The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR AZLINA, 2020-05-03 10:47:56

Asas Kelestarian T4 BUKU TEKS

Asas Kelestarian T4 BUKU TEKS

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS SEKOLAH MENENGAH

ASAS
KELESTARIAN

Tingkatan 4

PENULIS
AZHAR BIN SULAIMAN
MOHAMAD BIN ABU DAUD

EDITOR
MUHAMMAD ZULFADHLI ABD RAHMAN

PEREKA BENTUK
MUHAMAD FAIZAL MOKHTAR

ILUSTRATOR
MASKI YU LATIF YU

2016

No Siri Buku : 0112 PENGHARGAAN

KPM2016 ISBN 978-967-0520-79-7 Kami merakamkan penghargaan dan ucapan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 dan memberikan sumbangan dan bantuan
dalam pelbagai bentuk sehingga buku ini berjaya
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam diterbitkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan
buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, ucapan terima kasih diberikan kepada:
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
bentuk atau cara, baik dengan elektronik, Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian
mekanik, penggambaran semula mahupun Pendidikan Malaysia.
dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
Perundingan tertakhluk kepada perkiraan royalti Kementerian Pendidikan Malaysia.
atau honorarium.
• Jawatankuasa Penyemakan Naskah Sedia
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian
Malaysia oleh: Pendidikan Malaysia.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd (164242-W),
18, Jalan Damai 2, • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Taman Desa Damai, Sg. Merab, dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-8925 8975
Faks: 03-8925 8985 • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras
Laman Web: www.arasmega.com Mega (M) Sdn. Bhd.
E-mel: [email protected]
Reka Letak dan Atur Huruf: • Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Malaysia, Skudai, Johor.

Muka Taip Teks: Minion Pro Semua pihak yang sudi berkongsi maklumat,
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin pendapat, kerjasama, cadangan dan sokongan
Dicetak oleh: sama ada secara langsung atau tidak langsung
Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. bagi menyempurnakan penerbitan buku ini.
No 143, Jalan KIP 8,
Taman Perindustrian KIP,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6273 4337 Faks: 03-6273 5337

KANDUNGAN 1
3
Bab 1 Perkembangan Teknologi dan Kelestarian 4
Pendahuluan 7
1.1 Evolusi Pembangunan Ke Arah Kelestarian 13
1.2 Teknologi Ke Arah Kelestarian 18
1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21) 24
1.4 Teknologi Hijau 27
1.5 Isu-Isu Pembangunan Lestari 28
Rumusan 29
Aktiviti
Latihan 31
33
Bab 2 Reka bentuk 34
Pendahuluan 36
2.1 Reka bentuk Teknologi dan Kehidupan 45
2.2 Faktor Reka bentuk 65
2.3 Proses Reka bentuk 67
2.4 Kelestarian Reka bentuk 68
Rumusan 69
Aktiviti
Latihan 71
72
Bab 3 Sumber Tenaga 73
Pendahuluan 95
3.1 Sumber Tenaga 132
3.2 Penjana, Penghantaran dan Pengagihan Tenaga Elektrik 133
Rumusan 135
Aktiviti
Latihan 136
138
Bab 4 Pengangkutan 139
Pendahuluan 167
4.1 Sistem Penggerak Utama Kenderaan 174
4.2 Kenderaan Cekap Tenaga 195
4.3 Kawalan Hidraulik 209
4.4 Kawalan Pneumatik 223
4.5 Kawalan Elektrik Mudah 224
Rumusan 225
Aktiviti 227
Latihan 232
Glosari 234
Indeks
Rujukan iii

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Asas Kelestarian Tingkatan 4 adalah salah
satu Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang teknologi untuk Tingkatan 4 dan 5.
Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran yang bermatlamat memberi kesedaran kepada murid untuk melengkapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta berfikiran kreatif, kritis, inovatif dan inventif serta
berpotensi membudayakan diri dengan amalan lestari seiring dengan transformasi perkembangan
Teknologi Hijau ke arah memenuhi kehendak pembangunan industri negara.

