MUDAHNYA
BERMAIN KAROM!
NAMA: IRMAN HAIKAL BIN OTHMAN
KELAS: DPB1B
NO. MATRIKS: 15DPB20F2005
NAMA PENSYARAH: ENCIK NORASHADY BIN
MOHD NOOR
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. Pengenalan 1-2
2. Permainan Karom Antarabangsa 3-4
3. Peralatan 5-8
4. Cara Permainan 9-19
5. Penutup 20
PENGENALAN
▪ Karom adalah sejenis permainan yang berasal dari Asia
Selatan menggunakan papan segi empat yang mempunyai
lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya terdiri
daripada dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik
gundu untuk menolak kepingan bulat leper masuk ke dalam
lubang. Permainan ini sangat popular
di Afghanistan, Nepal, India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh,
dan kawasan sekitarnya.
1
▪ Permainan karom berasal dari India. Satu papan karom
dengan permukaannya terbuat dari kaca masih ada di salah
satu istana di Patiala, India. Ia menjadi sangat terkenal di
kalangan orang ramai selepas Perang Dunia Pertama.
Pertandingan peringkat negeri diadakan di negeri-negeri yang
berlainan di India pada awal abad kedua puluh. Kejohanan
karom yang serius mungkin telah dimulakan di Sri Lanka pada
tahun 1935 tetapi menjelang tahun 1958, kedua-
dua India dan Sri Lanka telah membentuk persekutuan rasmi
kelab karom, menaja kejohanan dan memberikan hadiah.
2
PERMAINAN KAROM ANTARABANGSA
➢ Karom bukan sahaja permainan menarik yang
memerlukan strateji, ketepatan, kreativiti dan skil di
samping memerlukan kesabaran yang tinggi. Sedar atau
tidak permainan karom juga dapat mengujudkan pelbagai
bentuk geometri yang perlu difikirkan oleh setiap pemain
untuk mencapai matlamat akhir mereka.
➢ Sebelum bermain permainan Karom Antarabangsa kita
perlu mengetahui terlebih dahulu peralatan dan undang-
undang permainan. Terdapat 151 tajuk utama undang-
undang permainan Karom Antarabangsa dan tidak
termasuk tajuk-tajuk kecil yang berkaitan. Tetapi sebagai
permulaan pemain hanya perlu tahu asas undang-undang
sahaja supaya dapat bermain dengan selesa dan yakin.
3
➢ Peralatan karom antarabangsa terdiri daripada papan
karom, kaki papan karom, kerusi, buah karom dan
gundu. Semua peralatan Karom Antarabangsa adalah
mengikut spesifikasi dan dikawalselia oleh Persatuan
Karom Antarabangsa. Manakala tepung kentang
digunakan sebagai bahan pelicin untuk mengerakkan
buah karom dan gundu supaya bergerak lancar. Berus
digunakan untuk menyapu kawasan permainan supaya
tepung yang ditabur sama rata di atas permukaan
papan karom. Berus juga bertindak untuk
membersihkan kawasan dimana tepung terkumpul
terutama di bahagian bawah bingkai utama papan
karom.
4
PERALATAN
PAPAN KAROM
➢ Permukaan permainan papan karom diperbuat
daripada papan lapis atau apa jua papan yang
sama licin dan ketebalan tidak kurang dari 8 mm
dan ukuran minima 73.50sm dan maksima
74.00sm empat segi sama dengan permukaan
yang licin. Papan karom mestilah dapat
menghasilkan pantulan gundu yang beratnya 15gm
tidak kurang dari tiga setengah kali apabila dijentik
dengan kuat dari garisan dasar ke arah bingkai
yang bertentangan.
5
BINGKAI
➢ Di sekeliling permukaan permainan papan karom hendaklah
disambungkan dengan bingkai kayu dengan lenkongan ke dalam di
setiap sudut diperbuat dari Rosewood atau dari kayu keras yang
mempunyai pantulan yang baik dengan ketinggian minima dari 1.90sm
dan maksima 2.54sm dari permukaan permainan. Lebar bingkai kayu
mestilah tidak kurang dari 6.35sm atau tidak melebihi 7.60sm.
Penyokong yang sesuai hendaklah dipasang dengan kejap di bawah
permukaan papan karom dan diikat dengan kukuh bersama bingkai.
SAKU
➢ Semua saku di empat penjuru papan karom mestilah bulat ke dalam
dan bukan bulat keluar bergaris pusat 4.45sm dengan kelonggaran
tidak melebihi 0.15sm. Hujung penjuru papan setiap saku hendaklah
dipotong.
