The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vikneshbashkar97, 2023-01-07 07:29:25

ISU-ISU ETNIK DALAM PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN -VIKNESHWARAN - PEMBENTANGAN TUGASAN 1

VIKNESHWARAN - PEMBENTANGAN TUGASAN 1

PENGENALAN

❑ Pendidikan merupakan tiang asas dalam proses penyatuan bagi
merealisasikan aspirasi negara Malaysia bagi mewujudkan dan
meningkatkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
berbilang etnik negara ini.

❑ Selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sistem
pendidikan di negara ini telah dirangka dan digubal untuk
mewujudkan masyarakat bersatu padu, mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi serta dapat menyumbang terhadap
pembangunan negara.

PENGENALAN

❑ Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, sistem
pendidikan yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah hingga
ke institusi pengajian tinggi dikehendaki menanamkan sifat-sifat
murni yang dapat membentuk sahsiah generasi yang bersatu
padu.

❑ Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bengsa merupakan tiga
isu utama yang perlu ditangani oleh penggubal dasar pendidikan
dalam masyarakat majmuk.

❑ Bagi memelihara dan meningkatkan lagi mutu pendidikan negara
kita, isu-isu etnik dalam bidang pendidikan harus diberi perhatian
serta kita harus mencari cara penyelesaian supaya semua etnik di
negara kita dapat menerima pendidikan yang saksama.

ISU 1 : PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA
ETNIK MINORITI DI MALAYSIA

ISU 1 : PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA ETNIK MINORITI DI MALAYSIA

• Menurut Megarry (1981), tuntutan etnik minoriti terhadap
pendidikan bahasa ibunda sering bertunjangkan konsep
kepelbagaian bahasa dan budaya.

• Walau bagaimanapun, Bullivant (1992), berpendapat bahawa
kepelbagaian lebih merupakan satu cara hidup yang berkait
rapat dengan domain peribadi.

ISU 1 : Pendidikan Bahasa Ibunda Etnik Minoriti Di Malaysia

➢ Etnik Cina dan etnik India didapati sangat gigih menuntut agar
pendidikan bahasa ibunda mereka diserapkan ke dalam rangka
sistem pendidikan kebangsaan.

• Tuntutan mereka bermula apabila penjajah Inggeris cuba
menyusun semula sistem pendidikan vernakular yang
berpecah belah susulan daripada proses dekolonisasi
setelah tamatnya Perang Dunia Kedua.

• Walau bagaimanapun, beberapa dasar pendidikan yang
digubal oleh penjajah Inggeris telah gagal memenuhi
tuntutan mereka (Tan Liok Ee, 1997; Tan Yau Sua,
2005).

ISU 1 : Pendidikan Bahasa Ibunda Etnik Minoriti Di Malaysia

• Sebagai satu langkah akomodasi etnik, Laporan Razak
yang digubal pada tahun 1956 telah cuba memenuhi
tuntutan mereka demi mengekalkan kestabilan politik.

• Hasil kompromi ini, sekolah rendah jenis umum yang
merangkumi sekolah rendah vernakular Cina dan
sekolah vernakular Tamil telah diterima sebagai
komponen rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan

• Bersama-sama dengan sekolah rendah umum yang
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penghantar

ISU 1 : Pendidikan Bahasa Ibunda Etnik Minoriti Di Malaysia
Implikasi Pendidikan Bahasa Ibunda terhadap Mobiliti Pendidikan Pelajar Etnik

Minoriti

Kelemahan murid-murid etnik Cina dan India dalam
penguasaan Bahasa Melayu

Murid-murid keluaran SJKC dan SJKT yang memasuki sekolah menengah
aliran kebangsaan tercicir kerana menghadapi halangan bahasa
pengantar

Tidak dapat belajar secara optimum dan menimbulkan
pelbagai jenis masalah disiplin di sekolah

Pelajar juga gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu yang merupakan
mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan awam

ISU 1 : Pendidikan Bahasa Ibunda Etnik Minoriti Di Malaysia

Sistem pendidikan boleh disemak dengan Pihak sekolah boleh mengadakan program-
baik pulih dasar bahasa program berkaitan Bahasa Melayu

Pihak sekolah boleh mengadakan Guru harus memberi motivasi kepada
kelas tambahan murid-murid

Guru boleh menggunakan ABM yang Guru boleh mempelbagaikan kaedah
menarik dan pelbagai pengajaran

Langkah
Penyelesaian
Isu Pendidikan
Bahasa Ibunda

ISU 2 : PENGASINGAN ETNIK DALAM
SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ISU 2 : PENGASINGAN ETNIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

• Pola enrolmen pelajar di negara ini memperlihatkan
pengasingan etnik yang amat jelas, terutamanya pada
peringkat pendidikan rendah dan pendidikan menengah.

