KURSUS:
GGGB 2123 PENGURUSAN TINGKAH LAKU (SET 1 SESI 2 2015/2016)
TUGASAN:
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK:
FOLIO PEMBELAJARAN BERKAITAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
NAMA PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. MANISAH BT. MOHD. ALI
PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID
DISEDIAKAN OLEH:
DIANI AMIRA BINTI HAMZAH (A148556)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN………………………………………………………….3
2.0 DAPATAN KAJIAN……………………………………………………4
3.0 KESIMPULAN………………………………………………………….12
4.0 RUJUKAN………………………………………………………………13
5.0 LAMPIRAN…………………………………………………………….14
2
1.0 PENGENALAN
Tingkah laku juga merupakan tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan
dinilai. Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala,
menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, tindak balas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-
otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Menurut Dr. Ragbir Kaur
a/p Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu
rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Kajian dan pemerhatian telah dijalankan ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
untuk melihat 8 tingkah laku yang berbeza. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Setiap aspek yang terlibat di dalam
kajian ini telah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar.
Responden tersebut bernama Alauddin dan mengalami ketidakupayaan Sindrom Down.
Menurut kamus, perkataan sindrom membawa maksud kehadiran gejala dan tanda
yang menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Istilah Sindrom Down ini diambil sempena
nama seorang doktor berbangsa Inggeris yang bernama Dr. John Langdon Handon Down.
Beliau merupakan orang pertama yang telah menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala
penyakit genetik ini pada tahun 1866. Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan
kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.
Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan.
Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan
tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biaanya dikenal
pasti semasa kelahiran.
Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan
mempunyai 3 salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya
mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk
dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom
terlebih yang menyababkan mereka di kategorikan Sindrom Down. Kromosom adalah
struktur yang terdapat nukleus sel-sel hidup yang mengandungi maklumat yang di warisi
daripada ibu dan bapa.Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah
pembahagian, pertumbuhan dan fungsi sel. Seorang individu normal mempunyai 46
kromosom ,setiap 23 di warisi daripada ibu, manakala bakinya di warisi daripada bapa.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, terdapat beberapa tingkah laku berbeza yang
ditunjukkan oleh responden.
3
2.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis tingkah
laku yang ditunjukkan oleh responden. Responden mampu untuk menguruskan diri
sendiri seperti boleh berjalan dan duduk serta makan tanpa memerlukan bantuan
daripada orang lain. Hal ini mungkin disebabkan responden telah dilatih sejak dari kecil
lagi tidak kiralah oleh ibu bapa atau guru. Berdasarkan pemerhatian kami ke atas
responden, responden menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti Perlakuan
Agresif, Perlakuan Negatif Sosial dan Permasalahan Emosi. Di samping itu, maklumat
berkaitan responden turut diperolehi melalui guru yang mengajar responden.
Melalui pemerhatian, salah satu contoh tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh
responden ialah responden menggangu guru atau barang yang dimiliki oleh guru tersebut
bagi mendapatkan perhatian guru tersebut. Namun begitu, responden juga sering
melakukan pengulangan bagi tingkah laku yang sama. Contohnya seperti menyusun
warna atau pensil secara berulang-ulang.
Berikut merupakan 8 jenis tingkah laku berbeza yang telah ditunjukkan oleh
responden semasa pemerhatian sedang dijalankan :
1. Tingkah laku agresif untuk mendapatkan perhatian orang lain
Berdasarkan pembacaan sumber-sumber kajian lepas seperti jurnal yang bertajuk
“Meeting the Educational Needs of Children with Down Syndrome: Keys to Successful
Inclusion” yang dibincangkan oleh Sue Buckley dan Gillian Bird, telah dinyatakan dari
segi perkembangan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sindrom down selalunya
berkelakuan tidak menentu iaitu agresif atau pasif dan meminta perhatian yang lebih
daripada keluarga. Tekanan emosi kanak-kanak sindrom down adalah jelas terhadap
sesuatu aktiviti kompleks di mana perasaan kanak-kanak sindrom down adalah sama
dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama.
Kanak-kanak sindrom down menunjukkan tingkah laku kurang penyabar kerana
tempoh perhatian terhadap diri mereka adalah sangat singkat. Ketidakstabilan emosi di
mana jika kanak-kanak sindrom down meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu
perkara. Walaubagaimanapun, ada kajian lepas yang menyatakan kanak-kanak sindrom
down bersifat pengasih dan mudah mesra.
