The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Naazhimah - Sekolah Seni Malaysia Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wincy Sim, 2021-04-19 18:43:59

Raja Gula Asia

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Naazhimah - Sekolah Seni Malaysia Johor

RAJA GULA
ASIA

“Rendah diri, jujur dan
jangan sombong. Jangan
mengambil kesempatan
terhadap orang.”

★★★★★

BIODATA PENULIS

Nama:
Nurul Naazhimah Arifah Binti Ahmad Ismail

• KELAS : 3 BANGSAWAN

• ALAMAT E-MEL : [email protected]

• NAMASEKOLAH : SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

• ALAMAT SEKOLAH : JALAN PERSIARAN SINARAN IlMU

BANDAR SERI ALAM,81750 MASAI,

PASIR GUDANG, JOHOR.

2

ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA
SURAT
1 PENDAHULUAN
2 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 4
3 PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH 5
4 KERJAYA TOKOH 6
5 SUMBANGAN TOKOH 7
6 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH 12
14
GENERASI SEKARANG
15
7 PENUTUP 16
8 SUMBER RUJUKAN

3

_PE_N_D_A_H_U_L_U_AN__________________________________

Menurut Dewan Pustaka dan Bahasa, pemimpin merupakan orang yang terkemuka. Pemimpin
memainkan peranan yang penting dalam mengerakkan sebuah komuniti. Semua pemimpin perlu
mempunyai kebijaksanaan dan keberanian luar biasa dalam menangani segala cabaran dan
menguruskan pelbagai tuntutan masyarakat pada masa kini.

Penulisan ini bertujuan untuk mengkaji tokoh pemimpin Johor yang mempunyai sifat
kepimpinan yang positif supaya dijadikan role model kepada generasi muda. Hal ini kerana remaja
kini hidup di alam siber dan perkara ini menyebabkan mereka kurang prihatin terhadap hal ehwal
pembangunan negara. Penulisan ini diharap dapat membangkit semangat remaja dalam mempelajari
sifat-sifat kepimpinan tokoh supaya mengikut jejak langkah kejayaan mereka.

Saya memilih Robert Kuok sebagai tokoh pemimpin Johor dalam penulisan ini
kerana beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang amat berjaya dan terkaya di Malaysia sejak
tahun 2002 hingga sekarang. Dalam penulisan ini, saya akan berkongsi bagaimana beliau
memulakan dunia kerjayanya hanya sebagai seorang kerani. dan setelah beberapa tahun, beliau telah
memonopoli industri gula di Malaysia. Beliau juga menguasai kira-kira 10 peratus pasaran gula
dunia, hingga dinamakan Raja Gula Asia. Akkhirnya, beliau menjadi seorang tokoh pemimpin yang
terkaya di Malaysia.

Pengalaman pahit beliau sebelum menjadi seorang yang berjaya telah membuktikan
bahawa sebagai seorang pemimpin harus mempunyai jiwa kental dan tidak mudah berputus asa
terhadap sebarang cabaran dan halangan yang dihadapi.

4

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok Hock Nien atau juga dikenali sebagai “郭鹤年” (sebutan: Guō
Hènián) merupakan seorang usahawan yang terkaya di Malaysia sejak 2002 hingga sekarang.
Bapanya berasal daripada Fujian, China tetapi berhijrah ke Malaysia pada abad ke-20.
Manakala ibunya berasal daripada Malaysia. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata dan
beliau merupakan anak bongsu. Robert Kuok dilahirkan pada tanggal 6 Oktober 1923 iaitu
berumur 98 tahun. Philip Kuok dan William Kuok adalah abangnya.

Beliau dan isterinya, Ho Poh Lin, dikurniakan dengan 9 cahaya mata iaitu
Kuok Khon Ean, Kuok Khoon Wah, Jeffrey Ong Teng Buey, Beau Kuok, Sue Kuok, Kuok
Hui Kwong, Kuok Khoon Gua, Kuok Khoon Ho dan Ruth Kuok.

55

PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

Robert Kuok menerima Pendidikan awal di Englis College Johore Bahru (Kini dikenali sebagai
sebagai Maktab Sultan Abu Bakar), kemudian beliau menyambung pengajian di Raffles Institution di
Singapura. Beliau merupakan rakan sekelas dengan Lee Kuan Yew (Mantan Perdana Menteri
Sigapura) semasa menuntut ilmu di Raffles Institution, di Singapura. Kemudian,beliau melanjutkan
pelajaran berperingkat Ijazah Sarjana Muda Sains/Sastera di Raffles College, Singapura.

