The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

[BUKU POKET 5] ANWAR IBRAHIM, SAHABAT & PEJUANG KEBANGKITAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Bitara+, 2021-08-18 10:44:51

[BUKU POKET 5] ANWAR IBRAHIM, SAHABAT & PEJUANG KEBANGKITAN

[BUKU POKET 5] ANWAR IBRAHIM, SAHABAT & PEJUANG KEBANGKITAN

Keywords: Anwar Ibrahim,pemimpin,malaysia,kebenaran,keadilan

Buku Poket 5
Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM

SAHABAT DAN PEJUANG
KEBANG KITAN

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

SahaKbeabtadnagnkiPtaenjuang

Mohd Anuar Tahir

Anwar Ibrahim adalah sosok yang amat komited kepa-
da perubahan sosial. Anak kelahiran Bukit Mertajam
ini sejak awal lagi menjadikan social change sebagai
agenda utama perjuangannya. Itulah tema bicara percaka-
pannya sejak zaman muda sehinggalah dia menduduki
tangga teratas negarawan rantau ini.

Anwar Ibrahim mula memberikan perhatiannya kepada per-
soalan ini sejak dia berada di Kolej Melayu Kuala Kangsar
(MCKK), sekolah berasrama penuh bersejarah dan alma ma-
ter. Di situ lagi dia memupuk minat kepada bahan bacaan
ilmiah serius dan meminati tokoh-tokoh ilmuwan dunia yang
tersenarai sebagai pejuang-pejuang sosial.

Pembacaan

Anwar Ibrahim yang telah digelar Tokoh Pembaca 1988 di-
pengaruhi oleh banyak tulisan-tulisan seluruh dunia serta per-
sahabatannya dengan tokoh-tokoh besar seperti Syed Hus-
sein al Attas, Sayyid Naquib al Attas, Abul Ala al Mawdudi,
Muhammad al Ghazali, Yusuf al Qaradawi dan Muhammad
Natsir. Rakan-rakannya di dalam ABIM dan Yayasan Anda
Akademik (YAA) diajak bersama menekuni karya-karya Hasan

2 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

al Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad Iqbal,
Hossein Nasr, Toshihiko Izutsu, Ali Shariati, Muhammad Asad,
Ivan Ilich, Paolo Freire, Malek Bennabi hingga kepada penu-
lis-penulis seperti Franz Fanon, Herbert Marcuse dan lain-lain.

Kadang-kadang ada di kalangan para aktivis ABIM dan YAA
tidak menjangkau betapa panjangnya senarai buku-buku
yang perlu dibaca dan diwacanakan. Rasanya masih segar
dalam ingatan sebahagian daripada aktivis-aktivis itu betapa
buku Myth of the Lazy Native, Syed Hussein al Attas dan Re-
construction of Religious Thought, Muhammad Iqbal menjadi
bacaan wajib aktivis ABIM dan penggerak YAA ketika itu.

MCKK

Osman Bakar, rakan karib Anwar Ibrahim di Kolej Melayu
Kuala Kangsar menceritakan tentang kesedaran begitu tinggi

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 3

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

sekali Anwar Ibrahim yang
bermula di bangku sekolah
menengah lagi membantu
pelajar-pelajar miskin di bi-
dang pendidikan dan pem-
belajaran. Ketika di Tingka-
tan 6, Anwar mengasaskan
dan mengetuai Badan Rev-
olusi Ugama (BRU) MCKK.

Anwar berkata bahawa
penduduk tempatan di
pekan Kuala Kangsar men-
ganggap MCKK amat feu-
dal – para pelajarnya angkuh dan sombong. Ketika bersiar
– outing, para pelajar melaram keluar ke pekan Kuala Kang-
sar memakai tali leher dan hanya makan di restoran-restoran
kerana dilarang makan di gera-gerai rakyat oleh pihak Kolej.
Menurut Anwar, selama 5 tahun berada di Kolej dia langsung
tidak mengenali orang-orang kampung di sekitar maktab itu
dan dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena
kepada sistem MCKK.

Pelajar Kolej dilatih untuk berkhidmat kepada negara tetapi
berada terpisah daripada masyarakat. Ini menyebabkan An-
war bertindak menyusup keluar memanjat pagar melepasi
sempadan Kolej untuk bergaul dengan penduduk sekitar.
Melalui BRU pelajar-pelajar MCKK banyak menganjurkan
kelas-kelas tambahan akademik dan kelas-kelas sivik-moti-

4 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

vasi untuk pelajar-pelajar sekitar Kuala Kangsar.

