The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSEDUR MEMBERSIH MUKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DOROTHY NOIS KPM-Guru, 2023-09-10 21:55:57

ANIMUKA

PROSEDUR MEMBERSIH MUKA

Keywords: bersih muka,animasi

KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE MP-060-2:2013-C07 PEDICURE SERVICE NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION. 2. CARRY OUT PEDICURE SERVICE PREPARATION. 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION. 4. PERFORM PEDICURE SERVICE. 5. PROVIDE AFTER CARE ADVICE. 6. UPKEEP SERVICE AREA. NO. KOD / CODE NO.: MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 13 TAJUK/ TITLE: PROSEDUR PERKHIDMATAN PEDIKUR TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang prosedur perkhidmatan pedikur dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 2 Drp/ Of 13 PENERANGAN / INFORMATION: Pedikur (pedicure) bermaksud penjagaan kaki dan kuku kaki. Pedikur merupakan asas bagi penjagaan kaki yang baik. Penjagaan kaki secara berterusan akan dapat membantu mencantikkan dan menyihatkan kuku dan kaki. 1. PROSEDUR PERKHIDMATAN PEDIKUR 1.1 Rawatan pedikur melibatkan langkah membersih, membentuk, membuang kutikel, mengurut ,mengilat kuku atau mevarnis kuku kaki. i) Persediaan Awal a) Kenal pasti bahan dan alatan berpandukan senarai semak. b) Susun bahan dan alatan di atas troli. c) Sediakan pelanggan. • Persilakan pelanggan duduk di atas unit pedikur dengan selesa. • Membantu pelanggan menanggalkan stoking/ aksesori. • Sanitasi tangan juruestetik dengan hand sanitizer. ii) Membersih kaki 1. Sanitasi kaki pelanggan dengan bahan antiseptik. 2. Bersihkan kuku kaki dengan pembersih varnis kuku. 3. Masukkan pedicure soak ke dalam air suam dan rendam kaki pelanggan selama 5 minit.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 3 Drp/ Of 13 iii) Membentuk Kuku 4. Berus kuku kaki sehingga bersih. 6.Skrub kaki dari hujung jari sehingga lutut dan bilas hingga bersih. 5. Gunakan batu pumis untuk menggosok kulit keras pada tapak kaki. 7.Keluarkan kaki dan keringkan. Balut kaki kiri dengan tuala. 1. Mulakan dengan kaki kanan, gunting kuku dengan playar kuku. (jika perlu.) 8. Buang dan gantikan air dalam besin pedikur dengan air suam yang bersih. (Minta pelanggan tunggu sebentar dengan bahasa dan nada yang sopan)


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 4 Drp/ Of 13 2. Pegang papan emeri secara pegangan sederhana menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Jangan genggam. 3. Kikir kuku dengan papan emeri pada sudut 90°. 4. Mulakan mengikir pada hujung kuku dengan arah sehala. Jangan kikir kuku secara dua hala. Jangan kikir di bawah hujung kuku untuk mengelakkan Onikokriptosis (ingrown toe nails). 5. Teruskan mengikir sehingga dapat panjang kuku yang sebaiknya. Bersihkan habuk kuku dengan menggunakan berus kuku.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 5 Drp/ Of 13 iv) Membuang kutikel MAKLUMAT TAMBAHAN 1. 1.Jangan cuba memotong setiap kuku dengan dengan satu ketipan. Sebaliknya, potong sedikit demi sedikit. 2. 2. Elak menggunakan metal file untuk mengikir kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada kuku 1. Ambil cuticle cream dengan kayu oren dan letakkan pada perut ibu jari juruestetik 2. Aplikasi dan ratakan cuticle cream dengan mengurut pada setiap kutikel dan plat kuku. 3.Masukkan semula kaki kanan ke dalam air suam yang bersih. Ulang langkah kerja membentuk kuku dan langkah membuang kutikel (1 dan 2) untuk kaki kiri pula. 4. Aplikasi dan ratakan cuticle softner dengan mengurut pada setiap kutikel dan plat kuku. 5. Tolak kutikel menggunakan cuticle pusher/ hoof stick. 6.Bersih dan buang kutikel di plat kuku dengan menggunakan cuticle knife. Kutikel yang dipotong dibersihkan, dikumpul menggunakan tisu atau kapas fasial dan dibuang segera.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 6 Drp/ Of 13 v) Mengilat kuku v) Mengurut Kaki 7. Ketip dan buang kutikel di sekeliling plat kuku dengan pengetip kutikel. Bersihkan kuku dan jari daripada sisa kutikel yang dipotong dengan kain lembap. 8. Ulang langkah kerja membuang kutikel (4-7) untuk kaki yang satu lagi. 9. Alihkan besen pedikur jika ruang kerja tidak mencukupi sebagai persediaan mengurut kaki. 1. Aplikasi dan ratakan minyak/krim/losen urut pada kaki kanan. 2. Urut usap dari hujung jari kaki ke lutut sebanyak 3 kali. 3. Urut jari dan kaki dengan gerakan pusingan. 4. Pusing setiap jari mengikut arah dan lawan jam 3 kali. 5. Urut buku lali dengan gerakan pusingan 3 kali. 6. Urut tekan di tapak kaki. MAKLUMAT TAMBAHAN Berhati – hati ketika membuang kutikel kuku agar tidak melukakan jari pelanggan


