SK PEREMPUAN METHODIST
69, JALAN CHAMBERLAIN HULU,
31250 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN
UNDANG-UNDANG
DAN
PERATURAN SEKOLAH
1
BIL ISI KANDUNGAN M/S
2
1 Motto Sekolah, Visi Sekolah, Misi Sekolah 4
5
2 Piagam Pelanggan 6
7
3 Disiplin, Matlamat Disiplin 8
8
Bendera Negeri Perak, Lafaz Ikrar Pelajar/Guru 10
12
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 13
PERKARA 1 : KEHADIRAN 13
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN RASMI 14
PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 17
18
PERKARA 4 : RAMBUT DAN KUKU 18
19
PERATURAN-PERATURAN KHAS 19
PERKARA 5 : BILIK DARJAH 20
PERKARA 6 : BILIK GURU BESAR / PEN.KANAN / GURU
22
PERKARA 7 : PUSAT SUMBER (PERPUSTAKAAN) 22
23
PERKARA 8 : PERATURAN-PERATURAN MAKMAL / 23
BENGKEL / BILIK-BILIK KHAS 25
8.1 MAKMAL SAINS 25
8.2 BENGKEL RBT 26
8.3 BILIK SPBT DAN PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 28
S.K PEREMPUAN METHODIST IPOH 30
8.4 BILIK MUZIK/ MAKMAL SAINS/ BILIK KOMUNIKASI/ BILIK KAUNSELING/
BILIK PANDU PUTERI TUNAS / BILIK MESYUARAT (UPPER ROOM)
PERKARA 9 : PENDIDIKAN JASMANI
PERKARA 10 : KOKURIKULUM
PERKARA 11 : SURAU
PERKARA 12 : KANTIN/REHAT
PERKARA 13 : WAKTU REHAT
PERKARA 14 : KEBERSIHAN SEKOLAH
PERKARA 14.1 : KAWASAN KELAS
PERKARA 14.2 : KAWASAN TANDAS
PERKARA 14.3 : KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
PERATURAN & LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
PERKARA 15 : KEBAKARAN /KECEMASAN
PERKARA 16 : LALULINTAS
PERKARA 17 : SURAT MENYURAT
PERKARA 18 : KESALAHAN BERAT
PERKARA 19: GANGGUAN LUAR
PERKARA 20 : PELAWAT
SERANAI NAMA BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE SEKOLAH
KAWASAN LARANGAN
LAGU SEKOLAH
2
MOTTO SEKOLAH
Our Utmost For The Highest.
Kita Sentiasa berusaha untuk mendapat kecemerlangan.
VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti, Insan terdidik
Negara Sejahtera.
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi
Aspirasi Negara.
3
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Bahawasanya kami, anggota SK Perempuan Methodist Ipoh bertekad dan
berjanji untuk mempertingkatkan dan meneruskan usaha-usaha :
1. Meningkatkan dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran
bagi menentukan kejayaan KSSR mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Negara
2. Membekal dan menambah serta memperbaiki segala keperluan dan
keindahan sekolah bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran
3. Menerapkan nilai-nilai murni melalui ilmu dan amal yang merentasi
Kurikulum sesuai dengan konsep SEKOLAHKU AKARKU
4. Mewujudkan iklim / suasana sekolah yang kondusif bagi anggota, murid
dan ibu bapa sesuai dengan konsep SEKOLAH DALAM TAMAN
5. Menyusun program berterusan bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi
fungsi sekolah sebagai SEKOLAH PENYAYANG
6. Memastikan dan memberi jaminan keselamatan yang maksimum kepada
setiap warga sekolah
7. Mengamalkan sikap terbuka, memberikan perhatian dan layanan mesra
kepada semua murid, anggota dan masyarakat
8. Mengekalkan hubungan yang baik dan berterusan di antara sekolah dengan
Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
agensi dan sektor swasta sesuai dengan kedudukan sekolah sebagai
SEBUAH INSTITUSI MASYARAKAT
9. Berusaha mengekalkan dan meningkatkan prestasi sekolah dalam semua
bidang ke tahap cemerlang bagi menepati motto sekolah OUR UTMOST
FOR THE HIGHEST
4
DISIPLIN
Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid-
murid. la bertujuan memberi didikan supaya menjadi manusia yang seimbang
serta patuh kepada Tuhan. Peraturan-peraturan ini perlu disampaikan dan
diterangkan kepada murid. Murid mestilah menghayati dan mengamalkan
semua peraturan dengan penuh tanggungjawab dan rasa kesedaran.
