Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 543
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
4.7.2 Keanggotaan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan SOP tidak melebihi lima (5)
orang.
4.7.3 Fungsi-fungsi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan SOP adalah seperti berikut:
i. Melaksana dan memantau pematuhan SOP yang ditetapkan;
ii. Membuat post mortem ke atas pematuhan SOP; dan
iii. Menyedia dan mengemukakan laporan pematuhan SOP kepada JAWI.
4.8 Tanggungjawab pengurusan masjid, surau Jumaat dan surau
4.8.1 Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya
bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran Jemaah;
4.8.2 Mendaftar dan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk digunakan oleh jemaah;
4.8.3 Membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya 1 meter;
4.8.4 Menyediakan pensanitasi tangan dan memeriksa suhu badan;
4.8.5 Memastikan jemaah membuat pendaftaran menggunakan MySejahtera atau menulis secara
manual nama dan nombor telefon serta mengimbas suhu badan;
4.8.6 Kerap melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang
wuduk;
4.8.7 Mengehadkan penggunaan tandas mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu
masa; dan
4.8.8 Memastikan petugas mencukupi bagi membantu kawalan jemaah dan pematuhan SOP.
4.9 Tanggungjawab jemaah
4.9.1 Membawa sejadah sendiri yang bersaiz standard;
4.9.2 Berwuduk sebelum hadir ke masjid atau surau;
4.9.3 Wajib memakai pelitup muka;
4.9.4 Membuat pemeriksaan suhu badan di pintu masuk;
4.9.5 Membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau mencatat nama dan nombor
telefon jika tidak menggunakan aplikasi MySejahtera;
4.9.6 Menggunakan pensanitasi tangan ketika hadir dan pulang;
4.9.7 Mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal ketika masuk dan
keluar;
4.9.8 Melaksanakan penjarakan fizikal di dalam dan luar masjid dan surau, sejauh 1 meter antara
satu sama lain;
4.9.9 Elakkan bersalaman sesama yang hadir;
4.9.10 Tidak bersesak di dalam tandas atau mana-mana ruang di masjid, surau Jumaat dan surau;
dan
4.9.11 Meningkatkan kawalan kendiri.
4.10 Tatacara solat fardu Jumaat
4.10.1 Tempoh masa bagi pelaksanaan solat fardu Jumaat dihadkan selama tidak lebih 30 minit
bermula dari laungan azan pertama hingga selesai bacaan doa selepas solat.
4.10.2 Membuka pintu laluan utama 30 minit sebelum masuk waktu solat dan menutup semula
pintu laluan utama apabila azan pertama dilaungkan.
4.10.3 Penyampaian khutbah, wirid dan doa hendaklah diringkaskan.
5. KUAT KUASA DAN PEMAKAIAN
5.1 Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 13 Januari 2021 hingga PKP ditamatkan oleh
Kerajaan.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 544
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
5.2 Garis Panduan ini terpakai bagi masjid, surau Jumaat dan surau Wilayah-Wilayah
Persekutuan tanpa mengambil kira status kategori zon.
5.3 Garis panduan ini tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
13 Januari 2021M 29 Jamadilawal 1442H
Lampiran 2
Had jemaah solat ikut kapasiti masjid, surau bermula esok
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
30 September 2021, 5:25 pm
PUTRAJAYA: Berkuat kuasa esok, kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu di
Wilayah-Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut had kapasiti masjid dan surau dengan
penjarakan 1.5 meter.
Ketetapan terbaharu itu diumumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini
selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selaras perkembangan
terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau berkata, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti
pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Zohor dan tazkirah
sebelum Solat Jumaat.
“Masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan Tadarus al-Quran, kuliah muslimat,
bacaan Yasin, tahlil, program zikir munajat dan doa tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard
)SOP) yang dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, pihaknya berharap agar umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus
mematuhi SOP yang ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan
masjid dan surau.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan ke Fasa 3
PPN bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. – UTUSAN
(https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/had-jemaah-solat-ikut-kapasiti-masjid-surau-
bermula-esok/)
Lampiran 3
Gagal patuh SOP solat Jumaat, 13 jemaah dikompaun RM1,500 [METROTV]
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Disiarkan pada: Jun 25, 2021 @ 5:46pm
Alor Setar: Seramai 13 jemaah dikompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) apabila melaksanakan solat Jumaat melebihi jumlah ditetapkan di sebuah masjid
di Seberang Kota, Kuala Kedah di sini, hari ini.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 545
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan
pemantau Covid-19 dan Bahagian Penguat Kuasa dan Kawalan Negeri Kedah (BKK)
Kementerian Dalam Negeri menerima maklumat berhubung kejadian sebelum tiba di lokasi pada
jam 1.40 tengah hari.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati jemaah sedang mendengar khutbah dan polis
membenarkan mereka melaksanakan solat sehingga selesai sebelum tindakan diambil.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 34 individu di dalam masjid, iaitu melebihi jumlah
jemaah dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu hanya 13 individu saja dibenarkan
menunaikan solat Jumaat.
