The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkiflimusa30, 2022-09-10 09:10:22

kertas 1 bahasa melayu kssm tingkatan 4

kertas 1kssm tingkatan 4

1103/1 SULIT

Bahagian A
[30 markah]
Soalan ini mesti dijawab

Grafik di bawah menunjukkan sebahagian maklumat tentang pemakanan yang sihat.

Berdasarkan maklumat tersebut, tulis sebuah rencana tentang kebaikan mengamalkan pemakanan
yang sihat.

Panjangnya rencana anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1

Bahan 2

1

1103/1 SULIT

Bahagian B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Arahan: Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1.

Kesedaran generasi kini terhadap kepentingan sejarah boleh disifatkan sekadar
bermusim kerana kebiasaannya ramai akan mula mengambil kisah mengenainya
hanya menjelang tarikh penting tertentu seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Apabila berlalu sambutan itu, minat mereka dalam bidang ini kembali hambar, malah
kadang kala tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling setiap hari dan kaitannya
dengan sejarah. Kesannya, generasi muda yang diharapkan menjadi pewaris masa
depan dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek mengenai negara sendiri,
lantaran kurang minat terhadap menghayati sejarah tanah air.

Sumber:https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/10/481109/hayati-
sejarah-bentuk-generasi-muda-menerusi-sejarah

Petikan akhbar di atas menjelaskan bahawa generasi kini semakin kurang mengambil kisah mengenai
sejarah negara.

Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat generasi kini
mempelajari sejarah.

2.

Ekopelancongan merupakan antara tarikan utama di Malaysia. Kalau nak lihat
bangunan tinggi atau bangunan moden, di negara mereka pun ada tapi mereka suka
datang ke Malaysia untuk lihat keindahan alam semula jadi di sini dan dan rasai
suasana di luar bandar, ia memang menarik minat mereka. Salah satu faktor lain
adalah menghilangkan stress.

sumber :
https://www.sinarharian.com.my/article/20995/BERITA/Nasional/Ekopelancongan
-jadi-pilihan-pelancong

Petikan di atas merumuskan tentang ekopelancongan di negara kita menjadi faktor utama pelancong
asing memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan.

Bincangkan.

2

1103/1 SULIT
3.
KUALA LUMPUR: Tindakan bersepadu membabitkan syarikat perbankan dan
telekomunikasi yang menjadi platform atau modus operandi utama kegiatan
penipuan diperlukan bagi membanteras jenayah yang mengakibatkan kerugian
ratusan jutaan ringgit. Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim,
berkata kempen berbentuk pendidikan dan perkongsian maklumat mengenai
penipuan pelaburan yang berterusan adalah strategi paling baik untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745792/usaha-
bersepadu-bagi-menumpaskan-jenayah-scam

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan
daripada terjebak dengan sindiket penipuan.

Berikan komen anda.

4.

Era masa ini semakin hari semakin berkembang pesat ekoran sikap manusia
yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Manusia
juga sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa berputus asa untuk memperoleh
kejayaan, bak kata pepatah Melayu, genggam bara api biar sampai jadi arang.
Saya meminati sesuatu bidang kerjaya yang amat mencabar dan berisiko. Oleh
itu, persediaan awal adalah amat penting sebelum saya dapat menceburi
bidang pekerjaan ini.

Sumber: http://familyisgodgift.blogspot.com/2018/12/persediaan-sebelum-
menceburi-bidang.html

Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin masa
hadapan mereka.

Huraikan persediaan-persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda.

3


Click to View FlipBook Version