MATLAMAT DISIPLIN
Matlamat disiplin ialah melahirkan individu yang sensitif akan rasa
tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, institusi dalam masyarakat dan
negara. Disiplin diri adalah faktor penting dalam usaha kita mewujudkan
masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan
progresif serta patuh kepada Tuhan.
5
BENDERA NEGERI PERAK
Jalur Putih - melambangkan DYMM Sultan Perak
Jalur Kuning - melambangkan Raja Muda Perak
Jalur Hitam - melambangkan Raja Di Hilir Perak
Lafaz Ikrar Pelajar / Guru
Saya (sebutkan nama) sebagai seorang rakyat Malaysia, dengan penuh
kesedaran dan kesyukuran berikrar akan sentiasa memberi serta menumpukan
taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara Malaysia yang saya cintai.
Saya berikrar akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip rukun negara pada
setiap masa
6
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
PERKARA 1 : KEHADIRAN
1.01 Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah 20 minit sebelum sesi
persekolahan bermula. Nama murid yang lewat akan direkod selepas
pukul 7:20 pagi.
1.02 Waktu persekolahan :
Isnin - Khamis 7:20 pagi - 12:30 tengah hari (Tahap 1)
Isnin - Khamis 7:20 pagi - 01:00 tengah hari (Tahap 2)
Jumaat 7:20 pagi - 12:00 tengah hari (Tahap 1)
Jumaat 7:20 pagi - 12:30 tengah hari (Tahap 2)
Perhimpunan 7:30 pagi - 8:00 pagi (Isnin)
1.03 Seseorang murid yang sakit dan tidak dapat hadir, ibu bapa / penjaga
mestilah memaklumkan kepada Guru Besar secara lisan atau bersurat
1.04 Surat makluman hendaklah ditulis dan ditandatangan oleh ibu / bapa /
penjaga sahaja
1.05 Seseorang murid yang tidak hadir sekolah atas alasan lain, ibu bapa /
penjaga hendaklah memaklumkannya sendiri kepada pihak sekolah.
1.06 Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau sepuluh hari
dalam sebulan tanpa sebab yang munasabah, pihak sekolah akan
menghantar surat peringatan pertama kepada ibu bapa / penjaga.
1.07 Sekiranya murid berterusan tidak hadir, surat peringatan kedua dan
ketiga akan menyusul kemudian.
1.08 Semua murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) dikehendaki mengikuti
aktiviti kokurikulum sekolah. Murid Tahun 3 dikehendaki mengikuti
aktiviti kokurikulum pendedahan.
1.09 Murid yang bertugas mingguan untuk sekolah dan harian untuk kelas
mestilah sampai 20 minit lebih awal untuk bertugas
1.10 Hanya dengan kebenaran guru yang mengajar dan Guru Besar sahaja,
7
murid dibenarkan meninggalkan kelas atau sekolah pada waktu belajar.
1.11 Murid mestilah beratur dengan senyap di dewan apabila loceng pertama
dibunyikan. Apabila diarah pergi ke kelas, murid hendaklah berjalan
dengan senyap ke kelas.
1.12 Tindakan disiplin akan diambil jika murid membuat bising dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
1.13 Murid tidak dibenarkan membawa wang saku lebih daripada RM5.00
sehari kecuali dengan kebenaran guru kelas.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN RASMI
2.01 Murid hendaklah hadir pada setiap perhimpunan rasmi sekolah di dewan
pada pukul 7:30 pagi.
2.02 Murid hendaklah berbaris mengikut kelas pada tempat yang ditetapkan.
2.03 Murid hendaklah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri Perak, Lagu Sekolah dan lagu lain yang telah ditetapkan.
2.04 Murid hendaklah mendengar ucapan / pengumuman oleh Guru Besar
dengan senyap.
2.05 Apabila tamat, murid hendaklah bersurai dan menuju ke kelas dengan
teratur dan senyap.
PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
3.01 Pakaian seragam sekolah wajib dipakai dengan kemas dari rumah dan
sewaktu berada di sekolah sehingga balik.
