21/4/2020
1
21/4/2020
Bil. Pecahan Jenis Ayat Keterangan
1 Ke Kesimpulan isi
2 Kelompok Atasan (pihak Besar) + Kerajaan,
Ka cadangan + perlu buat apa masyarakat,
sekolah dll.
3 Sasaran Individu (Pihak Kecil) + cadangan Diri sendiri, ayah,
Si + perlu buat apa pelajar, ibu
4 R Ramalan (jika benda ini tidak dilakukan) SECARA UMUM
5 Ku Kaitankan dengan Ungkapan Menarik
6 Se Seruan (Harapan) + kesan jangka panjang
7 Ru Rahsia Ungkapan Menarik
Pihak MASYARAKAT boleh dikelaskan sebagai sama ada pihak besar
atau pihak kecil yang bergantung kepada kehendak soalan.
2
21/4/2020
Soalan : Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula
dalam kalangan masyarakat
Berdasarkan huraian tentang usaha-usaha bagi membudayakan Program
Kita Semula dalam kalangan masyarakat jelaslah bahawa program ini
mempunyai pelbagai kebaikan kepada semua pihak. Pihak kerajaan perlu
memainkan peranan penting dalam memastikan program ini dapat
direalisasikan secara berkesan bagi kepentingan kita semua. Malah, kita
sebagai masyarakat perlu menyokong dan memberikan kerjasama untuk
membudayakan program ini dalam kehidupan seharian. Tanpa kerjasama
semua pihak, program ini tidak dapat direalisasikan dengan berkesan dan
sekaligus berkemungkinan akan memberi impak buruk kepada kepada
kesejahteraan alam sekitar. Marilah kita menyediakan payung sebelum hujan
supaya kita tidak terhantuk baru tergadah. Bukannya bersuluh batang
pisang, bersuluhkan bulan matahari, semua pihak haruslah bergantung bahu
untuk menjadikan Program Kitar Semula suatu amalan dalam kehidupan kita
seharian dan sekali dapat mengekalkan keindahan alam ini untuk tatapan
genarasi yang akan datang kerana bulat air kerana pembentung, bulat
masyarakat kerana muafakat.
3
21/4/2020
RUJUKAN DAN PANDUAN
PEMBINAAN AYAT DENGAN
PERIBAHASA
4
21/4/2020
FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
Contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan
kelas bagai aur dengan tebing.
FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,
Ali telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang.
5
21/4/2020
FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat
apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang,
jangan putih mata telah menyertai pasukan tentera demi
mempertahankan kedaulatan negara.
FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk
mengelakkan penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati.
6