Tingkah laku ini sangat ketara apabila responden mengacau rakannya yang
sedang menumpukan perhatian semasa gurunya mengajar. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, responden sering mengganggu rakan-rakan sekelasnya dengan
memukul atau menyentuh badan rakan-rakannya.
4
Selain daripada itu, responden turut mengalihkan perhatian guru dengan
mengacau guru semasa sedang mengajar ataupun bercakap dengan pelajar yang lain.
Contoh tingkah laku tersebut ialah responden telah menyucuk badan gurunya dengan
batang pensil agar guru tersebut menumpukan perhatian kepadanya. Guru tersebut telah
memberikan respon kepada tingkah laku responden dengan mengalihkan perhatiannya
kepada responden bagi mengurangkan tingkah laku agresif lain daripada berlaku.
Melalui pemerhatian yang dijanlankan, tingkah laku responden mengangkat
kerusi di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan responden dapat
memahami arahan yang diberikan oleh guru agar menyusun kerusi mengikut warna yang
betul. Namun begitu, responden telah meletakkan kerusi pada warna yang lain agar guru
tersebut dapat mengalihkan perhatian kepadanya. Hal ini menunjukkan responden sering
melakukan pelbagai tingkah laku yang berbeza dan agresif bagi meraih perhatian orang di
sekelilingnya.
2. Tingkah laku pengurusan diri seperti berjalan, duduk dan makan dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, tingkah laku yang melibatkan
pengurusan diri responden adalah sangat memberangsangkan. Hal ini kerana responden
boleh berjalan dengan sendiri apabila guru mengarahkan mereka berpindah kelas.
Responden juga sangat berdikari kerana boleh berdiri dan duduk secara sendiri tanpa
memerlukan bantuan daripada individu lain seperti guru ataupun Pembantu Pengurusan
Murid (PPM).
Menurut kajian yang bertajuk “Meeting the Educational Needs of Children with
Down Syndrome: Keys to Successful Inclusion” yang dibincangkan oleh Sue Buckley
dan Gillian Bird, walaupun kanak-kanak sindrom down mempunyai kelewatan dalam
perkembangan tetapi kemahiran mengurus diri mereka akan meningkat dari semasa ke
semasa mengikut peringkat umur seseorang kanak-kanak tersebut.
Malahan, ketika responden ingin makan semasa waktu rehat, tingkah laku
responden memegang pinggan, sudu dan gelas dengan teratur dan baik menunjukkan
responden mempunyai rutin pengurusan diri yang sangat baik walaupun tanpa bantuan
daripada sesiapa. Hasil daripada pemerhartian juga didapati responden telah mencuci
mukanya sendiri. Sedangkan, responden melakukan tingkah laku tersebut secara sendiri
tanpa menerima arahan daripada guru atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down, keupayaan mereka
mengangkat, berjalan, berlari, dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak tipikal.
Kanak-kanak tipikal mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi kanak-
kanak sindrom down tidak mampu melakukannya kerana otot-otot mereka agak lemah,
begitu juga dengan dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Kanak-
5
kanak sindrom down tidak mampu untuk melakukan semua perkara tersebut kerana
masalah pada otot-otot mereka dan kemungkinan masalah pada jantung mereka. Namun
begitu, responden mampu melakukan aktiviti seperti berjalan, duduk dan makan dengan
baik
3. Tingkah laku tumpuan dalam jangka masa yang pendek semasa melakukan sesuatu
aktiviti.
Menurut kajian yang bertajuk “Meeting the Educational Needs of Children with
Down Syndrome: Keys to Successful Inclusion” yang dibincangkan oleh Sue Buckley
dan Gillian Bird, kemahiran mengingat kanak-kanak sindrom down yang terhad akan
memberikan kesan kepada pembelajaran semasa berada di dalam kelas. Ada fakta dan
bukti yang menyatakan aktiviti latihan mengingat boleh meningkatkan kemahiran
mengingat tetapi perlu dilihat daripada strategi pengajaran dalam pelbagai aspek yang
melibatkan kelemahan dan kekuatan seseorang kanak-kanak sindrom down tersebut.
Kemahiran mengingat dan memproses visual merupakan kekuatan kanak-kanak sindrom
down yang boleh digunakan dalam membantu mengurangkan kelemahan memori auditori
mereka. Hal ini membuktikan bahawa memori seseorang kanak-kanak sindrom down
yang terhad mempengaruhi tingkah laku responden yang mempunyai tumpuan dalam
jangka masa yang pendek atau terhad semasa berada di dalam kelas.
