MINIT MESYUARAT
GURU DAN
KAKITANGAN SK
BEKELAM BIL 1/2020
MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN SK BEKELAM BIL 1/2021
Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Permata Putera SK Bekelam
Agenda mesyuarat :-
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat bil 4/2020
3. Perkara berbangkit
4. Perancangan Awal Tahun sesi Persekolahan 2021 :
4.1 Pengurusan dan pentadbiran
4.2 Kurikulum
4.3 HEM
4.4 Kokurikulum
5 Hal-hal lain
Agenda 1 – Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul- Kitab AlFatihah
1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran. Encik Wan Roslan tidak dapat hadir atas sebab
peribadi.
1.3 Mengucapkan terima kasih atas kerjabuat sepanjang tahun 2020.
1.4 Doa kepada semua warga SK Bekelam agar sentiasa dilindungi Allah SWT kerana bumi
Bachok sudah dilanda covid19.
1.5 Mengingatkan agar semua warga SK Bekelam sentiasa mengamalkan SOP :- duduk di
rumah, jika perlu keluar, jaga jarak 1 meter, sentiasa memakai mask dan cuci tangan
menggunakan hand sanitizer atau sabun.
1.6 Pihak sekolah akan menyediakan alat pengimbas suhu di beberapa tempat dalam kawasan
sekolah dan pencuci tangan bagi menyambut kehadiran sesiapa sahaja ke sekolah.
1.7 Pesanan daripada KPPD Bachok , sebarang info perlu disebarluaskan kepada warga sekolah
dengan kadar segera.
1.8 Sekiranya berlaku apa-apa, perlu laporkan segera kepada penghulu sekolah (Encik Sayuti).
1.9 Guru besar boleh cadangkan guru-guru yang berkebolehan dan berminat untuk menjadi
Penolong Kanan.
1.10 Data guru dan kakitangan perlu sentiasa dikemaskini dengan tepat dan betul supaya tiada
keciciran berlaku.
1.11 Bagi AKP, wajib penuhi minima 5 hari berkursus.
1.12 PLC – Guru perlu perbanyakkan perbincangan di sekolah terutama untuk meningkatkan
kualiti pengajaran di sekolah.
1.13 Pembukaan sekolah bergantung kepada pengumuman yang akan dibuat oleh KPM..
1.14 Makan di kantin sekolah adalah tidak dibenarkan sama sekali
1.15 Kebersihan tandas perlu diutamakan.
1.16 Hari pertama persekolahan, pastikan tiada PdPc kerana tumpuan perlu kearah pengurusan
:- buku teks, kerusi meja, pergerakan mengikut SOP dan lain-lain
1.17 Pastikan SOP sentiasa dipatuhi terutama ibubapa yang hantar dan ambil anak dalam
Kawasan sekolah.
1.18 ‘Touch point’ 1 murid, 1 meja, 1 kerusi, 1 set buku teks
1.19 Pengurusan buku teks adalah pada hari pertama persekolahan
1.20 Pastikan alat pengimbas suhu dan pencuci tangan ada.
1.21 Pengawas Peperiksaan Awam – guru dan AKP yang berdaftar boleh lantik sebagai
Pengawas Peperiksaan Awam.
1.22 Keciciran murid diutamakan. Murid wajib hadir ke sekolah kecuali jika sakit dan
menunjukkan tanda-tanda bergejala – selsema dan batuk.
1.23 Transisi dijalankan selama 43 hari – KPM mengambilkira murid prasekolah yang
ketinggalan kerana sesi persekolahan yang singkat akibat pandemik. Fokus kepada
penguasaan membaca dan menulis. (modul akan dibekalkan oleh KPM)
1.24 Kurikulum yang terkesan/tertinggal boleh samada diserap/diajar dahulu kepada murid.
1.25 RMTS dan Susu Sekolah bermula hari pertama persekolahan.
1.26 APDM – jangan diusik sehingga 18 Janurai 2021
1.27 Untuk makluman semua guru, Kedai Sekolah telah diubahsuai supaya lebih luas dan
selsesa untuk murid membeli buku tulis dan lain-lain.
1.28 Penjualan juga akan diperluas kepada barang keperluan asas. Berharap agar guru-guru
juga membeli di kedai sekolah sebagai tanda sokongan.
1.29 Untuk makluman juga, Tuan Guru Besar telah merancang untuk membuat Dataran di
Taman Herba supaya murid dapat menggunakannya untuk aktiviti sampingan..
Tindakan : Makluman
Agenda 2 – Pengesahan Minit Mesyuarat 4/2020
2.1 Pengerusi meminta semua guru merujuk kepada Minit Mesyuarat Bil 4/2020 yang telah
diedarkan.
