The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazwani, 2019-05-12 22:45:57

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE 44 2019

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE 44 2019

MINIT CURAI
(Taklimat / Mesyuarat)

PERKARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI TARIKH 16 FEBRUARI 2019

KE 44

RUJ. FAIL MASA 8:00 PAGI

TEMPAT DEWAN IMTIYAZ, SK SERI ANJURAN PIBG SKSM

MENANTI

KEHADIRAN :

1. ENCIK NAIM BIN JUSRI (Ketua Cabang Keadilan, Penyelaras DUN Sungai Balang)

2. ENCIK MOHD HASAN BIN TAIB (YDP PIBG SK Seri Menanti)

BIL PERKARA / ISU TINDAKAN /
MAKLUMAN
1 UCAPAN GURU BESAR SKSM (PUAN HANITA BINTI JAMIL)
 Merakamkan jutaan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Makluman
Dihormati, Encik Naim bin Jusri dan para ibu bapa SK Seri
Menanti pada mesyuarat kali ini. Ibu bapa / Penjaga
 Mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG, AJK PIBG, guru-guru
dan staf sokongan kerana dapat merancang, mengelola dan
melaksanakan mesyuarat hari ini.
 SKSM menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misi
membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Justeru itu, pihak sekolah berharap sokongan dan penglibatan
ibu bapa diperlukan untuk memastikan kejayaan anak-anak
SKSM.
 Ibu bapa perlu memastikan keperluan asas persekolahan anak-
anak seperti peralatan sekolah mencukupi,memastikan anak-
anak bangun awal dan datang sekolah awal.
 Ibu bapa juga perlu memberi tumpuan terhadap pelajaran anak-
anak, memberi kasih sayang dan perhatian agar mereka tidak
tersisih.
 Melahirkan perasaan dukacita atas ketidakhadiran sesetengah
ibu bapa dalam program sekolah atau majlis ilmu anjuran
sekolah.
 Menyeru ibu bapa memberi kerjasama yang erat supaya
bersama-sama berganding bahu menyuntik semangat belajar
anak-anak.
 Ibu bapa perlu memberi inspirasi dan galakan untuk anak-anak
belajar.
 Perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk bertanya
khabar tentang masalah belajar, masalah perbadi dan
sebagainya.
 PIBG menghadapi cabaran dalam membantu pihak sekolah
dalam semua aspek khasnya kecemerlangan pendidikan anak-
anak.
 Oleh yang demikian, jika ibu bapa dan komuniti dapat bersatu
dan bekerjasama dengan pihak sekolah, ia dapat memberikan
banyak manfaat antaranya pencapaian murid meningkat, kes

1

disiplin dapat dikurangkan dan hubungan ibu bapa dan pihak Makluman

sekolah menjadi lebih baik.

 Menyatakan Program sepanjang 2018 sehingga ke hari ini

seperti:-
 Pencapaian UPSR 2018
 BM (Pemahaman dan Penulisan)-100%
 Sains – 100%
 BI (Pemahaman)- meningkat dari 78.3 % ke 94.1 %
 BI (Penulisan) – meningkat 76.5 kepada 80.76 %
 Matematik –melonjak 73.9% kepada 96.15%
 Akan menjadi tuan rumah Karnival Koakademik BM Zon

Sungai Balang pada 20 Februari 2019
 Telah menghantar penyertaan dalam Bola Jaring dan

Bola Baling MSSD Muar.
 Akan laksanakan Program Korban bersama IKRAM pada

4 Ogos 2019
 Akan laksanakan Program Motivasi bersama IKRAM

pada bulan April. Akan dihadiri DAI Azam Alkankari

sebagi penceramah jemputan.
 Akan menjadi tuan rumah peringkat negeri bagi Iftar

Pengakap.
 SKSM berjaya mendapat Anugerah Naib Johan PSS

Cemerlang.

 SKSM dapat peruntukan untuk baik pulih bangunan A yang

akan mula dilaksanakan 17 Februari 2019.

 SKSM telah membuat permohonan dewan terbuka, cat

bangunan A dan B dan naik taraf padang sekolah kepada YAB

Ahli Parlimen Muar.

 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang

menghantar anak-anak ke Prasekolah Al Uzma. Atas

kepercayaan ini ,pihak sekolah akan terjemaahkan pelbagai

kejayaan anak-anak di peringkat sekolah, zon, daerah dan

negeri.

