The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Zaharatullaili, 2024-06-17 10:33:06

HARGA JANGKAAN

HARGA JANGKAAN

HARGA JANGKAAN Harga jangkaan merujuk kepada harga yang diharapkan atau diramalkan oleh peniaga berdasarkan keadaan pasaran, tetapi sering kali berbeza dengan harga sebenar yang berlaku. Dalam cerita ini, harga jangkaan merujuk kepada ketidakpastian harga sayur-sayuran di pasaran yang mempengaruhi kehidupan peniaga kecil seperti Mak Su. Ketidakpastian ini memaksa peniaga untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai strategi untuk memastikan perniagaan mereka tetap berjalan lancar walaupun harga tidak menentu.


Di sebuah kampung yang tenang, tinggal seorang wanita bernama Mak Su yang gigih mencari nafkah dengan menjual sayur-sayuran di pasar pagi. Setiap hari, sebelum matahari terbit, Mak Su sudah berada di ladangnya, mengumpulkan sayur-sayur segar untuk dijual. Dia berjalan kaki ke pasar dengan bakul penuh sayur di tangan, berharap dapat menjual semuanya sebelum tengah hari.


Suatu pagi, Mak Su tiba di pasar dan mendapati harga sayursayuran melonjak tinggi akibat musim kemarau yang menyebabkan hasil tanaman berkurang. Para petani mengalami kerugian besar dan terpaksa menaikkan harga jualan mereka. Mak Su merasa cemas kerana dia tahu pelanggan-pelanggannya, yang kebanyakannya adalah penduduk kampung yang kurang mampu, mungkin tidak sanggup membeli sayur dengan harga yang tinggi.


Mak Su berbincang dengan Pak Abu, seorang petani tua yang selalu membekalkan sayur-sayuran kepadanya. "Pak Abu, harga sayursayuran naik mendadak. Macam mana kita nak pastikan orang kampung masih boleh beli sayur kita?" tanya Mak Su dengan wajah risau.


Pak Abu menjawab, "Mak Su, kita boleh cuba jual sayur dalam kuantiti yang lebih kecil. Dengan cara ini, walaupun harganya sedikit tinggi, pelanggan kita masih mampu membelinya kerana mereka tidak perlu beli dalam jumlah besar."


Mak Su bersetuju dengan cadangan Pak Abu dan mula mengemas sayur-sayurannya dalam bungkusan kecil. Di pasar, dia menjelaskan kepada pelanggannya tentang kenaikan harga dan menawarkan bungkusan sayur yang lebih kecil. Pelanggannya memahami keadaan tersebut dan tetap membeli sayur-sayurnya.


Beberapa minggu berlalu, cuaca kembali normal dan bekalan sayur mula stabil. Harga sayur-sayuran turun semula dan Mak Su dapat menjual sayur dengan harga biasa. Dia bersyukur kerana usahanya untuk menjual sayur dalam kuantiti kecil berjaya dan dia tidak kehilangan pelanggan setianya.


Click to View FlipBook Version