Tingkah laku bolehlah didefinisikan sebagai apa yang dilakukan atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga merupakan semua
tindakan manusia yangg boleh diperhati, diukur serya dinilai dan sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut
Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, tingkah laku responden menunjukkan yang
responden mempunyai tumpuan yang sangat lemah kerana hanya dalam jangka masa
yang pendek terutamanya apabila melakukan sesuatu aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajar. Sebagai contoh, responden sering melihat keadaan sekeliling, melihat dan
mengacau rakan-rakan sekelas dan juga melihat ke arah dinding semasa mewarna.
Responden memerlukan masa yang agak lama untuk mengembalikan semula fokusnya
kepada aktiviti mewarna tersebut.
Tingkah laku ini menunjukkan responden merupakan seorang yang sangat cepat
terganggu konsentrasinya dengan faktor-faktor yang terdapat di sekelilingnya. Responden
turut mengacau barang peribadi guru yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan
responden seperti telefon bimbit guru. Responden telah mengambil telefon bimibit
6
tersebut serta membelek-beleknya sebelum menyambung semula aktiviti terdahulu yang
dilakukannya.
Bukan itu sahaja, tingkah laku responden yang sering keluar dan masuk daripada
kelas sesuka hati untuk ke kelas lain atau luar bilik darjah sedikit sebanyak mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran kerana responden akan mengganggu rakan-rakan
yang lain kerana telah hilang tumpuan terhadap aktiviti yang dilakukannya.
4. Tingkah laku kesukaran dalam berkomunikasi dengan orang lain.
Berdasarkan jurnal yang bertajuk “The Emerging Down Syndrome Behavioral
Phenotype in Early Childhood Implications for Practice (2005)” yang ditulis oleh
Deborah J. Fidler, PhD, kebanyakan kanak-kanak sindrom down mempunyai kelewatan
bahasa yang teruk teruk (Sigman & Ruskin,1999). Sebahagian daripada masalah bahasa
yang terjadi kepada kanak-kanak sindrom down ialah kesukaran berkomunikasi dan
bertutur yang tidak selara dengan umur mental kanak-kanak sindrom down tersebut
(Chapman, 1999; Fabretti, Pizzuto, Vicari, & Voterra, 1997).
Menurut kajian-kajian lepas, dari segi perkembangan bahasa kanak-kanak
sindrom down, penggunaan bahsa mereka adalah sangat. Kanak-kanak sindrom down
tidak boleh menyebut perkataan dengan betul atau dikenali dengan istilah “pelat”. Hal ini
kerana ada kanak-kanak sindrom yang menghadapi masalah kurang pendengaran lalu
menyebabkan pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, tingkah laku responden menunjukkan
responden tidak dapat berkomunikasi secara verbal dengan rakan-rakan lain. Percakapan
dan pertuturan yang dikeluarkan oleh responden adalah sangat terhad semasa
berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan sekelasmnya. Namun begitu, responden
boleh memahami apa yang disampaikan oleh guru walaupun responden tidak dapat
berkomunikasi dengan baik.
Bahkan, responden dapat memahami dan mematuhi arahan yang disampaikan
oleh guru kepadanya. Contohnya, responden dapat memahami arahan guru apabila guru
meminta pelajar berdiri dan berpindah ke kelas lain. Bukan itu sahaja, responden turut
mendengar dan mematuhi arahan yang telah diarahkan oleh guru apabila guru tersebut
telah meminta responden untuk menyusun kerusi setelah tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Walaupun responden tidak dapat berkomunikasi dan bertutur dengan baik dan
sempurna, responden masih mampu memahami pertuturan individu lain seperti dengan
rakan-rakan sekelasnya.
7
5. Tingkah laku permasalahan emosi kerana sukar menyelesaikan tugasan
Matematik
Menurut rujukan yang dibuat melalui buku yang bertajuk “Practical information
and strategies for primary school (Down Syndrome Ireland)”, kanak-kanak sindrom
down juga ingin melakukan aktiviti yang sama seperti kanak-kanak tipikal lain tetapi
kemampuan mereka sedikit terbatas dan membezakan mereka. Hal ini menyebabkan
kemampuan tahap kognitif kanak-kanak sindrom down agak kurang jika dibandingkan
dengan kanak-kanak tipikal lain seperti kesukaran dalam mempelajari mata pelajaran
Matematik.