Raffles Institution, Singapura

Raffles college, Singapura

English College Johor Bahru
6

KERJAYA TOKOH

Robert Kuok merupakan orang utama syarikat Kuok Brothers Sdn Bhd. yang terlibat dalam
penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, minyak dan perlombongan hingga
kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan juga penerbitan.
Setelah beliau menamatkan pengajiannya, Robert Kuok mula bekerja di sebuah syarikat Mitsubishi
sebagai kerani antara 1942 hingga 1945. Kemudian, beliau mengikut jejak langkah bapanya, Kuok
Keng Kang dan memulakan perniagaannya pada 1948 bersama beberapa ahli keluarganya dengan
membentuk syarikat Kuok Brothers Sdn Bhd.
Beliau turut mencontohi hubungan rapat antara bapanya bersama pemimpin Melayu di Johor, bagi
membantu mengembangkan perniagaan keluarganya. Oleh yang demikian, beliau bersahabat baik
dengan Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang masing-masing menjadi Perdana
Menteri kedua dan ketiga Malaysia serta Lee Kuan Yew (Perdana Menteri pertama Singapura)
ketika bersekolah di Kolej Raffles, Singapura.
Syarikat Kuok Brothers pada peringkat awal hanya tertumpu pada penjualan beras, sebelum mula
terbabit dalam industri gula pada 1952. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957,
persahabatan Kuok bersama ahli politik, selain dasar penggantian import dilaksanakan negara
ketika itu, membantu memperkukuh perniagaannya dalam bidang berkenaan.

77

Kuok menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) pada 1959,
sebelum membina kilang gula pertama negara selepas mendapat kuasa monopoli daripada
kerajaan. Ketika itu, Robert Kuok membuat pembelian gula secara besar-besaran kerana
menjangka harga gula akan naik. Walau bagaimanapun, ia tidak terjadi kerana pasaran gula
bukan sahaja mengalami stagflasi malah harganya juga menurun. Hal ini menyebabkan Robert
Kuok hampir-hampir mengalami bankrap. Tetapi, nasib beliau berubah baik pada tahun yang
berikut kerana taufan telah melanda Brazil. Kejadian tersebut menyebabkan kerugian besar di
ladang tebu Brazil dan seterusnya meningkatkan semula harga gula. Robert Kuok pengambil
kesempatan dan menjual balik gula tersebut dan mendapat sambutan yang meriah.

Pada 1968, Kuok membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di atas
tanah milik kerajaan di utara negeri itu, dengan bantuan FELDA. Selain diberi tanah, syarikat
itu diberi hak monopoli dalam mengimport, memproses dan mengedar gula di negara ini, selain
menguasai kira-kira 10 peratus pasaran gula dunia, hingga dinamakan Raja Gula Asia.

Kerajaan membenarkan Kuok memonopoli industri gula tempatan selama 41
tahun iaitu sehingga Kuok menjual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global
Ventures (FGV), anak syarikat FELDA. Urusan perniagaan Kuok turut mendapat kerjasama
pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Amanah Saham
Nasional (ASN) yang membolehkannya mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan
kerajaan.

Kuok bagaimanapun memindahkan operasi perniagaannya dari Malaysia dan
Singapura ke Hong Kong pada 1974, yang dikatakan atas dasar percukaian.

8

Robert Kuok tidak hanya bergantung kepada periagaan gulanya semata-mata
sebaliknya beliau telah membina sebuah empayar perniagaan dengan melabur di dalam
pelbagai jenis sektor perniagaan. Beliau sebenarnya memiliki cabang perniagaan yang lain di
serata dunia, antaranya ialah PPB Group Berhad, Federal Flour Mills (FFM) Berhad, Kerry
Properties, Chemquest, Shangri-La Hotels and Resorts dan Wilmar International. Terdapat
pelbagai jenis barangan yang kita gunakan setiap hari tanpa mengetahui ianya merupakan milik
Robert Kuok.

Kini, Robert Kuok telah memegang 80% gula daripada pasaran Asia dan 10%
daripada pengeluaran dunia. Beliau juga merupakan pengasas roti berjenama Massimo,
Shangri-La Hotel and Resort, Panggung Wayang ‘Golden Screen Cinema’ serta barang-
barangdapur seperti minyak masak jenama Seri Murni, makanan sejuk beku jenama Marina,
produk Star Brand dan sebagainya.