 Berharap ibu bapa terus penghantar anak-anak ini ke peringkat

perdana.

2 UCAPAN YDP PIBG: ENCIK MOHD HASAN BIN TAIB

 Mengalu-alukan kehadiran Encik Naim bin Jusri, Ketua Cadang

Keadilan Muar, Penyelaras DUN Sungai Balang, Guru Besar

SKSM, barisan guru penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru dan

ibubapa.

 Memanjat kesyukuran dapat berkumpul dan ucapan tahniah

kepada pihak sekolah kerana dapat menjana pelbagai program

kecemerlangan murid.

 Menyeru ibu bapa bertanya khabar dengan pihak sekolah Ibu bapa/ Penjaga
berkaitan prestasi anak-anak. Salah satu perkara yang

membimbangkan adalah peratus j-Qaf yang merundum. KPI

j-Qaf sekolah tidak mencapai sasaran.

 Harapan YDP PIBG agar ibu bapa dapat bersama-sama

memikirkan, berusaha dan bertindak memastikan anak-anak

mendapat pendidikan asas agama yang terbaik.

 Untuk memantapkan perjalanan sesuatu program sekolah,ia

2

memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian Makluman
kadar sumbangan PIBG sangat penting untuk sesuatu program. Pihak Sekolah
 Mengingatkan ibu bapa yang belum menjelaskan sumbangan
PIBG yang lepas supaya menyelesaikan secepat mungkin Makluman
untuk digunakan untuk menjayakan program-program sekolah.
 Memohon maaf atas keterlanjuran kata atau kekurangan Ibu bapa
tanggungjawab dari NYDP PIBG hingga ke YDP PIBG lebih
kurang 20 tahun di SK Seri Menanti.
 Berharap kerjasama ibu bapa untuk bersama-sama
menjayakan program sekolah supaya dapat berjalan dengan
lancar.
3 UCAPAN PERASMI: YANG DIHORMATI ENCIK NAIM BIN
JUSRI
 Mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada pihak
sekolah dan PIBG atas kesudian menjemput sebagai perasmi.
 Beliau kagum dengan kepimpinan Puan Hanita binti Jamil
kerana mempunyai visi dan imipian untuk memajukan SK Seri
Menanti.
 Antara cadangan yang diminta adalah untuk mewujudkan
padang futsal di sekolah untuk anak-anak SKSM,belia-belia
kampung dan penduduk sekitar kerana ia dapat memakmurkan
sekolah untuk bersukan.
 Beliau memaklumkan kebetulan Ahli Parlimen Muar juga ada
peruntukan untuk membina lebih banyak padang futsal di
daerah Muar.
 Beliau mencadangkan agar pihak sekolah membuat
permohonan surat ke Ahli Parlimen dan memberi satu salinan
kepada beliau untuk dipanjangkan ke pihak atasan.
 Menyampaikan salam daripada Ketua-ketua Kampung dan Ahli
Majlis yang tidak dapat bersama kerana Kursus Permukiman.
 Beliau menyatakan kawasan Muar banyak peluang untuk
dibangunkan seperti pertanian, pelancongan, industri perabot
dan sebagainya
 Ucapan tahniah atas kehadiran dan komitmen ibu bapa dari
segi masa, tenaga dan sebagainya untuk pendidikan anak-
anak.
 Pendidikan anak-anak hari ini merupakan pendidikan generasi
akan datang. Pendidikan generasi masa depan adalah salah
satu sumbangan kita membina negara ke arah yang lebih baik.
 Sumbangan diberikan merupakan suatu nilai yang besar
sekiranya semua berganding bahu menyumbang idea.
 Beliau menyatakan kita perlu mencontohi Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Tun Mahathir bin Mohamad yang
masih berkerja keras menyumbang idea, tenaga dan
mempunyai wawasan yang besar untuk membangunkan
negara.
 Ibu bapa perlu jaga anak-anak bukan sahaja cemerlang di
sekolah tetapi cemerlang di dunia dan di akhirat.
 Memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala kurang
sihat seperti dadah dan sebagainya.
 Perlu seimbangkan pendidikan anak-anak duniawi dan ukhrawi

