The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tunas Khalifah 2022, 2023-06-03 21:30:06

Buku panduan dan peraturan TKIS

P&P TKIS 2023

PANDUAN & PERATURAN TUNAS KHALIFAH ISLAMIC SCHOOL KNOWLEDGABLE | TAQWA | STEADFATNESS


Panduan dan Peraturan Kehadiran ............................................. Ketidakhadiran ...................................... Pakaian seragam .................................. Kebersihan dan perhiasan .................... Hari Perhimpunan ................................. Pergaulan pelajar ................................. Harta benda sekolah ............................ Kawasan larangan ................................ Barang larangan ................................... Keselamatan ......................................... Kebersihan ............................................ Pengawas sekolah ............................... Keselamatan digital .............................. Pelawat ................................................. Peraturan lain atau baharu ................... ISI KANDUNGAN 1 Pendahuluan ............................................ Matlamat ................................................... Rukun Negara .......................................... Lagu Negaraku ......................................... Lagu Negeri Johor ................................... Ikrar Sekolah ............................................ Lagu Sekolah ........................................... Visi & Misi ................................................. Nilai & Budaya .......................................... Lampiran Jenis Kesalahan Kesalahan Ringan ................................ Kesalahan Sederhana .......................... Kesalahan Berat ................................... Borang aku janji pelajar .......................... 1 1 2 2 3 3 4 5 5 7 8 9-10 13 13-14 14 15 16 17-18 18 18-19 19-21 21 21-22 22 29 24-25 26 27-28


PENDAHULUAN Buku Panduan & Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar dan warga Tunas Khalifah Islamic School sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. MATLAMAT Melahirkan hamba Allah yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai khalifah Allah Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin. Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan ceria. 1. 2. 3. 4. 5. 1 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


RUKUN NEGARA Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut: 1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 3. KELURUHAN PERLEMBAGAAN 4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta, Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan. Raja Kita Selamat Bertakhta 2 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


LAGU NEGERI JOHOR Allah peliharakan Sultan Anugerahkan dia Segala kehormatan Sihat dan ria Kekal dan makmur Luaskan kuasa Menaungkan kami Rakyat dipimpini Berzaman lagi Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan IKRAR SEKOLAH ا ْي ًن ْس اَلِم ِد ِبا ِإْل َو ا ، ًّب َر ِض يُت ِباللِه َر واًل َر ُس َو ا ًّي ِب َن ُم َّل َس َو ِه ْي َل ُه َع ُم َحَّم ٍد َصَّلى الل ِب َو Relalah saya bertuhankan Allah, beragamakan Islam, bernabi dan berasul Nabi Muhammad ُم َّل َس َو ِه ْي َل ُه َع َصَّلى الل I’m please, Allah as my lord, Islam as my religion, Nabi Muhammad ُم َّل َس َو ِه ْي َل ُه َع َصَّلى الل As my prophet 3 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


LAGU SEKOLAH Madrasah Tunas Khalifah, Menjana aspirasi ummah, Berilmu, bertaqwa dan beristiqamah, Berjaya akhirnya Madrasah Tunas Khalifah, Guru-gurunya berwibawa, Tak mengenal lelah, Tak berputus asa, Bersemangat mendidik khalifah Allah itu tuhanku, Muhammad nabiku, Al-Quran kitabku, Islam agamaku Senyum itu sedekah, Belajar itu Ibadah, Itulah khalifah Muliakanlah akhlakmu, Sanjungi ayah ibu, Itulah khalifah Madrasah Tunas Khalifah, Menjana aspirasi ummah, Berilmu, bertaqwa dan beristiqamah, Berjaya akhirnya 4 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


VISI & MISI Menyediakan Pendidikan Islam yang berkualiti yang berkonsepkan Tarbiyyah Islamiyyah yang menyentuh aspek kehidupan secara menyeluruh sama ada dari segi rohani, fizikal dan intelek. Menyediakan dan membentuk asas yang kukuh kepada pelajar dalam melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia, kreatif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa. Menyediakan suasana pembelajaran berkonsep islamik yang membantu pelajar menyerlahkan potensi diri untuk menjadi muslim yang cemerlang dan ummah yang berwawasan. 1. 2. 3. NILAI & BUDAYA Membudayakan perasaan sayang dan sikap mengutamakan Allah & Rasul dalam setiap urusan Membudayakan semangat bekerjasama dalam kalangan warga TKIS Mengamalkan nilai Integriti dalam setiap perkara Meraikan kepelbagaian dalam pergaulan Menerapkan nilai kreatif dalam melaksanakan tugasan 1. 2. 3. 4. 5. 5 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