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

9

CONTOH PRODUK MILIKAN SYARIKAT ROBERT KUOK

Tepung Gandum Cap Sauh Tepung Blue Key

Roti Massimo Makanan sejuk beku Marina

Makanan sejuk beku Seri murni Shamu Nate De Coco

Minyak Masak Neptune Minyak Masak Krystal 10

Produk Star Brand Susu soya V-soy

Produk pembersihan rumah, Goodmaid Berus gigi Jordan

Susu formula kanak-kanak dan Rangkaian panggung wayang,
lepa mentenga Snow Brand Golden Screen Cinemas

11

SUMBANGAN TOKOH

Sumbangan beliau sebagai Raja Gula Asia, Robert Kuok memastikan kestabilan
harga dan pembekalan di pasaran sepanjang beliau memonopli gula. Harga gula juga tidak pernah
naik sehingga Kuok menjual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global Ventures
(FGV), anak syarikat FELDA. Tindakan beliau mendapat pujian daripada rakyat Malaysia.

Selain itu, beliau juga berjasa tinggi dalam bidang pendidikan Malaysia. Keluarga
Kuok telah menawarkan beberapa jenis biasiswa pendidikan kepada orang muda yang ingin
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Antaranya, biasiswa yang ditawarkan
ialah Goh Ing Sing Agriculture Science Scholarships at Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuok
Keng Kang Scholarships, Goh Ing Sing Agriculture Science Scholarships at Universiti Putra
Malaysia, Kuok Khoon Hong Scholarships dan Wilmar Scholarships. Yayasan Kuok Berhad juga
mempelawa permohonan daripada pelajar di Politeknik Awam Malaysia untuk bantuan kewangan
dermasiswa peringkat Diploma.

Di samping itu, Yayasan Kuok Sdn. Bhd. juga menawarkan pinjaman untuk sesiapa
yang memohon universiti awam mahupun swasta. Penerima pinjaman Yayasan Kuok Berhad
hanya perlu membayar balik pinjaman selepas tamat pelajaran selama 6 bulan atau sebulan
selepas graduasi. Pinjaman tersebut juga tidak dikenakan sebarang faedah kecuali kelewatan
bayaran.

Keratan surat khabar mengenai Biasiswa
Pendidikan Kuok

12

11

Pada 5 Oktober 2013, Kuok berbesar hati untuk menderma sebillion Ringgit Malaysia
untuk membina sebuah bangunan pusat sumber yang merupakan blok utama di Xiamen University
Malaysia. Selain itu, terdapat juga maklumat dari artikel laman web yang mengatakan Robert Kuok
telah menderma kepada MCA (Malaysian Chinese Association) dan juga kepada UMNO dan
Barisan Nasional dalam usaha pembangunan negara. Beliau mencintai Malaysia dan bukan mana-
mana parti (politik)

Dengan digelar ‘Raja Gula Asia’, ia membangkitkan nama Malaysia di mata dunia.
Melalui artikel yang dibaca, Robert Kuok merupakan satu cerita kejayaan Malaysia. Mantan
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib juga pernah memuji beliau dan menyarankan generasi
muda supaya mengambil iktibar Robert Kuok sebagai role model yang berjaya di Malaysia.
Walaupun beliau telah menjadi seorang yang sangat berjaya namun beliau tetap berpendirian rendah
diri.

Gambar Xiamen Universiti Malaysia

Keratan surat khabar mengenai Robert Kuok 13

12

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG

Terdapat banyak nilai kepimpinan yang dimiliki Robert Kuok sangat sesuai untuk dicontohi oleh

generasi muda kini. Antaranya beliau merupakan seorang yang sangat rendah diri dan

pemurah. Walaupun beliau aktif dalam kegiatan memberi sumbangan/derma, namun beliau

tidak menghebahkan perkara tersebut sehingga tidak diketahui netizen. Selain itu, biasiswa

Yayasan Kuok Berhad juga tidak mengehadkan kepada bangsa Cina sahaja tetapi terbuka kepada

sesiapa yang perlukan. Perbuatan ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang prihatin kepada

golongan kurang bernasib baik. Peluang pendidikan generasi muda yang miskin dapat dijamin

apabila Kuok menawarkan pinjaman pendidikan yang tidak mengenakan sebarang kadar bunga

melain lewat bayar.

Selain itu, sifat kepimpinan beliau yang rajin dan tidak berputus asa juga nilai

yang perlu diterapkan oleh generasi muda kini. Bak kata beliau, “90% ialah bekerja keras

manakala yang lain hanya nasib”. Perkongsian ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh

bersikap malas jika ingin mencapai kejayaan yang sama seperti beliau. Diharapkan generasi

muda mendapat inspirasi kejayaan daripada beliau dalam membuat perancangan kerjaya masa

depan.

