The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 1(2019)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skshazwani, 2019-01-29 22:43:40

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 1(2019)

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 1(2019)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI, MUAR
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 1 / 2019

Tarikh : 26 Disember 2018( Rabu )
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Komputer, SK Seri Menanti
Pengerusi : Pn Hanita binti Jamil( Guru Besar )
Kehadiran : 18/20 orang

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat pertama
bagi tahun 2019 dan memperkenalkan Pn Nurul Syafiqah binti Zailani, Guru
Pendidikan Islam Beredar dari SJKC Yu Ming yang baru melaporkan diri ke SK
Seri Menanti.

1.2 Mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah menunjukkan prestasi
kerja yang cemerlang dengan menyempurnakan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan terutama dalam pdpc yang berkesan dan berkualiti
selain mengurus sekolah sepanjang sesi persekolahan tahun 2018 dalam
memartabatkan dan menjulang nama SKSM dengan pencapaian yang
membanggakan sama ada dalam bidang Akademik, HEM, Kokurikulum dan juga
penganjuran majlis yang hebat.

1.3 Pengerusi mewakili pihak SKSM mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap
tugasan yang telah dilaksanakan dengan tekun, dedikasi, bertanggungjawab,
berkesan dan ikhlas selain sanggup bersusah payah, berpenat lelah menyokong
dan bekerja sama dalam apa jua halangan bersama pihak pentadbir. Setiap
sumbangan tenaga, masa, material dan wang ringgit amatlah dihargai dan
semua pengorbanan untuk berubah kearah yang lebih baik akan memperolehi
keberkatan daripada Allah s.w.t.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn Mastura binti Ahmad
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn Siti Hajar binti Husein

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 VISI KPM, MISI KPM DAN HALATUJU SEKOLAH
4.1.1 Pengerusi menyeru agar semua warga sekolah dapat menghayati makna
visi, misi dan hala tuju sekolah secara menyeluruh.
Visi KPM, “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

(1)

Misi KPM, “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Hala Tuju Sekolah:

• Kecemerlangan ilmu ke arah gemilang dan terbilang.
• Kemenjadian murid yg berkualiti.

• Keunggulan kepimpinan dan pengurusan.
• Kemantapan sahsiah warga sekolah (guru,staff, murid,pekerja swasta)
• Menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai pihak.

Tindakan : Makluman

4.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM ) 2013-2025

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PPPM telah berada dalam Fasa
Gelombang Ke 2 ( 2016-2020 ) : Memberi lebih kebebasan kepimpinan dalam
negeri, daerah dan sekolah, dan fleksibiliti operasi ke atas peruntukan bajet,
penggunaan kakitangan serta penjadualan kurikulum.

4.2.2 Justeru semua guru digesa agar bangkit, berdaya daing dan lebih proaktifbagi
merealisasikan 3 Objektif Pelan Pembangunan Pendidikan, 5 Aspirasi Utama
Sistem Pendidikan, 6 Aspirasi Utama Murid, 9 Bidang Keberhasilan Utama
Pendidikanserta 11 Anjakan Utama Tranformasi Sistem Pendidikan Negara.

Tindakan : Makluman

4.3 Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi

4.3.1 Fokus 2019 menekankan 3 perkara iaitu Headcount, PAK 21 dan PLC.

Bagi mencapai objektif organisasi dan kepimpinan berkualiti tinggi,
kompetensi menggerakkan sumber dalam pengurusan sekolah
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya mengikut SPSK selain kolaborasi
bersama PIBG, KSIB, Sarana PIBK, Sukarelawan dalam kelas (SdK),
kepimpinan murid, kepimpinan ibubapa, NGO, pemimpin masyarakat
dan lain-lain.

4.3.2 Konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan menekankan Kajian Tindakan
dan Budaya Membaca hendaklah diamalkan di samping menangani
perubahan dalam ICT, NKRA, KPI, H/Cdan futuristic.

4.3.3 Sebagai seorang Penjawat Awam Profesional, kualiti peribadi
hendaklah diberi penekanan dengan pematuhan arahan seperti etika
berpakaian, waktu kehadiran, berbudi bahasa, berbudaya penyayang, kreatif,
inovatif, bermotivasi, komited dengan budaya menuntut ilmu, ekuiti,
akauntabiliti, integrity dan sanggup mengambil risiko.