PANDUAN DAN PERATURAN


Kelas Foundation 1 - Foundation 3 Hari Foundation 4 - Level 5 Ahad - Khamis Masa 8.00 pagi - 3.30 petang 8.00 pagi - 4.00 petang 1.3.Pelajar perlu membawa tag school2me dan perlu mengimbas tag sebelum masuk ke sekolah 1.4.Pelajar perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi untuk perhimpunan harian sebelum masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. 1.5.Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan. 1.6.Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 1.7.Kelas tambahan dan gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar. 1. KEHADIRAN 1.1.Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan. 1.2.Waktu persekolahan adalah seperti berikut: 7 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


2. KETIDAKHADIRAN 2.1.Pelajar yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut atau lebih hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden. 2.2.Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor /ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan. 2.3.Tindakan terhadap kes ponteng seperti berikut: 8 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School Bilangan tidak hadir berturut-turut Bilangan tidak hadir bukan berturut-turut Surat Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran pertama 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama Amaran kedua 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua Amaran terakhir 14 hari selepas amaran terakhir 20 hari selepas amaran terakhir Buang sekolah 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturutturut Jumlah hari


3.1.1 Uniform Pelajar Lelaki 3. PAKAIAN SERAGAM 3.1.Pakaian uiform atau seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah mengikut hari yang telah ditetapkan. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 9 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 3.1.1.1.Seluar panjang warna biru gelap. 3.1.1.2.Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu lantai. 3.1.1.3.Baju kurta sekolah bewarna biru muda, berlengan pendek, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat bagi pelajar kelas Foundation. 3.1.1.4.Baju kurta sekolah bewarna kelabu, berlengan pendek, berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat bagi pelajar kelas Level. 3.1.1.5.Lencana sekolah dan tanda nama dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada. 3.1.1.6.Kopiah berlogo sekolah sahaja. 3.1.1.7.Kasut hitam penuh dipakai dengan stoking hitam. 3.1.1.8.Pelajar lelaki dibenarkan memakai pakaian lapis dalam atau ‘singlet’ berwarna putih atau hitam sahaja.


3.1.2 Uniform Pelajar Perempuan 10 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 3.3.1.Baju sekolah bewarna biru, berlengan panjang. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin bagi kelas Foundation. 3.3.2.Seluar sekolah berwarna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai bagi kelas Foundation. 3.3.3.Tudung labuh berparas siku berwarna biru muda dan anak tudung berwarna putih atau hitam bagi kelas Foundation. 3.4.1.Jubah berwarna kelabu. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin bagi kelas Level. 3.4.2.Tudung labuh berparas siku berwarna biru gelap dan anak tudung berwarna putih atau hitam bagi kelas Level. 3.3.4.Lencana sekolah dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada. 3.3.5.Tanda nama dilekatkan di atas posisi lencana sekolah. 3.3.6.Kasut hitam dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali. 3. PAKAIAN SERAGAM


3.2. Pakaian Lain/Khas 11 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 3.2.1.Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/menjalankan aktiviti kokurikulum, lawatan dan akitiviti luar bilik darjah murid-murid hendaklah memakait ‘T-shirt’ sekolah, ‘Track Suit’ berwarna hitam atau biru gelap, berstoking hitam dan berkasut sukan. 3.2.2.Pelajar dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan mejolok mata. 3.2.3.Pelajar dibenarkan memakai t-shirt yang sopan dan tidak menjolok mata sekiranya tiada T-shirt sekolah. 3.2.4.Setiap hari khamis pelajar hendaklah memakai T-shirt sekolah. 3.2.5.Pelajar perlu memakai pakaian mengikut tema program mengikut ketetapan pihak sekolah. 3.3. Lencana Sekolah 3.3.1.Murid-murid hendaklah menampal lencana dan tanda nama pada uniform sekolah seperti lampiran berikut: Lampiran 1 3. PAKAIAN SERAGAM


PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN 12 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School Pelajar Foundation 3. PAKAIAN SERAGAM Pelajar Level Baju Sukan Pelajar Foundation Pelajar Level Baju Sukan


