The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nora Mie, 2024-01-21 04:38:47

FAQ Kemasukan Pelajar MRSMKU F1/2024

q&A 1

Berikut adalah jawapan kepada setiap persoalan. Semoga ianya dapat membantu serba sedikit ibu bapa SOALAN & JAWAPAN 1. Adakah handphone boleh dibawa? BOLEH – Telefon biasa untuk call/SMS sahaja. Penggunaan hanya di blok asrama. Tidak dibenarkan bawa ke blok akademik, jika ditangkap boleh dikenakan tindakan tatatertib. SMARTPHONE ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI. 2. Belajar fully dalam bahasa Inggeris? Ada DLP? Mrsm Kuantan maktab aliran IGCSE. Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi subjek STEM. Hanya sesetengah subjek sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu. 3. Yuran IGCSE Perlu dibayar ketika pelajar di Ting 4. Bayaran mengikut matawang semasa (pound sterling). Kadar bayaran semasa tahun 2024 ialah sebanyak RM2,683. Pilihan bayaran secara ansuran atau lumpsum disediakan. 4. Cara pembayaran yuran melalui MARAeps ? Yuran pendaftaran dan Yuran caruman perlu dibayar melalui MARAeps. Parents perlu download apps tersebut dan daftar dahulu. 5. Bagaimana dengan pembelian buku? Buku teks KSSM dan buku IGCSE dibekalkan oleh pihak Maktab. Buku rujukan, buku latihan boleh dibeli oleh ibu bapa sekiranya perlu. Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


6. Ibu bapa boleh melawat setiap minggu ? Sesi lawatan dilakukan alternate mengikut hari. Contoh : - Outing pelajar hanya dibenarkan pada hari Sabtu. Minggu ini giliran pelajar perempuan, pada minggu seterusnya ialah giliran pelajar lelaki. - Outing pada hari Ahad hanya dibenarkan bersama ibubapa/waris sahaja, alternate mengikut jantina. - Ibubapa/waris dibenarkan datang melawat mengikut masa yang telah ditetapkan - Sabtu/Cuti umum : 2pm - 6pm Ahad : 10.30am - 6pm 7. Ada koperasi atau mart untuk pembelian makanan/barangan keperluan? Ya, ada. 8. Cashless facilities atau tak? Ya & Tidak. Di koperasi boleh menggunakan kad debit tetapi di cafe masih lagi menggunakan tunai. Wang tunai yang dibenarkan ditangan pelajar sebanyak RM20 sahaja. Ia bagi mengelakkan berlaku kes kecurian wang tunai. Sekiranya pelajar perlukan lebih tunai untuk membayar sesuatu, ibu bapa boleh berhubung dengan guru homeroom masing² 9. Form 4 boleh apply utk masuk MRSM BITARA tak? Tidak kerana program BITARA hanya menerima pelajar aliran PRIMIER bukan pelajar yg mengambil program IGCSE. 10. Untuk permulaan berpuasa bagaimana anak² bersahur/ berbuka & terawih ? Sama seperti di rumah. Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


11. For girls, prep baju kurung pattern pesak/johor/traditional je ke? Hanya baju kurung biasa dan tidak berfesyen sahaja yang dibenarkan (kurung pesak). Baju kurung pastikan longgar dan tidak menampakkan susuk badan. 12. Bank apa yg selalu students guna? Di MRSMKU, kebanyakkan pelajar menggunakan Bank Rakyat. ATM Bank Rakyat ada diluar pagar maktab. 13. Dobi self service? Maktab ada menyediakan beberapa jenis perkhidmatan dobi. ● Perkhidmatan dobi yang wajib dibayar ialah sebanyak RM10/sebulan. ● Dobi self service - kadar bayaran RM2 - RM4 utk setiap basuhan atau pengeringan. ● Jadual perkhidmatan dobi disediakan untuk penggunaan pelajar lelaki & perempuan. 14. Buku tulis boleh beli di luar atau yang ada logo MRSM shj? Bebas. Boleh beli di koperasi atau dari kedai buku luar 15. Senarai kelab/sukan/persatuan? Maktab akan keluarkan list mengikut tahun semasa. 16. Konsep asrama-bilik@dormitary? Pelajar lelaki, satu cube 2 orang (pelajar sama batch). Dorm bercampur tingkatan dalam satu aras. Pelajar perempuan, sebilik samada 2, 3 ,4 ,5 atau 6 orang (pelajar sama batch) Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