"Berikutan itu, kompaun RM1,500 setiap seorang terpaksa dikeluarkan terhadap 13 individu
berusia antara 18 hingga 82 tahun kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.
"Selain itu, kita turut mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan masjid berkenaan
kerana gagal melaksanakan SOP apabila membenarkan lebih individu berada di dalam masjid,"
katanya pada sidang media di Balai Polis Kuala Kedah hari ini.
Ahmad Shukri berkata, sebahagian jemaah lain tidak dikompaun dan dibenarkan pulang kerana
ada dalam kalangan mereka adalah kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas
yang nyanyuk.
"Berdasarkan pemeriksaan, semua jemaah menunaikan solat mengikut jarak fizikal yang
ditetapkan dan memakai pelitup muka. Akan tetapi, mereka tidak patuh SOP kerana menunaikan
solat lebih dari jumlah ditetapkan.
"Berdasarkan maklumat pihak masjid, ini kali pertama masjid itu dikunjungi lebihan jemaah
kerana pada minggu lalu, hanya 13 orang saja yang datang menunaikan solat Jumaat.
"Kebanyakan mereka yang dikompaun adalah penduduk yang tinggal di sekitar masjid
berkenaan. Sehubungan itu, kita harap semua masyarakat patuh SOP yang ditetapkan kerana kita
sudah setahun tiga bulan mengharungi situasi Covid-19," katanya.
Ahmad Shukri berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 11(3) Peraturan Pengawalan
Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPDPP).
Lampiran 4
Masjid Putra mohon maaf isu video tular layanan jemaah 'VIP'
Astro Awani
September 11, 2021 13:49 MYT
KUALA LUMPUR: Pihak Masjid Putra Putrajaya memohon maaf sekiranya wujud sebarang
kekhilafan dipihaknya berhubung isu video tular yang kononnya pihaknya memberikan layanan
berbeza kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Masjid Putra menjelaskan pihaknya telah menetapkan kapasiti
jemaah seramai 300 orang bagi mematuhi peraturan dan ketetapan prosedur operasi standard
(SOP) ditetapkan pihak berkuasa.
"Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota
untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu
kehadiran mereka.
"Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar
utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid,"
katanya.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 546
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
Menurut kenyataan itu lagi, setiap minggu Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi
kapasiti yang ditetapkan dengan ada yang menunggu sejak jam 11.00 pagi lagi untuk
menunaikan solat Jumaat.
Tambahnya lagi pihak pentadbiran masjid akan berusaha menyediakan perkhidmatan yang
terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan.
"Kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan. Sebarang cadangan dan maklumbalas
bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra," katanya lagi.
Sebelum ini tular video memaparkan seorang kenamaan (VIP) yang baharu tiba kelihatan terus
memasuki Masjid Putra ketika beberapa jemaah lain dilihat sedang menunggu giliran.
Lampiran 5
PUM sokong semak balik had bilangan jemaah
Oleh AMREE AHMAD
12 September 2021, 6:58 pm
PUTRAJAYA: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk
menyemak kembali had bilangan kehadiran jemaah di masjid dan surau di seluruh negara.
Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, langkah diambil Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selaras perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Semakan semula ini amatlah wajar kerana timbul beberapa isu apabila umat Islam amat
‘merindui’ peluang hadir solat dalam rumah Allah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris
Ahmad semalam yang sedia mengkaji semula kapasiti jemaah di masjid dan surau ketika ini.
Ia susulan tular video di luar Masjid Putra di sini yang mencetuskan kemarahan masyarakat
Islam apabila jemaah datang lebih awal dihalang, tetapi, kenamaan tiba lewat, dibenar masuk.
Keadaan itu turut ditegur Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
kerana kawasan wilayah tersebut sudah pun beralih kepada Fasa 2 PPN pada Jumaat lalu.
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),
jemaah untuk ibadah solat fardu dibolehkan masuk asalkan mematuhi jarak fizikal satu meter.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, mereka yang tidak diizinkan hadir kerana had sudah
cukup, sebenarnya dari segi syarak boleh mendirikan solat di rumah atau mana-mana tempat.
“Mereka yang gagal dapat solat Jumaat itu tidaklah dianggap berdosa kerana kewajiban pihak
berkuasa untuk mencegah penularan wabak Covid-19 ketika ini adalah lebih utama,” jelasnya.
Tindakan pengawalan kuota jemaah itu ujar beliau, termasuk dalam prinsip Hifz al-Nafs iaitu
menjaga nyawa berdasarkan kaedah Maqasid Syariah demi kepentingan maslahat ummah.
