The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN EYEKTBN SEPANG EDISI 3/2025<br>SEPTEMBER - DISEMBER 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAMIZAH BINTI AZIS (KBS), 2026-02-24 21:05:17

E-BULETIN EYEKTBN SEPANG EDISI 3/2025

BULETIN EYEKTBN SEPANG EDISI 3/2025<br>SEPTEMBER - DISEMBER 2025

EYEKTBNSSEEPPAANNGGINFO MOMEN KERJAYA GEMILANG LENSABULETINEDISI3/SEP-DIS2025JOHAN PENGURUSANLATIHAN TERBAIK DANANUGERAH PENGURUSANLATIHAN TERBAIK BIDANGTEKNOLOGI ELEKTRONIKKEJUARAAN KIK BUAT KALIKETIGA BERTURUT-TURUTKEMENTERIAN BELIA DANSUKAN


BULETIN EDISI 3/2025ISI KANDUNGAN0102030405060708Ahli JawatankuasaSemanis BicaraInfoMomenKerjayaGemilangLensa September - Disember 2025Hubungi Kami


Aleff Sahawaludinbin HarunPENYELARASBULETIN EDISI 3/20251Amirullah binAhmadPENGERUSINurul Ain binti ShofianHerman bin MaslanMohd Fauzi bin Hj SalamNur Syuhaiza binti MohdShamsudinNoor Azlinawaty binti Che AyobMuhammad Aripin bin ToyibNorisah binti Mohd KhalifahRamizah binti AzisMohd Shamzuli bin IsmailRashidah binti Ahmad BuhariSiti Hajar binti Che MuratNoruhaiza binti ZekiriWan Abu Bakar bin WanHassanMohd Faidurrida bin YusoffAHLI-AHLIAHLI JAWATANKUASAAsrul Hadi binAbidinSETIAUSAHA


BULETIN EDISI 3/2025SEMANISBICARAEN. AMIRULLAH BIN AHMADAssalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuranke hadrat Ilahi kerana dengan limpahkurnia-Nya, Buletin EYEKTBN Sepang Edisi3/2025 berjaya diterbitkan sebagaiwadah perkongsian informasi, aspirasidan pencapaian warga IKTBN Sepang.Edisi kali ini merangkumkan pelbagaiberita, aktiviti dan momen bermaknasepanjang bulan September hinggaDisember 2025, meliputi kejayaanpelajar, penganjuran program akademikdan kokurikulum, jalinan kerjasamaindustri, serta inisiatif pembangunansahsiah dan kemahiran belia. Setiaplaporan dan paparan yang dimuatkanmencerminkan komitmen berterusanIKTBN Sepang dalam melahirkan tenagamahir yang berdaya saing dan bersediaBULETIN EYEKTBN SEPANG | EDISI 3 |SEP – DIS 2025Pengerusi Jawatankuasa Portal &Penerbitan IKTBN Sepangmenghadapi cabaran dunia pekerjaan.Diharapkan penerbitan E-Buletin ini bukan sahaja menjadi medium dokumentasi,malah berfungsi sebagai lensa yang merakam usaha gigih, semangatkebersamaan serta pencapaian warga institut sepanjang suku akhir tahun 2025.Semoga segala perkongsian ini dapat memberi inspirasi, motivasi dan manfaatkepada semua pembaca.Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadaseluruh Jawatankuasa Portal & Penerbitan, warga IKTBN Sepang serta semuapihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakanBuletin EYEKTBN Sepang ini. Semoga IKTBN Sepang terus melakarkecemerlangan demi masa depan belia dan negara yang gemilang.Sekian, terima kasih.


Hinggap di Sepang mencari latihan,Lahirlah pakar bidang mekanikal,Dapatkan buat bekalan,Kerjaya masa depan penuh praktikal.Hinggap di Sepang mencari latihan,Lahirlah pakar bidang mekanikal,Dapatkan buat bekalan,Kerjaya masa depan penuh praktikal.INFO


INFOSep - Dis 2025


INFOSep - Dis 2025


INFOSep - Dis 2025


KELUARAN BULETIN EYEKTBN SEPANG


Rekabentuk ditertib bersama irama,Cantik tercorak menjadi sulaman,Setiap dikongsi bersama,Semoga terpahat menjadi kenangan.MOMEN


Bangi, 21 September 2025 - Institut Kemahiran TinggiBelia Negara (IKTBN) Sepang menerima AnugerahPengurusan Latihan Terbaik Bidang Teknologi ElektronikTahun 2025 seterusnya dinobatkan johan keseluruhandan diiktiraf sebagai Pengurusan Latihan TerbaikIJOHANPengurusanL A T I H A N T E R B A I K2025KTBN Sepang dinobatkan sebagai JohanPengurusan Latihan Terbaik dan PenerimaAnugerah Pengurusan Latihan Terbaik BidangTeknologi Elektronik.MOMENKeseluruhan tahun 2025sempena IstiadatKonvokesyen InstitusiLatihan Kemahiran Beliadan Sukan (ILKBS) Ke-20yang berlangsung di BangiAvenue Convention Centre(BACC).


