KAI 60404 PENGLIBATAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MODUL EMOSI DIRI NAMA : VIKNESHWARAN A/L BASHKAR NO KAD PENGENALAN : 970702086011 NO MATRIK : M20221000579 PROGRAM : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : PROFESSOR MADYA DR.NORDIN BIN MAMAT
MODUL EMOSI DIRI
4 5 6 8 9 13 17 I 23 24 ISI KANDUNGAN AKTIVITI 3: MELUKIS EMOSI MUKA NO KANDUNGAN M/S 1 2 3 4 5 6 7 PENGENALAN TEORI KELUARGA OBJEKTIF MODUL AKTIVITI 1: MENONTON VIDEO AKTIVITI 2: MENGHASILKAN TOPENG MUKA KESIMPULAN UJI MINDA KANDUNGAN MODUL 8 9
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu konsep complimentary learning bagi membantu pencapaian segala keperluan dan kejayaan kanak-kanak. Ia adalah satu pendekatan sistemik yang mengintegrasikan sekolah dan sokongan bukan sekolah dalam memastikan semua kanak-kanak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Para pendidik, ahli akademik, pembuat dasar dan keluarga semakin bersetuju bahawa sekolah tidak boleh bersendirian dalam melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan pelbagai peluang untuk belajar dan berkembang di rumah, di sekolah dan dalam komuniti. Konsep ini menekankan perkaitan di antara rumah dan sekolah yang boleh menyediakan persekitaran awal kanakkanak mempelajari sesuatu dan menghasilkan pembelajaran dan perkembangan yang konsisten (Harvard Family Research Project, 2006). PENGENALAN
Modul Emosi Diri ini a dihasilkan untuk para ibu bapa untuk digunakan bersama anak-anak mereka di rumah. Modul ini dihasilkan khas untuk kanak-kanak peringkat prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Modul ini dihasilkan berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Keabngsaan. Tunjang Keterampilan Diri dipilih sebagai tunjang utama un modul ini. Standard Kandungan yang dipilih adalah KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri. Kanak-kanak dapat mempelajari tentang emosi diri sendiri dan cara mengurus emosi sendiri melalui modul ini. Modul Emosi Diri ini mengandungi tiga siri aktiviti yang harus dijalankan oleh para ibu bapa bersama anak-anak mereka. Prosedur atau langkah-langkah perjalanan aktiviti juga telah diterang secara terperinci dalam modul ini. Modul ini dihasilkan secara berwarna-warni dan mengandungi gambar-gambar kartun untuk menarik minat kanak-kanak. KANDUNGAN MODUL
TEORI KELUARGA YA N G DIGU N AKA N TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBRENNER Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner merupakan mikrosistem yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam perkembangan kanak-kanak. Dalam mikrosistem ini, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan kanakkanak. Ini kerana ibu bapa sendiri lebih memahami latar belakang anak sendiri (Shore 2001). Kesan positif kepada kanak-kanak bagi teori ini merangkumi pengukuhan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa dapat menyumbang kepada kanak-kanak di prasekolah dari pelbagai segi, antaranyaberkongsi kepakaran dengan membuat demonstrasi kraftangan dan penerangan tentang pekerjaan, Mereka juga memberikan khidmat kebajukan seperti gotong royong membersihkan kawasan sekolah dan sebagainya.
TEORI KELUARGA YA N G DIGU N AKA N MODEL EPSTEIN Dalam model Epstein yang merupakan sebuah model yang menekankan penglibatan ibu bapa dan keluarga. Ia merupakan faktor yang penting bagi mempertingkatakan kesediaan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan pihak sekolah membolehkan ibu bapa lebih memahami tahap pembelajaran anak-anak mereka di sekolah melalui melalui aktiviti sukarela di sekolah. Ini merupakan suatusi menang menang di mana sekolah mendapat bantuan daripada ibu bapa, pada masa yang sama ibu bapa berpeluang untuk memahami pengoperasian sekolah dalam seharian dan lebih peka dengan pembelajaran anak-anak di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Satu lagi penglibatan ibu bapa dalam model Epstein menghuraikan tentang pembelajaran di rumah yang menepati tajuk yang dibawa bincang ini dimana sekolah berkongsi idea kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran di rumah.
Murid-murid dapat mempelajari tentang emosi sendiri iaitu gembira, sedih, marah, takur dan malu dengan betul. Para ibu bapa dalam mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan bersama kanak-kanak. Para ibu bapa dapat mengetahui tahap perkembangan anak-anak dari aspek fizikal dan mental. OBJEKTIFMODUL EMOSIDIRI Hubungan antara para ibu bapa dan kanak-kanak dapat dieratkan.
