The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vikneshbashkar97, 2023-01-07 07:20:49

MODUL TOPIKAL ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN VIKNESHWARAN - TUGASAN 3

VIKNESHWARAN - TUGASAN 3

PEMARKAHAN

KPS 60204
SOSIOLOGI RAS DAN ETNIK DALAM PENDIDIKAN

TAJUK

NAMA DISEDIAKAN OLEH : PROGRAM
NO. MATRIK PENDIDIKAN AWAL
VIKNESHWARAN A/L
BASHKAR M20221000579 KANAK-KANAK
MOD C

PENSYARAH : PROF. DR. AMIR HASAN DAWI



ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

ISI KANDUNGAN

Sinopsis MUKA SURAT
3
Pengenalan 4
5
1 ISU: Pendidikan Bahasa Ibunda Etnik
Minoriti di Malaysia 7

2 ISU: Pengasingan Etnik Dalam Sistem 9
Pendidikan Malaysia 11

3 ISU: Sistem Pendidikan Untuk Orang Asli 13

4 ISU: Sistem Pendidikan Di Kawasan Luar 15
Bandar 16

5 ISU: Peluang Pendidikan Tinggi Untuk
Semua Etnik

Kesimpulan

Rujukan

2

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN
3

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memupuk perpaduan etnik di Malaysia.
Selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem pendidikan di negara ini telah dirangka dan
digubal untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu, mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
serta dapat menyumbang terhadap pembangunan negara. Dengan kata lain, sebagai sebuah negara
terdiri daripada pelbagai etnik, bidang pendidikan menjadi antara platform utama untuk membentuk
generasi yang saling memahami dan bertolak ansur. Bidang pendidikan juga menjadi satu saluran yang
berpengaruh dan berkesan dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara
ini. Sehubungan dengan itu, pendidikan merupakan tiang asas dalam proses penyatuan bagi
merealisasikan aspirasi negara Malaysia bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat berbilang etnik negara ini.

Malaysia bukan saja dikenali dengan keunikan masyarakatnya yang berbilang etnik seperti
Melayu, Cina, India, etnik bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain tetapi juga kaya dengan warisan
tradisi pelbagai etnik tersebut. Walaupun jelas setiap etnik ini mempunyai amalan budaya, adat resam,
kepercayaan agama dan bahasa masing-masing tetapi mereka dapat hidup bersama dalam suasana
harmoni.

Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bengsa merupakan tiga isu utama yang perlu ditangani
oleh penggubal dasar pendidikan dalam masyarakat majmuk. Isu-isu tersebut berpunca daripada
tuntutan etnik yang berbeza terhadap peranan dan fungsi pendidikan dalam masyarakat majmuk.
Sebagai sebuah masyarakat majmuk, negara ini juga tidak terkecuali daripada isu-isu tersebut. Bagi
memelihara dan meningkatkan lagi mutu pendidikan negara kita, isu-isu etnik dalam bidang pendidikan
harus diberi perhatian serta kita harus mencari cara penyelesaian supaya semua etnik di negara kita
dapat menerima pendidikan yang saksama.

4

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

1 PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA
ETNIK MINORITI DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN :
Pelajar akan dapat :

I. Mengetahui perkembangan pendidikan bahasa ibunda etnik minoriti di negara kita.
II. Menyatakan implikasi pendidikan Bahasa Ibunda terhadap Mobiliti Pendidikan Pelajar

Etnik Minoriti
III. Menerangkan langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu ini.

PENGENALAN
Tuntutan etnik minoriti terhadap pendidikan bahasa ibunda sering mencetuskan kontroversi yang
menimbulkan ketegangan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk. Antara etnik minoriti yang terdapat
di negara ini, etnik Cina dan etnik India merupakan dua golongan etnik minoriti yang begitu gigih
mempertahankan pendidikan bahasa ibunda demi mengekalkan bahasa, budaya dan identiti etnik
mereka. Menurut Megarry (1981), tuntutan etnik minoriti terhadap pendidikan bahasa ibunda sering
bertunjangkan konsep kepelbagaian bahasa dan budaya. Etnik Cina dan etnik India didapati sangat gigih
menuntut agar pendidikan bahasa ibunda mereka diserapkan ke dalam rangka sistem pendidikan
kebangsaan.