• Terdapat beberapa aliran alternatif pendidikan menengah lain
yang cuba memenuhi kepentingan etnik yang berbeza seperti
sekolah menengah berasrama penuh, sekolah menengah
sains dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang
didirikan khas untuk pelajar bumiputera.

ISU 2 : Pengasingan Etnik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia
Implikasi Institusi Pendidikan Monoetnik

Murid-murid tidak dapat menikmati atau melalui
persekitaran sekolah yang merangkumi pelbagai kaum

Hakikatnya murid-murid negara kita tidak memahami
dan mempelajari budaya dan tradisi kaum-kaum lain

(McPherson et.al., 2001)

ISU 2 : Pengasingan Etnik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia
Implikasi Institusi Pendidikan Monoetnik

Kajian Najeemah Mohd Yusof (2010) tentang interaksi sosial di sekolah
menengah di Malaysia mendapati bahawa bahasa Melayu menjadi
penghalang interaksi antara murid daripada kumpulan etnik yang
berlainan.

Misalnya, ejekan rakan apabila bahasa yang dipertuturkan tersalah
sebutan atau berlakunya kesilapan dalam sebutan ayat dan intonasi

bahasa

ISU 2 : Pengasingan Etnik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia
Implikasi Institusi Pendidikan Monoetnik

Sempadan etnik dalam kalangan murid yang berasal dari sekolah
monoetnik adalah tinggi

Murid-murid tidak mempunyai minat atau keinginan untuk bergaul
dengan murid yang berlainan bangsa. Murid-murid tidak berasa selesa

semasa bergaul dengan murid yang berlainan bangsa.

ISU 2 : Pengasingan Etnik Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Kurikulum berorientasiakan Program pertukaran
suasana di Malaysia pelajar sekolah

Aktiviti sambutan perayaan di Program Rancangan
sekolah Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP)
Aktiviti pelbagai kaum seperti
Program Keluarga Angkat

ISU 3 : MASALAH KECICIRAN DALAM
KALANGAN MURID ORANG ASLI

Sebanyak 68% Majoriti masih
daripada murid tinggal di
kawasan
tinggal di hutan dan
kawasan luar masih

bandar dan mengamalkan
80% di Sabah cara hidup
dan Sarawak. tradisional

ISU 3 : MASALAH KECICIRAN MURID DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI

• Menurut dapatan KPM menunjukkan kadar keciciran yang
tinggi dalam kalangan murid Orang Asli menyebabkan
pencapaian pendidikan dalam kalangan mereka agak rendah
berbanding purata kebangsaan.

• Hanya 20% murid Orang Asli tamat sekolah menengah, iaitu
kurang separuh daripada purata kebangsaan iaitu 72%.

• Isu keciciran para pelajar dari kalangan masyarakat Orang
Asli masih tinggi

ISU 3 : Masalah Keciciran Murid Dalam Kalangan Murid Orang Asli
Sikap Para Ibu Bapa Orang Asli Terhadap Pendidikan Anak-anak

Ibu bapa orang asli Ibu bapa lebih
tidak berminat dalam banyak
pendidikan formal -
menghabiskan masa
Muhammad Fuad dengan pekerjaan
(2016) seharian

Ibu bapa kurang Menurut Hanafi
meluangkan masa (2014), orang asli tidak
untuk anak-anak dan mempunyai gambaran

tidak dapat masa depan yang
membekalkan bahan cerah tentang anak-

bacaan anak mereka

ISU 3 : Masalah Keciciran Murid Dalam Kalangan Murid Orang Asli

Melaksanakan program yang dapat meningkatkan motivasi para ibu bapa
Teori Kognitif

• Melihat tentang pengukuhan ke atas pembelajaran terhadap kognitif
murid-murid yang mempunyai ibu bapa berpengalaman akademik dan
tidak.

• Para ibu bapa yang mempunyai faktor latar belakang akademik secara
tidak langsung sedikit sebanyak dapat membentuk kognitif murid.

