51 18 Putera Kecil merentasi gurun dan hanya menemui setangkai bunga. Bunga yang ada tiga kelopak,bunga yang tidak punya apaapa.“Hai,”sapa Putera Kecil. “Hai,”balas bunga itu. “Di mana semua manusia berada?”tanya Putera Kecil dengan sopan. Bunga itu pernah sekali melihat satu karavan lalu di situ. “Semua manusia? Saya rasa ada, tapi tak banyak,dalam enam ataupun tujuh orang. Saya nampak mereka beberapa tahun lepas. Tapi awak takkan tahu di mana awak boleh jumpa mereka. Angin meniup mereka. Mereka tak ada akar,dan itu mengundang banyak masalah kepada mereka.” “Selamat tinggal,”kata Putera Kecil. “Selamat jalan”kata bunga.
52 19 Putera Kecil mendaki gunung hingga ke puncak. Sebelum ini,gunung yang dia pernah lihat hanyalah tiga gunung berapi di planetnya,dan itu pun cuma setinggi lutut. Malah dia menggunakan gunung berapi yang mati itu sebagai bangku. ‘Dari puncak gunung setinggi ini,’fikirnya, ‘saya akan dapat lihat keseluruhan planet sekali gus dan semua manusia yang ada.’ Tetapi,dia tidak dapat melihat apa-apa pun selain puncakpuncak batu yang tajam. “Hai”katanya sebaik sahaja berpeluang. “Hai...hai...hai”balas gema. “Awak siapa?”tanya Putera Kecil. “Awak siapa ...awak siapa ...awak siapa...,”balas gema. “Jadilah kawan saya, saya sendirian ni,katanya.” “Sendirian ni...sendirian ni...sendirian ni...”balas gema. ‘Kelakarnya planet ni!'getus hati Putera Kecil. ‘Semuanya kering, semuanya tajam, dan semuanya masin. Manusia pun kurang berimaginasi. Mereka cuma ulang apa yang kita cakap. Di planet saya,ada bunga. Dan dialah yang sentiasa memulakan percakapan.’
53 20 Akhirnya,setelah menempuhi pasir,batu,dan salji, Putera Kecil tiba di sebatang jalan. Dan semua jalan itu menuju ke arah penempatan manusia. “Hai,”dia menyapa. Dia berdiri di hadapan taman yang dipenuhi oleh bunga mawar yang sedang mekar. “Hai,”balas bunga-bunga mawar. Putera Kecil memerhatikan mereka. Rupa mereka sama seperti bunganya. “Awak siapa? tanya Putera Kecil,terpegun. “Kami bunga mawar,jawab bunga-bunga mawar.”
54 “oh!”kata Putera Kecil. Lalu dia berasa kurang senang. Si Bunga memberitahu yang dialah satu-satunya bunga jenis itu di alam ini. Tapi di sini, ada lima ribu bunga yang serupa dalam sebuah taman! Bunga saya tentu akan tersinggung jika dia tahu tentang ini, fikirnya. ‘Dia akan batuk dengan teruk dan berpura-pura mati supaya tak dikecam. Dan saya pula terpaksalah berpura-pura merawat dia. Jika tidak, dia akan buat dirinya betul-betul mati demi menyakiti hati saya.’ Dan dia menyambung bisik kepada diri sendiri, ‘Saya sangka, saya sudah cukup kaya kerana memiliki sekuntum bunga. Rupa-rupanya yang saya miliki sekadar bunga biasa. Dia dan tiga gunung berapi setinggi lutut,yang satu daripadanya mungkin telah padam selama-lamanya,langsung tidak melayakkan saya menjadi putera yang agung.’ Lalu dia baring di atas rumput, dan menangis.
55 21 Ketika itulah Si Musang muncul. “Hai,”sapa Si Musang. “Hai,”balas Putera Kecil dengan sopan. Dia menoleh ke belakang, tetapi tidak nampak sesiapa di situ. “Saya di sini,”kata suara itu. Di bawah pokok epal.” “Awak siapa?”tanya Putera Kecil. “Cantiknya awak.” “Saya musang,”jawab Si Musang. “Marilah bermain dengan saya,”ajak Putera Kecil.“Saya sedang sedih ni.” “Saya tak boleh bermain dengan awak”,kata Si Musang. “Saya tak jinak.” “Oh! Maafkan saya,”kata Putera Kecil. Namun,selepas berfikir seketika,dia bertanya, “Apa maksud ‘jinak’?” “Awak nampaknya bukan orang sini,”kata Si Musang.“Awak cari apa?” “Saya cari manusia,”jawab Putera Kecil.“Apa maksud jinak?”
56 “Manusia,”kata Si Musang, “ada senapang dan suka berburu. Menyusahkan betul! Mereka juga menternak ayam.Itu saja yang mereka suka lakukan. Awak pun cari ayam?” “Taklah.”kata Putera Kecil. “Saya cari kawan. Apa maksud ‘jinak’?” “Ia sesuatu yang telah lama dilupakan,”kata Si Musang. Maksudnya, ‘menjalinkan ikatan’.” “Menjalinkan ikatan?” “Betul,”jawab Si Musang.“Pada saya,awak ni cuma budak kecil yang sama saja macam seratus ribu budak kecil lain. Saya tak perlukan awak,dan awak pun tak perlukan saya. Pada awak pula,saya cuma musang yang sama saja macam seratus ribu musang yang lain. Tapi jika awak jinakkan saya,kita akan saling memerlukan. Awak akan jadi unik di dunia ini pada saya,dan saya akan jadi unik pada awak di dunia ini.” “Saya faham sekarang,”kata Putera Kecil.“Ada sekuntum bunga... saya rasa dia telah menjinakkan saya.” “Tak mustahil,”kata Si Musang. Di Bumi ni macam-macam boleh berlaku.” “Oh! Dia bukan di Bumi”kata Putera Kecil.