2.2 Cadangan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2020
Dicadang oleh : Encik Mohd Safuan bin Adnan
Disokongan oleh : Encik Mohamad Zamri bin Ali
Tindakan : Makluman
Agenda 3 – Perkara berbangkit
4.2 – Puan Yang Zarina (PkP) – Para 4.2.7 – Cadangan panitia untuk subjek guru mengajar.
PKP memaklumkan, setelah mengambilkira faktor bilangan guru yang tidak cukup, setiap guru
terpaksa mengajar masa yang banyak termasuk guru luar norma.
Pengerusi memaklumkan mungkin akan ada kemasukkan guru baru dan jadial akan diubah
semual mengikut cadangan panitia dan kesesuaian serta keperluan semasa.
Tindakan : Makluman
Agenda 4 - Pembentangan :-
4.1 Pengurusan dan pentadbiran
4.1.1 Mohon semua warga sekolah jika ada urusan, perlu ikut prosedur yang ditetapkan. Ada
perkara yang mengambil masa untuk diselesaikan, jadi semua kena sabar.
4.1.2 Pengerusi berpuashati dengan kerjasama dan hubungan baik diantara guru, AKP dan staf
swasta. Berharap keadaan ini dapat dikekalkan.
4.1.3 Teruskan amalan dan hubungan baik sentiasa..
Tindakan : Makluman
4.2 Kurikulum – Puan Yang Zarina Bt Idris (PK Pentadbiran)
4.2.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2020.
4.2.2 Rujuk kepada lampiran Jawatankuasa Kurikulum sesi 2021 yang diagihkan.
4.2.3 Beberapa perubahan diadakan untuk memenuhi keperluan.
4.2.4 Pengagihan Buku Rancangan Pelajaran harian.
Tindakan : Maklumn
4.2.5 Tarikh penghantaran RPH untuk semakan adalah 18/02/2021
4.2.6 RPH dibenarkan samada ditulis atau ditampal yang bertaip.
Tindakan : Semua guru
4.2.7 Puan Eseh memohon semua guru kelas dan guru bilik-bilik khas melengkapkan borang
kewpa 7 (boleh ambil dengan Puan Rohani Che Abdul Rahman) dan diserahkan kepada
beliau.
Tindakan : Semua guru kelas dan guru bilik-bilik khas
4.2.8 Puan Rohaya – meminta guru-guru semak portal e-pangkat untuk urusan kenaikan
pangkat agar tiada keciciran berlaku.
4.2.9 PKP mahu DSKP Tahun 5 (semakan) dicetak 2 salinan : - 1 salinan diserahkan kepada
Puan Hamidah (SU KSSR) untuk difail dan 1 salinan untuk simpanan panitia.
Tindakan : semua guru tahun 5
4.2.10 Senarai guru kelas sesi 2021 – rujuk lampiran
4.2.11 Rancangan Pelajaran tahunan adalan 40 minggu.
4.2.12 Perancangan kurikulum – setiap panitia perlu mengadakan sekurang-kurangnya 3
program peningkatan kualiti pengajaran guru dan 3 program untuk murid.
4.2.13 PBD – bermula hari pertama PdPc berjalan.
4.2.14 Puan Fadhilah Mat Din – kepastian bilik seni. Setelah berbincang, Bilik SAL akan
dijadikan Bilik Seni kerana Bilik SAL tidak perlu memandangkan telah ada Speaker
Corner dan HIP Corner. Keputusan, Bilik Sal akan ditukar kepada Bilik Seni.
Tindakan : Makluman
4.2.15 Berharap agar semua guru dapat bekerjasama memantapkan prestasi sekolah walaupun
dalam keadaan norma baru yang mungkin akan memberi impak yang besar dalam
prestasi anak didik kita. Semoga kita terus tabah menghadapi dugaan ini.
Tindakan : Makluman
4.3 HEM – Puan Siti Noor Binti Ismail (PK HEM)
4.3.1 Salam dan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua guru dalam
meningkatkan kemenjadian murid bagi sesi persekolahan 2020.
4.3.2 Senarai Jawatankuas HEM 2021 – rujuk lampiran yang diagihkan.
4.3.3 Pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan 2021 bergantung kepada pengumuman KPM
yang juga bergantung atas situasi pandemik semasa.
4.3.4 Untuk sesi persekolahan 2021, SOP yang ketat perlu dipatuhi bermula hari pertama
persekolahan.
4.3.5 Guru akan bertugas untuk mengambil suhu murid dan perlu hadir jam 7.00 pagi utuk
bertugas.
4.3.6 Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan bilik darjah/kantin. Hanya hantar
di hadapan pondik jaga sahaja.
4.3.7 Kehadiran murid adalah wajib kecuali jika sakit atau mempunyai gejala selsema atau
batuk.Guru-guru perlu memastikan pergerakan murid mengikut arah yang ditetapkan dan
murid tidak dibenarkan berkumpul ramai-ramai.