3

untuk keberkatan hidup. Naib Setiausaha
 Saranan baharu KPM iaitu agar anak-anak dapat belajar PIBG

berenang. Ia merupakan sunnah Rasulullah saw selain Bendahari PIBG
daripada menunggang kuda dan memanah. Berenang Makluman
merupakan visi yang sangat baik sekiranya dapat laksanakan.
 Untuk tahun 2019, peperiksaan Tahap 1 telah dimansuhkan. Ia Ibu bapa
merupakan satu pembaharuan untuk perkembangan anak-anak
untuk lebih seronok ke sekolah, supaya anak-anak lebih dekat
dengan sekolah, supaya tidak tertekan dengan sistem
peperiksaan, gred peperiksaan dan sebagainya.
 Beliau berasa berbesar hati dapat kerjasama dengan pihak
sekolah, ibu bapa, masyarakat Seri Menanti.
 Harapan agar ibu bapa terus memberi kerjasama dengan pihak
sekolah bagi menjayakan sekolah seterusnya negeri Johor.
 Encik Naim bin Jusri merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke 44, Program Ziarah Cakna dan Jom Ke Sekolah 2019.
 Penyampaian sijil dan cenderamata kepada YDP PIBG, AJK
PIBG sesi 2018/2019.
 Penyampaian cenderamata kepada perasmi.
4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
AGUNG KALI KE 43
 Encik Muhammad Nazri bin Abd Hamid selaku Naib Setiausaha
PIBG SKSM membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali
ke 43 bagi sesi 2018/2019.

 Dicadang untuk disahkan oleh :Puan Hajah Asiah binti
Jawahir @Ideris

 Disokong untuk pengesahan oleh : Encik Zurihan bin
Mohamed

5 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
 Puan Mastura binti Ahmad selaku Bendahari PIBG SKSM
membentangkan Penyata Kewangan 1 Januari 2018 hingga 31
Disember 2018.
 Dicadangkan untuk disahkan oleh: Puan Noor Fazilah binti
Majid
 Disokong untuk pengesahan oleh: Puan Zaidah binti Md
Shah

6 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
 Tiada

7. PEMBUBARAN AJK PIBG Sesi 2018/2019
 Encik Mohd Hasan bin Taib dengan rasminya membubarkan
barisan AJK PIBG sesi 2018/2019.
 Melantik Tuan Haji Selamat bin Takim sebagai Pengerusi
Sementara.

8 HAL-HAL LAIN
 Puan Hanita binti Jamil mencadangkan sumbangan PIBG
RM50 untuk anak pertama dan anak seterusnya RM30 seorang.
Beliau memberi penjelasan sumbangan PIBG ini akan
menampung sebarang aktiviti murid samada di dalam sekolah
atau aktiviti luar sekolah. Diharap ibu bapa bersetuju dengan
cadangan beliau. Bayaran sumbangan boleh dibuat secara

4

ansuran sepanjang tahun. Makluman
Makluman
 Encik Mohd Hairi bin Ibrahim melontar pandangan, untuk

menambah baik sistem kewangan PIBG. Beliau mencadangkan

RM 50 anak yang pertama, RM 20 seorang untuk anak

seterusnya.

9. PERLANTIKAN AJK PIBG, KSIB DAN PIBK SK SERI MENANTI

SESI 2019/2020

Puan Maimunah binti Abdul Jalal mencadangkan Encik Mohd
Bostomi bin Haji Zaiton dilantik sebagai YDP PIBG SKSM yang

baharu. Telah disokong dan diterima dengan sebulat suara.

Pencalonan NYDP PIBG SKSM iaitu
 Puan Zaidah binti Md Shah
 Encik Mohd Hairi bin Ibrahim

Sokongan sebulat suara memilih Encik Mohd Hairi bin Ibrahim

sebagai NYDP PIBG SKSM yang baharu.

 Pencalonan AJK Ibu bapa iaitu:-
 Puan Zaidah binti Md Shah
 Puan Rosehafizatul Ain binti Mohd Napiah
 Puan Zalina binti Md Noh
 Encik Shamsulbahri bin Jaafar
 Puan Nurashikin bin Mustahal
 Encik Zurihan bin Mohamed

Sokongan sebulat suara bersetuju dengan pemilihan calon AJK

Ibu bapa tersebut.