Buku teks Asas Kelestarian Tingkatan 4 ini mengandungi empat bab yang merangkumi
empat daripada tujuh modul; iaitu Perkembangan Teknologi dan Kelestarian, Reka Bentuk, Sumber
Tenaga dan Pengangkutan yang melayakkan pelajar untuk mendapat sijil pengiktirafan asas selain
sijil SPM. Modul-modul ini merangkumi tiga domain aspek pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor
dan afektif.

Di samping itu, kurikulum ini juga mementingkan pemupukan nilai murni, kemahiran
berfikir dan kerja-buat-sendiri (DIY) selain peka terhadap masalah sekeliling serta sikap yang positif
semasa menjalankan aktiviti bagi melahirkan murid yang celik teknologi, kreatif dan mempunyai
ciri-ciri keusahawanan.

Bagi membantu mencapai matlamat, ikon-ikon berikut digunakan:

PENGENALAN IKON Kemahiran berfikir aras tinggi Info
bagi merangsang pemikiran
Latihan berstruktur dan berfokus Memberikan maklumat
dalam kalangan murid. dan informasi tambahan
Menguji pemahaman murid berkaitan dengan bab yang
pada akhir setiap bab. dibincangkan.

Amali Layari laman sesawang AR CODEQUICK RESPONSE CODE
www.arasmega.com/qr-apps
Menerangkan sesuatu kerja untuk memuat turun aplikasi CONTOH Imbas di sini!
amali dengan bantuan pengimbas Quick Response
gambar foto langkah demi (QR) CODE. Sesuatu yang menarik
langkah. untuk diterokai.
Imbasan QR Code membantu Layari laman sesawang
Bijak Kewangan pengguna untuk terus melayari www.arasmega.com/qr-apps
bahan berkaitan dengan cepat.
Menerapkan elemen celik Imbas di supinenntugikimmbeams uQautictukrRuensappolniksaesi
kewangan dalam kalangan Nilai Murni
murid. Augmented Real(iQtyR) CODE.
Layari laman sesawang
Untuk mengimbas kod ini,
Memaparkwawnw.anraislmaei-gna.icloami/ar-apps pengguna perlu memuat turun
murni yangpunentwugkimambjeaamshuAautgdtmuirceunonteandpRtlieokaalhsitiyi aplikasi Augmented Reality
oleh murid(A.R). terlebih dahulu.

Layari laman sesawang
www.arasmega.com/ar-apps
untuk memuat turun aplikasi
pengimbas Augmented Reality
(AR).

iv

PTDEERAKKNNEOKMLEOBLGAEINSGTAARNIANBAB 1
REKA BENTUK
ASAS BAB 2
KELESTARIAN

SUMBER TENAGA BAB 3
PENGANGKUTAN BAB 4

PERKEMBANGAN

1BAB TEKNOLOGI DAN
KELESTARIAN

Standard Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menerangkan evolusi pembangunan ke arah kelestarian.
Menghubung kait kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap kehidupan
manusia dan pembangunan negara.
Membanding beza definisi teknologi dengan kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian iaitu Ekonomi,
Sosial dan Alam Sekitar.
Menilai hubung kait elemen kelestarian terhadap tiga konsep kelestarian iaitu Closing the
loop, More from less, Efficient design.
Mengesan kronologi perlaksanaan persefahaman Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Membahas keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor swasta
dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA 21).
Mengesan kronologi pelaksanaan dan perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia.
Menilai kesesuaian objektif pelaksanaan Teknologi Hijau terhadap elemen kelestarian.
Membuat justifikasi perkembangan Teknologi Hijau di Malaysia dalam pelbagai bidang.
Membahaskan isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek peranan dan
tanggungjawab yang dilakukan oleh negara maju, kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

HiTjeaBkuannodloagr i
Bandar

Pekan
Kampung

EVOLUSI
PEMBANGUNAN

Pendahuluan

BAB 1 Teknologi ialah pengetahuan tentang usaha manusia dalam
mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber,
teknik dan sistem untuk mengurus kehidupan di samping
meluaskan potensi manusia. Sementara, kelestarian merupakan
satu usaha menghindari pelupusan sumber serta memastikan
kadar kerosakan terhadap alam sekitar adalah pada kadar
minimum. Dua istilah ini saling berkaitan bagi memastikan
kelangsungan hidup yang sejahtera.
Sebagai rakyat Malaysia, memahami erti pembangunan ke
arah kelestarian adalah amat penting. Hal ini muncul daripada
kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan
sumber alam semula jadi.