Tindakan : Makluman

4.4 Aspirasi Sekolah

4.4.1 Pencapaian UPSR dikekalkan atau ditambah baik kepada kelulusan
4.4.2 100% setiap mata pelajaran.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mencapai kelulusan 100% bagi semua
subjek.

(2)

4.4.3 Kehadiran murid perlu mencapai sama atau melebihi KPI KPM iaitu sekurang-
kurangnya 96.00%
4.4.4 Peningkatan pencapaian dalam kokurikulum peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
4.4.5 Kemenjadian murid dalam sahsiah dan disiplin.
4.4.6 Pengekalan pengurusan kewangan audit ‘baik’ kepada ‘cemerlang’
4.4.7 Memupuk budaya penyayang, prihatin, empathy dan sanggup menerima
perubahan.
4.4.8 Peningkatan pemahaman SKPMg2 di kalangan guru-guru.

Tindakan : Semua guru

4.5 Piagam SK Seri Menanti

4.5.1 Ikrar dan iltizam kami warga SKSM adalah :
Berusaha ke arah kecemerlangan :
Kurikulum, Kokurikulum, Sahsiah murid, persekitaran dan fizikal
sekolah, mewujudkan sekolah penyayang, memberi perkhidmatan
kaunter yang mesra, berusaha menerima teguran dan membuat
penambahbaikan yang berterusan.

Tindakan : Makluman

4.6 Guru dan kakitangan 2019

4.6.1 Mengikut norma perjawatan, Guru & Kakitangan SKSM adalah seramai
23 orang dari pelbagai peringkat (pengurusan dan sokongan). Berikut
adalah pecahan warga kerja (Waran ):

PERJAWATAN BILANGAN
Guru Besar 1
3
Guru Penolong Kanan 3
Guru ICT / Data / GPM 1
3
GuruPemulihan 8
Guru Pendidikan Islam 19
Guru Akademik / KSSR
2
Jumlah Guru 1
Pembantu Tadbir N19 / Juruteknik 1
23
Komputer FT
Pembantu Operasi N11
Pembantu Pengurusan Murid N19

JUMLAH BESAR

4.6.2 Tiada Guru Pemulihan sekiranya enrolmen murid di bawah 150 orang
4.6.3 Guru Akademik KSSR adalah mengikut opsyen
4.6.4 Guru sedia ada sekarang( termasuk Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji/ Cuti Sakit
berpanjangan)

Tindakan : Makluman

(3)

4.7 Enrolmen Murid, Guru Kelas dan Guru Damping 2019

BIL TAHUN JUMLAH MURID JUMLAH KELAS
1 Pra Sekolah 25 1
21 24 1
32 19 1
43 23 1
54 19 1
65 20 1
76 26 1
JUMLAH 156 7

KELAS GURU KELAS GURU DAMPING
Pra Sekolah Pn Nor Azizah binti Hashim
Pn Hadijah binti Soib Pn Satina Zaharah binti
Tahun 1 Zainal Abidin
Pn Mastura binti Ahmad En Selamat bin Takim
Tahun 2 En Md Najib bin Sufari Pn Siti Anita binti Mohamed
Tahun 3 Cik Siti Rohana binti Mahadi En Muhammad Nazri bin Abd
Tahun 4 Hamid
Pn Siti Hajar binti Husein Pn Hjh Asiah binti Jawahir
Tahun 5 Pn Banun binti Baharum Pn Hafezah binti Kamat
Tahun 6 Pn Hazwani binti Hatim
Pemulihan

Tindakan : Makluman

4.8 Persekolahan Sesi 2019

4.8.1 Waktu rasmi hari persekolahan adalah Ahad – Khamis :
Tahap 1: ( 7:30 pagi – 1:00 petang )
Tahap 2: ( 7:30 pagi – 1:30 petang )
Waktu rehat ( 10:00 pagi – 10:30 pagi ). Sepanjang Program Transisi,

murid Tahun 1 akan rehat awal 5 minit.

Loceng akan dibunyikan pada pukul 7:20 pagi setiap hari.