57 Si Musang kelihatan begitu tertarik. “Di planet lain?” “Ya” “Di planet tu ada pemburu tak?” “Tak ada.” “Sangat menarik! Ayam, ada?” “Tak ada.” “Yalah, memang tak ada tempat yang sempurna,”keluh Si Musang. Namun,dia kembali bersuara,“Hidup saya sangat membosankan. Saya buru ayam, manusia buru saya. Semua ayam sama,semua manusia sama. Membosankan.Tapi jika awak menjinakkan saya,hidup saya akan bersinar dan ceria. Saya akan mampu membezakan bunyi tapak kaki awak daripada orang lain.Tapak-tapak kaki manusia lain akan menyebabkan saya lari bersembunyi ke dalam lubang. Tapak kaki awak pula akan memanggil saya keluar dari lubang,bagaikan muzik. Kemudian,lihat! Nampak tak ladang gandum di sana? Saya tak makan roti. Pokok gandum tak bermakna langsung buat saya.Ladang-ladang gandum itu tak mengingatkan saya kepada apa-apa pun. Dan itu menyedihkan! Tapi, awak mempunyai rambut berwarna emas. Jadi,alangkah indahnya setelah awak menjinakkan saya nanti! Gandum yang keemasan akan mengingatkan saya kepada awak. Dan desir angin yang menyentuh tangkai-tangkai gandum akan membuatkan saya bahagia." Si Musang berhenti bercakap lalu merenung Putera Kecil, lama. “Tolonglah jinakkan saya!”katanya. “Saya mahu,”balas Putera Kecil,“tapi sayangnya saya tak punya banyak masa. Saya perlu cari kawan dan ada banyak perkara yang saya perlu fahami.”
58 “Awak hanya perlu faham benda yang awak jinakkan,”kata Si Musang. “Manusia sudah tidak punya masa untuk memahami apa-apa pun. Mereka beli barang yang telah tersedia di kedai. Tapi disebabkan tidak ada kedai yang menjual kawan,maka manusia tidak lagi mempunyai kawan. Kalau awak mahukan kawan, jinakkanlah saya!” “Apa yang perlu saya lakukan?”tanya Putera Kecil. “Awak mesti banyak bersabar”,balas Si Musang.“Duduk di atas rumput,jauh sikit dari saya, macam ni. Saya akan memerhatikan awak dengan hujung mata, dan awak tak perlu cakap apa-apa. Bahasa adalah sumber salah faham. Dan hari demi hari,awak boleh duduk dekat,sedikit demi sedikit.” Esoknya, Putera Kecil datang kembali. “Lebih elok kalau awak datang pada waktu yang sama,”kata Si Musang. “Jika awak datang pada pukul 4.00 petang, maka saya akan mula rasa gembira pada pukul 3.00 petang. Semakin lama waktu berlalu, saya akan semakin gembira. Pada pukul 4.00, saya akan mula berasa gelisah dan bimbang. Dengan itu,dapatlah saya menikmati nilai kebahagiaan! Tapi jika awak datang sesuka hati tak kira masa, saya takkan tahu bila hati saya perlu mula bersedia untuk menerima kehadiran awak...kita perlukan ritual.” “Ritual itu apa?”tanya Putera Kecil. “Satu lagi hal yang telah dilupakan,”kata Si Musang. “Ia membuatkan satu hari berbeza daripada hari-hari yang lain, ataupun satu jam berbeza daripada jam-jam lain. Contohnya, pemburu saya ada ritual. Hari Khamis adalah hari mereka menari dengan gadis-gadis di kampung. Jadi,hari Khamis adalah hari yang indah! Saya dapat berjalan-jalan di ladang anggur. Kalaulah para pemburu itu menari tanpa mengira hari, semua hari akan jadi serupa dan saya takkan dapat bercuti langsung.”