Pemuliharaan Pemeliharaan

Pemuliharaan membawa Pemeliharaan pula
maksud membaik pulih meliputi aspek penjagaan
sumber-sumber alam sekitar dan perlindungan untuk
seperti air, hutan, udara dan mengekalkan sumber-sumber
mineral yang telah digunakan semula jadi daripada diteroka
tanpa membiarkan segala dengan rakus oleh manusia.

sumber itu pupus.

Rajah 1.1 Definisi pemuliharaan dan pemeliharaan Foto 1.1 Aktiviti pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
Pelan Pembangunan
Nilai Murni
• Ekonomi
• Sosial Menyayangi dan menghargai
• Alam Sekitar alam sekitar dengan menyedari
tanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara
alam bagi mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

Pembangunan Lestari Video penerangan tentang
Rajah 1.2 Proses pembangunan lestari pemuliharaan sumber.

4

1.1 Evolusi Pembangunan ke Arah Kelestarian BAB 1

1.1.1 Evolusi kelestarian pembangunan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan ini perlu
bagi memastikan Malaysia mampu berdiri setanding dengan negara-negara maju di peta dunia.
Dalam kalangan negara-negara maju, teknologi dan inovasi berkembang dengan begitu pesat.
Rajah 1.3 dan Jadual 1.1 di bawah menunjukkan garis masa evolusi pembangunan dan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di negara-negara maju. Rajah 1.4 pula menunjukkan evolusi
pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia.

Revolusi industri (1750-1850)

Pengeluaran produk, mesin
mudah dan kenderaan

Peristiwa Revolusi Ilmu (700-1300) Abad ke-21
Perkembangan ilmu dan teori Era teknolgi
dalam bidang mekanikal, maklumat dan digital.
perubatan, binari dan lain-lain. Pembangunan lestari

Abad ke-20
Era modenisasi

Tahun
Rajah 1.3 Evolusi era pembangunan

Jadual 1.1 Evolusi pembangunan lestari di negara-negara maju

Negara Dahulu Kini
Jepun
Denmark Penggunaan petrol dan diesel sebagai Penggunaan kereta elektrik mula
sumber bahan api utama kenderaan. menggantikan kenderaan petrol dan diesel.
Jerman
Norway Penggunaan sumber tenaga yang tidak Pada kadar optimum, berjaya
boleh diperbaharui. menghasilkan 140% tenaga daripada
sumber yang boleh diperbaharui.

Penggunaan sumber tenaga yang tidak Pada kadar optimum, mampu
boleh diperbaharui. menghasilkan 100% tenaga daripada
sumber yang boleh diperbaharui.

Pembalakan yang terancang untuk Negara pertama yang komited untuk pelan
tujuan pembangunan. pembalakan sifar.

