MODUL
4
ELEMEN AUDIO
24
4
MODUL 4.1
Standard 4.1 Konsep Audio.
kandungan:
Standard 1. Menerangkan konsep audio.
pembelajaran: 2. Menjelaskan jenis audio:
Objektif (i) Analog.
Pembelajara (ii) Digital.
n 3.Menentukan keperluan audio dalam produk
multimedia berdasarkan fungsi sebagai:
Masa: (i) Muzik latar.
(ii) Kesan bunyi.
(iii) Suara latar.
4.Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kualiti
audio berdasarkan:
(i) Kadar sample (sample rate).
(ii) Saiz sample (sample size).
(iii) Saluran (channel).
5.Membezakan format fail audio berdasarkan
kesesuaian penggunaannya.
6.Memberikan justifikasi keperluan peralatan dan
perisian untuk rakaman dan suntingan audio.
1. Menjelaskan konsep audio.
2. Menyatakan kegunaan audio dalam
multimedia.
3. Membezakan audio analog dan digital.
4. Menjelaskan tiga faktor yang
mempengaruhi penggunaannya.
5. Mengenal kualiti audio.
6. Membezakan format fail audio dan kesesuaian
7. Peralatan dan perisian dalam
menghasilkan rakaman dan suntingan
audio.
6 jam
246
NOTA RUJUKAN
4.1.1 KONSEP AUDIO
Audio adalah satu istilah untuk menerangkan sebarang bunyi atau hingar
dalam julat yang mana manusia mampu dengar. Audio diukur dalam unit hertz.
Isyarat audio yang boleh didengari manusia adalah dalam lingkungan 20
hingga 20000Hz. Isyarat audio pada komputer dijana menggunakan kad bunyi
dan didengar melalui speaker atau fon kepala.
Rajah 4.1: Proses penghasilan bunyi
Audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia.
Audio dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik
mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Audio juga mampu
menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah
persembahan multimedia.
247
4.1.2 JENIS AUDIO Audio analog merupakan bunyi yang
wujud di
Audio Analog sekeliling kita. Bunyi yang dirakam
dengan pita rakaman akan disimpan
Rajah 4.2: dalam bentuk analog.
Gelomb
ang Audio digital ialah isyarat bunyi yang
audio telah
ditukar kepada nombor perduaan (0 dan
Audio Daignitaallog 1) dan disimpan dalam bentuk pola-pola
bit.
Rajah 4.3:
Gelomb
ang
audio
digital
248
3. KEPERLUAN AUDIO DALAM PRODUK MULTIMEDIA
Dalam produk multimedia, audio digunakan dengan pelbagai cara.
Fungsi utama penggunaan audio dalam produk multimedia adalah sebagai:
i) muzik latar belakang (background music)
merujuk kepada muzik yang tidak bertujuan menjadi tumpuan
utama.
dipilih mengikut kesesuaian emosi manusia seperti tumpuan,
keseronokan atau gangguan.
ii) kesan bunyi (sound effect)
memberi penekanan kesan dalam sesuatu babak.
dibina secara buatan untuk menekankan kesan dalam kandungan
filem, permainan video atau media lain.
iii) suara latar (voiceover)
ulasan, penceritaan atau penerangan dalam sebuah filem, siaran
televisyen atau radio oleh seorang penutur yang tidak kelihatan.
249
4.1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI AUDIO
Proses Pendigitan (Digitization)
Sistem komputer hanya menggunakan gelombang audio digital.
Penukaran gelombang analog kepada gelombang digital dikenali sebagai
proses Pendigitan (Digitization). Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kualiti
audio digital iaitu kadar sampel (sample rate), saiz sampel (sample size) dan
saluran (channel).
i) Kadar sampel
Kadar sampel merujuk kepada kekerapan sampel diambil dalam
setiap saat.
Semakin tinggi kadar sampel, semakin tinggi kualiti audio tersebut.
Kadar sampel diukur dalam unit Hertz.