59 Maka, Putera Kecil pun menjinakkan Si Musang. Dan apabila tiba masa untuk dia pergi, “Oh!”kata Si Musang, “Saya rasa nak menangis.” “Salah awaklah,”kata Putera Kecil. “Saya tak berniat untuk buat awak sedih,tapi awak yang mahu saya jinakkan awak.” “Betul”,kata Si Musang. “Tapi,awak nak menangis!”kata Putera Kecil. “Betul,”kata Si Musang. “Jadi,awak tetap tak dapat apa-apa pun!” “Ada.Saya telah dapat warna pokok gandum” Kemudian dia menyambung, “Pergi lihat bunga-bunga mawar itu semula. Awak akan sedar yang bunga awak amat unik. Kemudian datang kembali ke sini,ucapkan selamat tinggal kepada saya,dan saya akan hadiahkan satu rahsia kepada awak.” Putera Kecil pergi melihat bunga-bunga mawar itu kembali. Dia memberitahu mereka, “Awak semua tak sama langsung macam bunga saya. Awak tak istimewa. Tak ada sesiapa yang menjinakkan awak, dan awak pun tak pernah menjinakkan sesiapa. Musang saya dulu sama macam awak juga. Dia cuma seekor musang yang sama saja seperti ribuan musang lain. Tapi saya jadikan dia kawan, dan sekarang dia sangat unik.” Bunga-bunga mawar itu berasa kurang senang. “Awak cantik tapi awak kosong,”dia menambah. “Tidak ada sesiapa yang sanggup mati demi awak. Sudah tentu,jika orang lain lalu di depan bunga saya,mereka akan berfikir yang dia sama saja seperti awak semua. Tapi sebenarnya, dia jauh lebih penting berbanding kalian,kerana dia adalah bunga yang saya siram. Dia adalah bunga yang saya letakkan di bawah kubah kaca,dialah yang saya lindungkan dengan pagar. Saya membunuh ulat beluncas demi dia (kecuali dua ataupun tiga ekor yang saya lepaskan supaya dia dapat lihat ia bertukar jadi rama-rama). Dialah satu-satunya
60 bunga yang saya dengari rungutannya,cakap besarnya, malah kadang-kadang diamnya. Kerana dia bunga saya.” Dia kembali menemui Si Musang. “Selamat tinggal,”katanya. “Selamat jalan,”kata Si Musang.“Ini rahsia saya. Ringkas sahaja. Kita hanya mampu melihat sesuatu dengan jelas melalui hati. Hal yang penting tidak dapat dilihat oleh mata.” “Hal yang penting tidak dapat dilihat oleh mata,” ulang Putera Kecil demi memastikan dia benar-benar ingat. “Manusia telah melupakan hakikat ini,”kata Si Musang. “Tapi awak tak boleh lupakan. Awak bertanggungjawab selamalamanya pada setiap yang telah awak jinakkan. Awak bertanggungjawab pada bunga mawar awak.” “Saya bertanggungjawab pada bunga mawar saya,” ulang Putera Kecil demi memastikan dia benar-benar ingat.
61 22 “Hai,”sapa Putera Kecil. “Hai,”balas Pengawal Suis Isyarat. “Apa kerja awak?”tanya Putera Kecil. “Saya aturkan penumpang ke dalam kumpulan seribu, seribu kata Pengawal Suis Isyarat. “Kadang-kadang,saya halakan kereta api yang membawa mereka ke kanan,dan kadang-kadang ke kiri.” Sebuah kereta api laju yang bercahaya muncul dan menderum umpama guruh, menggegarkan pondok suis itu. “Mereka nampaknya nak cepat sungguh,”kata Putera Kecil, “untuk apa?” “Tak ada sesiapa yang tahu.Jurutera lokomotif itu pun tak tahu,”kata Pengawal Suis Isyarat. Sebuah lagi kereta api laju yang bercahaya muncul menderum dari arah bertentangan. “Mereka dah balik?”tanya Putera Kecil. “Ini orang lain,”kata Pengawal Suis Isyarat. “Kereta api ini bersilih ganti.” “Mereka tak gembira berada di tempat sendiri?” “Manusia tak pernah gembira berada di tempat sendiri,”kata Pengawal Suis Isyarat. Kereta api laju ketiga muncul menderum. “Mereka mengejar penumpang pertama tadi?"Tanya Putera Kecil. “Mereka tak mengejar apa-apa,”kata Pengawal Suis Isyarat.”Di dalam kereta api itu,mereka cuma tidur,ataupun menguap. Kanak-kanak saja yang suka menonyoh hidung pada tingkap.”
62 “Hanya kanak-kanak tahu tujuan mereka buat sesuatu,”kata Putera Kecil. “Mereka habiskan masa bermain dengan anak patung kain selama berjam-jam,lalu anak patung itu jadi penting buat mereka. Maka,apabila anak patung itu dirampas,mereka akan menangis.” “Mereka memang beruntung”,kata Pengawal Suis Isyarat. 23 “Hai”sapa Putera Kecil. “Hai,”balas Saudagar. Dia menjual pil ajaib yang mampu menghilangkan dahaga. Makan sebiji sahaja dan kita tidak lagi akan rasa ada keperluan untuk minum selama seminggu. “Kenapa awak jual pil ni?”tanya Putera Kecil. “la banyak jimatkan masa,”kata Saudagar.“Pakar-pakar telah membuktikannya. Kita dapat jimatkan masa sebanyak lima puluh tiga minit dalam seminggu.” “Jadi,apa yang kita boleh buat dengan lima puluh tiga minit itu?” “Buat apa saja yang kita mahu.” “Kalau saya ada lebihan lima puluh tiga minit dalam seminggu,”kata Putera Kecil, “saya akan berjalan sangat perlahan menuju ke pancuran air minum.”