5

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Kelemahan murid-murid etnik Cina dan India dalam penguasaan Bahasa
Melayu

Murid-murid keluaran SJKC dan SJKT yang memasuki sekolah menengah
aliran kebangsaan tercicir kerana menghadapi halangan bahasa
pengantar

Murid tidak dapat belajar secara optimum dan menimbulkan pelbagai
jenis masalah disiplin di sekolah

Pelajar juga gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu yang merupakan
mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan awam

Sistem pendidikan boleh disemak Pihak sekolah boleh mengadakan
dengan baik pulih dasar bahasa program-program berkaitan
Bahasa Melayu
Pihak sekolah boleh mengadakan
kelas tambahan Guru harus memberi motivasi
kepada murid-murid

Guru boleh menggunakan ABM Guru boleh mempelbagaikan
yang menarik dan pelbagai kaedah pengajaran

Uji
Minda

Sila nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di rumah untuk meningkatkan tahap

penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid.

6

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

2 PENGASINGAN ETNIK DALAM
SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN :
Pelajar akan dapat :

I. Menerangkan maksud sistem pendidikan monoetnik.
II. Menyatakan kesan-kesan sistem pendidikan monoetnik.
III. Menyatakan langkah-langkah penyelesaikan isu pengasingan etnik dalam pendidikan.

PENGENALAN
Pengasingan etnik merupakan satu fenomena yang sangat merungsingkan dalam sistem pendidikan
negara ini. Fenomena ini telah menjejaskan usaha memupuk integrasi etnik dalam kalangan pelajar
pelbagai kaum di negara ini. Memandangkan penduduk di negara ini terdiri daripada golongan etnik yang
begitu berbeza dari segi bahasa, budaya dan agama, dan ditambah dengan taburan penduduk
terutamanya antara penduduk bandar dengan luar bandar yang memperlihatkan pengasingan etnik yang
amat jelas, maka perlu ada usaha untuk menggalakkan interaksi antara kumpulan etnik di negara ini bagi
memupuk persefahaman dan toleransi terhadap perbezaan etnik. Dalam hal ini, sekolah merupakan
salah satu agen sosialisasi yang sesuai digunakan untuk menggalalkkan interaksi etnik.

Walaupun terhadap banyak punca pengasingan etnik dalam sistem pendidikan negara ini, dua
punca utama telah dikenal pasti berhubung dengan isu ini. Pertama, pola enrolmen pelajar yang
memperlihatkan tujuan dan kepentingan pendidikan yang berbeza. Punca kedua adalah dasar
keutamaan kerajaan berbentuk tindakan afirmatif yang dilaksanakan untuk memperbaiki mobiliti
pendidikan pelajar bumiputera. Walau bagaimanapun, dalam membincangkan sesetengah aspek
pengasingan etnik dalam sistem pendidikan negara ini, kedua-dua faktor ini tidak boleh dilihat secara
berasingan.

7

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Murid-murid tidak dapat menikmati atau melalui persekitaran sekolah yang merangkumi pelbagai kaum.
Hakikatnya murid-murid negara kita tidak memahami dan mempelajari budaya dan tradisi kaum-kaum
lain (McPherson et.al., 2001).

Kajian Najeemah Mohd Yusof (2010) tentang interaksi sosial di sekolah menengah di Malaysia
mendapati bahawa bahasa Melayu menjadi penghalang interaksi antara murid daripada kumpulan etnik
yang berlainan. Misalnya, ejekan rakan apabila bahasa yang dipertuturkan tersalah sebutan atau
berlakunya kesilapan dalam sebutan ayat dan intonasi bahasa.

Sempadan etnik dalam kalangan murid yang berasal dari sekolah monoetnik adalah tinggi. Murid-murid
tidak mempunyai minat atau keinginan untuk bergaul dengan murid yang berlainan bangsa. Murid-
murid tidak berasa selesa semasa bergaul dengan murid yang berlainan bangsa

✓ Kurikulum berorientasiakan suasana di Malaysia
✓ Aktiviti sambutan perayaan di sekolah
✓ Aktiviti pelbagai kaum seperti Program Keluarga Angkat
✓ Program pertukaran pelajar sekolah
✓ Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

(RIMUP)

Uji
Minda

Sila nyatakan aktiviti—aktiviti yang boleh dijalankan bagi memupuk sikap
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

8

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

3 MASALAH KECICIRAN DALAM
KALANGAN MURID ORANG ASLI

HASIL PEMBELAJARAN :
Pelajar akan dapat :

I. Menceritakan ciri-ciri kehidupan masyarakat kaum asli.
II. Menyatakan faktor-faktor masalah keciciran dalam kalangan murid orang asli.
III. Menyatakan langkah-langkah penyelesaikan masalah keciciran murid orang asli.