JOHANPertandingan KIKS A M B U T A N H A R I I N O V A S I2 0 2 5PUTRAJAYA, 12 November 2025 – Team KIK IKTBNSEPANG telah dinobatkan sebagai pemenangtempat pertama Pertandingan Hari InovasiKementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2025 danmengekalkan KEJUARAAN 3 tahun berturut-turutbagi 2023, 2024 & 2025.2025KTBN Sepang kekalkan kejuaraan KIK buat kaliketiga.MOMENKali ini IKTBN SEPANGtelahmengetengahkanprojek Smart DengueDefender (SADUR)yang dianggotai 9 Ahliyang terdiri daripadapelbagai jabatan.Igabungan pengajar


Taklimat Penggunaan Template Laporan Penulisan Projek Tahun Akhir (PTA) siri 1 tahun2025 telah diadakan bertempat di Auditorium Seri Baiduri, IKTBN Sepang. Taklimat ini telahdianjurkan oleh Jawatankuasa Inovasi, Robotik dan Penulisan (JKIRP).Peserta program ini dihadiri oleh 5 orang pengajar dan 161 orang pelajar semester akhiriaitu dari Jabatan Mekanikal Perkakasan, Jabatan Mekanikal Pemesinan, JabatanMekanikal Senggaraan dan Jabatan Mekanikal Polimer.Objektif utama taklimat ini bertujuan membantu para pelajar dalam menyediakanlaporan projek tahun akhir dengan lebih kemas dan tersusun. Peserta telah diberipenerangan yang jelas oleh penceramah Puan Vijaya a/p Sengodan sepanjang taklimatini berlangsung.Diharapkan agar taklimat ini dapat membantu para pelajar untuk lebih bersedia dalammenyediakan laporan tahun akhir yang menepati standard dan kriteria yang ditetapkanoleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).SEPANG04 SEPTEMBER 2025TAKLIMAT PENGGUNAAN TEMPLATE PENULISAN LAPORAN PROJEK TAHUNAKHIR SIRI 1/20252025


IKTBN Sepang telah menerima lawatan penanda aras dari IKSN Kuala Langat, Banting, Selangorbagi tujuan pelaksanaan EKSA. Delegasi yang disertai oleh 7 orang pegawai dari institut tersebuttelah disambut oleh Penyelaras & Setiausaha EKSA IKTBN Sepang.Delegasi dibawa melawat ke setiap zon pelaksanaan EKSA bagi mendapatkan informasi &gambaran sebenar pelaksanaan EKSA di IKTBN Sepang.Semoga sesi lawatan penandaaras ini dapat memberikan informasi yang diperlukan dalampelaksanaan EKSA di IKSN Kuala Langat.SEPANG08 SEPTEMBER 2025LAWATAN PENANDAARAS EKSA DARI IKSN KUALA LANGAT KE IKTBN SEPANG


JK Integriti IKTBN Sepang telah menganjurkan Kursus Modul Pengurusan Governans,Integriti dan Anti Rasuah yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman sertaamalan berkaitan prinsip governans baik, integriti, di samping usaha pencegahan rasuahdalam organisasi.Peserta didedahkan dengan modul terkini merangkumi dasar, perundangan dan kaedahpelaksanaan tadbir urus yang berkesan.Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pendedahan kepada aspekgovernans, integriti dan anti rasuah diyakini dapat memperkukuh budaya kerja berintegritidalam organisasi, seterusnya menyumbang ke arah perkhidmatan awam/organisasiyang lebih telus dan berakauntabiliti.Jutaan terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai SPRM Selangor atas kesudianmenyampaikan ceramah iaitu Ppj Tn Rosmadi bin Kassim, Ps Tn Mohammad Izzat bin MhdNoor, PKPs Tn Mohd Redzuan bin Mohamad dan PKPs Pn Siti Mastura binti Zakaria. Semogaprogram ini dapat menggalakkan budaya kerja beretika, telus dan berintegriti dalamkalangan warga kakitangan dan staf IKTBN Sepang.SEPANG09 SEPTEMBER 2025KURSUS MODUL PENGURUSAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN& HARI MALAYSIA PENUH WARNAWARNI DI IKTBN SEPANGSepang, 10 September 2025 - IKTBNSepang telah mengadakan SambutanHari Kemerdekaan ke - 68 & HariMalaysia 2025 dengan penuhsemangat patriotisme dan perpaduan?❤???Acara yang berlangsung pada 10September 2025 telah diserikandengan perarakan kontinjenkemerdekaan yang disertai olehsemua jabatan dan pasukankakitangan, pertandinganpersembahan kemerdekaan, kuizmerdeka dan penciptaan konten TiktokMerdeka.