6
GUNDU (STRIKER)
➢ Gundu mestilah licin dan bulat dengan bergarispusat
tidak melebihi 4.13sm dan beratnya tidak melebihi
15.00grams. Gundu hendaklah diperbuat daripada apa
juga jenis selain dari bahan logam dan gading gajah.
Lorekkan hiasan yang tidak menjolok mata di atas
permukaan gundu adalah dibenarkan.
7
BUAH KAROM
➢ Buah karom yang digunakan dalam permainan mestilah diperbuat
daripada kayu berkualiti dan berbentuk bulat leper. Garis pusat buah
karom tidak melebihi 3.18sm dan tidak kurang dari 3.02sm.
Ketebalan buah karom tidak kurang dari 0.70sm dan tidak melebihi
0.90sm. Tepinya mestilah bulat dan rata. Berat B/k tidak kurang dari
5.00 grams dan tidak melebihi 5.50 grams. Terdapat 9 biji putih, 9
biji hitam dan 1 biji merah (Queen) dan mestilah seragam.
8
CARA PERMAINAN
❖ Karom Antarabangsa boleh dimainkan secara berdua
(perseorangan lelaki atau perempuan) atau berempat (regu lelaki,
regu perempuan atau regu campuran). Format kejohanan
perlawanan kebiasaannya bergantung kepada pihak penganjur
seperti acara perseorangan, acara regu atau acara berpasukan.
(Acara perseorangan) (Acara regu)
9
❖ Karom dimainkan di atas papan empat segisama dan di
setiap penjuru terdapat empat saku untuk menampung buah
karom yang masuk. Terdapat tiga warna buah karom yang
dimainkan iaitu 1 buah karom berwarna merah, 9 buah
karom berwarna putih (warna asal kayu) dan 9 buah karom
berwarna hitam.
❖ Buah karom akan dimasukkan ke dalam saku yang terdapat
di empat penjuru papan karom tersebut dengan
mengunakan gundu (Striker). Gundu pemain dijentik dengan
jari dan akan mengenai buah karom pemain untuk
dimasukkan ke dalam saku. Buah karom boleh diambil
walau di mana ianya berada selagi tidak melanggar undang-
undang permainan. Gundu juga boleh dijentik ke depan dan
juga ke belakang mengikut kreativiti dan skil pemain.
10
❖ Sebelum permainan bermula undian akan dijalankan
oleh pengadil untuk menentukan pemain yang
manakah yang akan membuat pecah mula. Undian
dijalankan dengan mengunakan buah karom hitam
dan buah karom putih atau wang siling. Pecah mula
akan berpehak kepada pemain yang membuat tekaan
dengan tepat.
11
❖ Cara menyusun buah karom sebelum pecah mula
Pemain yang mendapat giliran pecah mula akan mengambil buah
karom berwarna putih dan buah karom hitam adalah kepunyaan pehak
lawan. Manakala buah karom merah pula adalah umum dan boleh
diambil oleh kedua-dua pemain setelah buah karom masing-masing
sudah masuk ke dalam saku. Permainan akan dikira selesai setelah
pemain atau pehak lawan menghabiskan buah karom mereka sendiri
bersama atau tanpa buah karom merah. Buah karom merah ditutup
secara rasmi oleh pemain dengan serentak ke dalam saku (buah karom
merah bersama buah karom pemain sendiri) atau berturutan (jentikkan
pertama masukkan buah karom merah ke dalam saku dan jentikkan
kedua masukkan pula buah karom sendiri ke dalam saku). 12
❖ Terdapat pelbagai cara jentikan yang dilakukan,
tetapi ini adalah dua contoh jentikkan yang agak
popular.
❖ Contoh jentikan ke belakang yang agak popular.
13
❖ Setiap satu permainan terdapat 8 papan yang dimainkan atau 25
mata yang mana terdahulu. Jika di papan ke 8 mata permainan
terikat sama, maka papan ke 9 akan dimainkan untuk
menentukan pemenang. Undian pecah mula sekali lagi akan
dilakukan oleh pengadil. Kemenangan muktamad akan ditentukan
melalui 3 permainan yang terbaik. Sebelum permainan ketiga atau
penentuan dijalankan undian sekali lagi dijalankan untuk
menentukan pecah mula. Dalam permainan penentuan selepas
tamat papan keempat atau melepasi 12 mata, pertukaran tempat
duduk hendaklah dilakukan dan permainan diteruskan sehingga
tamat.