Anwar telah bersungguh-sungguh mengajar bahasa Inggeris
di sebuah sekolah Arab di atas Bukit Chandan berhampiran
istana yang indah. Di sanalah Anwar, Osman Bakar dan ra-
kan-rakan mereka mula mengenali dan mempelajari istilah-is-
tilah Arab daripada guru-guru sekolah itu. Pada masa yang
sama, Anwar Ibrahim mula mendapat perhatian dan minat
penduduk setempat.

Di samping menganjurkan kelas-kelas bimbingan pelajar
sekolah, Anwar turut diundang berceramah di surau-surau
dan dewan orang ramai. Ucapan dan ceramah Anwar sen-
tiasa membawa tema dan mesej taghyir - islah dan peruba-
han. Semua ini berlaku sewaktu usia Anwar masih belasan
tahun dan seorang pelajar di sekolah elit jolokan ‘Eaton of the
East’ kerana kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kalangan
anak-anak bangsawan. Bagi Anwar, ‘menyusup keluar pa-
gar MCKK’ itu suatu yang memberangsangkan dan berbaloi
sekali.

Dari situlah dia membina jati diri, dan dari situ juga kelak di-
lihat kepeloporannya dalam bidang pendidikan golongan
terpinggir. Al marhum Desmond Muzaffar Tate, seorang guru
yang rapat dengannya di Kolej mengungkapkan bahawa An-
war memiliki ‘a strong religious conviction’ – keyakinan aga-
ma yang teguh.

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 5

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

Mahasiswa

Kegiatan yang Anwar tekuni sewaktu di MCKK, kemudiann-
ya diteruskan dengan lebih berkesan sebagai mahasiswa di
Universiti Malaya (UM) bermula pada 1967. Setelah setahun
menjadi mahasiswa, Anwar diberi kepercayaan mengambil
alih kepimpinan Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM) dan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan dia
telah memberikan wajah baru kepada kedua-dua organisasi
berkenaan.

Kempen Gerakan Kesedaran yang dia cetuskan telah memba-
wa para mahasiswa ke desa dan kampung-kampung penda-
laman, menjadi anak-anak angkat dan tinggal bersama-sama
orang kampung. Orang kampung telah ketinggalan di dalam
serba-serbi arus pembangunan negara.

6 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

Misi mahasiswa adalah mendekati orang kampung agar men-
ingkatkan kesedaran dan membawa perubahan kepada ke-
hidupan terutamanya persoalan pendidikan anak-anak.

Yayasan Anda Akademik

Penubuhan ABIM pula dikatakan selari dengan pengasasan
sekolah swasta bernuansa Islam, Yayasan Anda Akademik
(YAA) yang dipelopori pada 1971. Sekolah yang diwujudkan
berpusat di Kg Baru, di tengah-tengah kota raya serta jantung
kependudukan Melayu Kuala Lumpur. Kemudian YAA berpin-
dah ke Jalan Pantai Baru, di bangunan rumah kedai 4 tingkat
milik UDA. Tempat ini dipilih kerana berada di Lembah Pantai
berdekatan dengan daerah menara gading Universiti Malaya,

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 7

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maktab Perguruan
Bahasa dan Institut Bahasa.

YAA adalah sebahagian usaha Anwar dan rakan-rakan aktivis
dengan sokongan beberapa orang tokoh akademik bertujuan
untuk menerapkan Islam ke dalam sistem pendidikan ke-
bangsaan. Penubuhannya juga merupakan permulaan sebuah
pusat perkaderan generasi baru. Guru-gurunya masih muda
membawa nyalaan obor idealisme yang tinggi mendidik para
remaja Islam yang mendapat ‘peluang kedua’ di tengah-ten-
gah kotaraya Kuala Lumpur yang dilingkari pelbagai masalah.

Anwar menjadikan pendidikan berasaskan tarbiyah dan tadrib
– latihan sebagai pilihan untuk menyediakan pelapis dan kad-
er-kader Islam yang berpotensi.

Sistem pendidikan kebangsaan konvensional dan sistem pep-
eriksaannya tidak menjadi penghalang kepada kreativiti dan
inovasi graduan dan mahasiswa dalam menerapkan kefaha-
man Islam kepada pelajar mereka.