5

BAB 1 1991 Dasar Pembangunan Nasional - Mengambil kira faktor alam sekitar dan
1992 sosial dalam pembangunan ekonomi. Menggalakkan kemajuan ekonomi,
1993 sosial dan budaya melalui pembangunan yang lestari.
1996-2000 Pelan Tindakan Pembangunan Lestari Global - Dikeluarkan pada
1999 deklarasi Earth Summit di Rio de Janario, Brazil. Menekankan peranan
2001-2010 dan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melaksanakan
2001 pembangunan lestari.
2006-2010 Dasar Pemuliharaan Nasional - Mengambil kira pertimbangan terhadap
2009 alam sekitar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pembangunan
2014 ekonomi negara.
2016 Rancangan Malaysia ke-7 - Pelan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar dan pengurusan mampan sumber asli sebagai salah satu agenda
6 dalam Rancangan Malaysia ke-7.
Indeks Kualiti Kehidupan Malaysia - Merangkumi aspek-aspek seperti
kualiti udara, pembalakan, bekalan air bersih, pendapatan, kehidupan bekerja,
pengangkutan dan telekomunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam
sekitar, keluarga, keselamatan dan adat.
Dasar Wawasan Nasional - Menggalakkan kesaksamaan sosial, pertumbuhan
eknomi yang mampan dan penjagaan alam sekitar.
Compendium of Environment Statistics - Memfokuskan kepada penyelesaian
isu-isu berkaitan udara, air, tanah dan alam sekitar.
Rancangan Malaysia ke-9 - Menggalakkan penjagaan alam sekitar bagi
memastikan wujudnya keseimbangan antara keperluan pembangunan dan
alam sekitar.
Green building index (GBI) - Satu bentuk ujian untuk industri pembinaan
Malaysia. Objektif GBI adalah untuk menjimatkan tenaga, sumber,
penggunaan bahan kitar semula dan menyesuaikan bangunan di Malaysia
dengan cuaca, tradisi, budaya dan alam sekitar.
Rebat cukai - Insentif dalam bentuk rebat cukai untuk pembelian kenderaan
hibrid bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Feed in Taarif - Program di bawah kelolaan Sustainable Energy Development
Authority (SEDA). Program ini membolehkan individu atau syarikat menjual
tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui kepada syarikat tenaga
seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Rajah 1.4 Evolusi pembangunan ke arah kelestarian di Malaysia

1.1.2 Kesan evolusi pembangunan ke arah kelestarian terhadap BAB 1
kehidupan manusia dan pembangunan negara.

Dalam membincangkan isu kelestarian, terdapat tiga elemen penting yang terlibat iaitu, ekonomi,
sosial dan alam sekitar. Ketiga-tiga elemen kelestarian ini perlu digunakan untuk mengukur kejayaan
sesuatu pembangunan yang lestari. Untuk itu, kesan pembangunan terhadap kehidupan manusia
dan pembangunan sesebuah negara perlu dilihat daripada perspektif ketiga-tiga elemen ini.

Jadual 1.2 Kesan evolusi pembangunan terhadap manusia dan pembangunan negara

Elemen Kehidupan Pembangunan
Kelestarian manusia negara

Ekonomi • Penggunaan alat dan mesin-mesin • Penghasilan teknologi yang lestari
yang dapat membantu pekerja untuk dapat memaksimumkan penggunaan
bekerja dengan lebih efisien. sumber negara secara optimum bagi
meningkatkan pendapatan negara.
• Menjimatkan masa.
• Budaya kerja yang lebih produktif. • Pembangunan ekonomi yang lebih
• Menjimatkan kos. terancang dan mampan.

Sosial • Kesedaran tentang isu kesihatan • Pengenalan peraturan seperti sistem
telah mendedahkan masyarakat tadahan air hujan untuk projek
tentang pentingnya keperluan perumahan bagi mengawal banjir.
sumber makanan dan air yang sihat
menggunakan proses atau kaedah • Pentadbiran negara menetapkan
yang lestari. peraturan untuk menanam pokok-
pokok dan taman-taman rekreasi untuk
• Pembangunan luar bandar untuk kesejahteraan masyarakat.
memudahkan akses kemudahan
perkhidmatan awam.

Alam sekitar • Menerapkan unsur kelestarian dalam • Pengurusan industri yang
aktiviti seharian seperti pembuangan mengutamakan penggunaan teknologi
sampah mengikut kategori, dan hijau dalam pengurusan dan
mengurangkan penggunaan beg penghasilan produk yang mesra alam.
plastik dan sebagainya.
• Penjagaan alam sekitar menjadi faktor
• Kehidupan yang lebih berkualiti utama dalam pembangunan ekonomi.
dan sihat hasil daripada kadar
pencemaran yang rendah.

Nilai Murni “Demi kemajuan, alam sekitar perlu
dikorbankan”. Setujukah anda?
Setiap individu bertanggungjawab atas pencemaran dan degradasi Bincangkan.
alam sekitar yang disebabkan oleh mereka. Membuang bahan
tercemar di sesuatu tempat adalah seumpama kita meracuni 7
orang yang mendiami tempat tersebut

BAB 1 1.2 Teknologi ke Arah Kelestarian

1.2.1 Definisi teknologi dan kelestarian

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan amalan dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan
lain-lain. Kelestarian pula bermaksud keadaan (hutan, persekitaran dan lain-lain) yang tidak
berubah atau terpelihara seperti asal.