4.8.2 Jumlah waktu pembelajaran bagi Tahap 1 (1440 minit) dan Tahap 2
(1560 minit)
Pdpc Tasmik dijalankan mengikut tahun dan kumpulan murid. Adalah
digalakkan untuk solat zohor berjemaah.
Kem Bestari Solat dan Kem Kecemerlangan Jawi hendaklah
dilaksanakan 2 kali setahun dan dimasukkan ke dalam Takwim Sekolah.

4.8.2 Hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 merupakan hari kerja mengikut
keperluan aktiviti atau program seperti Kokurikulum, 1M1S, program
peningkatan dan lain-lain.

4.8.3 Guru perlu hadir pada atau sebelum 7:15 pagi

Guru bertugas mingguan perlu hadir seawal 7:05 pagi untuk

melaksanakan Program Budaya Penyayang dengan menyambut

kehadiran murid di pintu pagar.
‘Thumbprint’ setiap kali hadir dan balik setiap hari persekolahan
termasuk menghadiri program atau aktiviti pada hari Sabtu.

Hubungi Guru Besar dan GPK Pentadbiran sekiranya tidak hadir atau
lewat untuk penyediaan awal ‘relief’.

Tindakan : Semua guru

( 4)

4.9 Pematuhan kepada SPI: Buku Rekod Mengajar Guru (BRMG) / eRPH
(SPI 3/1999)

4.9.1 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) hendaklah sedia dikemukakan bila-bila diminta dalam
berbagai bentuk. Kegagalan menyediakannya boleh dipenalti RM500
di bawah PU(A) 531 Seksyen 8(1). Merupakan dokumen rasmi, audit,
justifikasi dan verifikasi.

4.9.2 RPT disediakan untuk tahun semasa (bukan ‘fotostat’ RPT tahun
sebelumnya)

4.9.3 BRMG yang dipersembahkan dalam fail hendaklah berformat iaitu
terbahagi kepada 3 bahagian : ‘starter, main activities, plenary’.

4.9.4 eRPH mestilah disediakan untuk setiap mata pelajaran dan kelas yang
diajar dengan mengambil kira keberkesanan pdpc (refleksi) pengajaran
sebelumnya.
Penulisan eRPH mestilah mengandungi objektif, strategi PAK 21,
impak dan lain-lain. Objektif dan impak pdpc hendaklah ditulis dengan
jelas.

4.9.5 Senarai semak penghantaran eRPH hendaklah dilakukan pada setiap
hari Khamis selewat-lewatnya 1:30 petang.

4.9.6 Penghantaran BRMG bagi tahun 2019 yang telah lengkap adalah pada
minggu ketiga persekolahan.

4.9.7 Panggilan, memo, surat peringatan, surat tunjuk sebab, surat PPD
akan menyusul sekiranya guru-guru gagal mematuhi arahan.

Tindakan : Semua Guru

4.10 Pengurusan Mesyuarat

4.10.1 Pematuhan kepada pekeliling kemajuan perkhidmatan awam (PKPA),
semua ketua panitia atau setiausaha semua bidang perlulah mematuhi
dalam pengurusan sesuatu mesyuarat hendaklah mengandungi :
Nama Mesyuarat, Tarikh dan masa mesyuarat, tempat mesyuarat,
Nama Pengerusi, dan Agenda Mesyuarat

4.10.2 Surat Panggilan Mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya
7 hari dari tarikh mesyuarat dan mengikut agenda yang telah
ditetapkan.

4.10.3 Perlu ada senarai kehadiran, borang tindak susul mesyuarat

4.10.4 Minit Mesyuarat dan borang maklum balas perlu diedarkan dalam
masa dua minggu

4.10.5 Mengikut SPSK terkini, pegawai dirujuk adalah GPK 1 (PK 08), edaran
Januari 2018

Tindakan : Semua Ketua Panitia dan setiausaha bidang

(5)

4.11 PENGURUSAN KURIKULUM

4.11.1 Melindungi masa instruksional (MMI)

MMI didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk
aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Pdpc berlangsung seperti yang
dirancang, bermakna dan berkesan.

Amalam MMI adalah seperti mengurangkan kelewatan, ketidakhadiran,
meningkat waktu pembelajaran murid, meningkat peluang untuk
belajar dan melindungi waktu instruksional dari gangguan.

