The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ticerlynn0807, 2022-01-04 03:00:13

minit 2 2021

minit 2 2021

MINIT MESYUARAT
GURU DAN

KAKITANGAN SK
BEKELAM BIL 2/2021

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN SK BEKELAM BIL 2/2021

Tarikh : 29 Ogos 2021 (Ahad)
Masa : 02.30 petang
Tempat : Google Meet (Kediaman asing-masing)
Agenda :

1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2021
3. Perkara berbangkit
4. Laporan Penggal 1

4.1 Pengurusan dan Pentadbiran (Guru Besar)
4.2 Kurikulum (PK Pentadbiran)
4.3 Hal Ehwal Murid (PK HEM)
4.4 Kokurikulum (PK Kokurikulum)
5 Hal-hal lain

Agenda 1 – Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul- Kitab AlFatihah.

1.2 Mengucapkan takziah atas pemergian ayahanda mertua Ustazah Mahani dan diikuti dengan

bacaan AlFatihah.
1.3 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran. Tidak hadir – Puan Nazrilawati (temujanji

perubatan) dan Puan Fadhilah Bt Yamat (cuti bersalin).

1.4 Mengingatkan agar semua warga SK Bekelam sentiasa mengamalkan SOP :- duduk di

rumah, jika perlu keluar, jaga jarak 1 meter, sentiasa memakai mask dan cuci tangan

menggunakan hand sanitizer atau sabun.

Tindakan : Makluman

Agenda 2 – Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2021

2.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk kepada Minit Mesyuarat Bil 1//2021 yang telah

diedarkan.

2.2 Cadangan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2021

Dicadang oleh : Encik Mohamad Zamri bin Ali

Disokongan oleh : Encik Mohd Safuan bin Adnan

Tindakan : Makluman
Agenda 3 – Perkara berbangkit
Para 1.11 – SPLKPM - Semua guru dan AKP telah lengkap bilangan jam kredit. Tahniah kepada

warga SK Bekelam.

Para 1.15 – Kebersihan tandas. Walaupun sekolah cuti, kebersihan kawasan sekolah termasuk
tandas harus dijaga agar sentiasa bersih dan sedia untuk diguna sepanjang masa. Didapati
kebersihan tandas SK Bekelam adalah tidak memuaskan. Minta respon PK HEM.
PK HEM - Tandas berhampiran Dewan Peperiksaan tidak boleh diguna kerana masalah air.
Kebanyakan blok menghadapi masalah air. Hanya blok pentadbiran yang ada air. Untuk
kebersihan tandas blok pentadbiran, PK Hem telah membuat teguran kepada pekerja KBKK.
Tindakan akan diambil jika keadaan masih berterusan.
Pengerusi – Masalah pekerja KBKK – Telah ditukar 2 pekerja lelaki dan 2 pekerja perempuan,
namun didapati masih tidak memuaskan. Teguran telah dibuat berkali-kali dan 1 perjumpaan
telah diadakan diantara pihak sekolah dengan penyelia dan pekerja KBKK. Pihak sekolah telah
memberi amaran dengan tempoh seminggu untuk meningkatkan tahap kebersihan kawasan
persekitaran sekolah. Bukan hanya tandas, semua bilik darjah dan bilik-bilik khas perlu
dipastikan sentiasa bersih kerana sekolah akan dibuka bila-bila masa sahaja apabila berginjak ke
fasa 4. Sekolah juga akan menerima pelawat daripada pelbagai sektor untuk pemantauan. Jadi
perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan sedia menerima pelajar.

Para 4.2.7 – Borang KewPa 7 – Guru Kelas dan bilik-bilik khas
Puan Eseh – Telah diuruskan.

Para 4.4.8 – Buku PAJSK Tahun 4
Pk Ko meminta guru kelas Tahun 4 untuk memaklumkan kepada murid Tahun 4 supaya membeli
Buku PAJSK di Kedai Sekolah.

