzahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik dan jika kamu sembunyikan sedekah itu serta diberikan kepada fakir miskin, maka ia adalah baik bagi kamu. Dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah : Ayat 271)


PENGAJARAN HADIS 17 @alani smktm 1. • Kita hendaklah berlaku adil dalam setiap tindakan kerana sikap tersebut merupakan suruhan Allah SWT. 2. • Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 3. • Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan. 4. • Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat hidup aman damai. 5. • Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT. 6. • Kita hendaklah memperbanyak sedekah kerana amalan tersebut dapat menyucikan harta dan jiwa. 7. • Kita hendaklah melazimi amalan zikrullah agar jiwa kita tenang.


SELAMAT BELAJAR TERIMA KASIH 18


Click to View FlipBook Version