Bagaimanapun, saranan Idris itu, katanya, amat tepat kerana urusan hal ehwal agama tertakluk
kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sultan selaku ketua tertinggi agama Islam.
Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan usaha pihak Jakim untuk mencadangkan agar
surau di pejabat atau taman perumahan dapat keizinan bagi pelaksanaan solat Jumaat.
Setakat ini, Jakim merekodkan sejumlah 18,265 surau di seluruh negara dengan Selangor
terbanyak iaitu 2,170 buah termasuk 259 buah yang dibenarkan untuk ibadah solat Jumaat.
“PUM percaya bahawa usaha ini dapat memberikan impak terutama aspek kesejahteraan psiko-
spiritual umat Islam yang sangat memerlukan kekuatan rohani,” tegas Abdul Halim.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 547
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
Justeru, beliau mendoakan sesuatu yang terbaik dapat diusahakan atas inisiatif Idris bagi
kesejahteraan bersama rakyat khasnya umat Islam dalam membentuk Keluarga Malaysia. –
UTUSAN ONLINE
Lampiran 6
Imam Besar: Masjid Putra memang sedia kuota 30 tempat untuk VIP
Diterbitkan: Sep 12, 2021 8:02 PM
Dikemaskini: 10:05 PM
Masjid Putra di Putrajaya sememangnya memperuntukkan kuota khusus untuk kalangan VIP di
jabatan kerajaan bagi sembahyang Jumaat, menurut imam besar masjid itu, Ikmal Zaidi Hashim.
Ikmal berkata, kuota itu sebanyak 10 peratus, iaitu sebanyak 30 tempat daripada kapasiti 300
jemaah yang dibenarkan, dan untuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas.
“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana
Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk
VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.
“Kita nak bagi peluang kepada VIP - pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang
lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk
penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya menerusi siaran
langsung di laman Facebooknya semalam.
Ikmal menjelaskan kumpulan itu juga harus memberikan nama lebih awal kepada pihak masjid
untuk mendapat tempat dalam sembahyang Jumaat, manakala kuota orang awam menggunakan
konsep "siapa cepat dia dapat".
Jumaat lalu, tular klip video menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di depan pintu pagar
Masjid Putra yang ditutup, dipercayai tidak dapat masuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat
kerana kuota telah penuh.
Tidak lama kemudian, ketika mereka masih menuggu di situ, kelihatan seorang lelaki keluar dari
sebuah kenderaan mewah dan dibenarkan masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki
dipercayai pengawal keselamatannya.
Video itu tular di media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka
sebagai layanan berbeza terhadap jemaah.
Susulan itu, Masjid Putra semalam dalam satu kenyataan menjelaskan pihak pengurusan masjid
telah memperuntukkan “sejumlah kuota” daripada 300 kuota yang ditetapkan, untuk “jemaah
tetap” yang telah mendaftar lebih awal.
Jemaah tetap itu, kata pihak masjid, telah memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi
memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan
kuota yang ditetapkan.
Jelas Masjid Putra, pihak masjid telah menasihatkan jemaah secara baik tentang pagar yang akan
ditutup apabila kapasiti telah penuh, namun mereka tetap memohon maaf atas kekhilafan yang
berlaku pada Jumaat lalu.
Kejadian itu mendapat perhatian timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary yang meminta
agar pihak masjid melayan jemaah yang hadir untuk solat secara sama rata.
Untuk rekod, ketika ini prosedur operasi standard (SOP) untuk solat di masjid dan surau di
Wilayah Persekutuan masih dikekalkan di sebalik peralihan status Lembah Klang dari fasa satu
kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 548
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
Mengulas lanjut, Ikmal Zaidi meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang merakam
kejadian berkenaan dan meyebarkannya, sedangkan mereka yang menunggu di luar pagar pada
hari itu sudah pun dimaklumkan tentang kuota yang sudah dipenuhi.
Katanya, memandangkan rentas daerah sudah dibenarkan bermula Jumaat lalu, dia
menjangkakan ramai jemaah dari sekitar Putrajaya mengambil peluang untuk bersembahyang
Jumaat di Masjid Putra, sehingga ada yang tidak mendapat tempat.
Meskipun mengaku “tidak redha” dengan tindakan merakam video itu, Ikmal Zaidi berkata dia
tetap mendoakan agar mereka “mendapat hidayah” daripada Allah - namun mereka haruslah
meminta maaf terlebih dahulu daripadanya.
Ikmal Zaidi menjelaskan mengenai syarat keempat taubat nasuha - yang merupakan syarat
tambahan kepada tiga syarat utama - iaitu untuk memulangkan hak yang dizalimi kepada pihak
yang sepatutnya.
“Kalau ada yang mendengar ini, tolong sampai-sampaikan. Ambil video yang saya cakap ni,
kerat sikit, hantarlah kepada sesiapa (yang berkaitan)," katanya lagi.