Para 5.1 – Puan Hasliza – Tandas guru perempuan.
Saliran yang agak rumit kerana bersambung dengan tandas belakang. Apabila tandas depan
dipam, naik ke tandas belakang menyebabkan berlakunya ketidaksempurnaan nyahbuang bahan
buangan.
Pengerusi – tiada penyelesaian kerana masalah pembinaan dengan kontraktor asal. Perlu pandai-
pandai urus.

Para 5.2 – Penghantaran buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Pengerusi meminta semua guru menyiapkan RPH PdPr dan bersedia untuk dihantar jika diminta
pada bila-bila masa.

Tindakan : Makluman

Agenda 4 - Laporan Penggal 1-
4.1 Pengurusan dan pentadbiran
4.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang telah lengkap
pengambilan kedua-dua vaksin covid 19. Justeru hal vaksinasi ini amat dititikberatkan oleh KPM
dimana hampir setiap hari, ada maklumat/info yang perlu disebarluaskan dan data yang perlu
dihantar.
4.1.2 Syukur kerana warga sekolah kita tiada masalah kerana 100% guru dan AKP telah
menerima suntikan vaksin. Terima kasih dan tahniah kepada warga SK Bekelam.

Tindakan : Makluman
4.1.3 Pengerusi mengingatkan dalam tempoh BDR, semua guru dan AKP perlu berada di stesen
masing-masing. Sekiranya ada keperluan untuk keluar, perlu maklumkan kepada ketua jabatan.

Tindakan : Semua guru dan AKP
4.2 Kurikulum – Puan Yang Zarina Bt Idris (PK Pentadbiran)
4.2.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang PdPr dijalankan.
4.2.2 Mesyuarat Panitia – perlu diadakan melalui medium Google Meet. Buat PLC jika ada

keperluan.
Tindakan : Makluman

4.2.3 PBD – Berkala dan rekodkan pencapaian murid. Beberapa perubahan diadakan untuk
memenuhi keperluan. PBD kali pertama (penilaian Januari – Julai) perlu dihantar pada 12
September 2021 kepada penyelaras, Puan Zawahir. Semua matapelajaran termasuk
matapelajaran bukan teras.

Tindakan : Puan Zawahir
4.2.4 Mohon semua guru mengemaskini maklumat dalam portal Hrmis terutama bhagaian

pengisytiharan harta.
Tindakan : Makluman

4.2.5 Bilik SAL telah ditukar kepada Bilik seni tetapi penyelaras (Puan Fadhilah Bt Mat Din)
belum sempat menguruskannya kerana kekangan PKP.
Tindakan : Makluman

4.2.6 Puan Azlin – Teguran terhadap murid yang tidak hadir / tidak hantar tugasan dalam grup
Whatsapp kelas.
Pengerusi – Teguran boleh dibuat tetapi guru perlu berhati-hati dalam penggunaan bahasa
kerana kuasa viral sekarang yang boleh memberi impak tidak baik kepada guru sendiri.
Jika ada yang tidak pernah hadir, guru perlu ada solusi penyelesaian samada mengadakan
modul dan menghantar ke rumah murid sendiri.

4.2.7 Puan Zawahir – Masalah murid kelas 2 Tekun – ramai yang dari kalangan masalah

keluarga yang menyebabkan tidak hadir PdPr terutama masalah kewangan untuk mengisi

top up telefon bimbit.
Pengerusi – Guru perlu adakan modul sebagai salah satu intervensi ketidakhadiran PdPr

supaya murid dapat membuat latihan dengan bimbingan ahli keluarga.

Tindakan : Makluman

4.3 PK HEM – Puan Siti Noor Binti Ismail (PK HEM)

4.3.1 Salam dan terima kasih atas kerjasama semua.

4.3.2 Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021 telah diadakan melalui medium Google Meet.

Mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKB diatas sumbangan untuk bantuan
“Bakul”

4.3.3 Vaksinasi murid – hanya untuk murid Tahun 6 sahaja pada bila-bila masa sahaja apabila

arahan daripada KKM dikeluarkan. Sekiranya ada ibubapa yang tidak bersetuju, tidak

boleh paksa kerana atas tanggungjawab mereka sendiri
4.3.4 Kehadiran PdPr – pihak sekolah perlu hantar laporan kepada PPD senarai murid cicir

(yang tidak pernah masuk kelas PdPr). Sehingga hari ini, SK Bekelam hanya ada 1 orang
murid cicir dari kelas Pra Gemilang 2 – atas sebab kesilapan teknikal kerana murid ini

tidak bersekolah di SK Bekelam tetapi nama ada dalam sistem prasekolah.
4.3.5 Kebersihan persekitaran sekolah – telah diadakan perjumpaan dengan penyelia KBKK.

Amaran telah diberi. Mereka diberi tempoh sehingga 12 /09/2021, jika masih belum ada

perubahan, semua pekeja akan ditukar dengan pekerja lain.

Tindakan : Makluman
4.3.6 Prasekolah – Untuk guru prasekolah dan PPM, 06/09/2021 – Pentadbir akan mengadakan

pemantauan kelas untuk persediaan menerima murid.
Pengerusi – telah beberapa kali melawat kelas prasekolah. Didapati keadaan kurang

memuaskan terutama di bahagian tepi bangunan. Kawasan ini adalah dibawah

tanggungjawab pekeja KBKK dan telah diarahkan untuk segera diambil tindakan.

Keadaan di dalam kelas agak kurang memuaskan, mohon PPM segera ambil tindakan.

Tindakan : PPM
4.3.7 Akan diadakan sumbangan ‘Bakul Makanan’ kepada murid dari kalangan keluarga susah.

Mana-mana guru yang ingin turut serta, boleh salurkan menerusi tuan GB.
Respon pengerusi – untuk sumbangan Bakul Makanan, setakat hari ini berjaya

dikumpulkan RM2,200. Insyallah, akan diagihkan secepat mungkin.

Tindakan : Makluman

4.4 Kokurikulum – Encik Mohd Zukri Bin Ismail (PK Kokurikulum)
4.4.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen semua. Walaupun aktiviti kokurikulum masih

tidak dapat dijalankan secara langsung, aktiviti atas talian masih dijalankan sehingga
mencukupi jumlah jam wajib yang ditetapkan oleh KPM iaitu 15 jam yang terdiri
daripada 5 jam setiap unit :- Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan
Permainan.
4.4.2 Kehadiran atas talian adalah agak menggalakkkan dan unit kokurikulum akan sentiasa
mengadakan kepelbagaian aktiviti bagi meningkatkan penglibatan murid secara atas
talian.
4.4.3 Pertandingan Kemahiran Sukan Permainan Atas Talian – Rujuk Slides. Unit Sukan
kokurikulum PPD Bachok akan mengadakan Pertandingan Kemahiran Sukan Permainan
Atas Talian dalam bulan September. Pertandingan adalah secara rakaman aktiviti yang
dirakam di rumah masing-masing oleh peserta yang terlibat.
4.4.4 Sekolah kita akan mengumumkan pertandingan ini dalam grup whatsapp kelas. Jika tiada
sambutan, penglibatan anak-anak guru dan AKP SK Bekelam akan diambil sebagai
peserta. SK Bekelam dilantik sebagai penyelaras untuk Kemahiran Bola Tampar.

Tindakan : Makluman
4.4.5 Pengerusi – Mengucapkan tahniah kepada Pk Ko – Encik Mohd Zukri kerana dilantik

sebagai penyelaras Bola Tampar. Beliau mengalu-alukan bakat warga SK Bekelam agar
dapat diterjemahkan dan dipindahkan kehebatan masing-masing kepada murid.
4.4.6 Tahniah kepada Puan Zawahir diatas penyertaan dan kemenangan pertandingan
deklamasi sajak Hari Guru. Berharap lebih ramai lagi guru-guru dapat menyertai
pertandingaan sedemikian.
4.4.7 Merujuk kepada Pertandingan Kemahiran Sukan Permainan Atas Talian, beliau berharap
sekolah dapat menghantar seberapa banyak penyertaan yang boleh kerana walaupun ini
adalah perkara baru tapi sekolah lain juga berada dalam situasi yang sama, jadi peluang
samarata ada dan tidak harus dibiarkan sahaja. Beliau berharap unit kokurikulum dapat
mencari jalan agar dapat memaksimumkan penyertaan daripada murid-murid SK
Bekelam.

