The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

TERIMA KASIH KEPADA CIKGU NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MASJURAIQAIS CHE SOH, 2020-05-04 04:14:01

BAHASA MELAYU SPM 2020/2021

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

TERIMA KASIH KEPADA CIKGU NOR AZIZI BIN HJ. MOHD. ISA

Keywords: PENDAHULUAN

4/5/2020

BAHASA MELAYU

JENIS-JENIS
PERENGGAN
PENDAHLUAN
SPM 2020/2021

1

4/5/2020

BAHAGIAN B

KARANGAN RESPONS

5 SoTaElaRnB(UJaKwAab 1)

100 markah

2

4/5/2020

Idea yang memberikan gambaran asas
mengenai isu / topik perbahasan
Senario terkini
yang perlu dikaitkan dengan tema

Skop kupasan / huraian yang dikehendaki
oleh soalan

3

4/5/2020
4

4/5/2020

BAHAGIAN B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

5

4/5/2020

[100 markah]

PERINGKAT MARKAH

CEMERLANG 80 - 100
KEPUJIAN 66 - 79
BAIK 51 - 65
MEMUASKAN 36 - 50
KURANG MEMUASKAN 21 - 35
PENCAPAIAN MINIMUM 01 - 20

6

4/5/2020

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

C 80 - 100 - Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
E dengan jelas dan matang, disertakan dengan
M 90 - 100 contoh yang sesuai.
E (atas) - Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang
R 80 - 89 gramatis.
L - Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
A (bawah) tepat.
N
G - Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

- Ejaan dan tanda baca yang betul.
- Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
- Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
- Gaya bahasa menarik daripada segi penggunaan
ungkapan yang menarik. (peribahasa, kata
hikmat, puisi, frasa, cogan kata, slogan, ujaran
tokoh, nas)
- P e n g o l a h a n menarik dan berkesan serta

pemerengganannya sesuai.

- Wacana lengkap dan terdapat kesenimbungan

yang jelas antara perenggan.

7

4/5/2020

KURANG JUMLAH PERKATAAN
TETAPI

BAHASA BAIK DAN GRAMATIS
(Markah Maksimum)

340 - 350 pp Tanda seperti biasa
300 - 339 pp
Impresion turun sedikit /
251 - 299 pp markah turun sedikit

Kurang Peringkat baik (51 - 65)
250 pp
Peringkat kurang memuaskan (21 – 35)
Jika bahasa baik (28 – 35)
Jika bahasa kurang gramatis

8

4/5/2020

80 -100 markah

1. Penggunaan pelbagai jenis kata/kosa

kata yang luas dan tepat - elakkan

daripada menggunakan kata yang
sama berulang kali.

2. Penggunaan pelbagai ayat majmuk

yang gramatis.

3. Ejaan dan tanda baca yang betul.

9

4/5/2020

4. Idea yang r e l e v a n m e n g i k u t
tugasan, dihuraikan dengan jelas dan
matang, dan disertakan dengan contoh
yang sesuai.

5. Pengolahan menarik dan berkesan..
6. Pemerengganan y a n g seimbang dan ada

tautan..

7. Gaya bahasa menarik khasnya daripada
segi penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, puisi, cogan kata dan frasa
indah, petikan ucapan, dan lain-lain.
8. Mempunyai ayat tautan yang sesuai dalam

setiap perenggan.

10

4/5/2020

1. Budaya Membaca
2. Gaya Hidup Sihat
3. Pelancongan
4. Bencana Alam
5. Semangat Kejiranan
6. Amalan Jimat Cermat
7. Ciri Remaja Cemerlang
8. Pencemaran Alam
9. Khazanah Hasil Bumi Malaysia
10. Kebersihan kantin sekolah
11. Semangat Patriotik dalam Kalangan Remaja

11

4/5/2020

12. Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
13. Sambutan Hari Kebangsaan
14. Pengaruh Iklan kepada Pengguna
15. Gejala Buli dalam Kalangan Murid
16. Jauhi Rokok Hidup Bahagia
17. Kemajuan Maritim Negara
18. Perpaduan Kaum
19. Amalan Gotong-royong
20. Telefon bimbit
21. Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
22. Faedah Pelibatan dalam Aktiviti Kokurikulum
23. Persediaan menghadapi Alam Pekerjaan

12

4/5/2020

1. Pendahuluan jenis definisi
2. Pendahuluan jenis pendapat
3. Pendahuluan jenis suasana
4. Pendahuluan jenis persoalan
5. Pendahuluan jenis peribahasa
6. Pendahuluan jenis sejarah
7. Pendahuluan jenis gabungan

13

4/5/2020

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum
Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang

bermanfaat dan begitu berkesan untuk
membentuk personaliti seseorang murid
untuk melahirkan insan yang kreatif,
progresif, dinamis, berdaya saing, dan
berwawasan. Kegiatan yang merangkumi
persatuan, unit uniform serta sukan dan
permainan ini dijalankan selama dua jam
pada setiap minggu.

14

4/5/2020

Masalah Disiplin Murid pada Abad Ke-21
Masalah disiplin dalam kalangan murid

timbul lagi. Isu ini disentuh oleh Menteri
Pendidikan dalam ucaptama beliau semasa
merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan, baru-baru ini. Menurut beliau,
status masalah disiplin murid pada abad ini
ternyata berada pada tahap yang begitu
membimbangkan malah menakutkan semua
pihak. Sehubungan dengan hal itu, beliau
mengesyorkan agar hukuman rotan
dikuatkuasakan semula untuk menghukum
mereka yang melanggar peraturan disiplin yang
telah wujud sejak zaman-berzaman.