• Sebaliknya bagi murid-murid yang tidak mempunyai ibu bapa yang
berpengalaman akademik akan menyukarkan sedikit proses
penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan.

ISU 3 : Masalah Keciciran Murid Dalam Kalangan Murid Orang Asli

Kelas dewasa untuk para ibu bapa turut diperluaskan dan
dipergiatkan dalam kalangan orang asli
Para ibu bapa yang mempunyai anak di rumah boleh membawa
anak mereka datang bersama agar tidak menjadi alasan tidak
dapat hadir ke kelas

ISU 4 : SISTEM PENDIDIKAN DI KAWASAN
LUAR BANDAR

ISU 4 : SISTEM PENDIDIKAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

• Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar
merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

• PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar
bandar di seluruh negara.



ISU 4 : Sistem Pendidikan Di Kawasan Luar Bandar
Cabaran Pendidikan Yang Dihadapi Oleh Masyarakat Luar Bandar

1 Faktor kemiskinan keluarga
2 Faktor kurang peluang mengakses teknologi maklumat dalam

kalangan pelajar luar bandar

3 Masalah kekurangan kemudahan infrastuktur
dan kemudahan asas

4 Faktor keadaan geografi atau lokasi sekolah
5 Kekurangan guru terlatih dan berpengalaman menjadi punca

kepada rendahnya kualiti pendidikan di sekolah pedalaman

ISU 4 : Sistem Pendidikan Di Kawasan Luar Bandar

Langkah-langkah Penyelesaian Isu Tersebut

Pihak KPM

Mewujudkan lebih Menyediakan Menyediakan kemudahan
banyak pilihan instrastruktur asas di teknoligi ICT asas seperti
komputer, televisyen dan
pendidikan kepada ibu kawasan sekolah
bapa dan pelajar seperti bekalan cakera video digital &
dengan adanya elektrik, bekalan air, menjalankan program
jalan raya dan bimbingan dan latihan
pelbagai jenis sekolah, jambatan yang kukuh
aliran mata pelajaran & sebagainya untuk memastikan
program ini dapat
dan bidang beroperasi dengan lancar
pengkhususan

ISU 5 : PELUANG PENDIDIKAN TINGGI
UNTUK SEMUA ETNIK

ISU 5 : PELUANG PENDIDIKAN TINGGI UNTUK SEMUA ETNIK

✓Akses kepada pendidikan tinggi merupakan peluang-
peluang pendidikan yang disediakan kepada lepasan
sekolah menengah untuk meneruskan pengajian mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.

✓Pada tahun 2002, kerajaan memperkenalkan sistem
meritokrasi bagi menggantikan sistem kuota.

ISU 5 : Peluang Pendidikan Tinggi Untuk Semua Etnik

Sistem Meritokrasi

• Meritokrasi ialah sistem yang menggalakkan individu
yang berkebolehan dipilih berdasarkan kebolehan,
intelektual dan amalan dan bukannya atas dasar
kekayaan, latar belakang keluarga atau status sosio-
ekonomi mereka.

ISU 5 : Peluang Pendidikan Tinggi Untuk Semua Etnik
Cabaran Peluang Pendidikan Tinggi Dalam Kalangan Masyarakat Bukan
Bumiputera

Peluang kemasukkan ke kolej matrikulasi yang agak tipis

Pelajar lepasan STPM yang memperoleh keputusan yang baik tetapi gagal
mendapatkan tempat di IPTA bagi mengikuti kursus pilihan mereka
(Tan Liok Ee, 2001).

Bayaran yuran yang tinggi di IPTS membebankan pelajar-pelajar

ISU 5 : Peluang Pendidikan Tinggi Untuk Semua Etnik

Pihak KPM harus menubuhkan dasar-dasar pendidikan yang
saksama untuk semua etnik
Pihak KPM menawarkan Program Biasiswa dan menyediakan
bantuan sara diri untuk golongan pelajar IPTS

Pihak IPTS boleh mengurangkan yuran pengajian atau
memperkenalkan pelan bayaran yang baharu

KESIMPULAN

✓ Sistem pendidikan merupakan satu saluran untuk membolehkan perpaduan
dicapai dalam masyarakat yang pelbagai di negara ini.

✓ Pendidikan menjadi antara platform utama dalam usaha kerajaan untuk
melaksanakan pelbagai dasar pendidikan yang dapat memenuhi keperluan
semua etnik.