Lampiran 7
www.hukumonline.com/pusatdata
SURAT EDARAN MENTERI AGAMA REPUBLIK INDONESIA NOMOR SE.15 TAHUN
2020 TENTANG PANDUAN PENYELENGGARAAN KEGIATAN KEAGAMAAN DI
RUMAH IBADAH DALAM MEWUJUDKAN MASYARAKAT PRODUKTIF DAN AMAN
COVID DI MASA PANDEMI
Yth.:
1. Menteri Dalam Negeri
2. Menteri Kesehatan
3. Ketua Gugus Tugas Nasional Percepatan Penanganan Covid-19
4. Panglima TNI
5. Kapolri
6. Kepala Badan Inteligen Negara
7. Para Gubernur Provinsi;
8. Para Bupati/Walikota Kab/Kota;
9. Para Pimpinan Majelis Agama;
10. Para Kepala Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi;
11. Para Kepala Unit Pelaksana Teknis; dan
12. Para Pengurus dan Pengelola Rumah Ibadah.
A. Pendahuluan
Dalam rangka mendukung fungsionalisasi rumah ibadah pada masa pendemi Corona Virus
Disease 2019 (Covid-19), perlu dilakukan pengaturan kegiatan di rumah ibadah melalui adaptasi
ke perubahan kegiatan keagamaan menuju masyarakat produktif dan aman Covid. Penerapan
panduan ini diharapkan dapat meningkatkan spiritualitas umat beragama dalam menghadapi
pandemi Covid-19 serta dampaknya, sekaligus meminimalisir risiko akibat terjadinya kerumunan
dalam satu lokasi.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 549
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
B. Maksud dan Tujuan
Surat Edaran tentang Panduan Penyelenggaraan Kegiatan Keagamaan di Rumah Ibadah Dalam
Mewujudkan Masyarakat Produktif dan Aman Covid di Masa Pandemi diterbitkan sebagai
respon atas kerinduan umat beragama untuk kembali melaksanakan ibadah di rumah ibadah
masing-masing dengan tetap menaati protokol kesehatan, terutama dalam rangka pencegahan
persebaran Covid-19 dan perlindungan masyarakat dari risiko ancaman dampaknya. Rumah
ibadah harus menjadi contoh terbaik pencegahan persebaran Covid-19.
C. Ruang Lingkup
Substansi Surat Edaran ini meliputi panduan pelaksanaan kegiatan keagamaan di rumah ibadah
pada masa pandemi, yang lazimnya dilaksanakan secara berjamaah atau kolektif.
D. Dasar
1. Keputusan Presiden Republik Indonesia Nomor 11 Tahun 2020 tentang Penetapan
Kedaruratan Kesehatan Masyarakat Corona Virus Disease 2019 (Covid-19);
2. Arahan Presiden tanggal 15 Mei 2020 tentang Prosedur Standar Tatanan Baru (New Normal)
menuju masyarakat produktif dan aman Covid-19 antara lain dalam bidang penyelenggaraan
kegiatan keagamaan di rumah ibadah;
3. Peraturan Menteri Kesehatan Republik Indonesia Nomor 9 Tahun 2020 Tentang Pedoman
Pembatasan Sosial Berskala Besar Dalam Rangka Percepatan Penanganan Corona Virus
Disease 2019 (Covid-19);
4. Keputusan Menteri Kesehatan Nomor HK.01.07/MENKES/328/2020 tentang Panduan
Pencegahan dan Pengendalian Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) di Tempat Kerja
Perkantoran dan Industri dalam Mendukung Keberlangsungan Usaha pada Situasi Pandemi;
5. Surat Edaran Menteri Kesehatan Nomor HK.02.01/MENKES/335/2020 tentang Protokol
Pencegahan Penularan Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) di Tempat Kerja Sektor Jasa
dan Perdagangan (Area Publik) dalam Mendukung Keberlangsungan Usaha;
E.Ketentuan
Panduan ini mengatur kegiatan keagamaan inti dan kegiatan keagamaan sosial di rumah ibadah,
berdasarkan situasi riil terhadap pandemi Covid-19 di lingkungan rumah ibadah tersebut, bukan
hanya berdasarkan status Zona yang berlaku di daerah. Meskipun daerah berstatus Zona Kuning,
namun bila di lingkungan rumah ibadah tersebut terdapat kasus penularan Covid-19, maka
rumah ibadah dimaksud tidak dibenarkan menyelenggarakan ibadah berjamaah/kolektif.
