The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TMK)-Nur Amalina Roslan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP21022 Nur Amalina Binti Roslan, 2023-03-08 10:52:47

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TMK)-Nur Amalina Roslan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TMK)-Nur Amalina Roslan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Adab Kelas 1 Dedikasi Tarikh / Hari 21 Mac 2023 / Selasa Masa 10.30-11.30 pagi Bilangan Murid 24 orang (12 lelaki, 12 perempuan) Tajuk Bersih diri hiasi peribadi Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid telah didedahkan tentang kebersihan di rumah dan sekolah Standard Kandungan 6.1 Menaakul dan mengamalkan adab terhadap diri sendiri mengikut sunnah Rasullullah. - menjaga kebersihan diri Standard Pembelajaran 6.1.1 Menerangkan pengertian menjaga kebersihan diri. Objektif Pembelajaran Di akhir pembelajaran murid dapat : 1) Menyebut pengertian menjaga kebersihan diri dengan betul setelah mendengar penerangan guru. 2) Menyatakan 3 kepentingan menjaga kebersihan diri selepas aktiviti soal jawab guru dan murid. 3) Memberikan 3 akibat mengabaikan kebersihan diri. Kemahiran Berfikir Mengenalpasti kepentingan menjaga kebersihan diri Gabung Jalin Ibadah Penyerapan Pendidikan Kesihatan Penerapan Nilai Rajin dan bertanggungjawab Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran Koperatif dan kolaboratif Kemahiran Insaniah Kemahiran sosial : Kerja berpasukan E.M.K Keusahawanan : Kesanggupan belajar daripada kesilapan dan keinginan kepada maklum balas segera. Penilaian Pdp 1. Lisan 2. Tulisan 3. Pemerhatian Bahan Bantu Mengajar Buku teks, radio, bakul dan alat-alat penjagaan kebersihan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi dan air mineral.


Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Pengenalan/ Pendahuluan Bacaan doa : Bacaan syahadah : 1. Guru memberi salam kepada semua murid. 2. Guru meminta murid untuk mengutip sampah di bawah meja dan membetulkan kedudukan meja masing-masing. 3. Guru meminta muridmurid membaca doa belajar. Guru dan murid-murid bersama-sama membaca doa belajar. Penerapan nilai : Khusyuk Kerjasama Tawakkal Adab bermakna Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Set Induksi Tayangan lagu berkaitan kebersihan diri. Cadangan soalan : 1. Apakah yang kamu dapat dengar daripada muzik tersebut. Saranan jawapan : 1. Lagu tersebut memperdengarkan muzik tentang cara-cara membersihkan diri. Meneka dan menyenaraikan nama alat-alat yang digunakan untuk membersihkan diri. 1. Guru memperdengarkan lagu berkaitan dengan kebersihan diri. 2. Guru meminta muridmurid menumpukan perhatian terhadap lagu yang diperdengarkan. 3. Setelah lagu selesai diperdengarkan , guru mengajukan beberapa soalan dan beberapa orang murid orang murid menjawab soalan tersebut. 4. Kemudian, guru menunjukkan sebuah bakul yang berisi peralatan untuk membersihkan diri dan meminta agar muridmurid meneka dan menyebut apakah barang yang akan ditunjukkan. 5. Murid menyebut dan menyenaraikan nama alat-alat tersebut. Teknik : Soal jawab Bahan bantu mengajar (BBM) : Buku teks,radio, bakul, berus gigi, ubat gigi, sabun dan air mineral. Nilai murni : Fokus dan patuh


6. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran yang akan dipelajari pada hari tersebut. 7. Guru menyediakan soalan set induksi melalui google forms dan soalan kuiz di aplikasi Kahoot sebagai pengenalan awal dan merangsang pengetahuan sedia ada murid. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 1 Pengertian menjaga kebersihan diri. (video berkaitan dengan kebersihan diri dipamerkan) Penerangan guru 1. Murid ditayangkan video yang dimuatnaik dari Youtube berkaitan kebersihan diri. 2. Guru menerangkan pengertian menjaga kebersihan diri kepada murid-murid. 3. Murid mendengar penerangan guru berkaitan menjaga kebersihan dengan khusyuk. 4. Murid diminta menyatakan kembali pengertian menjaga kebersihan diri secara berkumpulan dan individu. 5. Murid melakukan aktiviti (kuiz) yang dihasilkan oleh guru di aplikasi (Hot potatoes) dan (wordwall) E.M.K : Teknologi maklumat dan komunikasi Kaedah : Penerangan Soal jawab Bahan bantu mengajar : Video Objek pembelajaran interaktif. Penerapan nllai : Bersungguhsungguh Bekerjasama Khusyuk Strategi : Berpusatkan murid


Langkah 2 Adab-adab menjaga kebersihan diri 1. Memakai pakaian yang bersih dan kemas. 2. Memastikan kuku sentiasa bersih dan dipotong. 3. Tubuh badan dan pakaian dalam keadaan yang bersih dan wangi. 4. Mandi serta bersihkan diri setiap hari. 5. Menggosok gigi sekurangkurangnya 2 kali sehari. 6. Berwudhuk untuk memastikan diri dalam keadaan bersih dan suci. 7. Memastikan adab-adab ke tandas dijaga setiap kali membersihkan diri. 1. Guru memuatnaik video pembelajaran lagu tentang cara menjaga kebersihan diri daripada Youtube. 2. Guru memberikan penerangan berkaitan dengan adab-adab menjaga kebersihan diri sambil menunjukkan kad gambar. 3. Murid mendengar dengan teliti penerangan guru. 4. Guru menyebut adabadab menjaga kebersihan diri satu persatu dan kemudian diikuti oleh murid-murid secara beramai-ramai di dalam kelas. 5. Soal jawab antara guru dan murid tentang adabadab menjaga kebersihan diri. 6. Murid diberikan aktiviti menguji minda melalui aplikasi (Padlet) iaitu murid diminta untuk mrnyenaraikan semula adab-adab menjaga kebersihan diri. 7. Murid juga diberikan permainan interaktif di aplikasi (Quizizz) Kaedah : Soal jawab Penerangan Bahan bantu mengajar : Aplikasi interaktif, video, kad gambar. Nilai : Bersungguhsungguh Khusyuk Strategi : Berpusatkan guru dan murid


Langkah 3 1) Kepentingan menjaga kebersihan diri. 2) Akibat mengabaikan kebersihan diri. 1. Murid menonton video pendek berkaitan kepentingan menjaga kebersihan diri melalui aplikasi Blendspace. 2. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan dan akibat mengabaikan kebersihan diri. 3. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk berbincang bagi melengkapkan carta perbezaan antara kepentingan menjaga kebersihan diri dan akibat mengabaikan kebersihan diri melalui aplikasi (Jamboard). 4. Wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil tugasan. 5. Murid merumuskan isi pelajaran bersama guru Nilai : Prihatin Kerjasama Keazaman berusaha Kaedah : Penerangan Permainan Perbincangan Bahan bantu mengajar : Video yang dimuatnaik dari aplikasi Blendspace. Aplikasi interaktif : (Jamboard) Blendspace Langkah 4 Aktiviti pengukuhan Murid dapat menulis pengertian menjaga kebersihan diri, adab menjaga kebersihan diri selepas aktiviti soal jawab. 1) Apakah pengertian menjaga kebersihan diri? 2) Tuliskan 3 adab-adab menjaga kebersihan diri. 3) Tuliskan 3 akibat tidak menjaga kebersihan diri. 1. Murid melakukan aktiviti sumbangsaran bersama guru. 2. Murid diminta menulis pengertian dan 3 adab menjaga kebersihan diri serta 3 akibat tidak menjaga kebersihan diri melalui peta ”ithink” secara berkumpulan. 3. Hasil tugasan terbaik akan dipamerkan dihadapan kelas. Amalan pedagogi masa kini : Pembelajaran Koperatif E.M.K : Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan


4. Guru memberi lembaran kerja bertulis dan kuiz untuk disiapkan secara individu sebagai aktiviti pengukuhan. 5. Murid merumus isi pelajaran bersama guru kerja berkumpulan. Kaedah : Perbincangan Sumbangsaran Kemahiran Insaniah : Kerja berpasukan Bahan bantu mengajar : Lembaran kerja, kuiz wordwall, kertas mahjung. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Penutup Penutup kognitif. Rumusan 1) Pengertian menjaga kebersihan diri. 2) Adab-adab menjaga kebersihan diri. 3) Kepentingan menjaga kebersihan diri. 4) Akibat mengabaikan kebersihan diri. Penutup sosial : Guru menasihati murid agar sentiasa menjaga kebersihah diri. Sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat kehidupan dan kesihatan yang diberikan oleh Allah. 1. Guru mengingatkan dan menyebut kembali isi pelajaran. 2. Murid diminta mengingat kembali, merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari dan menjawab soalan kuiz. 3. Guru menyediakan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan untuk disiapkan secara individu di rumah. 4. Murid diminta untuk menghasilkan buku poster (projek) dan disiapkan di rumah. Penerapan nilai : Bersyukur Menjaga ibadah Gabungjalin : Ibadah Bahan bantu mengajar : Lembaran kerja Gambar.


Refleksi Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek EDUP2112 Teknologi dan Media Pengajaran. Tugasan menghasilkan projek ini telah diberikan pada 24 Februari 2023 melalui pensyarah pembimbing iaitu En Abd Haris bin Johari. Beliau telah memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan tugasan tersebut dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan tugasan. Beliau juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugasan dan saya memahami tugasan yang diberikan ini dengan baik. Pada tugasan kali ini, saya dikehendaki untuk menghasilkan satu projek (Google Sites) berasaskan model reka bentuk pengajaran dan menggunakan aplikasi interaktif yang selaras dengan "Digital Learning Object” berdasarkan RPH matapelajaran teras. Selain itu, berkenaan dengan tugasan, saya telah memilih bidang adab tahun 1 iaitu Bersih Diri Hiasi Peribadi. Topik ini dipilih bagi menepati matapelajaran major untuk kursus opsyen Pendidikan Islam yang diajar di sekolah. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu En Abd Haris bin Johari di atas perkongsian ilmu yang telah dicurahkan semasa proses pengajaran secara bersemuka dan secara atas talian.Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan kelas yang banyak membantu dalam menghasilkan projek Google Sites ini. Antara cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan tugasan ini adalah kekangan masa.Hal ini terjadi kerana terdapat pelbagai tugas yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar PDPP saya perlu pandai menguruskan masa dengan baik dan teratur. Bagi memastikan tugasan ini dapat disempurnakan tepat pada masa yang diberikan saya mesti berusaha dengan lebih gigih agar tugasan yang diberikan dapat dihasilkan dengan cemerlang. Selain itu, ilmu teknologi pada masa kini sangat meluas. Jika saya tidak cuba berusaha untuk menuntut ilmu maka saya akan jauh ketinggalan ke belakang berbanding orang lain. Penghasilan produk iaitu menghasilkan Google Sites ini merupakan salah satu cabaran yang perlu saya sahut agar dapat berkongsi manfaat daripada projek ini kepada anak-anak murid saya di sekolah. Melalui kerja kursus ini, setiap guru perlulah mahir konsep kemahiran 6C bagi memastikan proses (PDP) dapat dijalankan secara berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan menarik apabila murid dapat mengalami sendiri pengalaman sesuatu situasi proses pembelajaran melalui pelbagai aplikasi dan aktiviti secara interaktif yang menyeronokkan.Kejelasan dalam memberikan arahan juga merupakan kekuatan dalam penyampaian isi pelajaran. Murid akan lebih bersemangat dan akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Segala kelemahan yang didapati ketika menyiapkan tugasan ini akan saya lakukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran saya pada masa akan datang. Semoga dunia pendidikan di Malaysia akan terus berkembang dengan maju bagi melahirkan insan yang berkualiti sebagai pewaris bangsa dan negara.


Click to View FlipBook Version