PENGENALAN
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti
penduduk Malaysia. Mengikut bancian tahun 2006 bilangan Orang Asli ialah 141,230 orang. Kedudukan
sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli masih tertinggal dalam pelbagai bidang,
berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
(2013), dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan bahawa
kumpulan peribumi dan minoriti lain termasuk kumpulan seperti Orang Asli, Penan, peribumi Sabah, dan
peribumi Sarawak merangkumi 4% daripada semua murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti
minoriti yang mempunyai keunikan tersendiri
terutamanya dalam aspek sosiobudaya yang
meliputi identiti, adat resam dan ritual, pantang
larang, makanan serta hubungan sosial.

Bagi mengekalkan identiti mereka sebagai Orang
Asli, majoriti daripada mereka masih tinggal di
kawasan hutan dan masih mengamalkan cara
hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek
moyang mereka. mereka (Seow Ta Wee, et al.,
2013).

3 suku kaum utama iaitu Senoi, Melayu-Proto dan

Negrito dan setiap suku kaum ini pula boleh

dipecahkan lagi kepada enam suku bangsa

berbeza. 9

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Ibu bapa orang asli tidak berminat dalam pendidikan formal -
Muhammad Fuad (2016)

Ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa dengan
pekerjaan seharian dan mencari sumber kewangan

Ibu bapa kurang meluangkan masa untuk anak-anak dan
tidak dapat membekalkan bahan bacaan

Menurut Hanafi (2014), orang asli tidak mempunyai
gambaran masa depan yang cerah tentang anak-anak

mereka

Langkah-langkah Penyelesaian Sikap Ibu Bapa Orang Asli

❖ Melaksanakan program yang dapat
meningkatkan motivasi para ibu bapa.

❖ Kelas dewasa untuk para ibu bapa turut
diperluaskan dan dipergiatkan dalam kalangan
orang asli.

❖ Para ibu bapa yang mempunyai anak di rumah
boleh membawa anak mereka datang
bersama agar tidak menjadi alasan tidak dapat
hadir ke kelas

Sila nyatakan matapelajaran dan kursus yang sesuai untuk kaum orang asli
untuk mengembangkan kemahiran—kemahiran mereka.

Uji 10
Minda

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

4 SISTEM PENDIDIKAN DI KAWASAN
LUAR BANDAR

HASIL PEMBELAJARAN :
Pelajar akan dapat :

I. Menyatakan cabaran-cabaran pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat di luar bandar.
II. Menyatakan langkah-langkah yang boleh memajukan sistem pendidikan di luar bandar.

PENGENALAN
Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975), Malaysia telah melaksanakan dasar
pembangunan ke arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan polarisasi sosio ekonomi khususnya
dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar (Malaysia, 1971). Berdasarkan prinsip ini pelbagai
usaha dijalankan untuk terus mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi muda
tetapi juga secara tidak formal dalam kalangan generasi dewasa. Pendidikan membolehkan setiap
individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-rintangan
kehidupan.

Faktor kemiskinan keluarga di luar
bandar

Faktor kurang peluang mengakses teknologi
maklumat dalam kalangan pelajar luar bandar

11

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Masalah kekurangan kemudahan infrastuktur
dan kemudahan asas

Faktor keadaan geografi atau lokasi
sekolah

Kekurangan guru terlatih dan
berpengalaman menjadi punca kepada
rendahnya kualiti pendidikan di sekolah

pedalaman

➢ Mewujudkan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar dengan adanya pelbagai

jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan bidang pengkhususan.
➢ Menyediakan instrastruktur asas di kawasan sekolah seperti bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya

dan jambatan yang kukuh & sebagainya.
➢ Menyediakan kemudahan teknoligi ICT asas seperti komputer, televisyen dan cakera video digital &

menjalankan program bimbingan dan latihan untuk memastikan program ini dapat beroperasi dengan

lancar.

12

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

5 PELUANG PENDIDIKAN TINGGI
UNTUK SEMUA ETNIK

HASIL PEMBELAJARAN :
Pelajar akan dapat :

I. Menjelaskan maksud sistem meritokrasi.
II. Menyatakan cabaran peluang pendidikan tinggi yang dihadapi oleh masyarakat bukan

bumiputera.
III. Menyatakan langkah menyelesaikan isu peluang pendidikan tinggi dalam masyarakat.

