11.00 PAGI -12.30TGH DATARAN JEYA Ma jlis Ce r ama h 29 MAC 2024 OLEH: USTAZ MOHD SAFWAN SYAFIQ BIN MOHAMAD IDRIS ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MEMBINA INSAN MADANI BERTAQWA.
AL-QURAN merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala al-Quran bermakna bacaan atau himpunan. Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan alQuran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." - [Surah Al Baqarah:185] Al-Quran diturunkan oleh Allah pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW. Firman Allah; "Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan al-Quran pada Malam Qadar" - Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran: "Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan." 1
Pertama: Hendaklah kita sentiasa membaca al-Quran dan mempelajarinya. Alhamdulillah di surau kita lihat pada bulan Ramadan ini, kita mengadakan tadarus al-Quran iaitu membaca al-Quran secara berkumpulan. Kedua: Hendaklah kita mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Dalam satu riwayat diterangkan rahsia yang terkandung di sebalik kitab suci al-Quran dan tujuan membacanya. Ibn Mas’ud pernah mengatakan; “Demi Allah, tidaklah seseorang duduk membaca al-Quran melainkan akan ada yang bertambah dan berkurang. Orang yang membaca al-Quran, keimanan dan keyakinannya akan bertambah. Ketiga: Hendaklah kita menyebar luaskan ajaran alQuran agar diri kita selamat daripada murka Allah, laknat dan kebencian-Nya. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat–malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkannya”. [Al-Tahrim:6]. 2
Menyemai dan mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan melakukan amalan sunat dan kebaikan di bulan Ramadan. Meningkatkan penghayatan Ramadhan dikalangan warga SMK Dato’ Onn Mendedahkan kepada murid-murid tentang kelebihan bulan Ramadan serta menggalakkan murid membaca alquran Mewujudkan budaya cintakan ilmu dan amalan sunnah Rasulullah SAW kepada warga sekolah. 3
: Murid berkumpul di Dataran Jeya : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Mohd Safwan Syafiq Bin Mohamad Idris : Penyerahan sumbangan kepada murid - murid : Majlis bersurai 10.45 pagi 11.00 pagi 12.30 tengah hari 4
Pengerusi Pn Nor Azian Binti Abdul Aziz (PK Pentadbiran & Pengurusan) Timbalan Pengerusi Pn Siti Fatimah Binti Mat (PK HEM) Pn Noliza Binti Saidin (PK Kokurikulum) Pn Rafiqah Binti Makmor (PK Petang) Penyelaras Program Pn Mariana Binti Abdul Ghafar Setiausaha Pn Siti Aslinda Binti Mohamad Asro Bendahari Pn. Syarifah Firdaus Binti Kasim 5
AJK Juru Acara En. Kamal Ezwan Bin Abu Talib AJK Buku Program Pn Arlina Hasmanizar Binti Che Ahmad AJK Backdrop Pn Nur Zuraida Binti Nordin AJK Banner En.Amir Bin Ismail AJK Persiapan Tempat dan Susun Atur Guru Bertugas Mingguan AJK Fotografi dan Kolaj Cik Nor Anisah Binti Darusman (pg) Fatin Radwa Binti Muhammad Za’im (ptg) AJK Teknikal dan Siaraya En Mohd Hambali Bin Ismail (pg) En.Amir Bin Ismail (ptg) AJK Jemputan dan Cenderamata Penceramah Pn Siti Aslinda Binti Mohamad Asro 6