4.1.Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa kemas dan pendek. 4.2.Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu. 4.3.Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali. 4.4.Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang. 4.5.Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher dan rantai kaki. 4.6.Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni, pakaian jeans, pakaian ketat dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah. 4.7.Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah. 13 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN 5. HARI PERHIMPUNAN 5.1.Perhimpunan sekolah diadakan pada hari pertama persekolahan setiap minggu di dewan perhimpunan sekolah 5.2.Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. 5.3.Murid hendaklah berbaris mengikut kelas masing-masing 5.4.Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut jadual bertugas yang ditetapkan


5.5.Perhimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa Rabitah, Nasyid Asma’ul Husna, nyanyian lagu ‘Negaraku’, nyanyian lagu negeri Johor, nyanyian lagu sekolah dan diikuti dengan Ikrar Sekolah, Bacaan Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara dan diakhiri dengan ucapan guru yang bertugas. 5.6.Semua murid mestilah senyap dan beradab apabila guruguru memberi ucapan atau pengumuman. 5.7.Pengawas sekolah akan menjadi juru acara perhimpunan sekolah. 5.8.Setiap hari pelajar akan berhimpun dalam perhimpunan harian untuk bacaan doa Rabitah dan senaman minda. 14 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 5. HARI PERHIMPUNAN 6. PERGAULAN PELAJAR 6.1.Pelajar mestilah mengamalkan akhlak yang baik dalam pergaulan. 6.2.Pelajar hendaklah menghormati guru-guru dan kawankawan 6.3.Pelajar hendaklah menjaga batas pergaulan antara pelajar terutamanya yang berlainan jantina. 6.4.Pelajar perlu menggunakan bahasa yang sopan dan perkataan yang baik. 6.5.Pelajar digalakkan memberi salam kepada guru-guru dan pelajar yang lain. 6.6.Pelajar dilarang menggunakan perkataan atau perbuatan yang mengandungi unsur-unsur lucah dan tidak sopan.


7.1.Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti: 15 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 7. HARTA BENDA SEKOLAH 8.1.Pelajar-pelajar dilarang masuk ke dalam kawasan atau bilik berikut tanpa kebenaran guru. 7.1.1.Tidak menconteng kerusi dan meja. 7.1.2.Tidak mengotorkan atau melukis pada dinding bangunan dan peralatan sekolah. 7.1.3.Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik. 7.1.4.Tandas hendaklah diguna dengan betul. 7.1.5.Tidak memecahkan cermin tingkap. 7.1.6.Peralatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir. 7.1.7.Alatan bantu mengajar/ permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga dengan baik. 8.1.1.Bilik Guru. 8.1.2.Makmal Sains. 8.1.3.Makmal Komputer. 8.1.4.Kaunter. 8.1.5.Kawasan-kawasan bertanda dilarang masuk atau seumpamanya. 8. KAWASAN LARANGAN


9.1. Kategori Barang Larangan: 16 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 9.1.1.Peralatan yang berbahaya seperti pisau, pisau lipat, pisau cukur, paku, mancis, bahan letupan dan alatan tajam lain yang berbahaya. 9.1.2.Peralatan elektronik seperti telefon, kamera, smart watch, permainan video, termasuk aksesori seperti charger, simkad dan sebagainya kecuali ipad, komputer riba dan tablet 9.1.3.Peralatan permainan seperti kad permainan dan alatanalatan yang dikategorikan sebagai alat mainan 9.1.4.Barang perhiasan seperti minyak wangi, barang kemas, alat solek, pewarna kuku dan lain-lain. 9.1.5.Bahan bacaan yang dilarang seperti komik, poster dan majalah yang mengandungi unsur lucah, tidak sopan dan bertentangan dengan ajaran Islam. 9.1.6.Makanan yang dilarang seperti makanan ringan, gulagula getah, minuman bergas dan lain-lain makanan yang tidak sihat. 9.1.7.Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar sebagai tidak perlu dan membahayakan keselamatan. 9.2.Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah akan direkodkan dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. 9.3.Peralatan elektronik yang dirampas seperti telefon bimbit akan ditahan selama dua bulan sebelum diserahkankan semula kepada ibu bapa. 9. BARANG LARANGAN


10.1. Di dalam dan di luar kelas 10. KESELAMATAN 17 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 10.1.1.Pelajar perlu memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. 10.1.2.Elakan diri dari mengunjungi tempat yang dilarang. 10.1.3.Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan guru. 10.1.4.Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat. 10.2. Waktu Makan 10.2.1.Pelajar hendaklah makan ditempat yang telah ditetapkan. 10.2.2.Pelajar perlu memastikan sampah dan sisa makanan dibersihkan sebelum meninggalkan tempat makan. 10.2.3.Pelajar mestilah makan mengikut peraturan dan adab yang telah ditetapkan. 10.3. Waktu Solat 10.3.1.Pelajar diwajibkan berada di tempat yang ditetapkan pada waktu solat. 10.3.2.Pelajar perlu berzikir sementara menunggu solat didirikan. 10.3.3.Pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di tempat solat. 10.3.4.Pelajar diwajibkan melaksanakan solat secara berjemaah.