3.02 Murid mestilah memakai pakaian seragam di semua acara sekolah
kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
3.03 Murid mestilah memakai pakaian yang sesuai yang ditetapkan untuk
Pendidikan Jasmani.
8
3.04 Untuk aktiviti Kokurikulum, murid hendaklah memakai pakaian
seragam khas yang ditetapkan atau pakaian seragam sekolah.
3.05 Murid hendaklah memakai pakaian seperti berikut :
a. Kasut kanvas berwarna hitam serta stoking hitam.
b. Lencana dan tanda nama dipakai di sebelah kiri pakaian.
c. Baju pinafore warna biru tua.
d. Baju kemeja / blaus lengan pendek warna putih / baju kurung warna
putih dan kain baju kurung warna biru tua.
e. Kain tudung warna putih bagi murid Islam.
9
PERKARA 4 : RAMBUT DAN KUKU
4.01 Rambut murid perempuan yang panjang perlu sentiasa disanggul (sarung
sanggul berwarna hitam sahaja) dengan kemas dan tidak menutup dahi.
4.02 Rambut murid perempuan yang pendek hendaklah diikat dengan getah
rambut/cekak/sepit hitam sahaja.
4.03 Dilarang membuat rambut berfesyen.
4.04 Rambut tidak diwarnakan.
4.05 Tidak dibenarkan memakai hiasan rambut keterlaluan.
4.06 Rambut pendek tidak melebihi paras kolar baju.
4.07 Kuku jari hendaklah sentiasa pendek dan tidak boleh diwarnakan /
diinaikan.
4.08 Murid tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan (cincin, gelang,
anting-anting, dll semasa di sekolah).
4.09 Barang kemas yang dipakai oleh murid akan dirampas dan dikembalikan
apabila dituntut oleh ibu bapa / penjaga murid.
4.10 Pemakaian barang hiasan yang berkaitan dengan keagamaan mestilah
dengan kebenaran Guru Besar / wakilnva.
10
CONTOH SANGGUL YANG DIBENARKAN
CONTOH RAMBUT PENDEK
CONTOH KUKU PENDEK
11
PERATURAN-PERATURAN KHAS
Peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi oleh murid apabila berada di
tempat-tempat yang dinyatakan di bawah
PERKARA 5 : BILIK DARJAH
5.01 Murid yang hendak menggunakan bilik darjah di luar waktu belajar
hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar / wakilnya.
5.02 Setiap murid bertanggungjawab pada meja dan kerusi yang
digunakannya. Sebarang salah guna dan kerosakan, murid berkenaan
dikehendaki menggantikannya dalam bentuk wang / perabot.
5.03 Semua murid bertanggungjawab pada semua harta benda dalam bilik
darjah. Jika rosak, murid kelas itu dikehendaki menggantikannya.
5.04 Ketua Kelas hendaklah memberitahu guru kelas serta merta apabila
terdapat sebarang kerosakan di dalam kelas.
5.05 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa pembelajaran dan
pengajaran sedang dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada guru
yang sedang mengajar (guru subjek).
5.06 Kebenaran keluar adalah dengan memakai tag ‘PAS KELUAR'
5.07 Murid hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam serta mendapat
kebenaran guru sebelum masuk ke dalam kelas.
5.08 Murid hendaklah menjaga keselamatan dan kebersihan serta patuh
kepada peraturan-peraturan di setiap kelas yang mereka gunakan.
5.09 Murid tidak dibenarkan mengubah, mengalih dan memindah semula
alatan yang terdapat dalam kelas tanpa kebenaran guru.
5.10 Semua jenis makanan dan minuman yang haram (mengikut Islam)
dilarang sama sekali dibawa masuk ke kawasan sekolah.
5.11 Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik darjah pada
setiap masa.
12
5.12 Murid dilarang menconteng, melukis, menulis dan mengukir pada meja,
kerusi, dinding dan alatan di dalam bilik darjah.
5.13 Murid dilarang membawa telefon bimbit, radio, walkman, dam, catur dan
sebarang permainan video atau lain-lain mainan ke sekolah.
5.14 Murid dilarang membawa barang-barang tajam seperti pisau, jarum,
gunting, pin dan lain-lain tanpa arahan guru.