Menerusi sekolah swasta bernuansakan Islam ini, YAA telah
melakukan eksperimen yang menarik dengan membina kefa-
haman dan menerapkan tasawur Islam kepada para pelajar
remaja Islam. Pelajar yang sebelum ini tidak cemerlang dan
tercicir semasa belajar di sekolah kerajaan.

Kebanyakan pelajar adalah lepasan SPM yang menyambung
ke Tingkatan 6 dan pelajar yang menduduki semula SPM,

8 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

berasal daripada seluruh negara. Pelajar datang dari luar Kuala
Lumpur ditempatkan di tingkat 16 dan 17 Flat PKNS Kg Ker-
inci yang disewa khas. Peluang pembelajaran kedua ini telah
menghasilkan calon-calon mahasiswa yang cenderung kepa-
da Islam, suatu fenomena baru pada waktu itu.

Guru-guru muda YAA bukan sahaja menerima imbuhan yang
rendah bahkan tidak berada pada kelas kedudukan yang ting-
gi pada pandangan mata masyarakat umum. Namun semua
pengorbanan ini telah menjadikan mereka lebih terhormat
pada perspektif menjunjung idealisme perjuangan.

Anwar Ibrahim telah melahirkan sebuah legasi perjuangan
pendidikan dan pengkaderan Islam dalam sistem pendidikan
sekular warisan zaman kolonial. Tidaklah menghairankan apa-
bila mahasiswa, graduan universiti dan para pensyarah me-
nara ganding pun turun dan tampil mengajar di YAA.

Memperkenalkan mata pelajaran Prinsip Islam sebagai subjek
teras di luar peperiksaan adalah kemuncak eksperimen Anwar
dan rakan-rakannya. Mata pelajaran ini diajar secara progresif
oleh para aktivis Islam yang selama ini berhempas pulas ber-
juang membawa perubahan di kalangan para mahasiswa di
kampus-kampus.

Aktivisme

Anwar telah lama menggagaskan pendidikan politik dan mas-
yarakat madani sebelum 1971 lagi. Dia ditakdirkan mengu-

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 9

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

mandangkan sebuah
fenomena kebangkitan
yang dia sendiri mem-
pelopori di rantau ini.
Kebangkitan yang
dikenali sebagai nah-
dah Islami, al wa’yul
Islami, Islamic Resur-
gence – kebangkitan
baru Islam yang meng-
gejala sejak tahun 1970
‘an.

Pidato Anwar Ibrahim
benar-benar mempen-
garuhi anak-anak muda
dan ungkapan-ungka-
pan al Qur’an, istilah-is-
tilah khayra ummah, ummatan wasatan, al amar bil ma’ruf wa
nahyu ‘anil mungkar dan konsep Islam sebagai ad din yang
dilantuninya begitu memikat mereka pada waktu itu.

Ceramah dan ucapan disampaikan denagn karisma secara
menarik dan berkesan bagi seorang yang berasal latarbelakang
pendidikan sekolah kebangsaan dan aliran Inggeris. Pendirian
politiknya amat terbuka meletakkannya sebagai pejuang dan
pendidik demokrasi ampuh sejak awal lagi.

Sebagai Presiden ABIM, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

10 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

dan kemudiannya Pengarah IIFSO serta wakil WAMY Asia Pa-
sifik, Anwar menyampaikan dakwahnya dengan membicara-
kan tentang hutang, kemiskinan, penderitaan golongan miskin
dan terpinggir. Ungkapan popular exploitation de l’homme par
l’homme – penindasan manusia ke atas manusia dan kata-ka-
ta menyengat Anwar sendiri ‘yang kaya bertambah kaya, yang
miskin papa kedana’ membuatkan pidato-pidatonya sangat
mengesankan.

Frasa-frasa kata membicarakan tentang perubahan, Islam,
reformasi yang Anwar laungkan sejak zaman pelajar hingga di-
angkat menjadi tokoh politik negara tidak berubah. Inilah tema
sosial politik dia
sejak mengger-
akkan kesedaran
mahasiswa di
sudut-sudut
pidato – speak-
er’s corner, di
seminar, tamrin
dan persidangan
antarabang-
sa. Karyanya
‘Menangani Pe-
rubahan’, buku
koleksi berisi ker-
tas-kertas kerja
dan ucaptama di
pelbagai persi-

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 11

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

dangan dan forum mendokumentasi dan membuktikan baha-
wa itulah pendidikan politik Anwar. From Things Changing to
Changing Things: Planning for the Ummah dibentangkan pada
Persidangan Masa Depan Ummah di Makkah al Mukarramah
1987. Managing Change in Political Leadership dibentangkan
pada Persidangan sempena 100 Tahun International Herald
Tribune di Singapura 1987 dan juga di Asian Institute of Man-
agement Manila 1988 adalah monumental.