10.4. Waktu balik 18 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 10.4.1.Sepuluh (10) minit terakhir dalam masa terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu, kipas dan penyaman udara. 10.4.2.Pelajar hanya dibenarkan balik apabila nama dipanggil oleh guru yang bertugas. 10.4.3.Pelajar dikehendaki mengimbas tag school2me sebelum balik. 11.1. Bangunan 11.1.1.Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. 11.1.2.Pelajar tidak dibenarkan menulis, melukis, menggaris, menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran. 11.1.3.Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata. 11.1.4.Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 11. KEBERSIHAN 11.2. Bilik Darjah 11.2.1.Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 11.2.2.Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak diconteng atau dikotorkan. 10. KESELAMATAN


19 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 11.2.3.Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah, rak kelas serta kawasan laluan koridor. 11.2.4.Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi. 11.2.5.Setiap kelas dibekalkan 1 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong sampah. 11.3. Tandas 11.3.1.Gunakan tandas dengan betul dan mengikut peraturan dan adab Islamiyyah. 11.3.2.Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan. 11.3.3.Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas. 11.3.4.Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong sampah yang disediakan. 12. PENGAWAS SEKOLAH 12.1. Lantikan Pengawas 12.1.1.Pemilihan dan perlantikan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Pengawas dengan persetujuan Guru Besar. 12.1.2.Pengawas boleh disingkirkan dari Badan Pengawas sekiranya perlu dan dengan sebab-sebab yang munasabah oleh Guru Besar. 11. KEBERSIHAN


20 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 12.2. Sifat-sifat Kelayakan: 12.2.1.Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan memberi komitmen dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. 12.2.2.Lain-lain kelayakan: 12.3. Tugasan Pengawas 12.3.1.Membantu Jawatankuasa Disiplin sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa sesi persekolahan dan memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi. 12.3.2.Membantu mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak dirosakkan. Pengawas juga mesti menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah. 12.3.3.Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran. 12.3.4.Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Pengawas tidak boleh berkelakuan kasar. 12.2.2.1.1.Bertanggungjawab dengan sepenuhnya 12.2.2.1.2.Berwibawa dan bekerjasama 12.2.2.1.3.Rajin dan bersedia memberi perkhidmatan 12.2.2.1.4.Jujur dan berfikiran positif 12.2.2.1.5.Menepati masa 12.2.2.1.6.Ikhlas melaksanakan tugas 12. PENGAWAS SEKOLAH


21 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 12.3.5.Pengawas hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru. 12.4.Semua pelajar perlu menghormati dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawas mengikut peraturan sekolah. 12.5.Pengawas yang menyalah guna kuasa atau melanggar peraturan sekolah atau melakukan kesalahan yang munasabah boleh digantung tugas atau dipecat daripada Pengawas Sekolah. 13.1.Untuk pembelajaran secara digital, pelajar-pelajar hanya dibenarkan membawa peranti seperti komputer riba, ipad atau tablet sahaja. Penggunaan telefon tidak dibenarkan. 13.2.Pelajar hendaklah mengguna peranti mengikut arahan dan masa yang ditetapkan oleh guru. 13.3.Pelajar mestilah menjaga dan menyimpan peranti dengan baik. 13.4.Pelajar dilarang menggunakan peranti selain dari kandungan pembelajaran pada waktu persekolahan. 13.5.Peranti pelajar akan dirampas dan ditahan dalam tempoh masa tidak melebihi dua bulan sekiranya berlaku penyalahgunaan peranti. 13. KESELAMATAN DIGITAL 12. PENGAWAS SEKOLAH


22 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 14.3.Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan. 14.4.Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar jika tiada sebab yang munasabah. 15.1.Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 15.2.Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturanperaturan baru dari semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya. 15.3.Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan atau peraturan-peraturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah. 15. PERATURAN LAIN ATAU BAHARU 14. PELAWAT 14.1.Pelawat hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran pihak sekolah sahaja. 14.2.Pelawat mestilah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.