Ketidakhadiran guru perlu diberitahu awal agar relief dapat disediakan
supaya murid tidak terabai dan juga demi keselamatan mereka.

Tindakan : Semua Guru

4.11.2 Proses pembelajaran dan pengajaran (Pdpc)

Mesti dilaksanakan menepati waktu yang telah ditetapkan. ‘Quality
Contact Hour’. Tiada defisit iaitu tiada murid yang tidak menguasai 3M,
tidak melibatkan pihak lain.

Berikan perhatian kepada kawalan kelas, pengurusan disiplin,
kehadiran dan kesediaan murid. Penggunaan optimum BBM dengan
rekod pinjaman dan pemulangannya.

Hasil kerja murid perlu ditanda dengan pen merah dan dipulangkan
kepada murid semula. Berikan ulasan membina, tindakan pembetulan
dan usaha guru ke atas tindakan membetulkan kesalahan.

Tindakan : Semua Guru

Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Sekolah Rendah
– SPI Bil 2/2008 dan 10/2009, perlu dimasukkan dalam pdpc Bahasa Melayu
sebanyak satu kali seminggu.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

4.11.3 Penggunaan Bilik-bilik Khas

Setiap penggunaan bilik, kehadiran murid, pinjaman dan pulanganalatan atau
bahan perlu direkodkan dalam buku khas yang telah disediakan.

Pdp hendaklah dilaksanakan mengikut perancangan seperti dalam RPH

Tindakan : Semua Guru

4.11.4 Pencerapan pdpc Guru

Pencerapan dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. ( 3 kali
sekiranya pencerapan kurang memuaskan )

(6)

Skor pencerapan setiap guru mestilah melepasi 80%. Penggunaan borang
PK04/1 – instrument pencerapan & ‘Learning Walk’.

Pencerapan berpandukan apa yang dilihat dan diharap oleh pencerap.

Pdpc mestilah berpusatkan murid, penggunaan BBM/ICT, pengajaran yang
bermakna dan berkesan.

Pencerapan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan. Perbincangan
pra, semasa dan pasca pencerapan mengenai kekuatan dan kelemahan pdp
akan dilaksanakan. Guru yang dicerap perlu melaksanakan tindak ikut.

Tindakan : Semua Guru

4.11.5 Pemantauan Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid mesti disemak 100% oleh guru yang mengajar subjek
berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Pemantauan akan dijalankan oleh pentadbir atau panitia sekurang-kurangnya
sekali setahun mengikut jadual yang telah disediakan.

Dokumen pemantauan akan direkodkan.

Tindakan : Semua Guru

4.11.6 UPSR 2018 – Penanda Aras 2019

Berdasarkan keputusan UPSR 2018, sekolah mensasarkan kelulusan 100%
untuk semua mata pelajaran dengan GPS :

Tindakan : Makluman

4.11.7 Program meningkatkan kecemerlangan

Setiap panitia diminta menyediakan aktiviti yang menjurus ke arah
kecemerlangan pelajar seperti PROGRAM PKJR, Citra BM, Cakna Minda ,
Program Bijak Pemulihan, EW20, dan Bijak Sifir. Ketua Panitia akan menjadi
penyelaras aktiviti tersebut.

Panitia juga perlu menentukan jenis latihan, bilangan buku latihan, dan
bilangan latihan mengikut subjek. Perjumpaan sesame guru dalam
melaksanakan dan membincangkan sesuatu berkaitan kecemerlangan murid
amat digalakkan.

Program Transisi & Guru Penyayang akan dilaksanakan selama 3 minggu

Bagi murid-murid Pemulihan, Saringan LINUS boleh digunakan untuk
mengenal pasti keupayaan murid dan lakukan pemeriksaan doctor
sekiranya ada murid berkenaan.

Program PROTIM dan PINCH merupakan program 100% murid celik
huruf.