Ketentuan selengkapnya sebagai berikut:
1. Rumah ibadah yang dibenarkan untuk menyelenggarakan kegiatan berjamaah/kolektif adalah
yang berdasarkan fakta lapangan serta angka R-Naught/RO dan angka Effective Reproduction
Number/Rt, berada di Kawasan/lingkungan yang aman dari Covid-19. Hal itu ditunjukkan
dengan Surat Keterangan Rumah Ibadah Aman Covid dari Ketua Gugus Tugas
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 550
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
Provinsi/Kabupaten/Kota/Kecamatan sesuai tingkatan rumah ibadah dimaksud, setelah
berkoordinasi dengan Forum Komunikasi Pimpinan Daerah setempat bersama Majelis-majelis
Agama dan instansi terkait di daerah masing-masing. Surat Keterangan akan dicabut bila dalam
perkembangannya timbul kasus penularan di lingkungan rumah ibadah tersebut atau ditemukan
ketidaktaatan terhadap protokol yang telah ditetapkan.
2. Pengurus rumah ibadah mengajukan permohonan surat keterangan bahwa
kawasan/lingkungan rumah ibadahnya aman dari Covid-19 secara berjenjang kepada Ketua
Gugus Kecamatan/Kabupaten/Kota/Provinsi sesuai tingkatan rumah ibadahnya.
3. Rumah ibadah yang berkapasitas daya tampung besar dan mayoritas jemaah atau
penggunanya dari luar kawasan/lingkungannya, dapat mengajukan surat keterangan aman
Covid-19 langsung kepada pimpinan daerah sesuai tingkatan rumah ibadah tersebut.
4. Kewajiban pengurus atau penanggungjawab rumah ibadah:
a. Menyiapkan petugas untuk melakukan dan mengawasi penerapan protokol kesehatan di
area rumah ibadah;
b. Melakukan pembersihan dan desinfeksi secara berkala di area rumah ibadah;
c. Membatasi jumlah pintu/jalur keluar masuk rumah ibadah guna memudahkan penerapan
dan pengawasan protokol kesehatan;
d. Menyediakan fasilitas cuci tangan/sabun/hand sanitizes di pintu masuk dan pintu keluar
rumah ibadah;
e. Menyediakan alat pengecekan suhu di pintu masuk bagi seluruh pengguna rumah
ibadah. Jika ditemukan pengguna rumah ibadah dengan suhu > 37,5°C (2 kali
pemeriksaan dengan jarak 5 menit), tidak diperkenankan memasuki area rumah ibadah;
f. Menerapkan pembatasan jarak dengan memberikan tanda khusus di lantai/kursi, minimal
jarak 1 meter;
g. Melakukan pengaturan jumlah jemaah/pengguna rumah ibadah yang berkumpul dalam
waktu bersamaan, untuk memudahkan pembatasan jaga jarak;
h. Mempersingkat waktu pelaksanaan ibadah tanpa mengurangi ketentuan kesempurnaan
beribadah;
i. Memasang imbauan penerapan protokol kesehatan di area rumah ibadah pada tempat-
tempat yang mudah terlihat;
j. Membuat surat pernyataan kesiapan menerapkan protokol kesehatan yang telah
ditentukan; dan
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 551
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
k. Memberlakukan penerapan protokol kesehatan secara khusus bagi jemaah tamu yang
datang dari luar lingkungan rumah ibadah.
5. Kewajiban masyarakat yang akan melaksanakan ibadah di rumah ibadah:
a. Jemaah dalam kondisi sehat;
b. Meyakini bahwa rumah ibadah yang digunakan telah memiliki Surat Keterangan aman
Covid-19 dari pihak yang berwenang;
c. Menggunakan masker/masker wajah sejak keluar rumah dan selama berada di area
rumah ibadah;
d. Menjaga kebersihan tangan dengan sering mencuci tangan menggunakan sabun atau
hand sanitizer;
e. Menghindari kontak fisik, seperti bersalaman atau berpelukan;
f. Menjaga jarak antar jemaah minimal 1 (satu) meter;
g. Menghindari berdiam lama di rumah ibadah atau berkumpul di area rumah ibadah, selain
untuk kepentingan ibadah yang wajib;
h. Melarang beribadah di rumah ibadah bagi anak-anak dan warga lanjut usia yang rentan
tertular penyakit, serta orang dengan sakit bawaan yang berisiko tinggi terhadap Covid-
19;
i. Ikut peduli terhadap penerapan pelaksanaan protokol kesehatan di rumah ibadah sesuai
dengan ketentuan.
6. Penerapan fungsi sosial rumah ibadah meliputi kegiatan pertemuan masyarakat di rumah
ibadah (misalnya: akad pernikahan/perkawinan), tetap mengacu pada ketentuan di atas dengan
tambahan ketentuan sebagai berikut:
a. Memastikan semua peserta yang hadir dalam kondisi sehat dan negatif Covid-19;
b. Membatasi jumlah peserta yang hadir maksimal 20% (dua puluh persen) dari kapasitas
ruang dan tidak boleh lebih dari 30 orang; dan
c. Pertemuan dilaksanakan dengan waktu seefisien mungkin.