5.15 Guru Besar / wakilnya boleh memeriksa beg /kocek / saku pakaian murid
pada bila-bila masa sahaja.
PERKARA 6 : BILIK GURU BESAR / PEN.KANAN / GURU
6.01 Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru termasuk kaki lima
bilik guru dan pejabat adalah kawasan larangan bagi semua murid
kecuali mendapat izin atau arahan Guru Besar / Guru.
6.02 Ketuk pintu dan beri ucapan salam sebelum masuk ke bilik-bilik tersebut.
6.03 Murid tidak boleh menggunakan telefon pejabat sekolah. Murid boleh
menggunakan telefon awam di dewan untuk perkara-perkara yang diizin
oleh guru.
6.04 Murid tidak dibenarkan mengambil sendiri kunci-kunci di pejabat dan
masuk ke bilik-bilik khas (Makmal: komputer & sains, Pusat sumber,
Bengkel KH, dll.) tanpa pengawasan guru.
PERKARA 7 : PUSAT SUMBER (PERPUSTAKAAN)
7.01 Perpustakaan dibuka setiap hari pcrsckolahan. Murid boleh meminjam
buku mengikut masa yang ditetapkan.
7.02 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau baju T
sekolah semasa berada di dalam perpustakaan
7.03 Semua murid adalah dengan secara automatik menjadi ahli perpustakaan
dan memiliki kad pinjaman yang bergambar sendiri. Kad ini tidak boleh
13
dipindah milik.
7.04 Tempoh pinjaman buku adalah satu minggu sahaja. Kegagalan
memulangkan buku dalam tempoh tersebut akan didenda sebanyak 10
sen sehari.
7.05 Peminjam-peminjam buku adalah tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:-
7.05.1 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang
dipinjam.
7.05.2 Memulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
7.05.3 Membaiki sebarang kerosakan atau menggantikan buku
pinjaman yang dihilangkan.
7.06 Kemudahaan bilik dan alat APD boleh digunakan oleh semua guru dan
murid dengan membuat tempahan daripada guru PSS
7.07 Murid tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber melainkan dengan
diringi oleh guru
7.08 Murid dilarang menconteng, mengoyak buku, majalah, akhbar,
merosakkan perabot dan lain-lain alat di perpustakaan.
PERKARA 8 : PERATURAN-PERATURAN MAKMAL /
BENGKEL / BILIK-BILIK KHAS.
8.1 Makmal Sains
8.11 Makmal adalah bilik khas untuk menjalankan eksperimen sains.
8.12 Peraturan-peraturan makmal yang mesti dipatuhi termasuk :
a. Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
b. Mesti beratur sebelum masuk dan keluar maknmal.
c. Dilarang membawa beg masuk ke dalam makmal
d. Dilarang menukar tempat duduk semasa di makmal tanpa kebenaran.
e. Makan dan minum adalah dilarang di makmal
14
f. Jangan menyentuh atau bermain-main dengan peralatan makmal.
g. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia tanpa kebenaran guru.
h. Simpan peralatan sains di tempat asal selepas menggunakannya.
i. Semua bahan pepejal tidak boleh dibuang ke dalam sinki tetapi harus
dikumpulkan ke dalam bekas yang disediakan.
j. Scbarang kerosakan atau kemalangan haruslah dilaporkan kepada
guru dengan segera.
k. Selepas eksperimen, bersihkan semua peralatan, kemaskan meja dan
bangku makmal.
l. Dilarang membawa keluar alatan sains dalam makmal tanpa
kebenaran guru.
8.2 Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi
8.2.1 Sentiasa mematuhi arahan guru.
8.2.2 Jangan keluar masuk ke dan dari bengkel tanpa kebenaran guru.
8.2.3 Letakkan beg di luar bengkel.
8.2.4 Jangan memakai barangan kemas semasa bekerja di bengkel.
8.2.5 Murid hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa bekerja di
bengkel.
8.2.6 Jangan bermain / makan / minum ketika di dalam bengkel
8.2.7 Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan, kemalangan atau
kehilangan, kecederaan kepada guru dengan segera.
8.2.8 Murid hendaklah membersihkan segala alatan selepas pengajaran dan
disimpan scmula alatan dalam almarı.