63 24 Hari itu adalah hari kelapan saya terkandas di gurun,dan saya terpaksa mendengar Putera Kecil bercerita tentang Saudagar ketika saya sedang minum titisan air terakhir daripada bekalan yang saya ada. “Beginilah,”kata saya kepada Putera Kecil,“cerita kamu semuanya menarik,tapi saya masih belum dapat membaiki pesawat. Saya dah tak ada lagi air untuk diminum,dan saya teringin juga nak berjalan perlahan-lahan menuju ke pancuran air minum.” “Kawan saya,Si Musang...,” dia bermula. “Wahai sahabat kecilku,ini bukan soal musang kamu lagi!” “Kenapa bukan?” “Sebab,kita akan mati kehausan!” Dia tidak dapat menghadam alasan saya. Dia membalas, “Elok ada kawan,walaupun kita akan mati. Saya sangat bahagia kerana pernah ada kawan seperti musang.” ‘Dia ni tak terfikir langsung tentang bahaya’,getus hati saya. ‘Dia tak pernah lapar dan dahaga. Dia Cuma perlukan sedikit cahaya matahari’. Kemudian dia memandang saya lalu menjawab kata-kata hati saya, “Saya pun dahaga juga. Marilah kita pergi cari sumur.” Saya membuat isyarat tangan tanda keletihan. Tidak masuk akal untuk merayau-rayau tanpa hala tuju jelas di gurun maha luas dengan membawa harapan yang samar untuk bertemu sumur. Tetapi,kami tetap memulakan perjalanan.
64 Selepas beberapa jam berjalan,diam-diam malam menjelma dan bintang-bintang mula bersinar. Pada penglihatan saya,semuanya seperti dalam mimpi,disebabkan saya demam,kesan daripada kehausan melampau. Kata-kata Putera Kecil menari-nari dalam memori saya. “Jadi,kamu pun haus juga?”saya bertanya. Tetapi dia tidak menjawab. Dia cuma berkata,”Air bagus untuk jantung.” Saya tidak memahami jawapannya itu,namun saya diam sahaja. Saya sangat faham,sia-sia sahaja kalua bertanya apa-apa kepada dia. Dia nampak letih. Dia duduk. Saya duduk disebelahnya. Selepas diam beberapa ketika,dia berkata, “Bintang-bintang itu tampak indah,disebabkan sekuntum bunga yang tidak dapat kita lihat dari sini.” Balas saya, “Ya,sudah tentu,”kemudian menyambung diam sambil terus merenung pepasir yang beralun dibawah cahaya bulan. “Gurun ini cantik”katanya lagi. Sungguh benar.Saya sukakan gurun. Duduk di atas bukit pasir. Tidak melihat apa-apa. Tidak mendengar apa-apa. Namun,sentiasa ada sesuatu yang memancar dari dalam keheningan itu. “Perkara yang membuatkan gurun lebih indah ialah ia ada menyembunyikan sumur,tapi entah di mana,”kata Putera Kecil.
65 Sesuatu yang mengejutkan,apabila tiba-tiba sahaja saya mampu memahami makna pancaran dari dalam pepasir itu. Semasa kecil,saya tinggal di rumah yang usang,dan legenda mengatakan ada harta karun yang ditanam di situ. Sudah tentu tidak ada sesiapa yang berjaya menemuinya,ataupun mungkin juga tidak ada sesiapa yang mencarinya pun.Tetapi harta karun yang tersembunyi itu memberi pesona kepada seisi rumah. Rumah itu memiliki rahsia yang tertanam jauh di dasarnya. “Ya,”kata saya kepada Putera Kecil,“Sama ada rumah, bintang-bintang,ataupun gurun,perkara yang menjadikannya indah,tidak kelihatan.” “Saya gembira awak sependapat dengan musang saya,” katanya. Putera Kecil sudah lena.Saya mengangkat tubuhnya lalu meneruskan perjalanan.Saya tersentuh.Terasa bagaikan menggendong khazanah bernilai yang rapuh. Bahkan saya rasa tidak ada yang lebih rapuh daripada dirinya di Bumi. Di bawah sinaran bulan,saya memerhatikan dahinya yang pucat, matanya yang pejam,rambutnya yang bergetar kerana angin, dan berfikir, ‘Apa yang aku nampak ini hanyalah kulitnya. Sisi dirinya yang penting,tidak kelihatan’. Ketika bibirnya bergerak dan membentuk senyum separuh,saya berkata lagi kepada diri sendiri, ‘Yang membuatkan aku begitu tersentuh tentang si putera kecil ini,ialah kesetiaannya pada sekuntum bunga. Citra sekuntum mawar menyinari dirinya seumpama cahaya pelita, walaupun ketika dia lena. Dan saya merasakan dia semakin rapuh. Api pelita itu perlu dijaga sebaik mungkin supaya terlindung daripada hembusan angin yang mampu memadamkannya. Dan siang esoknya,hasil perjalanan itu,akhirnya saya menemui sumur.
66 25 “Manusia naik kereta api laju,”kata Putera Kecil, “tapi mereka sendiri tak tahu apa yang dicari. Maka sibuklah mereka bergerak,berpusing-pusing mengitari lingkungan yang sama” Dan dia menyambung,“Tak berbaloi langsung.” Sumur yang kami temui itu tidak sama seperti telaga-telaga lain di Gurun Sahara. Telaga-telaga Sahara sederhana,sekadar lubang yang digali ditanh. Yang ini kelihatan seperti sumur di kampung-kampung. Tetapi tiada pula perkampungan di situ, lantas membuatkan saya rasa seperti bermimpi. “Peliklah,”kata saya kepada Putera Kecil. “Semua kelengkapan perigi ada di sini. Takal, baldi,dan tali.” Dia ketawa,lalu menarik tali dan menggerakkan takal. Ia berbunyi seperti kincir angin tua yang sudah terlalu lama tidur, kembali ditiup oleh angin. “Dengar”,kata Putera Kecil,“Kita telah mengejutkan sumur ini dan sekarang ia menyanyi.” Saya tidak mahu dia keletihan. “Biar saya yang buat. Ini terlalu berat untuk kamu.”