F. Penutup
Panduan ini untuk dipedomani oleh seluruh umat beragama selama menjalankan kegiatan di
rumah ibadah masing-masing pada masa Pandemi Covid-19. Hal-hal yang belum diatur dalam
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 552
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
panduan ini, akan diatur secara khusus oleh Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat dan
Majelis-majelis Agama terkait. Panduan ini akan dievaluasi sesuai dengan perkembangan
pandemi Covid-19. Demikian untuk menjadi perhatian dan dilaksanakan sebagaimana mestinya.
Semoga Allah SWT, Tuhan Yang Maha Kuasa melindungi kita semua.
Ditetapkan Di Jakarta,
Pada Tanggal 29 Mei 2020
MENTERI AGAMA REPUBLIK INDONESIA
Lampiran 8
Ini Aturan Kegiatan Keagamaan di Wilayah PPKM yang Dirilis Kemenag... Kompas.com -
27/07/2021, 10:47 WIB
Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Ini Aturan Kegiatan Keagamaan di
Wilayah PPKM yang Dirilis Kemenag...",
https://nasional.kompas.com/read/2021/07/27/10475561/ini-aturan-kegiatan-keagamaan-di-
wilayah-ppkm-yang-dirilis-kemenag?page=2.
Penulis : Sania Mashabi
Editor : Bayu Galih
JAKARTA, KOMPAS.com - Kementerian Agama (Kemenag) menerbitkan surat edaran (SE)
tentang penerapan protokol kesehatan pencegahan Covid-19. Edaran tersebut berisi tentang
penerapan protokol kesehatan 5M yakni memakai masker, mencuci tangan dengan sabun,
menjaga jarak, menjauhi kerumunan, membatasi mobilitas, serta kegiatan keagamaan pada
wilayah Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM). Hal itu tertuang dalam 20
tahun 2021 tentang Penerapan Protokol Kesehatan 5M dan Pembatasan Kegiatan
Peribadatan/Keagamaan di Tempat Ibadah pada Masa PPKM Level 3 dan Level 4 Covid-19 di
Wilayah Jawa dan Bali, serta pada Masa Perpanjangan PPKM Mikro.
Berikut ini ketentuan dalam edaran SE Nomor 20 Tahun 2021:
1. Tempat ibadah di kabupaten/kota pada wilayah Jawa dan Bali dengan kriteria level 3 dan level
4, tidak mengadakan kegiatan peribadatan/keagamaan berjamaah/kolektif selama masa
penerapan PPKM dan mengoptimalkan peribadatan di rumah.
2. Tempat ibadah di kabupaten/kota pada zona oranye dan zona merah tidak mengadakan
kegiatan peribadatan keagamaan berjamaah/ kolektif selama masa penerapan PPKM Mikro dan
mengoptimalkan peribadatan di rumah.
3. Tempat ibadah di kabupaten/kota pada zona hijau dan zona kuning dapat melaksanakan
kegiatan peribadatan/keagamaan berjamaah/ kolektif, dengan menerapkan Protokol Kesehatan
5M secara lebih ketat, sesuai dengan ketentuan sebagai berikut:
A. Pengelola Tempat Ibadah:
1) menyediakan petugas untuk menginformasikan serta mengawasi pelaksanaan Protokol
Kesehatan 5M.
2) melakukan pemeriksaan suhu tubuh untuk setiap jamaah menggunakan alat pengukur suhu
tubuh (thermogun).
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 553
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
3) menyediakan hand sanitizer dan sarana mencuci tangan menggunakan sabun dengan air
mengalir.
4) menyediakan cadangan masker medis.
5) melarang jemaah dengan kondisi tidak sehat mengikuti pelaksanaan kegiatan
peribadatan/keagamaan.
6) mengatur jarak antarjemaah paling dekat satu meter dengan memberikan tanda khusus pada
lantai, halaman, atau kursi.
7) tidak menjalankan/mengedarkan kotak amal/infak/kantong kolekte/dana punia ke jemaah.
8) memastikan tidak ada kerumunan sebelum dan setelah pelaksanaan kegiatan
peribadatan/keagamaan dengan mengatur akses keluar dan masuk jemaah.
9) melakukan disinfeksi ruangan pelaksanaan kegiatan peribadatan/ keagamaan secara rutin.
10) memastikan memiliki ventilasi udara yang baik dan sinar matahari masuk ke tempat ibadah
dan apabila menggunakan air conditioner (AC) wajib dibersihkan secara berkala.
11) memastikan kegiatan peribadatan/keagamaan hanya diikuti oleh jemaah paling banyak 30
persen dari kapasitas tempat ibadah.
12) melaksanakan kegiatan peribadatan/keagamaan paling lama satu jam.