Tema-tema perubahan yang berat ini diba-
wa olehnya ke mana-mana dan menjadi
asas pendidikan politik kepada semua.
Buku karangannya, The Asian Renais-
sance terbitan 1996 amat perlu dihalusi
bagi memahami pemikiran politik dan
masyarakat madani Anwar Ibrahim.

Penglipur Lara

Istilah-istilah yang dipopularkannya
sejak zaman muda seperti agent of
change, catalyst for change dan jurubicara
umat mungkin kesan pengaruh pemikiran Ibn Khaldun. Ketika
Anwar Presiden ABIM, dia pernah mengarahkan supaya di-
anjur sebuah seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk
Ibn Khaldun and Social Change dengan menjemput pembic-
ara utama Dr Fathi Osman seorang ilmuwan kelahiran Mesir
yang menetap di England.
Seminar yang membicarakan isu ilmiah dan topik seberat itu

12 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

sudah tentu tidak menarik ramai peserta lalu Anwar meminta
supaya sebanyak mungkin mahasiswa dan para pensyarah
hadir. Ahli-ahli ABIM beramai-ramai dikerahkan bagi menyer-
tai seminar dengan pengisian yang berat ini.

Peristiwa yang berlaku lebih 30 tahun lalu masih segar di da-
lam ingatan kerana ABIM disaman polis lalu dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa
permit polis. Penganjur menerima panggilan seorang pega-
wai polis berketurunan Punjabi. Pegawai polis mula bertanya,
“Bolehkah saya bercakap dengan Encik Ibnu Khaldun?” Lalu
dijawab, “Maaf Encik. Ibn Khaldun sudah meninggal lebih
700 tahun dulu.”

Pegawai itu terus mengemukakan soalan keduanya, “Kalau
begitu bolehkah saya bercakap dengan Encik Fathi Osman?”
Lalu dijawab, “Maaf Encik. Fathi Osman sudah lama berle-
pas pulang ke England.” Kemudian, pegawai polis menelefon
lagi dan kali ini dia bertanya tentang seorang yang bernama
Kamaruddin. Lalu dijawab, “Di sini banyak Kamaruddin. Ada
Kamaruddin Mohd Nor, ada Kamaruddin Jaafar.” Pegawai
itu memilih Kamaruddin Mohd Nor lalu sapina dihantarkan
kepada Kamaruddin Mohd Nor. ABIM telah menang kes
perbicaraan itu. Penganjur seminar Kamaruddin Jaafar bukan
Kamaruddin Mohd Nor.

Anwar adalah orang terawal di negara ini membincangkan
tokoh pemikir dan membicara isu perubahan oleh pemikir
kelahiran Algeria, Malek Bennabi. Anwar membawa karya

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 13

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

Malik Bennabi ke usrah, karya yang berbahasa Arab diter-
jemah daripada Perancis asal.

Naqib usrah waktu itu, al marhum Ustaz Fadzil Noor mengakui
bahawa karya itu amat berat lalu mencuba menterjemahkan
dalam bahasa Melayu secara lisan halaman demi halaman
kitab itu. Hampir semua ahli usrah terlena kecuali Anwar Ibra-
him yang tekun mendengarnya dengan penuh minat dan per-
hatian. Malah dia mengulas dan memberikan pandangan ten-
tang kitab itu.

Masyarakat Madani

Oleh kerana minatnya kepada gagasan ini, Anwar Ibrahim
memperkenalkan istilah ‘Masyarakat Madani’ bagi menter-
jemahkan Civil Society. Namun gagasan ini tidak disambut
oleh cendekiawan di sini. Tetapi apabila istilah itu diperkenal-
kan buat pertama kalinya di Jakarta, pada Simposium Festival
Istiqlal, para cendekiawan Indonesia memberikan sambutan
hangat.

Sejumlah judul buku dan makalah atas nama masyakarat
madani diterbitkan di negara buluh runcing itu.

