BERITA SEMASA
PENJANA terus bantu industri pelancongan
Jumaat, 5 Jun 2020 | 10:59pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan terus menumpukan usaha dalam pemulihan sektor pelancongan yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-
19 dengan memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM1 bilion dalam Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA.Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, berkata pembiayaan itu adalah inisiatif transformasi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor
pelancongan agar terus berdaya saing dalam era kebiasaan baharu .
Beliau berkata, kerajaan juga memperkenalkan beberapa langkah cukai bagi membantu sektor itu."Untuk mengaktifkan semula kegiatan
industri pelancongan, beberapa langkah cukai akan dilaksanakan. Pertama adalah lanjutan tempoh penangguhan cukai selama tiga bulan lagi
mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020."Ini bagi perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha
hotel dan syarikat penerbangan yang telah diberikan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1
April 2020 hingga 30 September 2020."Kedua pula pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30
Jun 2021 manakala ketiga pula pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis
penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021," katanya.Muhyiddin berkata, turut diberikan adalah pelepasan cukai
pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31
Disember 2021.
Mengulas mengenai langkah kerajaan itu, Timbalan Presiden Malaysia Budget Hotel Association (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel, berkata
sektor perhotelan menerima impak yang hebat dan merekodkan sifar pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Hampir 60
peratus ahli hotel kami menutup operasi kerana tiada hala tuju dan tidak dapat meramalkan masa depan sektor ini pada masa
hadapan."Pengumuman kerajaan itu tepat pada masanya. Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana memahami dan memberikan banyak
bantuan kepada pengusaha dan pekerja kepada kami sektor yang pertama terjejas dan yang terakhir dapat dipulihkan," katanya.Ganesh
berkata, kerajaan juga dilaporkan turut bersetuju dengan permintaan pihaknya untuk memperkenalkan Akta COVID-19.Beliau berkata, akta ini
akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan berikutnya pada Julai 2020."Kita berharap isu utama yang dihadapi oleh anggota kita
dilindungi dengan baik dalam Akta COVID-19 pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Bumiputra Malaysia (BUMITRA), Mohd Hashif Mohd
Farid, berkata pihaknya menyambut baik pakej yang diumumkan kerajaan itu.Beliau berkata, dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa
ditanggung oleh pengusaha pelancongan demi kelangsungan perniagaan dan juga pekerja.Namun katanya, peserta sektor pelancongan
masih mengharapkan kerajaan dapat meneliti beberapa perkara lain bagi membantu sektor itu yang terjejas teruk ketika ini."Kami dalam
sektor yang paling terjejas akibat COVID-19 ini amat mengharapkan agar kerajaan dengan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia
(BNM) dapat melanjutkan lagi tempoh moratorium sedia ada kepada tempoh 12 bulan memandangkan sektor pelancongan ini dijangka akan
kembali berdaya saing selepas suku ketiga 2021," katanya."Ini sedikit sebanyak membolehkan sektor pelancongan secara keseluruhannya
"restart" dan menyusun semula langkah strategik dari memperhalusi kos operasi, modal insan dan juga pemasaran, seterusnya sasaran
jualan yang boleh dilakukan pasca COVID-19," katanya.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/696957/penjana-terus-bantu-industri-pelancongan