Penghayatan Etika dan Peradaban
MPU21032
Etnik Di Malaysia
Nama Ahli Kumpulan:
Nur Ain Khadijah Binti Zaidil
(20DAT22F1001)
Fioreillia Sindun Voon
(20DAT22F1033)
Jessica Lumet Anak Rasik
(20DAT22F1043)
Nama Pensyarah: Lezawati Binti
Seron
Objektif
Kami menjalankan projek ini bertujuan untuk lebih mengenali tentang
etnik di negara kita. Melalui projek ini, kami dapat memenuhi objektif
projek seperti berikut:
1. Projek ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengenal pasti
sumber sumber rujukan yang sahih. Ianya akan dapat memberi
pahaman dan membantu kami dalam membuat satu projek ilmiah dgn
tatacara yg betul, jelas dan tepat
2. Menjalinkan hunbungan sosial dengan orang disekeliling kami. Ini
disebabkan ketika menjalankan projek ini, kami akan berhubung
dengan orang setikar untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak
langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat
kerjasama akan wujud
3. Projek ini dapat menambahkan pengetahuan kami tentang etnik di
negara kami serta dapat memupuk perasaan rasa bangga terhadap
tanah air kita. Projek ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa
pentingnya masyarakat pelbagai etnik di negara kita kerana ianya
dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa
serta memupuk semagat kekitaan dikalanagn masyarat Malaysia
\
Pengenalan
Etnik berasal daripada perkataan yunani ‘ethnos’. Konsep etnik
mempunyai erti yang yang berkaitan rapat dengan ras dan bangsa.
Konsep etnik juga lebih berkaitan dengan amalan budaya yang hampir
seragam yang diamalkan oleh sekolompok menusia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada
pelbagai etnik yang mengamalkan budaya, adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi yang hampir sama dan ianya turun temurun
daripada nenek moyang. Mereka mengamalkan kebudayaan yang hampir
seragam di antara anggota-anggota kelompok etnik itu,, disatukan oleh
pengalaman sejarah, sistem nilai, sikap dan tingkahlaku. Contoh-contoh
etnik yang terdapat di Malaysia ialah Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban,
Melanau, Rungus, Kayan, Bajau dan Orang Asli. Mereka ini dianggap
Sebagai Etnik Bumiputera .
Kepelbagaian etnik di Malaysia telah pun Berlaku berkurun-kurun
lamanya. Pada zaman kolonialisme, penjajah di tanah air kita iaitu pihak
british mengambil banyak buruh dari negara China Dan India ke Tanah
Melayu untuk melombong Bijih Timah dan menjalankan aktiviti
perladangan.
Intergrasi etnik didefinisikan sebagai satu penyatuan, dua atau beberapa
etnik menjadi satu persatuan. Kerajaan Malaysia telah pun menjadi
tunjang utama dalam menyatukan semua etnik di negara kita. Hal ini
dapat dibuktikan dari segi sukan, pendidikan dan penciptaan rukun negara.
Selain itu, penfisytiharan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan juga
menjadi salah satu usaha kerajaan dalam mencipta perpaduan antara
etnik.
Kepelbagaian Etnik di Semenanjung Malaysia,
Sarawak dan Sabah
Di Semenanjung Malaysia, terdapat etnik Melayu, Cina dan India. Etnik
ini mempunyai banyak perbezaan budaya dari segi adat resam, pakaian,
bahasa dan makanan.
Orang Melayu adalah pribumi atau dikenali juga sebagai Bumiputera.
Melayu merasakan mereka hidup sebagai satu kelompok etnik kerana
memiliki identiti, perasaan kekitaan dan kesedaran tentang kepentingan
bersama. Nama melayu yang bercirikan nama-nama dari pengaruh Islam,
seperti ‘Abdul Rahman’, ‘Abdul Aziz’, ‘Khadijah’ dan sebagainya
Majoriti Orang melayu memeluk agama Islam. Orang melayu bertutur
sesama sendiri dengan menggunakan bahasa melayu, yang secara
sehariannya menurut loghat masing-masing. Baju tradisional Melayu
ialah baju melayu, songkok, kain pelikat, kebaya dan baju kurung.
Makanan tradisional Melayu pula ialah laksa, nasi lemak, kuih koci, buah
melaka dan kuih lapis. Permainan tradisional Melayu ialah congkak,
gasing dan wau. Alat muzik tradisional pula ialah kompang gong, rebana
dan gambus. Perayaan yang selalu disambut oleh etnik melayu ialah
Perayaan Raya Aidilfitri dan Perayaan Raya Haji. Tarian tradisional
Melayu pula ialah Tarian Keris, Tarian Inai, Tarian Piring dan Tarian
Lilin.
Orang Cina adalah mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dari Tanah
besar China dan terdiri daripada petani-petani yang mendiamikawasan
luar bandar Tanah Besar China. Penghijrahan beramai-ramai orang cina
ke Malaysia telah menukar corak kegiatan hidup iaitu beralih kepada
kegiatan perdagangan dan perniagaan. Orang cina Malaysia kini adalah
penghuni-penghuni kawasan bandar. Orang cina menguasai seluruh
bandar di Malaysia. Kedudukan orang cina di bandar itu mendatangkan
banyak manfaat kerana melaluinya mereka telah berjayamembina
keupayaan sebagai komuniti pedagang dan peniaga yang sukar ditembusi
oleh mana-mana etnik di Malaysia. Etnik Cina Malaysia kini adalah yang
terkaya dan boleh dikatakan mereka menceburi setiap bidang ekonomi
dan perkerjaan, daripada menjadi kuli hinggalah sebagai jutawan. Orang
cina menganggap mereka sebagai kelompok etnik kerana definisi yang
diberikan oleh kerajaan yang memerintah dan perasaan kekitaan yang
wujud. Orang cina juga suka menubuhkan persatuan-persatuan sukarela
yang memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial. Terdapat
Orang cina yang memeluk agam Islam, walaupun mereka menukarkan
nama berbau pengaruh Islam, namun dari segi etnik masih dikekalkan
sebagai cina. Majoriti orang cina menganuti agama buddha, taoisme dan
kristian. Bahasa yang selalu digunakan oleh orang cina ialah Madarin,
hokkien, hakka, teochew dan kantonis. Orang cina juga terbahagi kepada
suku teochew, hakka dan hokkien. Pakaian tradisional orang cina ialah
hanfu, cheongsam dan samfu. Tarian tradisional cina pula ialah tarian
kipas, tarian singa dan tarian payung. Makanan tradisional mereka pula
ialah kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi dan dimsum. Permainan
tradisional cina pula ialah catur cina dan alat muzik tradisional cina ialah
gitar bulan dan drum. Perayaan yang disambut oleh etnik cina ialah
Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei dan Pesta Kuih Bulan.