Rajah 4.4: Kadar sampel bagi audio 4 Hz dan 8Hz
250
ii) Saiz Sampel
Saiz sampel mewakili jumlah data audio dalam sampel tersebut.
Saiz sampel juga merujuk kepada kedalaman bit (bit depth) yang
mewakili aras rakaman setiap sampel audio.
Dua jenis kedalaman bit yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.
Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin
tinggi saiz sampel semakin tinggi kualiti audio.
Rajah 4.5: Kedalaman bit dan kualiti audio digital
iii) Saluran
Terdapat dua pilihan saluran yang sering digunakan sama ada stereo
(dua saluran) atau mono (satu saluran).
Audio jenis stereo lebih berkualiti berbanding audio jenis mono kerana
audio menggunakan dua jenis sampel bagi setiap masa (saluran
sebelah kiri dan juga saluran sebelah kanan).
Rajah 4.6: Perbandingan saluran audio mono dan audio stereo
251
4.1.5 FORMAT FAIL AUDIO
Format fail audio ialah format fail yang digunakan bagi menyimpan data
audio dalam bentuk digital. Fail audio boleh dimampatkan untuk
mengurangkan saiz fail. Berikut merupakan beberapa contoh format fail audio.
Jadual 4.1: Format fail audio
BIL NAMA FAIL KETERANGAN
1. Waveform Audio File Format Paling meluas digunakan dan
(WAV)
disokong sepenuhnya oleh
2. Audio Interchange File Format
(AIFF dan AIF) sistem pengoperasian Windows.
Format fail audio ini telah
3. MPEG Layer 3 (MP3)
dibangunkan oleh Microsoft
Corporation dan IBM.
Data audio dalam bentuk
tidak
mampat
(uncompress
ed), seterusnya menjadikan saiz
fail wav lebih cenderung
menjadi
besar. format ini
Fail audio oleh Apple
telah
dibangunkan
Computer dan biasa digunakan
bersama-sama komputer Apple.
Seperti fail WAV, saiz fail AIFF
adalah besar berbanding
dengan format yang lain kerana
data audio dalam bentuk tidak
mampat.
Format ini telah dibangunkan
oleh
Moving Picture Experts
Group (MPEG)
Format MP3 memampatkan
data audio dengan
membuang maklumat audio
yang dianggap tidak kritikal
untuk pendengaran.
252
Fail MP3 bersaiz lebih kecil
dengan
kualiti audio yang lebih rendah
berbanding fail format WAV.
Saiz yang kecil
menyebabkan MP3 popular
digunakan di Internet
4. Advanced Audio Coding dan di peranti mudah alih.
(AAC) AAC ialah format piawai
5. Musical Instrument Digital yang
Interface (MIDI)
digunakan bersama
dengan video
MPEG4 (mp4).
AAC direkabentuk
untuk
menggantikan MP3 dan secara
umumnya mempunyai kualiti
bunyi yang lebih baik.
Seperti format MP3, AAC juga
memampatkan data audio
dengan membuang maklumat
audio yang tidak kritikal untuk
pendengaran.
MIDI ialah format merekod
dan
mengawal nota muzik bagi setiap
peralatan muzik.
Format MIDI tidak menyimpan
bunyi
dalam pola-pola bit seperti format
fail yang lain, maka fail MIDI
adalah
sangat kecil, jauh lebih
kecil daripada fail MP3.
Kualiti audio MIDI pula adalah
tinggi, malahan lebih tinggi
daripada WAV
jika set arahan audio adalah
lengkap.
Format audio seperti WAV dan M2P533
sukar ditukar kepada format MIDI,
sebaliknya format MIDI boleh
ditukar kepada format fail audio
yang lain dengan menggunakan
aplikasi penyunting audio yang
biasa.
4.1.6 KEPERLUAN PERALATAN DAN PERISIAN UNTUK RAKAMAN DAN SUNTINGAN
AUDIO
Proses rakaman dan suntingan audio adalah penting bagi mendapatkan
audio seperti yang diperlukan. Proses ini boleh dilaksanakan menggunakan
peralatan yang canggih ataupun sekadar menggunakan peralatan asas
sebuah sistem komputer. Berikut disenaraikan peralatan yang biasa digunakan
semasa rakaman dan suntingan audio.
i) Mikrofon
Peranti input yang paling utama untuk merakam bunyi.