4.3.8 Tindakan : Makluman
4.3.9 Buku Teks – pungutan dan pengagihan adalah pada hari pertama persekolahan.
E-hadir perlu diisi sebelum 9 pagi – jika ada masalah sila maklumkan kepada PK Hem
dengan kadar segera.
4.3.10 Persediaan Bilik Darjah :
i) Keadaan fizikal kelas – tiada streaming class.
ii) Tahun 1 – Puan Eseh akan memberi senarai nama untuk ditampal di pintu bilik
darjah.
iii) Pastikan setiap murid ada 1 meja, 1 kerusi dan 1 set buku teks pada hari pertama
persekolahan.
iv) Sekolah kan sediakan tempat mencuci tangan dan sabun. Guru kelas pastikan
ada peraltan tersebut di kelas masing-masing
v) Pastikan carta-carta, jadual pembelajran dan jadual tugasan harian ditukar dan
dipamerkan pada hari pertama persekolahan.
vi) APDM – guru kelas agihkan, kutip semula dan isi maklumat murid dalam
sistem supaya tiada keciciran bantuan berlaku.
Tindakan : Guru Kelas
4.3.11 Tidak dibenarkan makan dan minum di kantin sekolah.
Tindakan : Makluman
4.3.12 Akhir kata – harapan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas Kerjasama yang
diberikan.
Tindakan : Makluman
4.4 Kokurikulum – Encik Mohd Zukri Bin Ismail (PK Kokurikulum)
4.4.1 Mengucapkan syukur kerana hari ini dapat menjalankan mesyuarat untuk persediaan awal
tahun. Terima kasih kepada semua guru diatas sumbangan dan kerjasama serta
keprihatinan dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2020.
Tindakan : Makluman
4.4.2 Untuk Jawatankuasa Unit Kokurikulum 2021 – rujuk lampiran
4.4.3 Walaupun tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang tahun 2020, namun
harapan 2021 dapat mengharungi pandemik ini dan aktiviti dapat diteruskan seperti biasa.
4.4.4 Pembukaan persekolahan sesi 2021 lebih fokus kepada pembelajaran dalam SOP yang
ketat, jadi aktiviti kokurikulum masih belum diputuskan prosedur perjalanan aktiviti.
Namun Jawatankuasa unit Kokurikulum telah bersedia dengan aktiviti yang akan
diadakan secara atas talian. Pendekatan ini diambil sekiranya, kokurikulum tidak boleh
dijalankan secara bersemuka.
4.4.5 Mesyuarat kali pertama dan pelantikan jawatankuasa murid akan diadakan seawal
minggu ke -2 persekolahan bermula.
4.4.6 Semua ketua penasihat diminta mengambil buku rekod aktiviti di bilik PK Ko untuk diisi
maklumat setelah senarai nama diberikan oleh Setiausaha Kokurikulum (Puan Azlin).
Tindakan : semua Ketua Penasihat
4.4.7 Semua guru kelas Tahun 5 dan 6, dikehendaki mengambil Buku PAJSK di bilik Pk Ko
untuk diagihkan kepada kelas masing-masing.
Tindakan : Guru Kelas Tahun 5 dan 6
4.4.8 Murid tahun 4 dikehendaki membeli buku PAJSK dari PK Ko.
4.4.9 Berharap agar dapat sama-sama mengembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi 2021
kerana byk pertandingan dan program yang tidak dapat dijalankan tahun ini disebabkan
oleh pandemik covid 19
Tindakan : Makluman
5. Hal-Hal lain
5.5.1 Puan Nazrah – Prosedur murid prasekolah – bertanyakan prosedur murid prasekolah
kerana mereka belum daftar lagi.
Pengerusi memaklumkan prosedur adalah sama seperti tahun lepas. Pendaftaran adalah hari
pertama. Ibubapa/penjaga tetap tidak dibenarkan memasuki kawasan kelas, jadi urusan
pendaftaran perlu dijalankan oleh guru prasekolah bersama PPM. Kehadiran murid disambut di
tempat tiba dan murid dibawa ke kelas oleh PPM.
Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM
6. Penutup
6.1 Ucapan penangguhan.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh
semua warga SK Bekelam kepada beliau. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mendapat
memo dan akan bertugas sebagai Guru Besar di SK Tanjung Jenera bermula 15 Januari 2021.
Beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan ke atas semua warga SK Bekelam. Beliau
mendoakan agar SK Bekelam terus mencapai kejayaaan di masa hadapan.
Disudahi dengan Surah As-Asr
Mesyuarat ditangguh jam 12 tengahari.
Disediakan oleh,
AZLIN BINTI IDRIS
Setiausaha Mesyuarat Guru,
Sekolah Kebangsaan Bekelam,
16370 Bachok, Kelantan.