Tindakan : Ketua Panitia

(7)

4.11.8 Head Count (HC)

Merupakan proses mengenalpasti potensi akademik dan kerjaya murid
mulai tahun 1 hingga tahun 6

Head Count diperlukan untuk
- melihat keupayaan sedia ada setiap murid
- menilai potensi setiap murid yang dapat digarap
- merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan
keupayaan murid berasaskan diagnosis yang tepat
- Untuk tujuan post-mortem dan tindakan penambahbaikan yang

proaktif
- Pemantauan dan penilaian boleh dibuat oleh PGB, GPK, guru kelas
dan guru MP secara sistematik
- Panitia dapat berfungsi dengan lebih berkesan

TOV[take-off value]adalahnilai letak kerja kepada seseorang murid
berdasarkanpotensi sedia ada seperti pencapaian akademik merujuk
kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran

ETR [expected targeted result]adalah sasaran hasil pembelajaran
yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan
peperiksaan terakhir/ peperiksaan awam

Setiap guru dikehendaki membuat HC murid, TOV, ETR dan near-miss

Tindakan : Semua Guru

4.11.9 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Surat lantikan Ketua Panitia yang baru atau yang dilantik semula akan
dikeluarkan. Ketua Panitia boleh mempengerusikan mesyuarat.

Mesyuarat Panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun manakala PLC
bolehdilaksanakan secara terbimbing pada setiap minggu bagi
membincangkan kecemerlangan panitia.

Setiap panitia hendaklah membincangkan bilangan dan jenis buku
yang diguna, bilangan latihan, tempoh pemeriksaan buku latihan,
pemulihan, pengayaan, sasaran setiap mata pelajaran, analisis dan
post mortem peperiksaan, dan program peningkatan kecemerlangan.

Tindakan : Semua Panitia

4.12 PENGURUSAN HEM

4.12.1 Hari Pertama Sesi Persekolahan 2019

Semua murid telah dibekalkan satu meja, satu kerusi dan satu set
Buku Teks

Guru Bertugas Mingguan hadir lebih awal membantu kelancaran
pergerakan murid dan menyambut kehadiran murid-murid di pintu
pagar bagi melaksanakan Program Budaya Penyayang.

Tindakan : Guru Kelas & Guru Bertugas Mingguan

(8)

4.12.2 Pengurusan Bilik Darjah
4.12.3
4.12.4 Susun atur kerusi meja mestilah mengikut PAK 21. Murid berada dalam
kumpulan dengan memberi penekanan pada saiz murid, masalah penglihatan
dan masalah disiplin murid. Kedudukan kerusi dan meja guru yang
bersesuaian. Penggunaan peralatan yang minima.

Keselamatan, kebersihan dan keceriaan bilik darjah mesti diberi keutamaan.
Disiplinkan murid dalam menjaga kebersihan.

Pamerkan hasil kerja murid, ‘reward chart’ dan ‘parking lot’

Jadual waktu kelas, jadual bertugas murid, calendar, carta organisasi,
peraturan, senarai inventori mesti dipaparkan. Papan kenyataan dan sudut-
sudut yang bermaklumat diurus dengan baik.

Tindakan : Guru-guru Kelas

Disiplin Murid

Tiada penggunaan rotan (zero rotan).
Semua guru adalah Guru Disiplin.

Kehadiran murid mesti diambil pada waktu pertama oleh Guru Kelas atau guru
mata pelajaran pertama dan ‘online’ sebelum 8:30 pagi

Guru perlu mengiringi murid untuk ke kelas atau ke bilik-bilik khas. Pergerakan
keluar masuk kelas mesti dikawal dengan penggunaan Pas Keluar Murid.

Murid-murid perlu diingatkan pergerakan semasa kecemasan seperti
penggunaan tangga atau laluan khas kecemasan.

Tindakan : Semua Guru

Kehadiran Murid

Cara menulis kehadiran murid adalah seperti yang tercatat dalam Buku
Register Kehadiran

Murid datang lewat
• 1 – 2 kali amaran lisan
• 3 kali – amaran lisan, rekod dalam SSDM,
• Lewat berulang – rujuk Guru Bimbingan &Kaunseling, hubungi
penjaga, sediakan program
• Akur janji pelajar & penjaga

Murid ponteng sekolah
• Berturut-turut (31 hari)
• Amaran pertama – 3 hari
• Amaran kedua – 7 hari (10 hari)
• Amaran akhir – 7 hari (17 hari)
• Berhenti sekolah – 10 hari (31 hari)

(9)