Terdapat beberapa jenis mikrofon mengikut jenis kegunaan serta
teknologi yang digunakan antaranya, Mikrofon dinamik dan mikrofon
kondenser.
Rajah 4.7 : Jenis mikrofon
ii) Instrumen Muzik
Gitar elektrik, papan kekunci MIDI, bass dan mesin dram merupakan
contoh-contoh instrumen atau alat muzik yang boleh juga digunakan
sebagai peranti input bagi mendapatkan kesan bunyi atau muzik
yang diperlukan.
Kebanyakan instrument muzik ini boleh disambung terus kepada
sistem audio menerusi antara muka audio yang digunakan.
Rajah 4.8: Papan kekunci MIDI
254
iii) Pembesar Suara (speaker)
Alat untuk mempersembahkan audio yang telah dirakam atau
disunting.
iv) Fon Kepala (Headphone)
Alat untuk mempersembahkan audio untuk kegunaan peribadi tanpa
mengganggu orang lain.
255
Perisian Rakaman dan Suntingan Audio
Terdapat pelbagai jenis perisian rakaman dan suntingan audio di
pasaran. Beberapa perisian canggih yang menawarkan pelbagai kesan khas
bunyi boleh menelan belanja yang tinggi tetapi ada juga perisian percuma
yang masih dapat memenuhi kehendak pengguna. Berikut disenaraikan
beberapa perisian suntingan audio yang popular pada masa ini.
i) Adobe Audition
ii) Live Pro X
iii) Audacity
iv) Ocenaudio
Jadual 4.2 : Perisian Suntingan Audio
Live Pro X Audacity Ocenaudio
Perisian
Adobe Audition
O/S
Fitur Pelbagai fitur Lengkap Fitur agak Kesan bunyi
dengan fitur terhad agak terhad
Pengguna Terlalu Agak berat Mudah Agak mudah
Baru kompleks dipelajari
Kos Kos yang tinggi Kos yang tinggi Percuma Percuma
Kelebihan Sesuai untuk Banyak sumber Open source / Antara muka
lain kerja-kerja plugins. Komuniti yang jelas.
suntingan suara
pengguna yang
latar. besar.
256
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian MS Powerpoint
2. Capaian Internet
3. Bahan Media Cetak / Elektronik
TUGASAN
Murid meneroka perisian-perisian audio dalam pasaran. Murid
membuat huraian pendek mengenai perkara-perkara berikut.
i. Kegunaan perisian
ii. Harga pasaran
iii. Kelebihan dan kekurangan perisian
LANGKAH KERJA (TUGASAN 1)
1. Murid mencari maklumat berkaitan dengan perisian audio di dalam buku,
laman web dan sebagainya.
2. Murid membuat persembahan power point bagi menerangkan
pengunaan kelebihan dan kekurangan perisian audio berkenaan.
257
PENILAIAN
1. Berikan definisi bagi audio.
………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…
……………………………………….……………………………………………………..
2. Nyatakan perbezaan audio analog berbanding audio digital.
Audio analog
Audio digital
258
3. Apakah kelebihan fail audio digital?
………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….…………………….
4. Apakah yang dimaksudkan dengan mampatan fail audio.
………………………………..……………………………….……………………………
..…………………………………………………………………………………………….
..……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………….……………………..
5. Nyatakan maksud Bit kedalaman (bit depth)
………………………………..………..……………………….…………………………..
…………..………………………….………………………………………………………
……………...………………………………………………………………………………
……………………………………..………………………………………….……………
………………………………………………………………………………………….…..
6. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti audio?
………………………………..……………………………….……………………………
…..…………………………………………………………………………………………
……...………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….……………………..…
……………………………………………….……………………………………………..
259