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 7 Drp/ Of 13 vi) Buffing atau mewarna kuku a.Buffing 7.Genggam jari dan tepuk tapak kaki pelanggan 3 kali. 8.Cengkam jari dan buat pusingan mengikut dan melawan arah jam 3 kali. 9.Cengkam jari dan ampu tumit kaki, buat pusingan mengikut dan melawan arah jam 3 kali. 10.Buat urutan kneading dengan ibu jari di tepi otot anterior tibialis . 11. Urut usap dari hujung jari kaki ke lutut 3 kali. Ulang langkah 1 hingga 11 untuk kaki yang lagi satu. 12.Bersihkan minyak/ krim urut pada kaki dengan tuala lembap. Guna pembersih varnis kuku untuk membersihkan plat kuku. 1.Kenalpasti bahagianbahagian pada buffer


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 8 Drp/ Of 13 MAKLUMAT TAMBAHAN 3. 1.Fungsi buffing bukan sahaja mengilatkan kuku tetapi juga untuk membekalkan darah ke dasar kuku( nail bed) seterusnya menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat dan kuat. Ia juga untuk meratakan permukaan plat kuku yang tidak sekata. 2. Jangan buff terlalu lama kerana akan menyebabkan kuku menjadi kering. 3. Buffing juga merupakan proses akhir pedikur jika pelanggan tidak ingin memakai varnis kuku. 2. Mulakan buff arah sehala dengan lembut dari atas plat kuku hingga hujung kuku menggunakan bahagian yang kasar(A). 3. Buff juga di tepi kuku menggunakan sudut buffer sehingga kuku pudar. 4. Buff hujung kuku jika ada yang bergerigi semasa proses mengikir. 5. Ulang langkah 2 dan 3 menggunakan bahagian yang halus(B). 6. Letak buffing cream pada plat kuku. Buff kuku secara sehala sehingga berkilat dengan menggunakan bahagian pengilat (C) . 7. Bersihkan habuk dengan kain gauze atau kapas lembap.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 9 Drp/ Of 13 b. Mewarna Kuku • Aplikasi base coat 1. Bersihkan plat kuku dengan nail polish remover. 2. Letak toe separators pada jari kaki 3. Pusing berus dalam leher botol untuk menipiskan base coat dan sapu dihujung kuku dengan hujung berus. 4. Leretkan berus melentik ke dalam dan keluar untuk mendapatkan base coat yang rata. 5. Letakkan berus berdekatan dengan kutikel ditengah plat kuku dan tolak ke atas sehingga hampir dengan garisan kutikel. Tarik ke bawah hingga ke hujung kuku. 6. Sapu ratakan base coat pada plat kuku mengikut garisan kuning dan sudut seperti tanda biru supaya tidak terkena kulit.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 10 Drp/ Of 13 •Aplikasi varnis kuku 1. Pusingkan botol seperti dalam rajah untuk sebatikan varnis. Jangan goncang. 2. Pusing berus dalam leher botol untuk menipiskan varnis dan sapu dihujung kuku dengan hujung berus. 3. Leretkan berus melentik ke dalam dan keluar untuk mendapatkan varnis yang rata. 4. Letakkan berus berdekatan dengan kutikel dan tolak ke atas sehingga hampir dengan garisan kutikel dan tarik ke bawah hingga ke hujung kuku. 5. Sapu ratakan varnis mengikut garisan kuning dan sudut seperti tanda merah jambu supaya tidak terkena kulit. Biarkan kering. hujung kuku. 6. Sapukan lapisan kedua dengan tekanan yang lemah dan lebih varnis supaya tidak terjejas lapisan yang pertama.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C07/P(5/8) Muka Surat/ Page: 11 Drp/ Of 13 MAKLUMAT TAMBAHAN Untuk memahirkan mevarnis kuku dengan kemas, juruestetik boleh berlatih menggunakan kertas latihan mewarnis kuku seperti lampiran yang diberikan. i) Aplikasi Top Coat 7. Kemaskan bahagian tepi yang comot dengan hujung kayu oren yang dibalut kapas nipis. 1. Pusing berus dalam leher botol untuk menipiskan top coat dan sapu dihujung kuku dengan hujung berus. 2. Letakkan berus berdekatan dengan kutikel dan tolak ke atas sehingga hampir dengan garisan kutikel dan tarik ke bawah hingga ke hujung kuku mengikut garis kuning dan sudut 3.Biarkan sehingga kering dengan berwarna merah jambu sepenuhnya. (Boleh gunakan nail dryer jika perlu). Tanggalkan toe separator.


SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga (3) cara mengurut kaki. a. ___________________________ b. ___________________________ c. ___________________________ 2. Nyatakan langkah-langkah kerja mengaplikasi base coat. i. _____________________________________________________________________ ii. _____________________________________________________________________ iii. _____________________________________________________________________ iv. _____________________________________________________________________ RUJUKAN / REFFERENCES: 1. Ani Haji Suwardy, (2004), Jurukecantikan & Teraphy, Global Beauty Sdn Bhd. 2. Diane Irons, (2007), Bargain Beuty Secret, Sourcebooks, Inc, Napperville, Illinois………………………….Mukasurat 80- 114. 3. Liz Micheal Face, (2008), Face Make up Beauty, Published by Butler & Tanner Ltd, Frame and London, First Edition………….Mukasurat 115-121. 4. Lorraine Nordmann Beauty Therapy The Foundation level 2, Virginia Thorp, Seventh Edition. 5. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nawawi Bin Mohd. Jan, (2005), Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,……………………Mukasurat 177 – 194. 6. https://nailbees.com/how-to-file-toenails


Click to View FlipBook Version