8.2.9 Murid mesti mengikut jadual tugasan bengkel dengan baik.
15
8.3 Bilik SPBT
8.3.1 Sentiasa mematuhi arahan guru.
8.3.2 Jangan keluar masuk ke dan dari bilik tanpa kebenaran guru.
8.3.3 Jangan bermain / makan / minum ketika di dalam bilik.
8.3.4 Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan, kemalangan atau
kehilangan, kecederaan kepada guru dengan segera.
8.3.5 Murid mesti mengikut jadual tugasan dengan baik.
PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
S.K PEREMPUAN METHODIST IPOH
1. Semua buku teks yang diberikan adalah merupakan Hak Keraajaan
Malaysia yang dipinjamkan kepada murid dan semua murid tertakluk kepada
peraturan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah.
2. Semua murid harus berjanji untuk menjaga buku teks dengan baik dan
mematuhi peraturan-peraturan SPBT iaitu:
2.1 Membalut buku teks dengan plastik lutsinar yang tidak berpelekat.
2.2 Menyimpan buku teks ke dalam kabinet yang telah disediakan oleh pihak
sekolah.
2.3 Tidak meninggalkan buku teks dimerata-rata tempat.
2.4 Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain atau orang luar.
2.5 Tidak menconteng, mengoyak, merosakkan atau menghilangkan
buku teks.
2.6 Menulis nama dibelakang buku teks waktu penerimaan buku teks.
2.7 Memulangkan buku teks dalam keadaan yang baik dan pada waktu yang
di tetapkan.
3. Sekiranya murid melanggar peraturan tersebut, maka pihak pengurusan
SPBT sekolah berhak mengambil tindakan atau meminta murid menggantikan
buku yang rosak / hilang tersebut termasuk mengambil semula semua buku
teks yang ada pada murid.
4. Kegagalan murid memenuhi peraturan SPBT turut membolehkan pihak
sekolah mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap murid tersebut.
16
8.4 Bilik Muzik/ Makmal Komputer/ Bilik Komunikasi/Bilik
Kaunseling/ Bilik Pandu Putri Tunas/ Bilik Mesyuarat Upper
Room
8.4.1 Sentiasa mematuhi arahan guru.
8.4.2 Jangan keluar masuk ke dan dari bilik tanpa kebenaran guru.
8.4.3 Letakkan beg di luar bilik.
8.4.4 Jangan bermain / makan / minum ketika di dalam bilik.
8.4.7 Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan, kemalangan atau
kehilangan, kecederaan kepada guru dengan segera.
8.4.8 Murid hendaklah membersihkan segala alatan selepas pengajaran dan
disimpan scmula alatan dalam almarı.
8.4.9 Murid mesti mengikut jadual tugasan dengan baik.
PERKARA 9 : PENDIDIKAN JASMANI
Semua murid hendaklah:
9.01 Wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani kecuali ada surat
akuan doktor atau mendapat kebenaran guru.
9.02 Berpakaian yang sesuai : memakai baju T sekolah dan seluar trek
berwarna merah tua.
9.03 Menggunakan alatan PJ dengan cermat.
9.04 Mematuhi sepenuhnya arahan guru sebelum, semasa dan selepas sesuatu
aktiviti.
9.05 Murid yang tidak mengikuti aktiviti PJ mesti ada surat akuan doctor /
mendapat kebenaran guru.
9.06 Menyimpan semua alatan dengan baik selepas aktiviti PJ
17
PERKARA 10 : KOKURIKULUM
Murid-murid Tahap Dua dan diwajibkan menyertai kegiatan ko-kurikulum.
Murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan berikut:
10.1 Wajib menghadiri aktiviti seperti yang dijadualkan.
10.2 Mematuhi semua peraturan yang ditentukan oleh guru penasıhat.
10.3 Mengamalkan semangat kerjasama yang tinggi.
10.4 Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti dijalankan: Pakaian
seragam sekolah, atau baju T sekolah
10.5 Bersungguh-sungguh untuk mencapai kecenmerlangan
10.6 Penglibatan aktiviti di luar sekolah hanyalah dengan kebenaran pihak
sekolah dan ibu bapa
PERKARA 11 : SURAU
11.1 Semua guru dan murid Islam digalakkan menggunakan surau untuk
bersembahyang dan melakukan aktiviti keagamaan.