Manakala, menurut kajian yang bertajuk “Meeting the Educational Needs of
Children with Down Syndrome: Keys to Successful Inclusion” yang dibincangkan oleh
Sue Buckley dan Gillian Bird, kajian menyatakan bahawa kanak-kanak sindrom down
cenderung untuk mengenal nombor tetapi mempunyai kesukaran dalam memahami masa
dan duit, tetapi akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa pada peringkat remaja
sekiranya dipraktikkan selalu. Hal ini menunjukkan tingkah laku responden yang sukar
untuk memahami matematik mungkin akan meningkat mengikut peringkat umurnya.
Sepanjang pemerhatian dijalankan, pengkaji mendapati responden sangat sukar
dalam memahami subjek Matematik walaupun hanya melibatkan operasi yang paling
asas seperti operasi tambah. Hal ini kerana responden sukar untuk memahami konsep
turutan nombor. Tingkah laku ini dapat dilihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Matematik sedang dijalankan apabila responden tidak menjawab
soalan yang telah diarahkan oleh guru tersebut. Tetapi, responden hanya mewarnakan
objek yang terdapat dalam kertas tersebut. Responden tidak dapat menjawab soalan yang
telah diajukan oleh guru. Malahan, responden lebih berminat untuk bermain dan
mengganggu rakan-rakan sekellilingnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Matematik dijalankan.
Dari segi pekembangan kognitif, kanak-kanak sindrom down ini kurang
mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan,
pembentukan konsep dan ingatan. Hal ini kerana perkembangan kognitif mereka tidak
secepat kanak-kanak tipikal, tahap pemikiran mereka jauh lebih rendah jika dibandingkan
dengan kanak-kanak tipikal. Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai
perkembangan yang sangat perlahan. Oleh itu, hal ini menyebabkan kanak-kanak
sindrom down mengalami kelewatam daripada pelbagai aspek terutamanya dari aspek
pembelajaran. Menurut Winnick (2005), secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom
down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan.
8
6. Tingkah laku mewarna dan memegang pensil dengan sangat baik
Bagi kanak-kanak sindrom down ini, fakta menytakan bahawa mereka
mempunyai tahap kecerdasan intelektual (IQ) yang tidak melebihi 70. Hal ini sedikit
sebanyak mempengaruhi dan menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih
baik. Pada peringkat awal, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan motor
halus dan kasar. Sebagai contoh, kanak-kanak sindrom down lambat dalam berlari
berbanding kanak-kanak tipikal.
Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis atau menulis juga amat
lambat berkembang. Namun begitu, perkembangan motor halus dan kasar akan
berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka (Halijah Ibrahim & Valli
Subramaniam, 2007). Hal ini dapat dilihat melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas
responden yang mana responden mampu mewarna dan memegang pensil dengan sangat
baik bahkan menggunakan teknik dan cara yang betul. Fakta kanak-kanak sindrom down
mempunyai kelewatan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus turut disokong di
dalam artikel yang bertajuk “clinical practice guideline report of the recommendations
down syndrome assessment and intervention for young children (age 0-3 years)” yang
ditulis oleh Kementerian Kesihatan New York.
Tingkah laku mewarna dan memegang pensil merupakan salah satu yang sering
ditunjukkan oleh responden sepanjang proses pemerhatian berlangsung. Hal ini
menunjukkan bahawa responden boleh memegang pensil dan mewarna dengan sangat
baik serta menggunakan cara yang betul. Selain itu, pengkaji berpeluang melihat
responden mengikat tali kasutnya sendiri tanpa memerlukan bantuan daripada individu
lain. Hal ini sekaligus menyatakan bahawa responden mempunyai kemahiran motor halus
yang cukup baik.
7. Tingkah laku permasalahan emosi yang melibatkan pengulangan tingkah laku
Menurut kajian yang bertajuk “Meeting the Educational Needs of Children with
Down Syndrome: Keys to Successful Inclusion” yang dibincangkan oleh Sue Buckley
dan Gillian Bird, ada bukti kajian menyatakan stail pembelajaran yang menunjukkan
bahawa kanak-kanak sindrom down sangat sensitif kepada kegagalan yang akan
menyebabkan tingkah laku degil. Selain itu, kanak-kanak sindrom down ini akan
melakukan tingkah laku yang berulang yang merupakan cara mereka belajar. Keadaan
semasa pembelajaran dijalankan perlulah sentiasa positif dan pembelajaran yang
menyeronokkan agar kanak-kanak sindrom down boleh melakukan sesuatu tanpa
sebarang bantuan secara perlahan-perlahan mengikut perubahan masa. Pembelajaran
yang terlalu banyak atau dalam jangka masa panjang di dalam kelas menyebabkan
9
timbulnya masalah emosi kanak-kanak sindrom down sama seperti tingkah laku yang
ditunjukkan oleh responden.
