The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1053-15-nurqamarina, 2022-04-23 23:58:19

KIT PERSEMBAHAN

KIT PERSEMBAHAN

PENGENALAN



peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan ayat yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu . Penggunaan
peribahasa ini amat digalakkan agar ayat yang ditulis
atau dilontarkan lebih gramatis dan enak didengar .
peribahasa ini juga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu simpulan bahasa , kata-kata
hikmah , perumpamaan, bidalan , pepatah dan juga
perbandingan . Semua jenis peribahasa ini kaya
dengan kesenian ayat yang mampu membawa
pelbagai maksud tersirat . Penggunaan peribahasa
juga digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej,
sindiran atau nasihat secara halus kerana penggunaan
kata peribahasa yang pendek mampu membawa
seribu satu makna yang meluas .



objektif

Di akhir pengajaran , murid dapat

i. Murid dapat mengenal pasti jenis-jenis
peribahasa

ii. Murid akan dapat mengetahui maksud
yang tersirat di sebalik setiap peribahasa
yang dibaca atau ditulis

iii. Murid akan dapat menggunakan
peribahasa dalam menulis karangan atau
bercakap dengan orang lain





PENGISIAN KOKURIKULUM

i. Ilmu ; Belajar maksud peribahasa

ii. NIlai : Sabar, hormat-menghormati ,
bertoleransi

iii. KBT : Kemahiran Berfikir ( mampu
menghubung kait pelbagai perkara )

PENGETAHUAN SEDIA ADA




i. Murid dapat mengaitkan pelbagai ilmu
yang sedia ada dengan ilmu dan maksud
tersirat yang baru dipelajari

ii. Murid dapat meluaskan lagi
pengetahuan dengan mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari dengan aktiviti harian
di rumah mahupun di sekolah

JENIS-JENIS PERIBAHASA



1) Simpulan Bahasa

2) Perumpamaan

3) BIdalan

4) Pepatah

5) Kata-kata hikmah

contoh simpulan bahasa

air muka = rupa berat tulang =
atau wajah orang yang malas
seseorang

batu api = orang

yang

memburuk-

tangkai jering = burukkan

orang yang keadaan

kedekutt harga diri =

maruah diri

CONTOH BIDALAN

1) Biar putih tulang jangan putih mata
= Sanggup mati daripada menyerah kalah

2) Buang yang keruh , ambil yang jernih
= Melupakan perkara yang tidak baik dan hanya
ingat yang baik

3) Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan
sesekali
= Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan
tak baik jangan dicuba

4) Naik tangga dari bawah
= kejayaan tidak akan datang secara tiba-tiba

5) Pukul anjing tengok-tengok juga tuannya
= berhati-hatilah ketika membuat sesuatu

Contoh perumpamaan

Bagai itik pulang petang
= berjalan lambat sekali

bagai si kudung mendapat cincin
= orang yang tidak dapat merasai nikmat atau
menggunakan kemudahan yang diperoleh

Seperti cacing kepanasan
= tidak diam atau tenang , seperti gelisah

seperti langit dengan bumi
= perbezaan yang sangat ketara

seperti ayam berak kapur
=muka pucat ataupun tidak bermaya

contoh pepatah

Ada ubi ada batas , ada masa dapat balas
maksudnya ; Perbuatan jahat pada suatu masa

akan mendapat balasan juga.



Bagaimana acuan begitulah kuihnya,
bagaimana contoh begitulah gubahannya
Maksudnya: Anak menurut baka ibu-bapanya;

sesuatu itu menurut asal usulnya.



Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-

senang kemudian
Maksudnya: Untuk mendapat kesenangan, biar

bersusah payah dahulu.

kata-kata hikmah

bersatu teguh bercerai roboh
maksudnya ; jika kita bersatu kita akan
dapat melakukan pelbagai perkara dan
juga kuat namun jika kita bercerai berai

kita akan lemah



rajin dan usaha tangga kejayaan
maksudnya ; sifat rajin dan bersungguh-
sungguh akan menghasilkan kejayaan

lampiran A

lampiran B

lampiran C

lampiran d

link permainan



bidalan
https://wordwall.net/resource/31722061



simpulan bahasa
https://wordwall.net/resource/31722230



perumpamaan dan pepatah
https://wordwall.net/resource/31722318



kata-kata hikmah
https://wordwall.net/resource/31722387


Click to View FlipBook Version