KAMPAR19-21 SEPTEMBER2025PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKANMUDA (PINGAT PERAK) SIRI 1/2025 IKTBN SEPANG DI KRM KAMPAR, PERAK.Program Penjelajahan Lasak ARPRM (Pingat Perak) Siri 1/2025 telah berlangsung di KompleksRakan Muda Kampar yang melibatkan 40 orang pelajar daripada Kursus DMC 04 Semester 6dan 5, DMP Semester 6 dan DMK Semester 5.Program dilaksanakan bermula dari 19 hingga 21 September 2025 ini melibatkan aktiviti Ikhtiarhidup di dalam hutan, night walk di RC World Fixed Base Operation Lembah Tempurung,pendakian ke Gunung Bujang Melaka sambil melaksanakan khidmat masyarakat dan jugaaktiviti water confident dan asas berkayak. Pada malam terakhir peserta diwajibkan membuatpersembahan show case of talent.


PROGRAM HARI KEBESARAN ISLAMMAULIDUR RASUL 1447H/2025M DIKBS25 SEPTEMBER 2025 | PUTRAJAYABahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)dengan kerjasama Surau Al-Qawiyy Al-Amin KBStelah menganjurkan Program Hari KebesaranIslam Maulidur Rasul 1447H/2025M bertemakan“Belia Qawwam Meneladani KepimpinanRasulullah S.A.W.” bertempat di PerpustakaanKBS, Putrajaya.Program ini menampilkan Ustaz Mohd Rahimi binP. Ramlee, Penolong Pengarah Kanan, JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagaipenceramah undangan.Seramai 3 orang pelajar dan 2 orang kakitangantelah menyertai program yang bertujuanmenyemai kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.,menghayati kepimpinan Baginda danmemperkukuh nilai Islam serta memupukukhuwah sesama insan.


SEPANG27 SEPTEMBER 2025RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN DI IKTBN SEPANG SEMPENAHARI CUCI MALAYSIA 2025Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang melalui Program Rakan Muda RakanPrihatin telah melaksanakan Gotong Royong pembersihan asrama, bengkel danpersekitaran institut bagi menyokong sambutan Hari Cuci Malaysia 2025 bersempenadengan World Cleanup Day 2025.Program yang diadakan pada 27 September 2025 berlangsung meriah dengan penyertaanpelajar, tenaga pengajar serta kakitangan IKTBN Sepang.Aktiviti gotong-royong dijalankan di tiga lokasi utama iaitu kawasan asrama, bengkel sertapersekitaran institut.


30 SEPTEMBER 2025 SEMENYIHBagi mempelbagaikan kemahiran pelajar, Program MyFuture Agro@ILKBS (AsasHidroponik) telah dilaksanakan dengan penglibatan 5 orang pelajar dari JabatanMekanikal Senggaraan.Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas tanaman yangmenggunakan kaedah Hidroponik sambil memperluaskan skop aplikasi pertanian darisudut kemahiran mekanikal dan penyelenggaraan yang dipelajari oleh mereka. Sesiteori dan amali asas hidroponik ini dikendalikan oleh En Jasry dari Ranthing Empire danpelajar juga diberi pendedahan mengenai kerja- kerja di lapangan projek hidroponik.Semoga program ini dapat memberi input bermakna kepada pelajar seiring denganmatlamat institut yang komited untuk melahirkan belia mahir yang berkebolehan dalampelbagai bidang.PROGRAM MYFUTURE AGRO@ILKBS - ASAS HIDROPONIK