Aktiviti 1
Murid-murid dapat mempelajari tentang emosi manusia iaitu gembira, marah, sedih, takut dan malu. Objektif pembelajaran Standard kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri Standard pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah dan malu AKTIVITI 1 Menonton klip video Penerapan nilai Kasih sayang, kerajinan, bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar Video, komputer, pembesar suara Kosa Kata gembira, marah, sedih, malu dan takut
Kanak-kanak menonton klip video tentang lagu emosi diri bersama ibu bapa. Ibu bapa bersoal jawab bersama anak-anak tentang kandungan video yang ditonton. Kanak-kanak menyatakan emosi yang dipamerkan dalam klip video tersebut. Gembira Kanak-kanak akan membuat mimik muka berdasarkan emosi yang disebut oleh ibu bapa Sedih Marah Takut Malu LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI 1
QR CODE VIDEO YOUTUBE
Aktiviti 2
Murid-murid dapat mengenali ekspresi muka berdasarkan emosi manusia iaitu gembira, sedih, takut, marah dan malu Objektif pembelajaran Standard kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri Standard pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah dan malu AKTIVITI 2 Menghasilkan Topeng Muka Emosi Penerapan nilai Rajin, berani, bertoleransi Bahan Bantu Mengajar Gunting, paper plate, warna dan gam Kosa Kata topeng muka, gembira, marah, sedih, malu dan takut
Kanak-kanak menyediakan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan topeng muka emosi. Kanak-kanak menghasilkan topeng muka emosi menggunakan bahan-bahan seperti warna, gunting, gam dan paper plate dengan bimbingan ibu bapa. Kanak-kanak mendengar kepada arahan ibu bapa. Kanak-kanak akan memakai topeng muka emosi mengikut situasi yang diberikan oleh ibu bapa. Kanak-kanak akan membuat mimik muka berdasarkan emosi yang disebut oleh ibu bapa Sebagai contoh, untuk situasi yang gemberi seperti Sambutan Hari Jadi, kanak-kanak akan memakai topeng muka emosi gembira. LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI 2
Contoh Hasil Kerja
Aktiviti 3
Murid-murid dapat mengetahui emosi manusia berdasarkan situasi dengan betul. Objektif pembelajaran Standard kandungan : KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri Standard pembelajaran : KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah dan malu AKTIVITI 3 Melukis Emosi Berdasarkan Situasi Penerapan nilai Rasional, berdikari, bertanggungjawab, rajin, bertoleransi Bahan Bantu Mengajar Lembaran kerja, pensel Kosa Kata gembira, marah, sedih, malu dan takut
Ibu bapa akan menerangkan aktiviti kepada kanak-kanak Kanak-kanak melihat gambar dan situasi yang diberikan dengan teliti. Kanak-kanak akan membincangkan pandangan mereka mengenai gambar dan situasi tersebut dengan ibu bapa. Kanak-kanak akan melukis emosi di ruang yang dibekalkan berdasarkan situasi yang diberikan. Ibu bapa akan membimbing anak-anak untuk menganalisis gambar dan situasi yang diberikan. LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI 3
Lembaran Kerja Sila lukis emosi muka yang betul berdasarkan gambar yang diberikan.
Lembaran Kerja Sila lukis emosi muka yang betul berdasarkan gambar yang diberikan.
Lembaran Kerja Sila lukis emosi muka yang betul berdasarkan gambar yang diberikan. Ibu bapa harus memberi pujian dan ganjaran kepada kanak-kanak selepas mereka berjaya menghabiskan ketigatiga aktiviti ini.
Kanak-kanak harus mengimbas QR kod. Kanak-kanak harus menjawab quiz dalam aplikasi Wordwall tentang emosi diri tanpa bimbingan ibu bapa. UJI MINDA Pentaksiran Ibu bapa harus memberi bintang berdasarkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul oleh kanak-kanak. Ibu bapa harus memberi bintang berdasarkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul oleh kanak-kanak. 10 - 8 7 - 5 4 - 1
5 7 Penglibatan ibu bapa ialah ibu bapa dan guru berkongsi tanggungjawab untuk membantu anak-anak mereka belajar dan mencapai matlamat pendidikan. Penglibatan ibu bapa berlaku apabila guru melibatkan ibu bapa dalam mesyuarat atau acara sekolah, dan ibu bapa menawarkan sokongan mereka di rumah dan di sekolah. Dengan cara ini, ibu bapa melibatkan diri dan mengutamakan Pendidikan anak mereka dan bekerjasama dengan guru untuk menjayakan sesuatu program di sekolah.Penglibatan ibubapa juga dikatakan berlaku apabila ibubapa membantu anakanak menyiapkan kerja sekolah, memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk belajar, menyediakan masa dan tempat belajar yang sesuai dan selesa untuk anak-anak, menunjukkan tingkahlaku yang baik pada anak-anak atau menjadi role model pada anak-anak dan sentiasa memperuntukan masa untuk anak-anak. Kesimpulan
sekian, terima kasih DISEDIAKAN OLEH : VIKNESHWARAN a/l bashkar