KISAH SINGA
DAN SANG
TIKUS
DISEDIAKAN OLEH :
NUR ANIS SHAHIRAH BINTI ABDULLAH
Pada suatu hari,
terdapat seekor singa
yang sedang lena tidur
selepas kekenyangan di
sebuah hutan.
Kemudian datang seekor
tikus dan bermain
gelongsor di atas ekor
singa yang sedang
tidur, sehingga Sang
singa terjaga dari
tidurnya.
Sang singa menangkap Si
tikus dan ingin memakan si
tikus. Tapi dengan
kebijaksanaan Si tikus, dia
membuat satu perjanjian
bahawa dia sedia menolong
Sang singa jika Sang singa
dalam kesusahan.
Sang singa lalu
ketawa dan
bersetuju dengan
perjanjian Si
tikus.
Keesokkan harinya,
Sang singa berjalan-
jalan di dalam hutan.
Tiba-tiba Sang singa
telah termasuk ke dalam
perangkap pemburu. Dia
cuba untuk melepaskan
dirinya tetapi gagal.
Tidak lama kemudian,
datanglah Si tikus untuk
menyelamatkan Sang singa
yang terperangkap. Si
tikus mula menggigit
jaring perangkap pemburu
itu dengan menggunakan
giginya.
Akhirnya, Sang
singa terlepas dari
jaring perangkap
pemburu dengan
bantuan Si tikus. .
Sang singa
mengucapkan
terima kasih kepada
Si tikus kerana
telah menunaikan
janjinya.
PENGAJARAN
Kita mestilah
membalas budi baik
orang terhadap kita
walaupun dengan
sekecil-kecil
porbuatan.