67 Perlahan-lahan,saya menarik baldi itu ke tebing sumur. Saya imbangkan dengan cukup berhati-hati.Masih terngiang-ngiang di telinga saya suara takal menyanyi, dan pada permukaan air yang bergetar,saya melihat kilauan matahari. “Saya sangat haus,.”kata Putera Kecil.“Berilah sayaminum” Langsung saya mengerti perkara yang dia cari selamaini! Saya angkat baldi dan rapatkan ke bibirnya. Dia minum, matanya pejam. Ganjaran yang manis. Air ini jauh lebih bernilai berbanding makanan. Ia terbit daripada perjalanan kami di bawah bintang-bintang, daripada nyanyian takal,daripada kelenguhan lengan saya.Ia amat menyentuh hati,bagaikan hadiah. Semasa saya masih kanak-kanak,lampu-lampu pokok Krismas,muzik karol tengah malam,dan kemanisan senyuman,membuatkan hadiah-hadiah Krismas yang saya terima bergemerlapan. “Manusia di planet awak menanam lima ribu pokok bunga mawar dalam satu taman,” kata Putera Kecil.“Tetapi mereka tak tahu apa yang mereka cari di situ.” “Mereka tak jumpa,”balas saya. “Dan hakikatnya,perkara yang mereka cari itu boleh jadi ada pada sekuntum bunga mawar ataupun seteguk air” “Tentu sekali,”jawab saya. Putera Kecil menambah, “Namun,mata sebenarnya buta. Kita perlu cari menggunakan hati.”
68 Saya sudah dapat minum. Saya sudah dapat bernafas dengan lancar semula. Pepasir gurun pada waktu fajar berwarna madu. Saya bahagia juga melihat warna madu itu.Jadi,mengapa saya berasa pilu? “Awak perlu tepati janji,” bisik Putera Kecil yang kembali duduk di sebelah saya. “Janji apa?” “Janji itulah,berangus untuk biri-biri saya.Saya bertanggungjawab pada bunga itu!” Saya keluarkan lakaran yang saya buat dari poket.Putera Kecil melihat sekali imbas,lalu ketawa sambal berkata, “Awak lukis baobab macam kobis!” “Oh!”Padahal saya cukup bangga pada lukisan baobab itu. “Musang awak...telinganya...macam tanduk ...panjang sangat!”Dia ketawa lagi. “Hei,lelaki kecil. Kamu tak adil. Saya ni kan Cuma tahu lukis ular boa dengan perut terbuka dan tertutup.” “Oh!Tak apa,”katanya.“Kanak-kanak faham.” Saya pun melukis berangus. Dan hati saya tergores saat menghulurkan lukisan itu kepada dia. “Kamu ada perancangan yang saya tak tahu...”
69 Tetapi dia tidak menjawab. Dia beritahu, Awak tahu,hari saya jatuh ke Bumi...esok ulang tahunnya...” Kemudian,selepas diam beberapa ketika,dia berkata lagi,”Saya jatuh dekat-dekat sinilah.” Dia tersipu-sipu. Dan sekali lagi,saya merasai suatu kepiluan yang aneh tanpa memahami puncanya. Tetapi,ada satu soalanmyang timbul dalam fikiran saya. “Maksudnya,pada pagi lapan hari lalu,kamu bertemu saya ketika sedang merayau-rayau sendirian,seribu batu dari lokasi yang dihuni oleh manusia,bukanlah suatu kebetulan! Kamu sebenarnya mahu kembali ke tempat kamu jatuh?” Putera Kecil tersipu-sipu lagi. Dengan agak ragu,saya bertanya lagi, “Apakah itu kerana ulang tahunnya sudah tiba?” Sekali lagi Putera Kecil tersipu-sipu. Dia tidak pernah menjawab soalan,tetapi biasanya apabila wajah seseorang merona merah apabila ditanyakan sesuatu,itu bermaksu jawapannya “ya,”bukan? “oh! “kata saya.“Saya khuatir...” Tetapi dia membalas, “Awak ada kerja yang perlu dibuat sekarang. Awak perlu kembali ke mesin awak. Saya tunggu awak di sini. Datang semula malam esok.” Namun,saya rasa tidak sedap hati. Saya teringatkan Si Musang. Apabila kita membenarkan diri dijinakkan, bermakna kita berdepan risiko kedukaan.
