RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Kepelbagaian mineral 4.1.1 Menjelaskan dengan contoh kepelbagaian bentuk mineral dalam kerak bumi. 4.1.2 Mengenal pasti unsur yang terdapat dalam sebatian semula jadi. Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid / pelajar dapat: BIL OBJEKTIF 1. Menjelaskan dengan contoh kepelbagaian bentuk mineral dalam kerak bumi. 2. Mengenal pasti unsur yang terdapat dalam sebatian semula jadi. Kriteria Kejayaan BIL KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid dapat menjelaskan dengan contoh kepelbagaian bentuk mineral dalam kerak bumi dengan betul. 2. Murid dapat mengenal pasti unsur yang terdapat dalam sebatian semula jadi dengan betul. Pengetahuan sedia ada murid / pelajar : 1. Murid pernah melihat wanita atau perempuan memakai emas. KBAT/ I-THINK 1. Mengenal pasti 2. Peta i-Think Mata pelajaran Sains Tarikh /hari 3 Julai 2023 / Isnin Tingkatan 3 Merbangsa Bilangan murid / pelajar 21 orang Masa 10.40 pagi – 11.40 pagi (1 jam) Tema Penerokaan Unsur Dalam Alam Tajuk 4.0 Kereaktifan Logam Kemahiran fokus Mengenal pasti, Menentukan, Menilai, Menjelaskan
Langkah Pengajaran Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Catatan Set Induksi (3 minit) Kad Gambar 1. Guru menunjukkan gambar kepelbagian bentuk mineral kepada murid. 2. Guru bersoal jawab dengan murid akan gambar yang ditunjukkan. a. Apakah yang kamu perhatikan? b. Pernahkah kamu melihat? 3. Guru memasuki topik pembelajaran yang bertajuk ‘Kepelbagaian Mineral’. Kad Gambar Kemahiran: Mengenal pasti, Menjana Idea EMK : Sains dan Teknologi Nilai: Tekun, Keberanian Langkah 1 ( 15 minit) Penerangan guru, Video ‘Youtube’ 1.Guru menerangkan isi kandungan pelajaran menggunakan slaid ‘Powerpoint’. 2.Murid mendengar penerangan guru dengan teliti sambil merujuk kepada buku teks. 3. Guru bersoal jawab dengan murid. 4. Guru menayangkan video ‘Youtube’ mengenai topik kepelbagaian mineral kepada murid supaya murid lebih faham. Slaid ‘Powerpoint’, Buku Teks (ms.124-128), Video ‘Youtube’ https://www.y outube.com/w atch?v=OGaw EC5x8A&t=270s Kemahiran: Mendengar, Memahami, Menentukan, Menilai EMK: Sains dan Teknologi Nilai: Tekun, Mendengar dengan teliti Langkah 2 ( 30 minit) Aktiviti Inkuiri: Menjalankan eksperimen 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. 2. Murid membuat pembacaan ringkas tentang prosedur eksperimen yang terdapat dalam buku teks. 3. Murid menjalankan eksperimen dan keputusan direkodkan. 4. Guru memerhati dan membimbing murid menjalankan eksperimen yang berikut. a. Sebatian semula jadi 5. Murid membincangkan keputusan eksperimen dengan guru. Radas Makmal. Buku Teks (ms.126-127). Kemahiran: Memahami, Mengenal pasti, Membanding beza EMK : Bahasa, Sains dan Teknologi Nilai: Bekerjasama, Pemikir, Bersifat ingin tahu, Berani
Langkah 3 ( 10 minit) Aktiviti Pengukuhan 1. Guru mengarahkan murid membuat latihan buku kerja berkaitan topik yang dipelajari. 2. Guru memberi masa kepada murid untuk menyiapkan latihan yang diberi. 3. Murid boleh bertanya kepada guru jika mempunyai soalan yang tidak difahami ketika menyiapkan tugasan yang diberi. Buku Kerja Sains Tingkatan 3 (ms. 66-68) Kemahiran: Mengenal pasti, Menilai, Menganalisis EMK: Bahasa, Sains dan Teknologi Nilai: Pemikir, Kesungguhan Penutup ( 2 minit) Rumusan Pembelajaran 1. Guru membuka ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan. 2. Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari. Soalan yang diberikan: a. Apa yang kita telah pelajari pada hari ini? 3. Guru membuat rumusan secara peta i-Think bagi keseluruhan pelajaran secara ringkas. Peta i-Think Kemahiran: Menjana idea EMK : Sains dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Nilai: Pemikir, Berani REFLEKSI 19/ 21 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan. 2/21 orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan. KEKUATAN: Bahan bantu mengajar yang digunakan seperti gambar, video serta aplikasi yang menarik sememangnya meningkatkan kefahaman dan tarikan murid untuk meneruskan sesi pengajaran yang disampaikan. Selain itu, tidak dapat dinafikan komunikasi dua hala yang diterap semasa sesi pengajaran juga menjadi salah satu tarikan kepada murid untuk sentiasa bersedia dengan persoalan yang diutarakan. Di samping itu, aktiviti inkuiri yang dijalankan semasa sesi PdPc dapat meningkatkan kefahaman murid kerana murid dapat menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini.
KEKURANGAN: Masa yang terhad untuk menjalankan eksperimen dan beberapa murid hanya memerhati rakan mereka menjalankan eksperimen. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Peruntukkan cadangan masa yang sesuai dan mencukupi untuk murid menjalankan eksperimen. LAMPIRAN 1.Kad gambar yang digunakan semasa sesi induksi. 2.Slaid ‘Powerpoint’ digunakan pada Langkah 1.
3.Tayangan Video ‘Youtube’ pada Langkah 1. Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=OGawEC5x-8A&t=270s
4.Aktiviti Inkuiri pada Langkah 2 (Eksperimen: Sebatian Semula Jadi) 5.Buku Teks Sains Tingkatan 3 dan Latihan Buku Kerja Sains Tingkatan 3 (Sasbadi).