15

4/5/2020

Jimat Cermat Amalan Mulia

Tidak dapat kita nafikan bahawa peribahasa
“Sehari selembar benang, lama-lama jadi
kain” merupakan ungkapan yang begitu
sinonim dengan amalan jimat cermat yang
menjadi tangkal atau tonik bagi mereka
yang dahagakan kesenangan dan
kebahagiaan pada hari muka. Budaya hemat
dalam berbelanja akan menjadikan kita
insan berwawasan yang mampu
mencorakkan kehidupan yang berterusan.

16

4/5/2020

Baru-baru ini, kita dikejutkan oleh tragedi

kematian enam orang anggota Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia semasa menjalankan operasi

untuk mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang

dilaporkan hilang ketika mandi di lombong Taman

Putra Perdana, Puchong. Anggota bomba yang

membuat operasi di kawasan kaki terjunan air

dalam lombong yang menjadi kawasan pengawalan

air banjir ini terperangkap dalam pusaran air

deras. Tragedi gugurnya enam anggota ketika

operasi menyelamat malam tadi merupakan musibah

terburuk buat Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM).

17

4/5/2020

Era Pendidikan Bestari kini menyaksikan
perkembangan pusat tuisyen yang muncul
umpama “Cendawan tumbuh selepas
hujan.” Intitusi pendidikan swasta ini
menjadi medan singgah calon peperiksaan
untuk memperoleh input intensif bagi
memartabatkan ilmu kerana bimbang akan
keputusan peperiksaan yang mungkin tidak
akan berpihak kepada mereka. Persoalannya,
dengan adanya kemudahan Internet yang
menyediakan pelbagai disiplin ilmu tanpa
batas, wajarkah ibu bapa menghantar anak
mereka ke pusat tuisyen?

18

4/5/2020

Dalam usaha untuk mengenal pasti asal usul
bahasa Melayu, kita perlu mengenal pasti asal usul
penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu
itu sendiri. Susur galur keturunan bangsa Melayu
ternyata masih keterawangan. Walau bagaimanapun,
beberapa orang penyelidik bahasa dari Eropah
seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von
Heine Geldern (Austria) telah melakukan banyak
penyelidikan untuk menerokai latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno.

19

4/5/2020

Beberapa orang pemimpin negara pernah
berkata bahawa jika orang Malaysia hendak
menjadi bangsa yang maju, mereka hendaklah
“berfikiran besar”. Bagi sesetengah orang,
berfikiran besar bererti berpandangan luas dan
terbuka, tidak sempit, tidak kolot dan tidak
terikat oleh tradisi. Orang yang berfikiran besar
tidak menyibukkan diri dengan hal remeh-temeh
dan tidak penting tetapi lebih memikirkan isu
dan masalah, agenda, cita-cita besar, cabaran dan
risiko. Dia juga mesti sanggup menerima
perubahan.

20

4/5/2020
21

4/5/2020

Teknik Kembangkan Pendahuluan (Ku TeMAN KaSi IP)

1 Ku KeUNIKan Cari kelainan pendahuluan karangan anda dengan
orang lain? – LETAK LAGU/PUISI DAN SEBAGAINYA

2 Te Tema Huraikan kepada Tema

3M Mengupas Memberi penerangan tentang tema secara mendalam

4A Andaian Kesan perkara atau isu berkaitan dengan tema tidak
5N No Content dilakukan
INGAT JANGAN LETAK ISI DI BAHAGIAN
PENDAHULUAN!!!

6 Ka Kaitkan isu dengan Cuba selitkan isu/tema karangan anda dengan sejarah
keadaan
lalu atau terkini

7 Si Selitkan Informasi Berikan informasi yang berguna seperti data statistik

8I Imperatif Ayat seruan yang memerlukan perhatian segera

9P Persoalan Ayat persoalan

22

4/5/2020

ANALISIS SOALAN DAHULU!!!

Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku
hampir setiap hari.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan
raya?

Analisis Soalan :

Tema Soalan : Kemalangan jalan raya

Format : Tiada (jenis fakta)

Kehendak Soalan : Langkah-langkah untuk mengatasi

kemalangan di jalan raya

Dimensi : ????

23

4/5/2020

Kelicap siulan indah bermadah,
Hiasan berseni pilihan angsana,
Celaka di jalan mengundang padah,
Cara tangani wajib terlaksana.

Umum mengetahui kes kemalangan jalan raya saban hari semakin meningkat. Kes
kemalangan jalan raya meningkat saban tahun adalah kerana sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab semasa
memandu seperti memandu dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi peraturan jalan raya
dan sebagainya. Keadaan ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan banyak kerugian dan
nyawa yang tidak berdosa akan terkorban. Malah menurut satu kajian yang dijalankan oleh
sebuah badan swasta, kadar peratusan kemalangan jalan raya meningkat sebanyak lima
peratus dari tahun ke tahun. Bukti yang boleh dilampirkan sebagai sokongan kepada fakta
ini ialah, hampir setiap akhbar memaparkan mengenai kes-kes kemalangan jalan raya
sebagai tajuk besar di halaman hadapan dada-dada akhbar. Lantaran itu, cuba kita renung
sejenak, sudah berapa banyak nyawakah yang terkorban akibat kelalaian diri mahupun
pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kemalangan jalan raya di negara kita, dalam
tempoh beberapa dekad kebelakangan ini? Bilangannya pasti tidak terkira. Maka, marilah
kita menyediakan payung sebelum hujan supaya kita tidak terhantuk baru tergadah.
Sejajar dengan itu, pelbagai langkah yang pragmatik lagi sistematik perlu dijalankan oleh
semua pihak bagi menangani masalah kemalangan jalan raya yang sudah begitu lama
berlaku. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kes
kemalangan jalan raya?

24


Click to View FlipBook Version