70 26 Di sebelah sumur itu,ada runtuhan tembok purba. Malam esoknya selepas bekerja,sewaktu saya berjalan kembali ke situ, darijauh saya nampak Putera Kecil duduk di atas tembok itu dengan kaki yang tergantung. Dan saya dapat mendengar dia berkata, “Awak tak ingat? Bukannya tepat-tepat di sini!” Saya pasti ada seseorang yang menjawab kata-katanya kerana dia membalas, “Ya!Ya! Harinya sudah betul,tapi tempatnya bukan di sini!” Saya terus berjalan mendekati tembok itu. Saya masih tidak nampak ataupun dengar suara sesiapa.Tetapi,Putera Kecil masih bercakap-cakap. . “...sudah tentu. Awak akan nampak tempat kesan tapak kaki saya bermula di atas pasir. Awak hanya perlu tunggu.Saya akan pergi ke situ malam ini” Saya berada lebih kurang 20 meter dari tembok itu dan masih tidak nampak apa-apa. Selepas diam beberapa ketika, Putera Kecil berkata lagi, “Bisa awak berkualiti tak? Awak pasti yang awak takkan buat saya menderita lama-lama?”
71 Langkah saya terhenti. Hati saya pedih,tetapi saya masih tidak memahami situasi itu. “Sekarang,pergi dari sini,”katanya. “Saya nak turun!” Kemudian,saya mengerling ke kaki tembok lalu terkejut. Itu dia,dengan kepala yang terpacak menghalake arah Putera Kecil, sang ular kuning yang mampu membunuh mangsanya dalam masa tiga puluh saat. Saya berlari ke tembok itu sambil merogoh poket untuk mencari pistol. Namun,mendengar derap larian saya,ular itu langsung menyusur tenang masuk ke dalam pasir seumpama air yang meresap ke bumi,menyelinap di celahan batu dengan bunyi bergemeresik seperti besi bergeser. Saya tiba di tembok itu tepat pada masanya untuk menyambut Putera Kecil yang berwajah pucat lesi bagaikan salji. “Apa yang kamu buat ni? Kamu bercakap dengan ular pula sekarang?” Saya segera membuka lilitan selendang emas yang sentiasa di lehernya. Saya membasahkan sedikit pelipisnya, dan beri dia minum. Sekarang,saya tidak berani untuk bertanya apa-apa lagi.Dia merenung saya dengan serius lalu memeluk tengkuk saya. Saya dapat rasai degup jantungnya,sama seperti burung yang baru ditembak dan di ambang kematian. Dia berkata kepada saya, “Saya gembira awak dah jumpa alat yang hilang daripada pesawat tu. Awak dah boleh pulang ke rumah sekarang.” “Macam mana kamu tahu?” Memang itulah perkara yang saya mahu beritahu dia,iaitu selepas melalui pelbagai rintangan,saya telah berjaya membaiki kapal terbang itu!
72 Dia tidak menjawab soalan saya,tetapi berkata, “Sayajuga akan pulang hari ini.” Kemudian,dengan hiba dia menyambung, “Lebih jauh...lebih sukar.” Saya tahu,sesuatu yang luar biasa sedang berlaku. Saya memeluk tubuhnya bagai mendakap anak kecil,namun sepertinya dia sedang tenggelam ke suatu jurang dalam keadaan berdiri,dan saya tidak mampu menahannya. Wajahnya kelihatan serius,pandangannya kosong. “Saya dah ada biri-biri yang awak beri.Saya dah ada kandang untuk biribiri itu. Saya dah ada berangusnya juga” Dan dia senyum pahit. Lama saya tunggu. Saya dapat rasakan tubuhnya memanas sedikit demi sedikit. “Sahabat kecil,kamu ketakutan.” Tentulah dia takut! Tetapi dia ketawa perlahan, “Saya akan lebih takut malam nanti.” Sekali lagi saya merinding kerana merasakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dan menyedari yang saya tidak dapat menerima hakikat bahawa saya tidak akan mendengar lagi gelak tawa itu. Gelak tawa yang pada saya,bagaikan pancuran air di tengah gurun. “Sahabat kecil,saya mahu dengar kamu ketawa lagi.” Tetapi dia berkata kepada saya, “Malam ini genap setahun. Planet saya akan berada tepat di atas lokasi saya jatuh tahun lepas.” “Sahabat kecil,tolong beritahu saya yang semua tentang ular dan planet ini hanyalah satu mimpi buruk.” Tetapi dia tidak membalas. Dia cuma berkata, “Hal-hal yang penting,tidak dapat dilihat oleh mata.” “Sudah tentu...”
73 Macam bunga. Apabila awak mencintai bunga yang berada di bintang awak akan jadisuka merenung langit pada waktu malam. Semua bintang mempunyai bunga masing-masing.” “Sudah tentu...” “Macam air. Air yang awak beri saya minum itu umpama muzik,disebabkan oleh takal dan tali...awak ingat tak...sedap sangat,kan?” “Sudah tentu...” “Lihatlah bintang-bintang pada setiap malam. Planet saya terlalu kecil,saya tak dapat tunjukkan dari sini. Itu lebih baik sebenarnya. Bintang saya hanyalah salah satu bintang yang ada di langit. Jadi,awak akan suka lihat semua bintang yang ada. Semua akan jadi kawan awak.Lagipun,saya akan beri awak hadiah.” Dia ketawa lagi. “Oh,sahabat kecil!Saya sangat suka dengar kamu ketawa!” Dan itulah hadiah saya... macam air...” “Apa maksud kamu?” “Manusia memiliki bintang yang berbeza-beza. Bagi orang yang mengembara,bintang adalah pedoman. Bagi orang lain,bintang tidak memberi sebarang makna selain lampu kecil. Bagi golongan terpelajar,bintang adalah masalah. Bagi ahli perniagaan,bintang adalah emas. Namun,bintang-bintang itu cuma diam. Awak akan memiliki bintang yang tidak dimiliki oleh orang lain...” “Apa maksud kamu?” “Disebabkan saya tinggal di salah satu bintang,disebabkan saya bergelak ketawa di salah satu bintang,maka setiap kali awak melihat langit pada waktu malam,awak akan seolah-olah mendengar semua bintang itu ketawa. Awak akan memiliki bintang-bintang yang boleh ketawa!” Dan dia ketawa lagi.