13) memastikan pelaksanaan khutbah/ ceramah/tausiyah wajib memenuhi ketentuan seperti: -
khatib/penceramah/pendeta/ pastur/pandita/pedanda/rohaniwan memakai masker dan pelindung
wajah (faceshield) dengan baik dan benar - khatib/penceramah/pendeta/
pastur/pandita/pedanda/rohaniwan menyampaikan khutbah dengan durasi paling lama 15 (lima
belas) menit dan - khatib/penceramah/pendeta/ pastur/pandita/pedanda/rohaniwan mengingatkan
jemaah untuk selalu menjaga kesehatan dan mematuhi protokol kesehatan.
B. Jemaah:
1) menggunakan masker dengan baik dan benar.
2) menjaga kebersihan tangan dengan cara mencuci tangan menggunakan air mengalir atau
menggunakan hand sanitizer.
3) menjaga jarak dengan jemaah lain paling dekat 1 (satu) meter.
4) dalam kondisi sehat (suhu badan di bawah 37 derajat Celcius).
5) tidak sedang menjalani isolasi mandiri.
6) membawa perlengkapan peribadatan/keagamaan masing-masing (sajadah, mukena, dan
sebagainya).
7) menghindari kontak fisik atau bersalaman.
8) tidak baru kembali dari perjalanan di luar daerah.
9) yang berusia 60 (enam puluh) tahun ke atas dan ibu hamil/menyusui disarankan untuk
beribadah di rumah.
Lampiran 9
Perayaan Kegiatan Keagamaan Diminta Terapkan Protokol Kesehatan
JAKARTA - Libur panjang kali ini bertepatan dengan Maulid Nabi Muhammad SAW. Untuk
itu, Koordinator Tim Pakar dan Juru Bicara Satgas Penanganan COVID-19 Prof Wiku
Adisasmito meminta Pemda dan satgas daerah memastikan kegiatan-kegiatan perayaan
dilakukan berpedoman dengan protokol kesehatan 3M.
Dalam menyelenggarakan kegiatan keagamaan, Wiku menyarankan penyelenggara untuk
mengacu pedoman lanjutan dalam edaran Menteri Agama tentang Panduan Penyelenggaraan
Kegiatan Keagamaan di Rumah Ibadah dalam Mewujudkan Masyarakat Produktif dan Aman di
Masa Pandemi.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 554
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
"Pemda juga harus berkomunikasi dengan Forum Komunikasi Pimpinan Daerah
(Forkompinda)," jelas Wiku saat memberi keterangan pers perkembangan penanganan COVID-
19 yang disiarkan kanal YouTube Sekretariat Presiden, Selasa (27/10/2020)
Selain dengan Forkominda, Pemda juga harus berkomunikasi dengan tokoh masyarakat, tokoh
agama, organisasi kemasyarakatan, pengelola hotel, pengelola tempat wisata, pelaku usaha dan
pihak-pihak lain yang dirasa perlu sesuai karaktereristik masing-masing daerah dalam rangka
pencegahan COVID-19 dan penegakan disiplin protokol kesehatan sesuai aturan yang berlaku.
“Terkait upaya pengawasan dan upaya penegakan disiplin protokol kesehatan, Pemerintah
Daerah haruse mengoptimalkan peran Satgas Penanganan COVID-19 di daerah sesuai surat
edaran Menteri Dalam Negeri," kata Wiku.
Jakarta 27 Oktober 2020
Tim Komunikasi Komite Penanganan Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) dan Pemulihan
Ekonomi Nasional
Sumber : https://covid19.go.id/p/berita/perayaan-kegiatan-keagamaan-diminta-terapkan-
protokol-kesehatan
Lampiran 10
Covid-19: Sejumlah masjid belum jalankan protokol kesehatan, Menteri Agama akan
evaluasi pelaksanaan salat Jumat
5 Juni 2020
Diperbarui 12 Juni 2020
https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-52931849
Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama, Kamaruddin Amin,
mengatakan Menteri Agama Fachrul Razi akan mempertimbangkan untuk melakukan
evaluasi terkait pelaksanaan salat Jumat setelah mendapat laporan bahwa ada beberapa
masjid yang belum menjalankan protokol kesehatan.
"Banyak laporan memang, minggu pertama kemarin terutama yang paling kelihatan yang saf-nya
rapat, tapi secara umum bagus menuruti protokol yang sudah ditetapkan," ujar Kamaruddin saat
konferensi pers di media center Gugus Tugas Percepatan Penanganan Covid-19, di Graha BNPB,
Kamis (11/06).
Kamaruddin tidak menjelaskan secara rinci masjid di daerah mana yang belum menjalankan
protokol kesehatan. Bagaimanapun, menurutnya, menteri agama akan menanggapi laporan di
lapangan yang diterima dari Kantor Wilayah Kemenag dan masyarakat.
"Menteri Agama akan melakukan evaluasi setelah dua kali pelaksanaan salat Jumat," kata
Kamaruddin.