Orang india adalah mereka yang berhijrah ke tanah melayu dari benua
india.Etnik india seringkali dikaitkan dengan ladang getah. Perkara ini
berlaku kerana legasi dasar penghijrahan penjajah british yang tidak
membenarkan agen-agen menawarkan pekerjaan ladang getah kepada
penduduk negara-negara lain kecuali India. Pekerja India di
ladang-ladang getah sekarang adalah generasi kedua atau ketiga,
walaupun lahir dan membesar di negara ini,masih ada yang belum
berupaya untuk keluar dari persekitaran itu. Bagi yang berupaya keluar
mereka hanya berjaya untuk menjadi buruh am di bandar dan bandar raya.
Kebanyakkan orang india menganuti agama hindu, kristian dan juga
Islam. Mereka mempunyai banyak bahasa untuk berkomunikasi sesama
sendiri. Sebagai contoh, Bahasa Telugu, Tamil, Hindi dan Malayalam.
Perayaan yang disambut oleh etnik India pula ialah Hari deepavali,
Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Krismas dan Onam. Pakaian
Tradisional mereka pula ialah Sari, Serban, Kurta, Dhoti dan Sarung. Alat
musik tradisonal etnik India ialah Veena, Sitar, Ukulele dan Sapei.
Makanan tradisional mereka ialah Tosai, Idli, Maruku, Apam, Kesari dan
Ladu. Permainan tradisional Etnik india pula ialah Kaudi dan Tarian
tradisional mereka pula ialah tarian serimpi, Bharata Natyam dan
Shobana Chanarakumar.
Etnik Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah
sebanyak 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, etnik Iban merupakan
kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Etnik Iban biasanya
menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang
Lupar dan Sungai Rajang. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu,
gong dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara
turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Perayaan penting
yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan
antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat
ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam
kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Etnik Iban dikenali dengan
"Master of Language" oleh dunia. Etnik Iban mempunyai bahasanya yang
tersendiri iaitu Bahasa Iban. Orang iban ada yang menganuti agam
kristian, agama tradisional, ateisme dan Islam.
Etnik Melanau juga merupakan penduduk pedalaman sarawak
terawal. Melanau hanya terdapat di Sarawak sahaja. Umumnya etnik ini
mempunyai persamaan dengan etnik Melayu dari segi kebudayaan ,
kepercayaan dan adat resam. Oleh itu, etnik ini merupakan satu cabang
dalam etnik Melayu. Etnik Melanau mempunyai budaya dan adat resam
mereka yang tersendiri seperti dalam aspek kehidupan seperti kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Pada masa kini majoriti orang Melanau
menganuti agama Islam dan segelintir menganuti agama Kristian namun
terdapat juga yang mempercayai tuhan laut iaitu "inah'' ataupun juga
dikenali sebagai "ipok". Pesta Kaul adalah sambutan atau perayaan untuk
bangsa-bangsa melanau. Bahasa Melanau terbahagi mengikut bahagian
di kawasan Sarawak seperti Melanau Mukah, Melanau Dalat, Melanau
Oya, Melanau Igan, Melanau Matu-Daro, Melanau Belawai-Rajang,
Melanau Ba'ie (Bintulu), Melanau Balingian ,dan Melanau Miri
Dusun atau dikenali juga sebagai etnik Dusunic merupakan istilah yang
digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan suku etnik pribumi di
Sabah dan Borneo yang bertutur bahasa Dusunic dan Paitanic (Greater
Dusunic/Dusun Besar). Pakaian tradisional etnik Dusun disebut baju
koubasanan, Sinombiyaka, Sinipak, Lapoi, Rinagang, Sinurangga, Sia
Ambong dan sebagainya.. Tarian Sumayau merupakan tarian asli suku
kaum Dusun dari daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau.
Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji
atau dalam erti kata lain disebut Mengahau. Kebanyakan alat-alat muzik
di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, suling,
sompoton dan togunggak yang diperbuat daripada buluh bambu.Terdapat
dua bahasa di dalam bahasa Dusun yang mana perbezaannya hanyalah
pada konsonan atau cara penyebutan kata. Sebagai contoh, Dialek Dusun
pesisir (Tangara/Tangaa).
Kesimpulan
Malaysia mempunyai masyarakat dari pelbagai etnik bahkan juga dari
pelbagai agama yang tinggal bersama disebabkan perpaduan bangsa dan
kaum menyebabkan negara malaysia digelar sebagai negara yang bersatu
padu. Oleh sebab ini, perpaduan di negara kita haruslah diteruskan
bersama-sama walaupun budaya dan cara hidup kita berbeza serta agama
yang pelbagai merupakan asas hubungan etnik di Malaysia agar negara
kita akan terus aman dan damai.