74 “Dan apabila awak terhibur (kita memang selalu saling menghiburkan),awak pasti gembira kerana pernah mengenali saya. Awak akan sentiasa jadi kawan saya. Awak akan teringin untuk ketawa bersama saya. Dan sesekali awak akan membuka jendela untuk merasai kebahagiaan itu...lalu kawan-kawan awak akan kehairanan melihat awak merenung ke langit sambil ketawa. Kemudian,awak akan katakan kepada mereka, ‘Ya,bintang-bintang selalu buat saya ketawa!’Lalu mereka pun sangka awak gila. Itulah kenakalan saya,mengusik awak.” Dan dia ketawa lagi. “Kiranya,saya berikan awak loceng-loceng ketawa,bukannya bintang-bintang.” Dan dia ketawa lagi. Kemudian dia serius semula.“Malam ini...awak... tak usah datang”. “Saya takkan tinggalkan kamu.” “Saya akan kelihatan seperti dalam kesakitan...saya akan kelihatan seperti sedang tenat. Begitulah keadaannya. Jangan datang dan lihat itu berlaku,tak ada gunanya.” “Saya takkan tinggalkan kamu.” Tetapi dia khuatir. “Maksud saya...ini juga sebab ular tadi. Ia tak boleh dibiarkan mematuk awak...uar semuanya jahat. Mereka mematuk mangsa untuk bersuka-suka saja.” “Saya takkan tinggalkan kamu.” Kemudian dia teringat satu perkara yang menenangkan hatinya.“Syukurlah bisanya tak mencukupi untuk patukan kedua.” Malam itu, saya tidak perasan saat dia berangkat.Senyapsenyap sahaja dia pergi. Ketika saya Berjaya mengekorinya, dia tampak tekad dan melangkah dengan pantas. Tiba-tiba, dia berkata kepada saya, “Ah! Awak ada di sini.”
75 Dia memegang tangan saya. Tetapi dia masih gusar. “Awak tak patut datang. Awak akan sedih nanti.Sayakan kelihatan macam mati,tetapi saya bukannya mati.” Saya diam. “Awak faham,kan? Perjalanan ini sangat jauh.Saya tak boleh bawa tubuh sendiri.Terlalu berat.” Saya diam. “Nanti tubuh saya akan jadi macam kulit batang pokok tua yang ditanggalkan. Kulit kayu pokok tua,tak menyedihkan.” Saya diam. Dia jadi kurang bersemangat. Tetapi dia berusaha sekali lagi, “Seronok nanti. Saya pun akan tengok bintang-bintang. Semua bintang akan jadi sumur dengan takal yang berkarat. Semua bintang akan tuangkan air untuk saya minum.” Saya diam. “Ia akan jadi sangat menyeronokkan! Awak memiliki lima ratus juta loceng, dan saya akan memiliki lima ratus juta sumur.” Dan akhirnya dia turut diam, kerana menangis. “Kita dah sampai.Biar saya jalan sendiri.” Lalu dia duduk kerana takut.
76 Kemudian, dia berkata, “Awak tahu...bunga saya...saya bertanggungjawab pada dia! Dia sangat rapuh! Dia begitu naif. Dia hanya ada empat duri kecil sebagai pelindung diri...” Saya duduk kerana kaki sudah terasa longlai,tidak mampu bertahan lagi. Dia berkata,"Itulah...itu saja...” Dia ragu-ragu sejenak,kemudian berdiri semula. Dia mara selangkah.Namun,saya terpaku di tempat yang sama. Tidak ada apa-apa yang kelihatan selain kilauan kuning pada pergelangan kakinya. Dia kaku seketika. Dia tidak menjerit. Dia jatuh perlahan-lahan seperti pokok tumbang. Jatuhnya dia malah tanpa sebarang bunyi, kerana disambut oleh pasir-pasir gurun.