Tambahan pula, sifat penyayang dan sentiasa menghormati ibunya juga nilai

kepimpinan yang harus dimiliki oleh bakal pemimpin negara. Hal ini kerana beliau sentiasa

mengingat pesana ibunya yang minta beliau supaya bersikap positif dan bermoral dalam

mengendalikan perniagaannya dan bukan materialism. Oleh yang demikian, segala perniagaan

yang dibina dan diceburi beliau adalah berdaftar dengan kerajaan dan sah di sisi undang-undang

tanpa sebarang unsur penipuan. Justeru, Di sini, saya menasihatkan pembaca supaya sentiasa

mengingati pesanan mak ayah dalam mengambil sebarang tindakan dan keputusan.

14

PENUTUP

Kejayaan seseorang tokoh pemimpin tempatan sangat sesuai untuk dijadi suri teladan
kepada generasi muda kini. Hal ini kerana kisah kejayaan seseorang tokoh berupaya membangkit lagi
semangat berjuang orang muda yang menganggap mereka sebagai idola.

Secara tuntasnya, saya dapat merumuskan bahawa ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki
oleh Robert Kuok sangat sesuai diaplikasi oleh setiap pemimpin di Malaysia. Terutamanya, sifat adil
dan saksama beliau dalam memberi bantuan biasiswa dan pinjaman pendidikan tanpa mengira jantina
dan bangsa selepas beliau memperolehi kejayaannya dalam empayar perniagaan yang diusahakan.

Semangat ketekalan beliau juga harus dipelajari oleh generasi muda. Hal ini kerana
Beliau tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha walaupun pernah mengalami pelbagai rintangan
dan hampir bankrap pada permulaan kerjayanya.

Beliau juga berjaya membuktikan bahawa nasihat ibu bapa amat penting untuk generasi
muda supaya mereka tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Tanpa mengira susah
senang, pesanan ibu bapa harus dijadikan motto hidup kita. Di sini, saya menyarankan agar pembaca
harus menyayang dan menghormati ibu bapa seperti mereka menjaga kita.

Akhir kata, saya berharap penulisan saya ini memberi inspirasi kepada pembaca supaya
dapat mengikut jejak langkah Robert Kuok terutamanya sahsiah dan ciri-ciri kepimpinan beliau.
Sekiranya generasi muda mencontohi sifat keperibadian beliau, maka mereka akan berupaya untuk
menyumbang dan membangun negara Malaysia pada masa akan datang.

15

RUJUKAN

BBN 13. 20 Produk Milik Robert Kuok Yang Digunakan Setiap Hari Yang Ramai Tak
Tahu. Diperolehi pada 11 April 2021 daripada
https://www.tubeviral.bbn.my/2020/01/18/robert-kuok-produk/

Cheng Soon Ho. Robert Kuok Interview (with English subtitle). Diperolehi pada
11 April 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=8nGcqaCQbPk

Dasar kerajaan bantu Robert Kuok jadi kaya. Diperolehi pada 15 April 2021 daripada

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/392805/dasar-
kerajaan-bantu-robert-kuok-jadi-kaya

Irene Sia. (1995). Robert Kuok:Taipan Incorporated. Jati. Bilangan 1. 1-13. Diperolehi
pada 11 April 2021 daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/15883/04_IRENE_SIA.
PDF

Kejayaan Robert Kuok adalah satu cerita kejayaan Malaysia - PM Najib. Diperolehi pada
11 April 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kejayaan-robert-kuok-adalah-satu-cerita-kejayaan-malaysia-pm-
najib-169215

Robert Kuok pernah beri sumbangan besar kepada Umno, MCA. Diperolehi pada 15 April
2021 daripada https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/40036

Malaysia's richest man Robert Kuok in spotlight as PM Najib says govt policies helped his
business. Diperolehi pada 15 April 2021 daripada
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-richest-man-kuok-in-
spotlight-as-pm-najib-says-govt-policies-helped-his

Shahrizan Salian. Robert Kuok kekal hartawan paling kaya di Malaysia. Diperolehi pada
11 April 2021 daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-
lain/2020/03/662125/robert-kuok-kekal-hartawan-paling-kaya-di-malaysia

Yayasan Kuok Berhad tawar bantuan kewangan untuk prasiswazah 2019. Diperolehi pada
11 April 2021 daripada
https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/01/yayasan-kuok-berhad-tawar-
bantuan-kewangan-untuk-prasiswazah-2019

16


Click to View FlipBook Version