Ponteng tidak berturut (60 hari)
• Amaran pertama 10 hari
• Amaran kedua 10 (20 hari)
• Amaran terakhir 20 (40 hari)
• Berhenti sekolah 20 (60 hari)

Tindakan : Semua Guru Kelas

4.13 PENGURUSAN KOKURIKULUM

4.13.1 Pelaksanaan Kokurikulum

Selasa ( 7:30 – 8:30 pagi )
Rabu ( 12:30 – 1:30 tengah hari )
Sabtu Minggu Ke-2 dan Ke-4 ( 8:00 – 11:30 pagi )

Setiap murid tahap 2 menjadi ahli kepada satu unit pakaian seragam, satu unit
kelab atau persatuan dan satu unit sukan dan permainan dengan komposisi
yang seimbang ( Rujuk Buku Pengurusan Sekolah )Tiada istilah kronism
atau favouritism

Aktiviti yang dirancang mestilah menarik minat murid dengan berpandukan
Skema Kerja. Merupakan kesinambungan dari kemahiran yang diajar di kelas.
Setiap Pasukan/persatuan/ kelab mestilah selalu bersedia dan mantap.

Perhimpunan Bulanan unit Kokurikulum diadakan pada Minggu Ke-3
Pakaian uniform guru adalahmengikut unit masing-masing
GB / GPK digalakkan memakai pakaian PEMIMPIN

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membawa murid menyertai
pertandingan dan bukannya ibu bapa. Pastikan Surat Kebenaran membawa
pelajar untuk keluar dari kawasan sekolah disediakan.

Tindakan : Semua guru

4.13.2 Pembugaran Sukan Sekolah

Semua guru adalah guru sukan dan bertanggungjawab untuk menyediakan
kegemilangan sukan sekolah dengan menyerlahkan bakat dan potensi murid

Sukan sekolah berfokus kepada Sukan Elit, penglibatan murid, pelapis, sukan
sepanjang tahun dan sukan pra musim

Program yang disusun mestilah didokumentasikan 2 atau 3 minggu
Sebelum pelaksanaan beserta laporan kehadiran, pencapaian, dan
penyertaan. Setiap perbelanjaan ada nilainya dengan menyediakan kertas
konsep/kerja yang meliputimakan, perjalanan, dan pendaftaran

Menurut SPI Bil 16 tahun 2010, 1M1S juga merupakan program
pembangunan sukan sekolah. Berdasarkan Dasar KPM, ianya adalah sukan
untuk semua dan sukan berprestasi tinggi

Tindakan : Semua Guru

( 10 )

4.14 PENGURUSAN KEWANGAN

4.14.1 Yuran persekolahan

Tiada bayaran dipungut kerana pendidikan adalah percuma kecuali untuk
Warga Asing yang dikenakan fee dan bayaran tambahan. Murid tersebut
dibenarkan bersekolah pada minggu ke-2 setelah mendapat surat daripada
PPD.

Sumbangan PIBG dipungut selepas mendapat keputusan Mesyuarat Agung

Tindakan : Semua Guru Kelas

4.14.2 Kewangan Panitia

Setiap Panitia hendaklah menyediakan Anggaran Belanja Mengurus yang
dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia Pertama.

Pembelian keperluan melibatkan kumpulan yang besar mengikut keperluan
semua murid. Aktiviti yang dirancang mestilah bersesuaian dengan peringkat
umur murid dengan mengambil kira bilangan penyertaan yang melibatkan kos
efektif tetapi impak yang maksimum.

Nota Minta mestilah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. Setiap
pembelianhendaklah disertakan dengan bil, resit dan bukti pembelian dan
penerimaan barang hendaklah di masukkan ke dalam stok

Pembiayaan program / lawatan mestilah mengikut prosedur dan disertakan
dengan kertas konsep / kerja yang lengkap dan disemak oleh GPK mengikut
bidang / unit masing-masing.