✓ Cabaran yang wujud tidak boleh diabaikan oleh kerajaan yang menggalas
tugas penting untuk merangka dasar pendidikan yang lebih baik mengelakkan
berlaku konflik etnik seterusnya dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni.

PERBINCANGAN

1. Berdasarkan isu-isu etnik dalam pendidikan yang dibentangkan, pada
pendapat anda, isu etnik yang mana merupakan isu yang besar dan
harus diberi perhatian yang utama.

Berdasarkan pendapat yang dihujahkan oleh guru-guru dalam kumpulan, kebanyakkan guru
menyatakan isu kemunduran sistem pendidikan di luar bandar merupakan isu yang harus diberi
keutamaan oleh pihak atasan. Para guru berpendapat bahawa jurang pendidikan di antara bandar dan
luar adalah masih lagi tinggi dan masyarakat di luar bandar turut berhak menerima sistem pendidikan
yang lengkap dengan kemudahan yang baik sama seperti masyarakat di kawasan bandar.
Selain itu, isu peluang pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera juga
merupakan topik yang dipandang serius oleh para guru dalam kumpulan kita. Para guru berpendapat
bahawa semua pelajar dari pelbagai etnik harus menerima peluang pendidikan yang saksama dan
sesuai dengan prestasi pendidikan supaya dapat melahirkan golongan teanga kerja yang mahir dan
efisien pada masa hadapan.

PERBINCANGAN

2. Pada pandangan anda, apakah bahasa yang relevan dan sesuai
digunakan untuk mengajar matapelajaran Matematik dan Sains di
sekolah rendah? Sila memberi hujah anda.

Berdasarkan pendapat yang dihujahkan oleh guru-guru dalam kumpulan, terdapat
golongan guru yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
sesuai digunakan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik kerana
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan penggunaan Bahasa Melayu
dengan kerap dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid-murid sekolah serta memudahkan mereka semasa mereka transisi
ke sekolah menengah.

PERBINCANGAN

2. Pada pandangan anda, apakah bahasa yang relevan dan sesuai
digunakan untuk mengajar matapelajaran Matematik dan Sains di
sekolah rendah? Sila memberi hujah anda.

Terdapat juga golongan guru yang mengatakan Bahasa Inggeris sesuai digunakan
untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik kerana hal ini boleh membantu
semua murid untuk menguasai Bahasa Inggeris. Mereka juga menyatakan bahawa
bahan dan nota bacaan untuk subjek tersebut lebih mudah untuk mencari dalam
Bahasa Inggeris dalam internet.
Terdapat juga guru yang mengatakan bahawa penggunaan dwibahasa juga sesuai
digunakan kerana murid-murid berasa lebih selesa dengan kaedah pembelajaran
masing-masing.

PERBINCANGAN

RUJUKAN

Bullivant, B. M. (1992). The social realist case against affirmative action. Cultural diversity and the schools, 1.

Fuad Abdullah, Azmah Othman, Juli Edo, Rohana Jani, Mohd Tajuddin Abdullah dan
Halim Salleh (2000). Globalization and the challenges to Malay nationalism. Dalam Leo Suryadinata (ed.). Nationalism
and Globalization: East and West. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 132-174.

Hanafi, W. A. W., Ahmad, S., & Ali, N. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli
Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 107-122

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

McPherson, K., Headrick, L., & Moss, F. (2001). Working and learning together: good quality care depends on it, but how
can we achieve it?. BMJ Quality & Safety, 10(suppl 2), ii46-ii53.

RUJUKAN

Megarry, J., S. Nisbet dan E. Hoyle (ed.). (1981). World Yearbook of Education 1981: Education of Minorities.
London: Kogan Page. Mohamad Hafis Amat Simin. 2016. Parent’s Perception On Formal Education
Among

Rancangan Malaysia Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan. 1976, 1981, 1986, 1991, 1996,
2001, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Tan Yao Sua (2005). Politik Dongjiaozing dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia
(1960-1982). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tan, E. K. (2001). From sojourners to citizens: managing the ethnic Chinese minority in Indonesia and
Malaysia. Ethnic and Racial Studies, 24(6), 949-978.

Tan, L. E. (1997). The politics of Chinese education in Malaya, 1945-1961. Oxford University Press, USA.

SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version