11.2 Pengguna-pengguna diminta sentiasa memelihara kebersihan dan
kesucian, sesuaiı dengan fungsinya sebagai tempat beribadat.
11.3 Guru Penasihat Persatuan Agama Islam/ Ketua guru Pendidikan Islam
hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengurus surau dan
juga mengadakan peraturan surau.
11.4 Peraturan am menggunakan surau :
a. Buka kasut sebelum masuk ke dalam surau.
b. Tinggalkan beg di luar surau. Susun beg & kasut dengan kemas.
c. Susun semula sejadah, telekung dan Al-Quran di tempat yang
disediakan dengan kemas.
d. Padam semua suis kipas dan lampu-lampu selepas menggunakan
surau.
18
PERKARA 12 : KANTIN
12.1 Murid-murid hendaklah membeli makanan di kantin sahaja.
12.2 Murid dilarang membeli makanan / minuman di luar sekolah.
12.3 Murid hendaklah membeli makanan / minuman dengan tertib, beratur
dan tidak berebut-rebut waktu rehat.
12.4 Kebersihan kantin hendaklah sentiasa dipelihara. Semua pinggan,
mangkuk, gelas dan sudu hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang
dikhaskan.
12.5 Jangan tinggalkan sisa-sısa makanan di atas meja. Lap dengan kain dan
gunakan besin yang disediakan.
12.6 Sampah pembungkus dan pembalut makanan mestilah dibuang ke dalam
tong sampah.
PERKARA 13 : WAKTU REHAT
Pada waktu rehat, murid-murid mestilah :
13.1 Tidak berada dalam bilik darjah.
13.2 Tidak keluar dari kawasan sekolah.
13.3 Tidak berkeliaran / berbuat bising di semua kawasan sekolah.
13.4 Keluar kelas dan masuk semula kelas selepas waktu rehat dengan tertib
dan tidak bising.
13.5 Murid dikehendaki ke tandas pada waktu rehat.
13.6 Semasa loceng tamat rehat dibunyikan, murid dikehendaki berhenti
makan / bercakap dan bersedia untuk berkumpul di tapak perhimpunan
& bergerak ke kelas masing-masing dengan teratur.
13.7 Murid beratur di luar kelas dengan senyap sehingga guru mata pelajaran
datang dan mengarahkan masuk serta memulakan pcmbelajaran dan
pengajaran.
19
PERKARA 14 : KEBERSIHAN SEKOLAH
Semua kawasan sekolah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih kemas dan
indah. Kawasan sekolah adalah meliputi kawasan-kawasan berikut :
PERKARA 14.1 : KAWASAN KELAS
Sekitar kawasan kelas mestilah dalam keadaan bersih, teratur, kemas dan indah
(ceria). la mestilah:
a. Setiap masa dalam keadaan bersıh, kemas dan teratur.
b. Dihias dengan bahan-bahan kemaskini (model, bunga, gambar rajah, dll)
c. Diuruskan oleh ketua kelas dan AJK atas nasihat Guru Kelas
d. Setiap kelas mestilah menubuhkan jawatankuasa kelas seperti berikut
dan ditampalkan di hadapan kelas (organisasi kelas) :
Penasihat : Guru Kelas
Pengerusi : Ketua Kelas
Naib Pengerusi : Penolong Ketua Kelas
Setiausaha : Murid
Bendahari : Murid
JK Kebersihan : Murid
JK Hiasan : Murid
JK Sudut m/pelajaran : Murid
JK Disiplin : Murid
JK Kebajikan : Murid
20
PERKARA 14.2 : KAWASAN TANDAS
a. Murid mestilah menjaga kebersihan tandas setiap masa supaya ia
sentiasa berada dalam keadaan bersih, tidak berbau busuk dan digunakan
dengan betul.
b. Menggunakan air dengan cermat tanpa membazir.
c. Jangan masukkan scbarang benda ke dalam lubang tandas.
d. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
e. Setelah membuang air kecil atau air besar, bersihkan mangkuk tandas itu
dengan menarik air (flush).
f. Murid dibenarkan ke tandas pada waktu:
i. Sebelum 7:20 pagi
ii. Waktu rehat
iii. Selepas 12.00 tengah hari
PERKARA 14.3 : KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
a. Setiap murid. guru, kakitangan dan pelawat sentiasa memelihara
kebersihan persekitaran sekolah.