14
❖ Mata kemenangan hanya dikira setelah salah seorang pemain
berjaya menghabiskan buah karomnya sendiri yang berada di
atas papan. Pengadil akan memberi mata kemenangan dengan
mengira buah karom pihak lawan yang tertinggal di atas papan
dan dicampur dengan buah merah (jika pemain tersebut berjaya
memasukkannya). Mata pemain-pemain akan terus bertambah
di dalam permainan seterusnya dan jika salah seorang pemain
terlebih dahulu mencapai 25 mata, maka pemain tersebut akan
diisytiharkan sebagai pemenang. Kemenangan juga akan dikira
jika salah seorang pemain mempunyai mata yang tertinggi di
papan yang ke 8. Jika didapati di papan ke 8 mata yang sama
diperolehi oleh kedua-dua pemain, maka papan ke 9 akan
dimainkan. Undian semula akan dibuat oleh pengadil untuk
menentukan pemain yang akan membuat pecah mula. Pemain
yang Berjaya menutup buah karom merah tetapi kalah di dalam
permainan tersebut tidak mendapat tiga mata buah karom
merah.
15
❖ Berikut adalah cara kiraan mata iaitu buah karom merah 3
mata, buah karom putih dan buah karom hitam masing-masing
1 mata sahaja. Pemain masih mendapat mata buah merah
sehingga 21 mata. Jika pemain tersebut mempunyai 22 mata
atau lebih, maka mata kemenangan hanya dikira buah karom
pihak lawan yang tertinggal di atas papan karom sahaja. Mata
buah merah hanya dikira dan diberikan kepada pemain yang
memenangi perlawanan tersebut. Bagi pemain yang kalah
tetapi berjaya memasukkan buah karom merah matanya
adalah tidak dikira. Mata penuh dalam satu papan ialah 12
iaitu 9 mata buah karom pihak lawan di tambah dengan 3
mata buah karom merah.
16
❖ Kad kiraan mata Karom Antarabangsa
➢ Masa giliran bermain perlu diketahui oleh pemain dan ianya seperti 17
berikut iaitu ketika menyusun buah karom di dalam bulatan luar,
pecah mula, semasa giliran bermain, ketika meletakkan dui atau
denda masa yang diberikan adalah selama 15 saat. Pertukaran
tempat duduk di antara permainan pertama dan permainan kedua
adalah selama 2 minit. Manakala rehat untuk permainan penentuan
(permainan ketiga) adalah selama 10 minit.
➢ Dui dan denda pemain diletakkan semula di atas papan
oleh pihak lawan dan kedudukan buah karom mestilah
menyukarkan kepada pemain tersebut. Manakala buah
karom yang terpelanting keluar dari papan karom dan
buah karom merah adalah tugas pengadil untuk
diletakkan semula di bulatan tengah atau ditempat yang
bersesuaian mengikut keadaan.
➢ Pemain juga perlu mengetahui di dalam permainan
Karom Antarabangsa terdapat dua slam iaitu slam putih
(white slam) dan slam hitam (black slam). Slam putih
bermaksud pemain yang mendapat giliran pecah mula
dan berjaya memasukkan kesemua buah karom putih
termasuk menutup buah karom merah di dalam giliran
pertamanya tanpa memberi peluang giliran kepada
pihak lawan.
18
➢ Manakala slam hitam bermaksud selepas giliran
pertama pemain yang membuat pecah mula dan gagal
meneruskan gilirannya, maka giliran bermain
diserahkan pula kepada pihak lawan. Di dalam giliran
pertama pihak lawan telah berjaya memasukkan
kesemua buah karom hitam termasuk menutup buah
karom merah atau tanpa menutup buah karom merah
(sekiranya buah karom merah berjaya ditutup oleh
pemain yang membuat pecah mula semasa
gilirannya).
19
PENUTUP
Secara keseluruhannya permainan karom antarabangsa adalah menyeronokkan
walaupun terdapat banyak undang-undang perlu dipatuhi oleh setiap pemain.
Cara kiraan mata kemenangan juga menjadikan karom antarabangsa lebih
menarik dan sangat kompetitif. Teknik permainan dan mempunyai skil yang
tinggi adalah penting untuk menjadi pemain yang berkebolehan. Latihan dan
bimbingan dari jurulatih yang berterusan hendaklah diamalkan untuk menjadi
pemain yang berkebolehan dan bermain dengan baik.
Permainan Karom Antarabangsa adalah satu permainan yang menarik dan unik
untuk diceburi sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan perlu diberi perhatian.
Diharap permainan karom akan diletakkan setaraf dengan sukan-sukan utama
yang lain dan bukan hanya setakat permainan sampingan atau sukan tradisional
sahaja.
Selamat mengenali karom antarabangsa dan semoga berjaya.
20