 Pencalonan Pemeriksa Kira-kira iaitu:-
 Encik Mohd Nor bin Abdullah
 Puan Mazliana binti Mohd Nasir

Sokongan sebulat suara bersetuju dengan lantikan pemeriksa kira-

kira.

 Berikut adalah senarai lengkap AJK PIBG sesi 2019/2020

Penasihat : Puan Hanita binti Jamil

Yang Di Pertua PIBG : Encik Mohd Bostomi bin Haji Zaiton

Naib YDP PIBG : Encik Mohd Hairi bin Ibrahim

Setiausaha : Puan Hazwani binti Hatim

Pen. Setiausaha : Puan Noremardiana binti Nordin

Bendahari : Puan Mastura binti Ahmad

AJK Guru : 1) Encik Md Najib bin Sfari

: 2) Puan Hadijah binti Soib @ Mohamed

: 3) Puan Nor Azizah binti Hashim

AJK Ibu Bapa :1) Puan Zaidah binti Md Shah

2) Puan Rosehafizatul Ain binti Mohd

Napiah

3) Puan Zalina binti Md Noh

4) Puan Nurashikin binti Mustahal

5) Encik Shamsulbahri bin Jaafar

6) Encik Zurihan bin Mohamed

Pemeriksa Kira-kira: 1) Encik Mohd Nor bin Abdullah

2) Puan Mazliana binti Mohd Nasir

5

 Berikut adalah senarai AJK KSIB PIBG Sesi 2019/ 2020

Ex-Officio : Puan Hanita binti Jamil (Guru Besar)

Yang Di Pertua PIBG : Encik Mohd Bostomi bin Hj. Zaiton Makluman

Naib Yang Di Pertua PIBG : Encik Mohd Hairi bin Ibrahim

Setiausaha : Puan Hazwani binti Hatim

Bendahari : Puan Mastura binti Ahmad

Ketua Biro KSIB : En. Azlan Bin Sadin

Sukarelawan KSIB :

 Biro 4K* : 1) Encik Nor Azman bin Ahmad

: 2) Encik Mohd Nor bin Abdullah

: 3) Puan Maimunah binti Abd. Jalal

: 4) Puan Normah binti Kenang

 Biro Bimbingan & Kerjaya

: 1) Encik Mohd Hairi bin Ibrahim

: 2) Puan Rossidah binti Abdullah

: 3) Puan Noor Fazilah binti Majid

: 4) Puan Mazliana binti Mohd Nasir

 Biro Sosial & Kebudayaan :

: 1) Encik Mohd Razif bin Sabtu

: 2) Puan Zaidah binti Md. Shah

: 3) Puan Sabiha binti Saim

:4) Puan Rosehafizatul Ain binti Mohd

Napiah

 Biro Kokurikulum & Sukan :

:1) Encik Samsulbahri bin Jaffar

: 2) Encik Zurihan bin Mohamed

: 3) Puan Irma binti Mahhat

: 4) Puan Rosliza binti Yaacob

 Biro Akademik & Kecemerlangan :

:1) Puan Rafidah binti Ridwan

: 2) Puan Noorazlina binti Abd Ghani

: 3) Puan Suriana binti Mahmud

 Biro Kebajikan & Keagamaan :

:1) Encik Mohd Idzuan bin Othman

: 2) Encik Azlan bin Sadin

: 3) Puan Norhaslizah binti Atan

: 4) Puan Hasikin binti Dzul Fakar

Rakan KSIB :

 AJK Komuniti

: 1) Masjid Jamek al-Halim Seri Menanti

: 2) Sekolah Agama Seri Menanti

: 3) Klinik Kesihatan Seri Menanti

: 4) Ketua Kampung Seri Menanti 6

: 5) Ketua Kampung Seri Menanti 7

6

: 6) Perpustakaan Desa Seri Menanti Zon 7
: 7) Balai Polis Parit Jawa
: 8) PKG Sungai Balang
: 9) Ibu Pejabat Polis Daerah Muar
: 10) Persatuan Yayasan ATM Cawangan Sg. Balang
: 11) Persatuan Kebajikan Sahabat Murni, Muar (PKSM)
: 12) Bank Simpanan Nasional (BSN) Parit Jawa