b. Dilarang merosakkan dan mencabut bunga dan pokok
c. Berikan kerjasama kepada AJK Kebersihan dan Keceriaan Sekolah untuk
menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
d. Suasana sekolah hendaklah sentiasa tenang dan sesuai untuk proses
pembelajaran.
e. Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan Kawasan sekolah
21
PERATURAN & LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
PERKARA 15 : KEBAKARAN /KECEMASAN
15.1 Jika berlaku sebarang kebakaran / kecemasan, pihak tertentu mestilah
dihubungi dengan segera untuk mendapatkan bantuan.
15.2 Latihan untuk menghadapi kebakaran / kecemasan mestilah diadakan dari
masa ke semasa (sekurang-kurangya 2 kali setahun)
15.3 Semua alat pemadam api mestilah dalam keadaan baik dan sentiasa
diperiksa.
15.4 Semua murid hendaklah mematuhi arahan guru apabila berlaku kebakaran
/ kecemasan.
15.5 Meninggalkan kelas dengan tenang dan beratur apabila mendengar loceng
anmaran kebakaran mengikut laluan yang telah ditetapkan dalam ‘Pelan
Kawad Kebakaran'
PERKARA 16 : LALULINTAS
16.1 Peraturan lalulintas jalanraya hendaklalh dipatuhi oleh semua murid.
16.2 Murid yang berjalan kaki hendaklah sentiasa berjalan di sebelah kanan
jalan semasa datang dan balik dari sekolah. Datanglah berdua-duaan.
Jangan datang seorang diri.
16.3 Murid yang menaiki bas, van atau kereta mestilah beratur sewaktu menaiki
dan turun dari kenderaan itu. Sila tunggu di tempat yang dikhaskan oleh
pihak sekolah di dalam kawasan sekolah (Hentian Puteri).
16.4 Ibu bapa / penjaga dilarang meletak atau berhenti kenderaan di petak
kuning di hadapan sekolah semasa menurunkan anak jagaan atau
menunggu anak jagaan pulang dari sckolah.
16.5 Semasa murid berada di dalam bas mestilah bertertib dan bersopan santun.
22
PERKARA 17 : SURAT MENYURAT
17.1 Semua surat menyurat tentang aktiviti sekolah mestilah melalui Guru
Besar.
17.2 Murid dilarang sama sekali membuat kenyataan lisan atau bertulis kepada
semua media masa atau kepada umum berkaitan sckolah.
17.3 Kebenaran Guru Besar hendaklah diperolehi jika hendak menerbitkan
sebarang penerbitan dalaman.
PERKARA 18 : KESALAHAN BERAT
18.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ke-3.
18.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
18.3 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
18.4 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / mengkhayalkan.
18.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
18.6 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru /
pengawas / murid.
18.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
18.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid.
18.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
18.10Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
18.11Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
18.12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
18.13Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang.
23
18.14Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
18.15Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat. hubungan luar tabii.
17. Melacur, menjadi bohsia, bohjan dan pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan
lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimeda.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur dan membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
28. Menganjur dan membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah / JPN dan KPM.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama l tahun sesi
persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah
24
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
PERKARA 19: GANGGUAN LUAR
19.1 Gangguan luar seperti orang yang mencurigakan, "flasher", binatang
berbahaya, mesti dilaporkan kepada guru.
19.2 Catatkan nombor kenderaan orang tersebut dan beritahu guru.
19.3 Jangan pergi ke tandas atau kawasan sekolah yang sunyi dan terpencil
bersendırian.
19.4 Jangan pergi ke kawasan yang ada tumbuhan rimbun.
19.5 Gunakan budi bicara anda dengan sewajarnya pada setiap masa dan
keadaan.
19.6 Jangan sekali-kali menumpang kereta orang yang tidak dikenali semasa
datang dan balik sekolah, walaupun dipelawa oleh mereka.
19.7 Jangan sekali-kali mengikut orang yang tidak dikenali apabila dipelawa
oleh mereka.
19.8 Telefon ibu bapa / penjaga / kawan / jiran / guru jika tertinggal bas dan
hari sudah gelap / malam.