Melalui pemerhatian yang dilakukan, wujudnya tingkah laku permasalahan emosi
yang melibatkan pengulangan tingkah laku dalam diri responden. Sebagai contoh,
responden menyusun barang-barangnya secara berulang-ulang. Responden turut
menyusun pensil ke dalam kotak pensil secara berulang-ulang dan melibatkan tempoh
masa yang agak lama.
Selain daripada itu, responden mewarnakan objek yang sama berulang-ulang kali
yang merupakan salah satu daripada aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Sedangkan, responden telah menyiapkan dan menyelesaikan aktiviti warna
tersebut tetapi responden tetap melakukan perkara yang sama sehingga tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku-tingkah laku tersebut dilakukan secara berulang-ulang kali.
Responden juga sering ketawa secara berulang-ulang kali yang mana terlalu kerap dan
tingkah laku tersebut akan berulang dalam setiap 10 minit. Ada kalanya, responden sukar
untuk berhenti daripada melakukan tingkah laku ketawa tersebut.
8. Tingkah laku periang dan ceria yang ditunjukkan oleh responden
Berdasarkan kajian-kajian lepas menyatakan bahawa kanak-kanak sindrom down
juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Kanak-kanak sindrom
down boleh ketawa, menangis serta sayangkan sesuatu seperti yang dialami oleh kanak-
kanak tipikal yang lain. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan pengawalan dan cara
meluahkan emosi kanak-kanak sindrom down tidak sama seperti kanak-kanak tipikal.
Kanak-kanak sindrom down juga kurang mempunyai perasaan malu jika dibandingkan
dengan kanak-kanak tipikal yang sebaya dengannya.
Menurut jurnal yang bertajuk “The Emerging Down Syndrome Behavioral
Phenotype in Early Childhood Implications for Practice yang ditulis oleh Deborah J.
Fidler, PhD : muka surat 5, kanak-kanak sindrom down menunjukkan tingkah laku yang
lebih positif daripada berbanding kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental. Satu
kajian menyatakan bahawa kanak-kanak sindrom down yang berumur 5 hingga 12 tahun
akan lebih kerap senyum berbanding kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental,
tetapi kajian ini turut menyatakan bahawa kekerapan seseorang kanak-kanak sindrom
senyum akan meningkat mengikut perubahan seseorang individu (Early Development in
Down Syndrome 91, Fidler and Barrett). Penyataan fakta ini menyokong tingkah laku
responden yang merupakan seorang kanak-kanak sindrom down yang sangat periang.
Secara keseluruhan pemerhatian, responden menunjukkan tingkah laku yang
menunjukkan responden merupakan seorang yang sangat periang. Responden ada
10
kalanya akan ketawa tanpa henti atau tingkah laku tersebut akan berulang semula dalam
jangka masa yang agak singkat. Sebagai contoh, responden akan mengusik rakan-rakan
sekelasnya ataupun guru yang mengajar ketika itu dengan melakukan sentuhan fizikal
menggunakan objek seperti pensil atau pembaris.
Walaupun guru telah menegur tingkah laku yang dilakukan oleh responden
tersebut, responden tetap akan ketawa dalam jangka masa yang agak panjang dan sukar
untuk. Melalui pemerhatian yang dijalankan juga, responden menunjukkan tingkah laku
bahawa responden tidak boleh duduk diam dan sering ketawa dalam jangka masa yang
lama tanpa ada sebarang sebab atau perkara yang melucukan.
11
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas
responden membuktikan bahawa setiap kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri
tingkah laku yang sama. Masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan
khas mahupun kanak-kanak tipikal merupaka perkara biasa. Namun begitu, kanak-kanak
yang menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan
akan menyebabkan berlakunya konflik sosial dan masalah-masalah lain.
Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuklah agresif, kesukaran
membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh
diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan
kebimbangan dan ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman atau
masalah tingkah laku luaran. Seperti tingkah laku yang sering dilakukan responden,
kesemuanya adalah bertujuan untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang terdekat
dengannya ataupun orang sekeliling. Responden suka menggangu rakan sekelasnya
ataupun guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga
menybebakan suasana di kelas agak terganggu.