PENGENALAN
Perkembangan yang pesat kemasukan ke sekolah dan IPT serta peluang mendapat pendidikan bagi
semua masyarakat adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran tinggi serta
mengurangkan jurang ketidakseimbangan dalam kelayakan pendidikan. Pada tahun 2002, kerajaan
memperkenalkan sistem meritokrasi bagi menggantikan sistem kuota. Sistem ini mula digunakan pada
pemilihan pelajar-pelajar ke IPTA bermula sesi 2002/2003. Rasional pelaksanaan sistem meritokrasi ke
IPTA ialah untuk memastikan pelajar-pelajar Melayu berusaha dengan lebih tekun supaya dapat
bersaing dengan kaum-kaum lain untuk mendapat tempat di IPTA.

Meritokrasi ialah sistem yang menggalakkan individu yang berkebolehan dipilih berdasarkan
kebolehan, intelektual dan amalan dan bukannya atas dasar kekayaan, latar belakang keluarga atau
status sosio-ekonomi mereka. Pertimbangan ke atas faktor-faktor keperluan seperti latar belakang,
ekonomi, keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian.

Kolej Matrikulasi IPTA IPTS

Kolej Komuniti STPM

13

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Peluang kemasukkan ke kolej matrikulasi yang agak tipis untuk pelajar
bukan bumiputera lepasan SPM

Pelajar lepasan STPM yang memperoleh keputusan yang baik tetapi
gagal mendapatkan tempat di IPTA bagi mengikuti kursus pilihan
mereka (Tan Liok Ee, 2001).

Bayaran yuran yang tinggi di IPTS membebankan pelajar-pelajar dari
keluarga yang sederhana untuk sambung belajar ke peringkat tinggi

Pihak KPM harus menubuhkan dasar-dasar pendidikan yang baru dan
saksama untuk semua etnik

Pihak KPM menawarkan Program Biasiswa dan menyediakan bantuan sara
diri untuk golongan pelajar IPTA dan IPTS berdasarkan latar belakang
pelajar.
Pihak IPTS boleh mengurangkan yuran pengajian atau memperkenalkan
pelan bayaran yang baharu seperti bayaran secara beransur-ansur dan
sebagainya.

Uji
Minda

Pada pandangan anda,
perlukah pihak KPM harus memperbanyakkan lagi institusi pendidikan tinggi seperti kolej
matrikulasi dan universiti di negara kita?

14

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan
merupakan satu saluran untuk membolehkan perpaduan dicapai dalam
masyarakat yang pelbagai di negara ini. Pendidikan berperanan penting dalam
proses mewujudkan komuniti pelbagai etnik yang bersatu padu. Pendidikan
menjadi antara platform utama dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan
pelbagai dasar pendidikan yang dapat memenuhi keperluan semua etnik.
Malaysia sebuah negara yang unik kerana masih mengunapakai sistem
pendidikan kebangsaan di samping meneruskan sistem pendidikan vernakular.
Kedua-dua aliran pendidikan dilihat berkembang seiring bukan sahaja dapat
memenuhi citarasa rakyat terhadap pendidikan tetapi juga melengkapi generasi
muda dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya kemahiran dan
penguasaan pelbagai bahasa lain.

15

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

RUJUKAN

Fuad Abdullah, Azmah Othman, Juli Edo, Rohana Jani, Mohd Tajuddin Abdullah dan Halim
Salleh (2000). Globalization and the challenges to Malay nationalism. Dalam Leo
Suryadinata (ed.). Nationalism and Globalization: East and West. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, 132-174.

Hanafi, W. A. W., Ahmad, S., & Ali, N. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi
pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Geografia: Malaysian
Journal of Society and Space, 10(5), 107-122

McPherson, K., Headrick, L., & Moss, F. (2001). Working and learning together: good quality
care depends on it, but how can we achieve it?. BMJ Quality & Safety, 10(suppl 2), ii46-
ii53.

Megarry, J., S. Nisbet dan E. Hoyle (ed.). (1981). World Yearbook of Education 1981: Education
of Minorities. London: Kogan Page. Mohamad Hafis Amat Simin. 2016. Parent’s
Perception On Formal Education Among

Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan. 1976, 1981, 1986,
1991, 1996, 2001, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee. 2013. Kelestarian pembangunan sosiobudaya komuniti
Orang Asli. Dlm. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke 4 , 5-6
Mac 2013. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tan Yao Sua (2005). Politik Dongjiaozing dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung
Malaysia (1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, E. K. (2001). From sojourners to citizens: managing the ethnic Chinese minority in
Indonesia and Malaysia. Ethnic and Racial Studies, 24(6), 949-978.

Tan, L. E. (1997). The politics of Chinese education in Malaya, 1945-1961. Oxford University
Press, USA.

16


Click to View FlipBook Version