PERKARA 20 : PELAWAT
20.1 Semua pelawat / ibubapa / penjaga yang ingin berurusan di sekolah
hendaklah berpakaian kemas dan sopan.
20.2 Hendaklah terlebih dahulu mendapatkan PAS KEBENARAN MASUK
dari Pengawal Keselamatan.
20.3 Perlu mencatat maklumat yang diperlukan di dalam buku yang disediakan.
20.4 Jika ingin berjumpa dengan guru/ murid perlu mendapatkan PAS
PELAWAT di pejabat sekolah.
25
20.5 Jika ingin membawa pulang anak, isi borang kebenaran keluar dan
serahkan kepada guru kelas (besar) dan pengawal keselamatan (kecil).
20.6 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah, serahkan PAS PELAWAT dan
PAS KEBENARAN MASUK.
20.7 Catat masa balik di dalam buku dari Pengawal Keselamatan.
SERANAI NAMA BARANG-BARANG YANG DILARANG BAWA KE
SEKOLAH
1. Liquid Paper (sebarang jenis).
2. 'Stickers' dan gambar-gambar pelekat (sebarang jenis).
3. Radio / 'Walkman' Permainan Video / Kad Judi / Dam / Catur dan semua
jenis permainan.
4. Barang-barang tajam seperti pisau, jarum, pin, gunting dan lain-lain tanpa
arahan.
5. Majalah Fesyen / Majalah Pelakon / Majalah Bollywood.
6. Gambar-gambar / Majalah lucah.
7. Buku-buku komik (sebarang jenis).
8. Wang melebihi RM5.00
9. Pen warna-warni tanpa arahan guru (marker, magic color atau pen
berkilat)
10. Barang kemas / barang perhiasan diri seperti cincin, rantai, gelang, anting-
anting, kristal, manik dan lain-lain barang berharga.
11. Telefon bimbit.
12. Kamera.
13. Pensel "mechanical"
26
27
KAWASAN LARANGAN
Murid-murid adalah dilarang ke tempat-tempat berikut semasa sesi
persekolahan :
1. Dalam Kawasan Sekolah
a. Bilik-bilik Tadika
b. Kawasan sekolah menengah
2. Luar Kawasan Sekolah
a. Pasaraya Aeon Big
The Store (Jalan Kampar)
Tesco
Kamdar
Ipoh Parade
b. Pusat Hiburan
- MTV Karaoke di Bulatan Azlan Shah
- Rumah Urut Jalan Kampar
- Pusat Video Jalan Kampar
- Hotel Ritz Garden Jln Kampar (Terdapat Karaoke)
C. Jalanraya / Lorong
- Jalan Chamberlain Hulu yang sentiasa sibuk bersebelahan sekolah.
- Persimpangan Jalan Chamberlain Hulu dan Jalan Kampar yang sibuk
berhampiran sekolah.
- Kawasan Bekas Rumah bersebelahan sekolah yang dipenuhi semak
samun.
- Lorong kecil bersebelahan Hotel Fairmont yang sunyi
28
PERINGATAN UNTUK SEMUA!
ANDA AKAN SELAMAT, JIKA :
Memegang kuat pada ajaran agama
Menyayangi dan menghargai diri sendiri
Menghormati agama dan budaya kaum lain
Mengamalkan nilai-nilai murni
Sentiasa berwaspada
Mematuhi peraturan sekolah
Berjumpa guru untuk menyelesaikan masalah
Berada dalam kumpulan
Berada di tempat terang
Berpakaian sopan
Melayani orang yang dikenali sahaja
Tidak memakai barang kemas/ perhiasan
Disahkan Oleh :
.........................................
Guru Besar
SK Perempuan Methodist
69, Jalan Chamberlain Hulu,
30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
29
Our Utmost For The Highest
Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan
Lagu Sekolah
Shout all hail for the Methodist Girls' School
Shout it loud and long
Our beloved Alma Mater
Come and join our song
Come and wear our colour royal
Wear the cardinal red
Strong in purpose, firm and loyal
To our cause be wed
Here we're taught the joy of service
And the truth to love
Learn to write and speak correctly
And good manners have
Chorus:
Lift her banner bear it onwards
Righteousness and truth
Is the motto held before us
Here while in our youth
30