F5.02. AKMAL HARITH BIN
ALI
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073
Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan:
AKMAL HARITH BIN ALI
Angka Giliran: 010731-03-1185
Kumpulan/ Unit 2020192340084
Nama Pensyarah: F5
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan: MADAM KRISHNA A/P KUMARY JUVAL
PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Menerima Maklum 12 MEI 2022
Balas Daripada Pensyarah
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Dalam 1-3
Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
2.1 Aspek Fizikal
2.2 Aspek Sosioemosi
2.3 Aspek Sosiolingusitik
3.0 Rumusan 3
4.0 Rujukan 4
1.0 PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam
usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara umumnya pengurusan bilik darjah
melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi murid dan dapat memperkembangkan sikap tanggungjawab murid
terhadap semua aspek. Manakala pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud
bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Suasana pembelajaran yang berkesan
tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi
pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku
pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan
aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping
menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ia adalah pakatan di
antara guru dan murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang
melibatkan pengurusan fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik yang dilaksanakan agar satu
alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.
2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
2.1 PENGURUSAN ASPEK PERSEKITARAN FIZIKAL
Konsep pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal adalah amat
penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-
lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan fizikal
harus mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana
serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat
mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil
kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial (Syed Ismail
dan Ahmad Subki, 2010). Sebagai contoh, meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-
murid serta boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Apabila membentuk meja
kumpulan, terdiri daripada etknik yang berbeza dan tidak hanya satu kumpulan etnik
dikelompokkan dalam satu kumpulan. Begitu juga, apabila terdapat perbincangan
kumpulan atau aktiviti, ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Secara
tidak langsung kepelbagaian kumpulan etknik dalam satu kumpulan akan dapat
diwujudkan serta dapat memupuk suasana mesra budaya dalam kalangan murid dan
guru.
2.2 PENGURUSAN ASPEK SOSIO-EMOSI
Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala emosi didefiniskan
sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan
kepada perasaan emosi. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan murid-murif ditakrifkan
sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang
bagi membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Rizalina Radzi (2014), perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya
adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi
terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-
kanak. Sekiranya sosio emosi seorang murid di dalam kelas adalah positif, maka
secara tidak langsung akan menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat
murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.
Langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio
emosi yang baik dan dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya ialah semasa
melaksanakan aktiviti PdP, guru perlulah memberi galakan ataupun pujian kepada
murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan.
Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid-
murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, hubungan yang baik antara
guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan
kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu mengongkong murid-murid mereka serta
guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlulah
membina hubungan yang baik dengan murid supaya terbentuk bilik darjah yang mesra
budaya di dalam kelas.
2.3 PENGURUSAN ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Secara umumnya sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan
fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa
yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan sesuatu
budaya. Sosio pula merupakan interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001).
Salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui
pertuturan. Seperti yang telah diketahui, Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai
bahasa serta budaya dan ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam
membina rakyat bersatu padu. Jika kita kaji pendidikan Laporan-laporan berhubung
pendidikan, kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa. Hal ini
menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan
merupakan satu bidang penting dalam menentukan tahap keharmonian dan
keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon, 2010).
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang
menghayati bahasa rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati
perbezaan bahasa dan budaya semua etnik. Antara peranan yang dimainkan oleh
guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-
murid. Selain itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dijalankan
di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti kokurikulum
merupakan saluran terbaik dalam memertabatkan Bahasa Kebangsaan melalui
kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat.
Penggunaan sumber pdp dengan menggunakan pelbagai unsur budaya dapat
memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik,
malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata
bahasa etnik rakan-rakan mereka.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik
untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang
guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai
pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan murid-murid mampu mencapai
kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya
sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-
murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru
perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan
seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.
4.0 RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2019). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Pedagogi untuk pembelajaran bermakna. KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia
20132025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). KPM.
Mohd Azhar Abd Hamid (2004). EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS
Publication & Distributors Sdn Bhd
Mok Soon Sang. (2011). Murid Dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Turner, M.M., (2007). Multicultural teacher attitudes and cultural sensitivity: An initial
exploration of the experience of individual in a unique alternative teacher
certification program. Thesis Master. University of Notre Dame
Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompentensi kepelbagaian budaya dalam
kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan. Bil 2, Isu 2. Diperoleh dari:
http://ojie.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8318/5776
Zamri Mahamood, Ruslin Amir & Mohamed Amin Ambi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.