04 OKTOBER 2025 SEMENYIHProgram Penjelajahan Lasak ARPRM (Pingat Gangsa) Siri 3/2025 yang melibatkan 42 orang pelajarSemester 3 dari Jabatan Elektronik dan Jabatan Perkakasan telah berlangsung di Gunung Datuk,Negeri Sembilan. Semua pelajar telah berjaya menamatkan pendakian yang cukup mencabar dimana Gunung Datuk merupakan trek antara yang paling mencabar di Negeri Sembilan.Pendakian naik dan turun dengan ketinggian 884 dari paras laut ( 2900.06 kaki ). Negeri Sembilan 7Wonders merupakan program Eco-Tourism kerajaan Negeri Sembilan yang telah bermula daritahun 2024 dan pelajar IKTBN Sepang juga telah mengikutinya dari tahun 2024 dan ini merupakanpenglibatan kali ke 3 bagi tahun ini oleh IKTBN Sepang.Majlis Perasmian dan Pelepasan peserta telah disempurnakan Yang Berhormat Tn.Hj.Mustapha B.Nagoor merupakan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Sembilan turut hadirbersama YB Suhaimi Bin Aini, ADUN Kota.PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA(PINGAT GANGSA) SIRI 3/2025 IKTBN SEPANG (GUNUNG DATUK, REMBAU,N.SEMBILAN 7 WONDERS)


SAMBUTANHARISUKANNEGARAPERINGKATIKTBNSEPANG2025Sepang, 16 Oktober 2025 - Sambutan HariSukan Negara Peringkat IKTBN Sepang 2025melibatkan semua pelajar dan kakitangandalam usaha institut untuk menyahutseruan kerajaan menjadikan sukansebagai satu gaya hidup cergas bagirakyat Malaysia.Kemeriahan ini turut menjadi salah satuacara bersempena Sambutan 35 tahunIKTBN Sepang.Bermula seawal jam 7.30 pagi semuakakitangan dan pelajar melakukanSenamrobik Perdana dan diikuti denganFun Walk 1000 Langkah di sekitar kawasanIKTBN Sepang.Sebanyak 9 acara sukan dipertandingkanbagi edisi kali ini iaitu Bola Sepak 9 Sebelah,Sepak Takraw, Bola Jaring Campuran,Badminton, Ping Pong, Dart Individu Lelakidan Wanita, Fressbi Campuran, acaraSukaneka dan Tarik Tali. Terdapat jugaaktiviti mari mencuba sukan Indoor sepertiCarom, Congkak, Chess, Dam Haji, BatuSeremban dan Ceper.Penglibatan setiap acara sukan adalahgabungan kakitangan bersama pelajar.Kemeriahan sambutan juga dihangatkanlagi dengan lebih 50 hadiah cabutanbertuah disediakan bagi kakitangan danpelajar.


SEPANG31 OKTOBER 2025Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat IKTBN Sepang serta Selawat Perdana sempena 35tahun IKTBN Sepang 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh keberkatan bermuladengan perarakan dari perpustakaan ke Dewan Sri Nilam.Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankusa Surau As Syakirin IKTBN Sepang dengan penyertaan dariwakil pengurusan, semua kakitangan dan pelajar IKTBN Sepang. Antara pengisian utamamajlis ini ialah pertandingan perarakan dan sepanduk terbaik, bacaan kitab Maulid Ad-Diba’idan qasidah, selawat perdana, dan ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk Rasulullah Idolakudisampaikan oleh Ustaz Naim Sadoon.MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN SELAWAT PERDANA SEMPENA35 TAHUN PENGOPERASIAN IKTBN SEPANG 1447H/2025M


KUALA BERANG, 9 NOVEMBER 2025 - TASIK KENYIR, TERENGGANU DI MANA BERLANGSUNGNYAKURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MPP IKTBN SEPANG TAHUN 2025.PROGRAM INI MELIBATKAN 17 ORANG PEMIMPIN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) IKTBNSEPANG BERSAMA BARISAN PEGAWAI.PROGRAM MENAIKI HOUSEBOAT IMPIANA MEMBAWA PELAJAR MENJELAJAH TASIK KENYIRSELAMA 3 HARI 2 MALAM.MPP MELAKSANAKAN PELBAGAI AKTIVITI DAN JUGA SLOT CERAMAH BAGI MENAMBAH ILMUKEPIMPINAN MEREKA. PROGRAM DIMULAI DENGAN SESI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) BAGIMENGUKUHKAN LAGI TAHAP KERJASAMA DAN SETIA KAWAN DI KALANGAN MPP.MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA MPP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH EN.AMIRULLAH BIN AHMAD, TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PELAJAR IKTBN SEPANG.KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)IKTBNS SEPANG 2025


