The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALANI ALI, 2024-01-16 10:02:43

PEL 19 ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

PEL 19 ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

Keywords: KSSM,PENDIDIKAN ISLAM,TINGKATAN 5

AL-QURAN TINGKATAN 5 PELAJARAN 19 ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH OLEH : USTAZAH ALANI BINTI ALI SMK TENGKU MAHMUD


STANDARD KANDUNGAN & PEMBELAJARAN ©alani ali smktm 2


MAKSUD ISTIQAMAH @alani smktm 3 MAKSUD ISTIQAMAH Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya


DALIL NAQLI SIFAT ISTIQAMAH @alani smktm 4 Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 112 : Maksud : Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu.... Sufian bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah SAW, katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Baginda berkata : Ucapkanlah : ‘Aku beriman dengan Allah SWT’, kemudian istiqamahlah kamu. ر ِصي َ ب َ ون ُ ل َ م ۡ ع َ ا ت َ ِم ۥ ب ُ ه َّ ِن إ ْۚ ا ۡ و َ غ ۡ ط َ ت َ َل َ و كَ َ ع َ م َ اب َ ن ت َ م َ و َ ت ۡ ِمر ُ أ ٓ ا َ م َ ك ۡ قِم َ ت ۡ ٱس َ ف ١١٢


©alani ali smktm 5 SPEKTRUM ILMU Maksud ‘fastaqim’: Keteguhan memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT? Lalu Rasulullah SAW berkata : Amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit. (Muttafaqun alaih) Doa supaya sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmatnya : Maksud : Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperelok ibadat kepadaMu.


CARA ISTIQAMAH 6 @alani smktm 1. • Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah. 2. • Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya secara berterusan. 3. • Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan. 4. • Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan. 5. • Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan. 6. • Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.


SPEKTRUM ILMU 7 @alani smktm Anas bin Malik radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Maksud : Tidak istiqamah (tetap) iman seseorang hamba sehinggalah istiqamah hatinya dan tidak istiqamah hati seseorang hamba sehinggalah istiqamah lidahnya.


CONTOH ISTIQAMAH RASULULLAH 8 @alani smktm Rasulullah SAW istiqamah beribadat kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun Baginda seorang yang maksum. Abu Hurairah ra mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari. (Riwayat al-Bukhari) ISTIQAMAH DALAM IBADAH


CONTOH ISTIQAMAH RASULULLAH 9 @alani smktm Rasulullah SAW tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman. Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia. (Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin) CONTOH 2 : ISTIQAMAH DALAM BERDAKWAH


@alani ali smktm 10 Al-Imam al-Ghazali ra berkata : Antara tanda kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT termasuklah apabila dia mengutamakan perkara yang disukai oleh Allah SWT melebihi keinginan nafsu dan kepentingan diri sama ada secara zahir atau batin. (Ihya’ Ulumuddin) Antara wasiat al-Imam alSyafie ra : Benteng iman itu terdapat dalam 5 perkara iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi ibadat sunat, istiqamah dalam beramal dan berdisiplin dalam beribadat. (Ihya’ Ulumuddin) SPEKTRUM ILMU


HIKMAH ISTIQAMAH 11 @alani smktm • Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana 1. melaksanakan kebaikan secara berterusan. • Membentuk insan yang teguh pendirian dalam 2. mempertahankan kebenaran. • Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak 3. berputus asa untuk berjaya. • Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan 4. nyawa demi mempertahankan Islam. • Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua 5. pihak untuk memajukan negara. • Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat 6. kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.


SELAMAT BELAJAR TERIMA KASIH 12


Click to View FlipBook Version