The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fadylah Firdaus, 2023-11-15 12:46:22

Tokoh Sukan Daerah Keningau

Tokoh Sukan Daerah Keningau

TOKOH SUKAN DAERAH KENINGAU P R O J E K L A T I H A N I N D U S T R I F a d y l a h B i n t i M o h d F i r d a u s B P 2 0 1 1 0 2 7 6 U H 6 8 1 3 0 0 1 S A I N S S U K A N U N I V E R S I T I M A L A Y S I A S A B A H F F 2 9


ISI KANDUNGAN P E N G E N A L A N B I O G R A F I J O H N D A U K O M L A T A R B E L A K A N G P E N C A P A I A N D A L A M S U K A N P E R J A L A N A N H I D U P P E N U T U P R U J U K A N


Sukan merupakan aktiviti rekreasi yang terdiri daripada latihan gerak badan dan kemahiran yang berguna, serta mempunyai peraturanperaturan yang ditentukan. Sukan juga didefinisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan dengan pelbagai tujuan iaitu untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan kemahiran dan kecemerlangan. Tambahan pula, sukan juga telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada kurikulum yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Pengurusan sukan yang berkesan mampu meneroka pembangunan sukan yang bersifat lestari. Potensi dan penerokaan bakat sukan di sekolah memainkan peranan penting dalam melahirkan atlet bertaraf antarabangsa. Daerah Keningau juga sangat sinonim dengan penyertaan dalam bidang sukan. Justeru, bidang sukan di daerah Keningau, telah banyak melahirkan atlet-atlet yang berprestasi dan bermutu tinggi. Menerusi penghasilan buku skrap ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam latar belakang Datuk John Daukom Polos sekaligus mendedahkan pencapaian beliau agar dapat diketahui secara umum. P E N G E N A L A N S U KA N T O K O H S U K A N D A E R A H K E N I N G A U


John Daukom Polos merupakan orang asli Murut iaitu suku kaum yang merupakan kumpulan orang asli di Borneo Utara. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1937 dan membesar di Kg. Binaong, Keningau, Sabah. Beliau merupakan atlet Murut Pertama yang bertanding di Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo Tahun 1964. Kebolehan serta bakat berlari (sprinter) ini telah dipupuk sejak kecil lagi, apabila beliau terpaksa berjalan dan berlari sejauh 8km pergi dan balik dari sekolah setiap hari. Pada mulanya, beliau tidak mempunyai kasut yang sesuai untuk berlari, sehingga ditaja oleh OKK Haji Hanafiah Toyong. Apabila berganjak dewasa, John Daukom telah menyertai Pasukan Polis Malaysia pada September 1957, dan bersara pada tahun 1993 sebagai subinspektor. Atas jasanya kepada negara, beliau telah dinobatkan sebagai Datuk oleh Ketua Negara Malaysia iaitu, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah bin Abdullah. Datuk John Daukom Polos telah meninggal dunia d Kg. Binaong pada 28 September 2010 (OlyMADMen, 2019). Potret Datuk John Daukom Polos B I O G R A F I JOHN DAUKOM


Datuk John Daukom Polos merupakan atlet berbangsa Murut pertama yang telah melakar nama di persada dunia dan mengharumkan nama negara dengan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 1964. Dengan hanya berbekalkan semangat kental untuk memartabatkan negara dan bangsanya (Murut), beliau telah mencipta sejarah menjadi pelari pecut North Borneo dan 4 x 100 meter di Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 1964. Walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat untuk North Borneo di Sukan Musim Panas Olimpik Tokyo, namun menurut nota sisipan beliau kepada seorang penulis Borneo Digest pada tahun 2009, beliau berkata bahawa matlamat utamanya bukanlah untuk memburu pingat semata-mata tetapi keberadaannya di padang Olimpik tersebut adalah untuk memartabatkan negara dan bangsanya (Murut). “Saya mahu bangsa Murut dilakar dalam sejarah Olimpik”, kata Datuk John Daukom Polos dalam di satu nota kecil tulisannya yang diberikan kepada penulis Borneo Digest. Beliau telah berganding dengan Canagasabai Kunalan, Mani Jegthesan dan Mazlan Hamzah untuk mengalas acara 4 x 100 meter dengan catatan rekod 41.4 saat dan berada di kedudukan ke-6. Kejohanan tersebut telah diunguli oleh India diikuti Sepanyol, Jerman, Belanda, Malaysia, Belgium, Kanada dan Hong Kong. Beliau telah mendapatkan pendidikan awal di GSS Bingkor, kemudian melanjutkan pelajaran ke SM St. Francis Xavier, Keningau. Menurut sumber lisan yang diperolehi daripada temubual penulis bersama anak Datuk John Daukom ini, beliau pernah merekodkan catatan masa 10.8 saat dalam acara 100 meter ketika Sukan Sabah AAA1964 yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan. L A T A R B E L A K A N G John Daukom mengabadikan gambar kenangan dengan berlatar belakangkan Stadium Olimpik Musim Panas Tokyo 1964 P E N C A P A I A N D A L A M S U K A N


Selepas sejarahnya telah didedahkan oleh penulis Borneo Digest, beliau telah menerima pelbagai anugerah dan yang terakhir merupakan Anugerah Kebesaran Negeri yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada tahun 2009. Datuk John Daukom telah menyertai perkhidmatan polis pada tahun 1957 dibawah Kerajaan Borneo Utara, iaitu negeri di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang menakluki negeri itu diantara tahun 1882 hingga 1946, yang kemudian beralih kepada Tanah Jajahan Mahkota British sehingga tahun 1963. Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 28 September 2010, ketika berumur 73 tahun. Mendiang Datuk John Daukom dikurniakan seramai lima (5) orang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya Datin Norita Durasim, dan dianugerahkan seramai 25 orang cucu dan 14 orang cicit. P E R J A L A N A N H I D U P ‘ J O H N D A U K O M ’ John (dua daripada kanan) bersama rakan-rakan atlet North Borneo


PENUTUP FADYLAH FIRDAUS, 2023 TOKOH SUKAN DAERAH KENINGAU Hasil daripada pengumpulan data dan penghasilan buku skrap ini, saya dapat mengenali lebih dalam lagi mengenai sejarah sukan di Daerah Keningau. Bukan itu sahaja, ia juga telah memberikan saya motivasi untuk berusaha sedaya upaya meneruskan usaha Datuk John Daukom Polos memartabatkan kaum murut dalam segala aspek tidak kira dari aspek sukan mahupun akademik di pelbagai peringkat hingga ke persada dunia. dengan pencapaian yang telah ditunjukkan serta membanggakan daripada Datuk John Daukom Polos, saya berhasrat untuk menjadi lebih proaktif untuk mencapai cita-cita yang saya impikan sejak dahulu lagi. Tekad, kecekalan serta usaha yang ditunjukkan oleh Datuk John Daukom, yang telah menyertai Sukan di peringkat tertinggi iaitu Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo, telah membuka mata semua pihak kerana bahawasanya, masyarakat di pedalaman sangat berbakat dan mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.


RUJUKAN DG Henry, Ekok Amin & Rosanna Edeza. 2021. Bangsa Murut Pertama Beraksi di Olimpik. Borneo Digest. https://www.borneodigest.com.my/bangsa-murut-pertamaberaksi-di-olimpik/ OlyMadMen. 2019. John Daukom Biography. Olympedia. https://www.olympedia.org/athletes/73362 Doloris John. (2023, Oktober 25). Sejarah dan Latar Belakang John Daukom Polos [Interview]


Click to View FlipBook Version