Kamaruddin juga menyarankan agar Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) yang berada di
perumahan atau di perkantoran untuk kreatif mensiasati membludaknya jemaah yang ingin
menunaikan salat Jumat.
"Silakan masjidnya kemudian berpikiran kreatif , barangkali ada jalanan di depan masjid yang
kemudian bisa ditutup, dan dijadikan tempat tambahan. Termasuk misalnya di kantor-kantor. Di
kantor tempatnya terbatas, sehingga menjaga physicall distancing tentu tidak mudah. Tempat
yang ada di samping kiri, kanan, depan, belakangnya juga bisa dimanfaatkan," ucap
Kamaruddin.
Setelah beberapa bulan pelaksanaan salat Jumat terhenti akibat pandemi COVID-19,
Kementerian Agama mengeluarkan Surat Edaran (SE) Nomor 15 Tahun 2020, yang mengatur
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 555
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021
tentang panduan penyelenggaraan kegiatan keagamaan di rumah ibadah dalam mewujudkan
masyarakat produktif dan aman COVID-19.
Protokol 'new normal' salat Jumat sudah dilaksanakan di sejumlah masjid (05/06) di Indonesia,
namun pakar epidemiologi memperingatkan potensi penularan Covid-19 masih tetap ada.
Sejumlah masjid di tanah air mulai mengizinkan kegiatan salat Jumat dengan protokol mencegah
penularan Covid-19, sesuai arahan MUI.
Namun, menurut pakar epidemiologi, risiko penularan Covid-19 melalui kegiatan ibadah
berjemaah tetap ada, maka pengawasan ketat protokol kesehatan harus dilakukan.
Di Bekasi, Jawa Barat, Imang Maulana, 42, baru kembali salat Jumat (05/06) untuk pertama
kalinya sejak bulan Maret.
Ia melakukan salat di Masjid As Syuhada, Bekasi, bersamaan dengan puluhan orang lainnya.
Salat kali ini berbeda, kata Imang, karena setiap jemaah diberi jarak sekitar 80 cm dan masing-
masing mengenakan masker.
Ia mengatakan tak merasa khawatir beribadah berjamaah.
"Nggak (khawatir), sudah biasa saja. Kan di masjid kita nggak ada salam-salaman atau jabat
tangan seperti biasanya," kata Imang pada wartawan BBC News Indonesia Callistasia Wijaya.
Biasanya, kata Imang, khotbah di masjid itu berlangsung sekitar 40 menit, tapi pada salat Jumat
(05/06), khotbah lebih singkat dan ibadah salat Jumat berlangsung selama 30 menit saja.
Meski begitu, Imang mengatakan protokol yang ada tidak terlalu nyaman bagi para jamaah.
"Di samping tidak sesuai dengan ajaran yang disunahkan nabi, nuansa silaturahminya juga
seolah pudar," katanya.
Lampiran 11
Sejumlah masjid di 'Zona hitam' terapkan protokol Covid-19
Surabaya dijuluki sebagai "zona hitam" oleh warganet lantaran warna zona kota itu dalam peta
penyebaran kasus Covid-19 terlihat paling gelap.
Pelaksanaan ibadah salat Jumat di beberapa masjid di kota itu sudah menerapkan protokol
kesehatan COVID-19, berdasarkan pantauan Roni Fauzan, wartawan di Surabaya untuk BBC
News Indonesia.
Beberapa masjid ada yang memilih untuk tidak menyelenggarakan aktivitas salat Jumat
berjamaah.
Salah satunya adalah Masjid Rahmat di Jalan Kembang Kuning, Surabaya. Sementara di Masjid
Al Mujahidin di Jalan Dukuh Kupang, Surabaya, tetap melaksanakan ibadah Jumat.
Meski masih ditemukan beberapa orang tidak mengenakan masker, jemaah tampak tertib duduk
dan melakukan salat dengan mengikuti tanda shaf di lantai masjid, yang sudah diberi tanda titik
hitam oleh pengurus masjid.
Tanda titik hitam tersebut masing-masing berjarak kurang lebih satu meter. Di pintu masjid pun
tersedia air dan sabun untuk cuci tangan. Penerapan protokol kesehatan juga terlihat di Masjid
At Tauhid di perumahan Pondok Benowo Indah, Surabaya.
Sutadji, salah seorang jemaah masjid mengatakan setiap salat Jumat, masjid setempat
mewajibkan jemaah mengikuti protokol kesehatan antara lain mengenakan masker dan menjaga
jarak aman dalam shaf salat.
"Kita diwajibkan pakai masker. Kalau nggak pakai masker kita nggak boleh ikut salat Jumat
berjamaah. Kemudian setiap pintu masuk diukur suhu tubuh," ungkap Sutadji.
Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu Ketiga (HISTIC 3.0) 556
Perak, Malaysia, 20-21 Oktober 2021