Tindakan : Makluman
5. Hal-Hal lain

5.1 Puan Zawahir – Kebersihan bilik JQaf – memohon agar pekerja KBKK dapat masuk
dan membantu membersihkan bilik JQaf kerana bilik tidak dikunci.
Pengerusi – akan meminta pekerja KBKK berbuat demikian.

5.2 Puan Rohaya – Audit dalaman KPM akan hadir untuk audit tahunan. Untuk tuntutan
program yang dijalankan, perlu ada dokumentasi sebelum, semasa dan selepas program.
Lengkapkan nota minta. Pastikan mendapat kelulusan Tuan Guru Besar untuk setiap
program yang dijalankan.

5.3 Puan Nazrah – memohon pencerahan cara membuat tuntutan untuk prasekolah kerana
didapati proses tuntutan berlainan daripada manual KPM berbandingan pekeliling yang
dikeluarkan. Puan Rohaya meminta beliau hadir untuk perbincangan.

5.4 Puan Fadzilah – Merujuk kepada kes murid prasekolah yang cicir PdPr – murid tersebut
sebenarnya tidak wujud di SK Bekelam. Tetapi atas kesilapan teknikal, nama murid
tersebut ada dalam sistem SPDR. Beliau telah melaporkan kepada Encik Muhafiz (Unit
Prasekolah PPD Bachok) dan diminta untuk dimasukkan dalam senarai tidak hadir.
Beliau akan selesaikan masalah dalam masa terdekat.

5.5 Puan Eseh – Adakah format baru untuk bayaran tambahan. Pengerusi – tiada – kekalkan
format lama.

5.6 Puan Hasliza – Mohon pihak sekolah beli alat pengukur ketinggian untuk kegunaan
terutamanya RMTS. Pk Ko telah maklumkan bahawa alat tersebut telahpun dibeli dan
disimpan di bilik PK Ko.
Tindakan : Makluman

5.7 Pengerusi – Mohon Jadual Kerja AKP dibuat yang baru kerana mengikut situasi semasa
sekarang, kehadirn bekerja adalah pada kadar 50% (3 orang) sehari manakala kehadiran
PPM adalah diwajibkan. Akan diambil tindakan oleh Puan Rohaya.
Tindakan : Puan Rohaya

5.8 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Guru Kaunseling kerana telah berjaya
menjalankan saringan Ujian Minda Sihat kepada murid tahap 2. 70% saringan dapat
dilengkapkan.
Tindakan : Makluman

6. Penutup
6.1 Ucapan penangguhan.
Pengerusi mengingatkan bahawa kita semua adalah sama. Jika berada di atas, janganlah
merendah-rendahkan orang yang kurang dari kita. Mungkin mereka kurang dalam satu bidang
tetapi hebat dalam bidang lain. Tidak perlulah ada dikalangan kita yang saling menyalahi antara
satu sama lain. Bantu-membantulah sesama kita dalam apa jua keadaan. Berusahalah untuk
memperbaiki kelemahan dan bergabung untuk mencapai sesuatu. Setiap daripada kita ada
kekuatan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika ada masalah, bawa

berbincang dan jangan menghentam di belakang. Adakan perbincangan untuk kemenangan dua
hala. Bagi beliau, setakat hari ini beliau tiada masalah dengan warga SKB dan berharap
sebaliknya. Jika ada, pintu perbincangan sentiasa terbuka. Beliau mendoakan agar SK Bekelam
terus mencapai kejayaaan di masa hadapan.

Disudahi dengan Surah As-Asr
Mesyuarat ditangguh jam 5.00 petang.

Disediakan oleh,

AZLIN BINTI IDRIS
Setiausaha Mesyuarat Guru,
Sekolah Kebangsaan Bekelam,
16370 Bachok, Kelantan.


Click to View FlipBook Version