77 27 Kini,sudah enam tahun berlalu. Saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada sesiapa pun. Kawan-kawan saya sangat bersyukur melihat saya masih hidup. Saya sedih,tetapi saya katakan kepada mereka,“Saya letih.” Sekarang,saya sudah mampu memujuk diri sendiri, walaupun saya masih berduka. Tetapi saya tahu yang Putera Kecil berjaya tiba di planetnya dengan selamat, kerana pada waktu fajar hari itu,saya lihat jasad sudah tiada. Bermakna ia bukanlah jasad yang terlalu berat. Dan pada waktu malam, saya suka mendengar bintang-bintang. Ia bagaikan mendengar dentingan lima ratus juta loceng. Tetapi,ada satu perkara yang canggung.Saya lupa letakkan tali kulit pada berangus yang saya lukis! Putera Kecil takkan dapat pakaikan berangus itu pada biri-birinya. Jadi,saya tertanya-tanya,apalah agaknya yang berlaku di planetnya? Mungkin,biri-biri itu sudah pun makan Si Bunga. Tapi ada kalanya saya fikir,tak mungkinlah! Putera Kecil menutup bunganya dengan kubah kaca pada setiap malam sebagai perlindungan,dan mengawasi biri-birinya dengan cukup ketat. Jadi,saya rasa gembira,dan bintang-bintang itu ketawa lembut. Namun,pada waktu lain pula,saya berkata kepada diri sendiri, ‘Sesiapa sahaja boleh terlalai dan ...habislah! Mungkin suatu malam dia terlupa tentang kubah kaca itu,ataupun dia tidak perasan si biri-biri terlepas secara diam-diam pada waktu malam.’Lalu loceng-loceng itu menangis. Semua itu adalah misteri yang besar.Kepada anda yang juga menyayangi Putera Kecil seperti saya, alam semesta ini tidak akan kelihata serupa lagi kerana kini kita percaya,di suatu tempat yang kita tidak tahu lokasinya,ada seekor biri-biri yang kita tidak pasti sama ada ia telah memakan bunga mawar ataupun tidak.
78 Lihat langit. Tanya kepada diri anda sendiri, ‘Apakah si biri-biri telah memakan bunga itu? Ya ataupun tidak?”Dan semua perkara akan terlihat berbeza. Dan selama-lamanya tidak akan ada satu pun orang dewasa yang mampu memahami kepentingan persoalan ini! Bagi saya,ini adalah pemandangan paling indah dan paling menghibakan di dunia.la sama dengan pemandangan di halaman sebelum ini,tetapi saya lukis sekali lagi untuk tunjukkan kepada anda. Di sinilah lokasi Putera Kecil muncul di Bumi buat kali pertama, dan kemudian menghilang. Perhatikan betul-betul pemandangan ini supaya dapat dicam sekiranya anda mengembara ke padang pasir Afrika suatu hari nanti. Dan,jika anda melintas di tempat ini,saya mohon supaya anda jangan berjalan terlalu laju,tapi tunggulah sebentar di bawah bintang-bintang. Sekiranya anda terserempak dengan budak Kecil berambut emas yang banyak ketawa dan tidak pernah menjawab satu pun soalan yang anda tanya, anda akan tahu siapa dia. Jadi layanlah dia dengan baik. Dan saya mohon ,jangan biarkan saya bersedih. Segeralah hiburkan saya dengan menulis surat, memberitahu yang dia telah kembali. Tamat
79 Cadangan Kemajuan Pembacaan: Bil Bulan Cadangan Kemajuan Pembacaan Aktiviti Tambahan 1 April Bab 1-9 Mengeja / Bercerita / Mencari Perbendaharan Kata / Menulis KataKata Petikan / Menulis refleksi *30 Refleksi terbaik daripada pelajar akan mendapat hadiah. 2 Mei Bab 10-18 3 Jun Bab 19-27 4 Julai Bab 1-9 5 Ogos Bab 10-18 6 September Bab 19-27 7 Oktober Bab 1-9 8 November Bab 10-18 9 Disember Bab 19-27 TP&T3: Julai– September T1&T4: Oktober– Disember T2&T5: April – Jun Kata-Kata Petikan (contoh) 1.Bahasa adalah sumber salah faham. 2.Kita hanya mampu melihat sesuatu dengan jelas melalui hati. 3.Hal yang penting tidak dapat dilihat oleh mata. 4.Manusia naik kereta api laju, tapi mereka sendiri tak tahu apa yang dicari. 5.Sunyi pula gurun ni. Sesama manusia pun sunyi juga
80 Refleksi (Contoh) Bercakap tentang perjalanan wira, penulis bercakap kepada kita tentang nilai manusia yang kekal, tentang kepentingan memelihara kesucian dan kenaifan kanak-kanak dalam kehidupan, tentang persepsi sebenar tentang dunia. Setelah belajar penceritaan semula secara ringkas"The Little Prince", setelah berkenalan dengan plot dan watak, anda boleh meneruskan: baca teks penuh dan rasai permulaan kisah dongeng yang mengesahkan kehidupan, di mana wira dewasa mula mendengar bintang dan melihat dunia dengan cara yang baharu. Tentang Pengarang: Antoine de Saint-Exupéry (1900-1944) adalah anak kelahiran Lyon, penulis, penyair, aristocrat, wartawan, dan juruterbang. Beliau berkhidmat sebagai juruterbang komersial yang menghantar surat udara, sebelum menyertai French Air Force pada awal Perang Dunia Kedua. The Little Prince dihasilkan ketika Saint-Exupery menetap di New York dan merisaukan hal-hal yang sedang berlaku di negaranya juga di seluruh dunia. The Little Prince berlatarkan pengalaman sebenar beliau terhempas di gurun Libya pada 1935 dan diterbitkan pada 1943 oleh Reynal & Hitchcock di Amerika Syarikat dalam Bahasa Peranchis dan Inggeris. Karya ini telah diterjemahkan kepada lebih 300 bahasa dan dialek, serta tersenarai dalam lima buku paling laris di seluruh dunia sepanjang zaman dengan catatan jualan lebih 140 juta naskhah.