Oleh yang demikian, guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-
kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. Selain itu, proses pengajaran hendaklah
dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Hal
ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi
mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. Guru juga perlu menyusun setiap
tugasan, aktiviti dan arahan perlu dirancang dengan rapi kerana perlu disampaikan
dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.
Secara keseluruhannya, berdasarkan tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down
yang sangat periang kerana responden sering ketawa dan sukar untuk berhenti
menunjukkan kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai perasaan atau emosi seperti
yang dinyatakan di dalam kajian-kajian lepas. Oleh itu, guru perlu memberi bimbingan
dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik kerana kanak-kanak Sindrom
Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat bagi
menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah
dengan mengaitkan perkara yang mereka sukai.
12
4.0 RUJUKAN
i. Deborah J. Fidler, PhD (2005) The Emerging Down Syndrome Behavioral
Phenotype in Early Childhood Implications for Practice, Infants & Young Children,
Lippincott Williams & Wilkins, Inc. (Vol. 18, No. 2, pp. 86–103 c)
ii. Sue Buckley & Gillian Bird (2002) Meeting the Educational Needs of Children
with Down Syndrome: Keys to successful Inclusion (Issue 28)
iii. Clinical Practice Guideline Report of the Recommendations Down Syndrome
Assessment and Intervention for Young Children (age 0-3 years) sponsored by New
York State Department of Health Division of Family Health Bureau of Early
Intervention
iv. Downs, M. P., & Balkany, T. J. (1988). Otologic problems and hearing impairment
in Down syndrome. In Dimitirev & P. L. Oelwein (Eds.), Advances in Down
syndrome (pp. 19–34). Seattle: Special Child Publications.
v. Gunn, P., Berry, P., & Andrews, R. J. (1982). Looking behavior of Down syndrome
infants. American Journal of Mental Deficiency, 87, 344–347.
vi. Heiman, M., & Ullstadius, E. (1999). Neonatal imitation and imitation among
children with autism and Down’s syndrome. In J. Nadel & G. Butterworth (Eds.),
Imitation in infancy (pp. 235–253). Cambridge: Cambridge University Press.
vii. Berger, J., & Cunningham, C. C. (1986). Aspects of early social smiling by infants
with Down’s syndrome Child: Care, Health and Development, 12, 13–24.
viii. Nadel, L. (1996). Learning, memory and neural function in Down’s syndrome. In J.
A. Rondal, J. Perera, L. Nadel, & A. Comblain (Eds.), Down’s syndrome:
Psychological, psychobiological, and socio-educational perspectives (pp. 21–42).
London: Whurr Publishers.
ix. Wang, X., Bernas, R., & Eberhard, P. (2001). Effects of teachers’ verbal and
nonverbal scaffolding on everyday classroom performances of students with Down
syndrome. International Journal of Early Years Education, 9, 71–80.
x. Mahoney, G., Robinson, C., & Fewell, R. R. (2001). The effects of early motor
intervention on children with Down syndrome or cerebral palsy: A field-based study.
Developmental and Behavioral Pediatrics, 22, 153–162.
13
5.0 LAMPIRAN
Rajah 1 : Responden tertarik lalu mengambil telefon bimbit guru yang berada berdekatan
dengannya dan menyebabkan fokusnya semasa mewarna sering terganggu.
Rajah 2 : Tingkah laku responden yang sering menggangu rakan-rakan sekelasnya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
14
Rajah 3 : Responden dapat menerima arahan guru yang mengarahkannya untuk menyusun kerusi
tetapi responden sengaja meletakkan kerusi tanpa mengikut warna walaupun responden
memahami arahan guru kerana tingkah laku responden yang periang dan nakal.
Rajah 4 : Responden menyucuk guru dengan menggunakan pensil warna semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan perhatian daripada guru tersebut.
15
Rajah 5 dan 6 : Responden yang menunjukkan tingkah laku kekerapan ketawa dalam jangka
masa yang berulang-ulang dan ketawa tanpa sebab kemudian mengganggu rakan-rakan
sekelasnya.
Rajah 7 dan 8 : Responden mudah hilang tumpuan dan fokus semasa mewarna dan sering
melihat ke dinding dalam tempoh yang agak lama untuk menyambung semula aktiviti mewarna.
16