Makluman

 Berikut adalah senarai AJK PIBK PIBG Sesi 2019/2020

Pengerusi : Puan Hanita binti Jamil

Timbalan Pengerusi : Encik Morni bin Gani

Penyelaras PIBK : Puan Mastura binti Ahmad

Ahli Jawatankuasa :-

GPK HEM : Puan Zaidah binti Sapiyi

GPK Kokurikulum : Puan Norhaiza binti Mohd Nor

YDP PIBG : Encik Mohd Bostomi bin Haji Zaiton

Setiausaha : Puan Hazwani binti Hatim

Ketua Biro KSIB : Encik Azlan bin Sadin

Ketua Biro Maklumat : Puan Zaidah binti Md Shah

Guru Bim & Kaunseling: Puan Siti Hajar binti Husein @Mohsin

AJK Komuniti

: 1) Masjid Jamek al-Halim Seri Menanti

: 2) Sekolah Agama Seri Menanti

: 3) Klinik Kesihatan Seri Menanti

: 4) Ketua Kampung Seri Menanti 6

: 5) Ketua Kampung Seri Menanti 7

: 6) Perpustakaan Desa Seri Menanti Zon 7

: 7) Balai Polis Parit Jawa

: 8) PKG Sungai Balang

: 9) Ibu Pejabat Polis Daerah Muar

: 10) Persatuan Yayasan ATM Cawangan Sg.

Balang

: 11) Persatuan Kebajikan Sahabat Murni, Muar

(PKSM)

: 12) Bank Simpanan Nasional (BSN) Parit Jawa

 Diharap AJK PIBG, KSIB dan PIBK yang dilantik dikalangan
guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat dapat
memberikan kerjasama yang baik dan menjalankan tugas
dengan sebaik-baiknya.

10. PERBAHASAN USUL:
Usul 1:
Menambah sumbangan PIBG dari RM30 ke RM50 sekeluarga.
Tujuan untuk meningkatkan prasarana sekolah seperti membeli
loker untuk penyimpanan buku.

Usul 2 :
Meningkatkan tentang bacaan Al-Quran dan mengenal huruf jawi.

7

Usul 3 :
Mencadangkan kelas bimbingan untuk murid Tahun 5

Usul 4 :
Buku latihan kerja tidak habis disiapkan sehingga akhir tahun.
Mencadangkan adakan aktiviti kuiz spontan bersama murid.

Keputusan Mesyuarat: Ibu bapa
Panitia Pendidikan
 Sebulat suara mesyurat bersetuju sumbangan PIBG RM50 Islam / AJK PIBG
untuk anak yang pertama dan anak seterusnya RM20 seorang.
Pihak sekolah
 Puan Hanita binti Jamil akan berbincang bersama pihak Pantia
Pendidikan Islam tentang cadangan tersebut kerana pihak Ibu bapa
sekolah juga ada membuat cadangan program bagi Panitia
Pendidikan Islam. Ia perlu mendapatkan persetujuan dari pihak Makluman
tertentu tentang untuk menjalankan program tersebut.
Tarikh Disediakan :
 Kelas tambahan ada dibuat tetapi buat masa sekarang hanya
untuk murid Tahun 6. Jika ibu bapa sanggup untuk
mengeluarkan wang membuat bayaran, pihak sekolah akan
berbincang bersama AJK PIBG yang baharu tentang cadangan
tersebut.

 Guru-guru telah memaklumkan kepada murid perlu menyiapkan
buku kerja apabila selesai sesuatu topik. Mohon ibu bapa
pantau anak-anak untuk menyiapkannya di rumah.

11. UCAPAN PENANGGUHAN
 NYDP PIBG yang baru dilantik iaitu Encik Mohd Hairi bin Ibrahim
merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kepercayaan pihak
sekolah melantik beliau sebagai NYDP PIBG SK Seri Menanti.
 Beliau berasa bangga dengan SK Seri Menanti pada hari ini.
Berharap ibu bapa jika ada permasalahan boleh berbincang
bersama AJK PIBG dan pihak sekolah.
 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi dan diakhiri
dengan bacaan tasbih kafarrah dan Surah Al- Asr.

Nama Pencatat :

Hazwani binti Hatim 23 Februari 2019
Hadijah binti Soib @Mohamed

.

8


Click to View FlipBook Version