SERDANG, 22 NOVEMBER 2025 - PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG - ROYONGMEMBERSIHKAN SELURUH KAWASAN SEKOLAH KAFA INTEGRASI MANBAUL’ ULUM, TAMAN SRISERDANG TELAH DILAKSANAKAN DENGAN MELIBATKAN SERAMAI 40 ORANG PELAJAR SEMESTER 5DAN 2.PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INI DIJALNKAN BAGI MEMBANTU PIHAK SEKOLAH YANG HAMPIRSETAHUN TELAH DITUTUP. PROGRAM MELIBATKAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN DAN MENCERIAKANKEMBALI SEKOLAH UNTUK PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN PADA BULAN JANUARI TAHUN 2026.PROGRAM INI MERUPAKAN PROGRAM KERJASAMA DI ANTARA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMAHIRANBELIA BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA BAGI MEMENUHI PERANAN DAN KEPERLUANKEPADA KOMUNITI TEMPATAN.PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH ANGKAT MADANI KETUAPENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA ( SEK. KAFA INTEGRASIMANBAUL’ ULUM , TAMAN SERI SERDANG)


MISI SUKARELAWAN BANJIRSATRIA IKTBN SEPANG DI KGLABU LANJUTSepang, 2 Disember 2025 - MisiSukarelawan Banjir oleh SatriaIKTBN Sepang telah dilaksanakandi kawasan yang terkesan denganbanjir iaitu Kampung Labu Lanjut.Misi ini disertai oleh pengajar dariJabatan Mekanikal Senggaraan,kakitangan pentadbiran sertapelajar dari Jurusan PenjagaJentera Elektrik A4.Semoga bantuan ini dapatmeringankan beban penduduk dikawasan ini.


MISI BANJIR SUKARELAWANSATRIA IKTBN SEPANG SIRI 2Labu Lanjut, 4 Disember 2025 - MisiBanjir Sukarelawan Satria IKTBNSepang Siri 2 telah dilaksanakan diKg. Labu Lanjut yang disertai olehkakitangan Hal Ehwal Pelajar,Pelajar Jabatan Mekanikal Polimer,DMK 04 dan Pelajar JabatanMekanikal Perkakasan, DMP 04.


CHERAS, 17 DISEMBER 2025 - KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) MELALUI JALINANKERJASAMA DENGAN PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC) MENGANJURKAN IYF@KBS FORUMBERTEMPAT DI DEWAN KAMPO, PUSAT BELIA ANTARABANGSA, CHERAS, KUALA LUMPUR.POGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU INISIATIF DI BAWAH DANA ANTARABANGSA BELIA,KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (IYF@KBS) YANG BERTUJUAN UNTUK PERKONGSIAN ILMU DISAMPING PERCAMBAHAN IDEA YANG MELIBATKAN PARA PENERIMA IYF@KBS SERTA PAKARDALAM BIDANG PEMBANGUNAN BELIA.SERAMAI 10 ORG PELAJAR DARI IKTBN SEPANG TELAH HADIR UNTUK MENYERTAI FORUM INI DANDIHARAPKAN DAPAT MEMBERI INPUT KEPADA MEREKA DALAM PEMBANGUNAN BELIA.PENGLIBATAN PELAJAR IKTBN SEPANG DALAM PROGRAM IYF@KBS FORUM2025


Melangkah jauh mengejar cita,Usaha gigih membawa makna,IKTBN Sepang asas ,Belia berjaya harapan negara.KERJAYA


SEPANG, 9 SEPTEMBER2025 -MAJLIS PENUTUPPROGRAMCULLYVENTURE SESI1/2025 DI IKTBN SEPANGSEPANG, 4 SEPTEMBER2025 -LAWATAN MUHIBBAHDARIPADA PENYELIDIKPROJEK FEASIBILITYRASIONALISASI PROGRAMTVET.