Perbelanjaan hendaklah dilakukan mengikut prestasi bulanan dan bukannya
pada penghujung tahun sahaja.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.14.3 Bantuan Kewangan Kokurikulum (BKK)

Merupakan peruntukan kewangan tahunan sekolah yang disediakan bagi
menampung keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum di sekolah
SPK BIL 8/2010

Perbelanjaan yang dibenarkan adalah meliputi aktiviti:
i. Pasukan Pakaian Seragam/Badan Beruniform
ii. Kelab dan Persatuan ( tidak termasuk Sukan dan Permainan);
iii. Aktiviti sokongan pembentukan, pemupukan dan pembangunan sahsiah

murid seperti perkhemahan, seminar, kolokium dan kursus kepimpinan
(tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan
akademik).
iv. Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid
v. Penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna
vi. Pembelian sera penyelenggaraan peralatan kokurikulum sekolah.

( 11 )

Contoh kesalahan ketika membelanjakan BKK:
i. Menggunakan peruntukan BKK untuk membawa kontigen sekolah ke

pertandingan sukan anjuran MSSD
ii. Melaksanakan program lawatan bagi calon-calon UPSR
iii. Kos untuk menyediakan banner 1M1S
iv. Melaksanakan kursus Pustakawan dan Pengawas
v. Membeli peralatan Pusat Sumber
vi. Menampung kos cetakan Teknik Menjawab Soalan
vii. Bayaran untuk penceramah Kursus Motivasi Pengawas
viii. Menggunakan untuk makan pelawat
ix. Melaksanakan program lawatan pelajar dengan menampung kos

pengangkutan, makan dan penginapan (melibatkan kos yang tinggi
berbanding dengan bilangan pelajar)
x. Memberi makan kepada semua pelajar ketika melaksanakan program
kokurikulum ( kos tinggi )
xi. Menggunakan keseluruhan peruntukan BKK untuk melaksanakan 1
program yang besar

Tindakan : Semua guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Budaya Mencatat dan Budaya Kesegeraan

Jadikan Budaya Mencatat dan Budaya Kesegeraan (Sense Of Urgency)
apabila hadir mesyuarat / taklimat / bengkel / kursus dll. Buat Minit Curai dan
hantar laporan untuk sebarang tindakan segera sebelum PPD membuat
tindakan susulan kerana ia akan menjejaskan imej dan kelemahan
pentadbiran sekaligus memalukan pihak sekolah. Sila rujuk dan maklumkan
kepada Guru Besar jika terdapat sebarang permasaalahan terlebih dahulu.

Tindakan : Semua Guru

5.2 Pengurusan Pentadbiran Pejabat

Maklumat yang lengkap dan kemaskini sering diperlukan pihak pentadbiran
dengan segera seperti SPS, HRMIS, Kenaikan Pangkat, Lantikan,
Pengesahan Jawatan, Berpencen, Tatatertib, Perkhidmatan, Pinjaman, Gaji,
dan Isytihar Harta. Guru-guru diminta bertindak dengan segera jika diminta
berbuat demikian untuk membantu kelicinan pengurusan pejabat.

Tindakan : Semua Guru

5.3 Isu Cuti

Cuti bukan hak tetapi keistimewaan.

- Cuti rehat khas -10 hari
- Cuti Haji dan Umrah
- Cuti bersalin – 60 /90 hari (300 hari)
- Cuti tanpa rekod
- Cuti tanpa gaji/separuh gaji
- Cuti kematian
- Cuti Sakit
- Cuti kuarantin

( 12 )

Cuti Rehat Khas (CRK) hendaklah dimohon melalui HRMIS dengan
kebenaran Guru Besar. CRK tidak boleh diambil berurutan dan tidak boleh
bersambung dengan cuti peristiwa. Cuti dirancang lebih awal dan tidak boleh
diambil sesuka hati. Adalah digalakkan untuk tukar atau ambilalih kelas atau
menyediakan lembaran kerja untuk guru relief.
Cuti Sakit (MC) luar kawasan adalah tidak diterima. Jika MC swasta melebihi
2 hari, pegawai perlu mendapatkan pengesahan sakit daripada hospital
kerajaan.

Tindakan : Semua guru
6. PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan Mesyuarat Pengurusan
& Pentadbiran Kali Kedua akan diadakan pada bulan Februari

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:30 tengah hari.

Disediakan oleh :
Urusetia,
Mesyuarat Pengurusan & Pentadbiran,
SK Seri Menanti.

( 13 )


Click to View FlipBook Version