LAMPIRAN JENIS KESALAHAN


24 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 16.1.Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan yang dilarang. 16.2.Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan kelas dari sekolah tanpa kebenaran. 16.3.Keluar dari kelas tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guruguru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam kelas pada ketika itu. 16.4.Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) tanpa kebenaran. 16.5.Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan 16.6.Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 16.7.Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 16.8.Makan dan minum semasa sesi pembelajaran tanpa kebenaran. 16.9.Melakukan pembaziran air atau elektrik. 16.10.Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas. 16.11.Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 16.12.Lewat datang ke sekolah. 16.13.Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas. 16.14.Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 16.15.Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran. 16. KESALAHAN RINGAN


25 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 16.16.Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 16.17.Mengganggu guru atau kawan. 16.18.Lewat masuk kelas. 16.19.Mengotorkan kelas. 16.20.Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) tanpa kebenaran. 16.21.Tidak beratur semasa makan di kantin. 16.22.Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 16.23.Membuang sampah merata-rata. 16.24.Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 16.25.Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. 16.26.Menjalankan perniagaan di sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah. 16.27.Memakai cermin mata berfesyen. 16.28.Membawa telefon bimbit 16.29.Membawa alatan yang dilarang 16.30.Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. 16.31.Menyimpan misai, janggut dan jambang. 16.32.Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 16. KESALAHAN RINGAN


26 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 17.1.Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 17.2.Penyalahgunaan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 17.3.Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 17.4.Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 17.5.Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 17.6.Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / lencana / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 17.7.Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna. 17.8.Menconteng pada harta benda sekolah. 17.9.Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga bagi pelajar perempuan. 17.10.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 17. KESALAHAN SEDERHANA


27 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 18.1.Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 18.2.Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 18.3.Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 18.4.Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 18.5.Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 18.6.Melayan, mengancam, memukul atau mengugut/ mencederakan guru / pengawas/ murid. 18.7.Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 18.8.Memeras ugut guru / pengawas / murid. 18.9.Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 18.10.Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 18.11.Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 18.12.Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 18.13.Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang. 18.14.Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 18.15.Mencabul kehormatan guru / murid. 18.16.Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 18.17.Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 18. KESALAHAN BERAT


28 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School 18.18.Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 18.19.Mengintai murid lelaki /perempuan. 18.20.Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan nama sekolah / guru/ murid. 18.21.Merosakkan harta benda sekolah/ guru / murid. 18.22.Membawa atau menggunakan bahan letupan. 18.23.Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 18.24.Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 18.25.Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia. 18.26.Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 18.27.Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. 18.28.Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 18.29.Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 18.30.Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 18.31.Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 18.32.Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 18. KESALAHAN BERAT


JENIS HUKUMAN Hukuman yang akan dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah adalah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah: i) Nasihat ii) Amaran iii) Denda iv) Penahanan dalam kelas v) Hukuman Rotan vi) Gantung Persekolahan vii) Buang daripada sekolah viii) Laporan polis (Kes Jenayah) 29 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


BORANG AKU JANJI َّر ِحيِم َّر ۡح َٰم ِن ٱل ِم ٱلَّلِه ٱل ۡس ِب Buku Peraturan sekolah ini telah dibaca dan saya akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalam buku ini serta akan mematuhi arahan-arahan pihak sekolah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, saya rela dikenakan tindakan yang sewajarnya. Tandatangan :___________ Tarikh:_________________ Nama Pelajar :_____________________________________ Kelas: _________________ SAKSI 1 (IBU BAPA/PENJAGA) Tandatangan:__________ Tarikh: ______________ Nama Ibu bapa/penjaga :______________________________ No. Kad Pengenalan: __________________ SAKSI 2 (GURU KELAS) Tandatangan:__________ Tarikh: ______________ Nama Guru Kelas :___________________________________ No. Kad Pengenalan: __________________ 30 Panduan & Peraturan Tunas Khalifah Islamic School


TUNAS KHALIFAH ISLAMIC SCHOOL NO 2, JALAN CAMAR 2, TAMAN PERLING 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR NO TEL: 017-709 8278 tunaskalifah.edu.my TUNAS KHALIFAH ISLAMIC SCHOOL NO 2, JALAN CAMAR 2, TAMAN PERLING 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR NO TEL: 017-709 8278 tunaskalifah.edu.my


Click to View FlipBook Version