CYBERJAYA, 10 SEPTEMBER2025 -PAMERAN DANDEMONSTRASI KEMAHIRANROBOT SEMPENA HARIKUALITI DAN INOVASI MAJLISPERBANDARAN SEPANG2025KUALA LUMPUR, 11SEPTEMBER 2025 -PENYERTAAN PELAJARDAN PENGAJAR IKTBNSEPANG DALAM ASEANCHINA AI CONVENTION2025SEPANG, 22 SEPTEMBER2025 -SESI PENDAFTARAN DANTAKLIMAT PROGRAMCULLYVENTURE@ILKBS DIIKTBN SEPANG SESI2/2025


SEPANG, 22 SEPTEMBER2025 -TAKLIMAT KERJAYA OLEHSYARIKAT SD GUTHRIELANGAT REFINERY.SEPANG, 9 OKTOBER 2025 -KTBN SEPANG LAKSANAKANKURSUS PLASTIC INJECTIONMOULDING KEPADAKAKITANGAN AGENSINUKLEAR MALAYSIA


SEPANG, 14 OKTOBER2025 -TAKLIMAT PELAKSANAANLATIHAN INDUSTRI UNTUKBULAN FEBRUARI 2026SEPANG, 24 OKTOBER2025 -VERIFIKASI PENILAIANAKHIR PROGRAM SLDNBERINSENTIF TAHUN 2024


SEPANG, 22 NOVEMBER 2025-TEAM IKTBN SEPANG TURUTMERIAHKAN BOOTHPAMERAN SEMPENAPROGRAM JIWA RAHMAHSANTUNI MADANI


SEPANG, 28 NOVEMBER 2025 -LAWATAN PENANDA ARASPELAKSANAAN PROGRAMLATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITIBELIA DAN BELIA BERKEPERLUANKHAS (PROGRAMCULLYVENTURE) OLEH SEKOLAHMENENGAH KEBANGSAAN PEKANTELIPOK


Langkah jauh membawa harapan,Ilmu dan bakat terus dijulang,IKTBN Sepang medan impian,Lahirkan belia harapan GEMILANG.


ISTIADAT KONVOKESYEN ILKBS KE 20 - ANUGERAH GRADUANTERBAIK IKTBN SEPANG20 SEPTEMBER 2025 BANGI


PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI EKSA 202503 OKTOBER 2025 SEPANG


BENGKEL PEMURNIAN PROSEDUR DAN PENILAIAN SEMULA RISIKOSISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:201506 OKTOBER 2025 SEPANG


IKTBN SEPANG CEMERLANG DI KONVENSYEN TVET MADANI 202514 OKTOBER 2025 SEPANG


BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK 2026-2030 IKTBNSEPANG24 NOVEMBER 2025 CYBERJAYA


MAJLIS APRESIASI 35 TAHUN IKTBN SEPANG25 NOVEMBER 2025 CYBERJAYA


PENGAJAR IKTBN SEPANG BERGRADUASI DI IPTA: PEMACUKUALITI TVET NEGARA


PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MSISO 9001:201504 DISEMBER 2025 SEPANG


PEMPAMER SEMPENA KARNIVAL ALAM SEKITAR PERINGKATUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 202513 DISEMBER 2025 SEPANG


BENGKEL PEMURNIAN ISU DALAMAN DAN ISU LUARAN MS ISO9001:2015SEPANGSEPANG, 17 DISEMBER 2025 -BENGKEL PEMURNIAN ISUDALAMAN DAN ISU LUARANUNTUK PELAKSANAAN SISTEMPENGURUSAN KUALITI MS ISO9001:2015 TELAH DIADAKANBERTEMPAT DI BILIKMESYUARAT SRI SALAK, IKTBNSEPANG.BENGKEL INI MELIBATKANSEMUA PEMEGANGPROSEDUR KUALITI DENGANFOKUS UTAMA UNTUKMENGENALPASTI SEKIRANYAADA PERUBAHAN ISUDALAMAN ATAU ISU LUARANDI INSTITUT YANG BOLEHMEMBERI KESAN KEPADAPELAKSANAAN SISTEMPENGURUSAN KUALITI DIIKTBN SEPANG.17 DISEMBER 2025


merakam setiap babak,Babak yang indah jadi tatapan,IKTBN Sepang terus mendongak,Belia berkemahiran jadi harapan.LENSA


KONVOKESYENILKBSKE-20


SALAK TINGGI, 25 SEPTEMBER - PENGAJARIKTBN SEPANG DIJEMPUT SEBAGAI JURIBAGI PERTANDINGAN MENU BENTO SIHAT DISMK BANDAR BARU SALAK TINGGI


SEPANG, 15 OKTOBER 2025 -PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR SEMESTER AKHIRPEPERIKSAAN SESI 2/2025 (OKTOBER)


Click to View FlipBook Version