17. Ada perkhidmatan bas utk anak² balik bercuti masa cuti sekolah ke Kuala Lumpur/Selangor? Perkhidmatan chartered bas disediakan. Perjalanan 2 way, pulang ke rumah & pulang ke maktab. Ibubapa yang memerlukan perkhidmatan bas, akan dimasukkan ke dalam Whatsapp grup GBS MRSMKU KL/SEL 18. Senarai matapelajaran di Tingkatan 1 KSSM - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Sejarah - Geografi - Matematik - Reka Bentuk dan Teknologi - Sains - Pendidikan Islam - Bahasa Arab Komunikasi - Pend. Jasmani dan Kesihatan - Pendidikan Seni Visual - Sains Komputer 19. Untuk bulan puasa, boleh ke bawa anak berbuka puasa di luar pada hari Sabtu/ Ahad ketika outing? Tidak boleh kerana waktu outing/lawatan pada hari Sabtu (12.30pm-6.00pm), Ahad (10.30am-6.00pm). Sekiranya ada pulang bermalam sahaja dibenarkan anak² berbuka puasa di rumah. Walaubagaimanapun ianya mengikut kalendar visiting/outing dari pihak maktab. 20. Adakah kedua ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam dorm utk membawa barang anak² pada hari pendaftaran? Semasa penularan wabak Covid-19, ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan asrama. Untuk pendaftaran Mac 2024, pihak maktab belum memberi kata putus lagi. Hal ini akan dimaklumkan kemudian. Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


21. Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar? Maktab akan keluarkan SENARAI TERKINI untuk sesi pendaftaran 2024. Kami hanya sediakan anggaran perbelanjaan yuran di MRSMKU, sebagai rujukan. Disclaimer : Anggaran ini disediakan berpandukan daripada maklumat perbelanjaan yuran tahun² sebelumnya. Jumlah yang tepat akan dikongsi setelah mendapat info terkini dari pihak maktab ● Saham Koperasi : RM20 ● Yuran Dobi : (Anggaran RM10/bulan) ● Yuran Muafakat : (Anggaran RM260) ● Yuran caruman : RM60/RM80/RM100 setiap bulan (akan dimaklumkan oleh pihak maktab) Pembelian kelengkapan rasmi sewaktu pendaftaran pelajar lelaki : (Anggaran RM135) ● Kain sampin ● Baju batik rasmi ● Cadar ● Beg dobi ● Tali Leher ● Resit dobi Pembelian kelengkapan rasmi sewaktu pendaftaran pelajar perempuan : (Anggaran RM157) ● Kain tenun ● Baju batik rasmi ● Cadar ● Beg dobi ● Resit dobi Nota : Semua barangan yang disenaraikan akan diberikan sewaktu Hari Pendaftaran. Harga mungkin akan berubah mengikut harga terkini. Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


22. Pemakaian uniform pelajar di MRSMKu : - Isnin : Baju beige - Selasa : Baju biru - Rabu : Baju biru - Khamis : Baju batik/ beige - Jumaat : Lelaki baju melayu bersampin/ Perempuan kurung putih kain tenun Nota : Sampin, kain tenun dan batik boleh dibeli di koperasi semasa hari pendaftaran 23. Pakaian uniform, riadah dan prep? Sila rujuk panduan yang disertakan dibawah Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


Updated as at 22/01/24 Biro Kebajikan, Prasarana & Logistik, Muafakat MRSMKU


Click to View FlipBook Version