Anwar Ibrahim seorang pengamal civil society sejak zaman
mudanya. Dia mengalakkan agar warga negara boleh berbeda
pandangan menggunakan semua saluran bagi mengutarakan
pendapat, bantahan dan bertunjuk rasa.

14 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

Persahabatannya
dengan pelbagai
golongan berlain-
an pegangan dan
merentas keper-
cayaan telah men-
jadi amalan keter-
bukaannya sejak
zaman muda lagi.
Banyak penga-
jaran dan contoh
teladan dapat
dipelajari daripada sikap Anwar. Contohnya, persahabatan-
nya dengan Gus Dur, Nurcholis Majid dan Sujak Sivaraksa
yang memperjuangkan faham co-existence mungkin disalah
tafsir dengan menuduhnya liberal walhal ia menggambarkan
seorang ahli politik yang mengamalkan dasar inklusif dalam
persahabatan dan perjuangan.

Anwar sejak berusia muda telah berinteraksi dan bekerjasa-
ma dengan badan-badan seperti YMCA, Young Christian
Workers, Hindu Sangam, Tamil Bell, Hindu Youth Organi-
sation, Young Buddhist Association dan banyak lagi per-
tubuhan-pertubuhan. Dia berhubung dengan WAY, WFDY,
Friedrich Naumann Stiftung dan Konrad Adeneur Stiftung.
Politik kerjasama telah lama berada di sepanjang perjalanan
perjuangan Anwar sejak tahun 60’an lagi.

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 15

Buku Poket 5 ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN

Anwar digelar ‘pemimpin politik jalanan’ kerana penglibatan-
nya di dalam tunjuk perasaan sejak 60’an sehinggalah siri-siri
protes terbaru kini. Ada yang sangat marah dengan penglib-
atan Anwar sehingga mengeluarkan kata, “Nanti bila dia mati,
kita tanam saja dia di tepi jalan.” Kata-kata begini terjadi ker-
ana salah faham terhadap prinsip dan pegangan hidup Anwar
yang bersungguh-sungguh memperjuangkan demokrasi dan
civil society.

Sebagai seorang yang menghormati dasar civil society dan
menamakannya masyarakat madani, Anwar sangat meraikan
perbedaan pendapat. Tidak ramai yang mahu menjadi peng-
gerak masyarakat madani. Anwar memilih menjadi pengger-
ak dan kekal sebagai seorang pencinta damai yang menolak
kekerasan. Anwar menerima sebarang aksi atau protes aman
sebagai ekspresi sesiapa pun selagi tiada unsur kekerasan.
Pengarang Charles Allers menggelarkan Anwar Ibrahim se-
bagai ‘Muslim Democrat’ yang difikirkan tepat sekali. Barang-
kali gelaran ini sejajar dengan gelaran yang pernah diberikan
kepada Bung Hatta di Indonesia sebagai Pengeran Demokra-
si.

Perjalanan peribadi bersama Anwar menunjukkan bahawa di
dalam sekecil-kecil perkara pun dia tidak pernah merestukan
sebarang unsur keganasan. Bagaimana mungkin dikenangkan
tentang apa yang pernah terjadi ke atas diri Anwar, sesuatu
yang ironis sekali apabila seorang pencinta damai ini dipukul
hingga pengsan oleh Ketua Polis Negara semasa ditahan di
lokap Bukit Aman satu ketika dulu. Ini adalah sejarah hitam

16 Pemimpin Nusa Yang Dinantikan

ANWAR IBRAHIM, SAHABAT DAN PEJUANG KEBANGKITAN Buku Poket 5

penganiayaan yang berlaku terhadap mantan pemimpin nom-
bor dua negara dan tokoh masyarakat madani. Inilah episod
yang memalukan seluruh negara.

Demikianlah catatan ringkas tentang Anwar dalam pendidikan
demokrasi dan masyarakat madani untuk kita kaji dan meneli-
ti bersama. Benarlah kata-kata sahabatnya Dr Siddiq Fadzil,
“Sesungguhnya Anwar Ibrahim itu bukan sekadar aktor politik,
tetapi dia adalah pemikir dan tokoh kemanusiaan yang hebat
sebenarnya.”

Pemimpin Nusa Yang Dinantikan 17

Diselenggara oleh:

Islah Media Now + Bitara+


Click to View FlipBook Version