Kelestarian Teknologi
Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan perindustrian dan lain-lain
bagi memenuhi keperluan generasi sekarang tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka.

Panel solar sebagai sumber
tambahan tenaga elektrik.
Lubang udara untuk
pengaliran haba keluar.

Aliran udara
panas keluar

Aliran udara
sejuk masuk

Kedudukan rumah memaksimumkan Cat warna cerah untuk Takungan air hujan
kemasukan cahaya matahari untuk memantulkan haba. untuk membasuh laman
mengurangkan penggunaan lampu. dan menyiram pokok.
Rajah 1.5 Rumah lestari
Perbincangan:
Info Cadangkan idea berkaitan
teknologi dengan kelestarian
Dalam pembinaan bangunan, kita mempunyai beberapa agensi yang diaplikasikan di Malaysia.
yang mengeluarkan sijil pengiktirafan bagi bangunan mesra alam.
Sebagai contoh, kita mempunyai ‘Green Building Index’ (GBI)
sebagai sistem pengukur dan pengiktirafan bangunan mesra alam
di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, ‘Leadership in Energy and
Environmental Design’ (LEED) merupakan sistem pengiktirafan
yang paling banyak digunakan.

8

1.2.2 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian BAB 1

Pembangunan adalah satu keperluan bagi memastikan kelangsungan hidup. Namun, ia perlu
mengambil kira elemen-elemen kelestarian iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar bagi memastikan
keperluan generasi akan datang terjamin.

Ekonomi Sosial

• Meningkatkan sumber pendapatan. Kesaksamaan • Meningkatkan aspek kesihatan.
• Menstabilkan ekonomi. • Menyediakan sistem pendidikan
• Mementingkan aspek Lestari
kelas pertama.
perkembangan kemahiran, ilmu dan • Sumber pemakanan yang cukup
penjagaan alam sekitar.
• Mempunyai kesedaran terhadap dan bersih.
konsep mesra alam, jejak • Memperbanyakkan kawasan
karbon dan kitar semula dalam
pembangunan. rekreasi di bandar.
• Meningkatkan peluang pekerjaan. • Menyediakan peluang sama rata
• Menghasilkan tenaga lestari.
kepada semua lapisan masyarakat.
• Meningkatkan kualiti hidup.

Kebolehlaksanaan Kebolehidupan

Alam sekitar

• Menangani pencemaran alam sekitar dengan
perkembangan teknologi yang mesra alam.

• Menguruskan sisa dengan lebih sistematik dan
mesra alam.

• Mengawal aktiviti pembalakan.
• Menanam semula setiap pokok yang ditebang.
• Menangani isu pemanasan global. 

Rajah 1.6 Perkembangan teknologi melalui tiga elemen kelestarian

Info Bagaimanakah anda menunjukkan semangat
cintakan persekitaran yang bersih, cantik
Menurut Kamus Dewan, Edisi-4 justifikasi bermaksud dan nyaman? Bincangkan.
suatu alasan (yang kuat) yang menjadi sesuatu wajar
dilakukan (diusahakan dan sebagainya) atau diberikan. 9

1.2.3 Hubung kait elemen kelestarian terhadap
tiga konsep kelestarian
BAB 1
Dalam membincangkan isu pembangunan yang lestari, terdapat tiga konsep utama kelestarian
perlu dititikberatkan iaitu konsep Closing the loop, More from less dan Efficient design. Tiga konsep
ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pembangunan yang lestari.
1. Closing the loop

Biasanya, aktiviti kehidupan seharian kita serta operasi sesebuah industri akan menghasilkan sisa
buangan. Konsep Closing the loop dapat membantu mengatasi masalah ini. Closing the loop bermaksud
satu kitaran lengkap untuk proses sesuatu pembuatan. Sistem Closing the loop juga memastikan hasil
atau sisa digunakan semula supaya tiada sisa terbuang dan pencemaran dapat dikurangkan. Berikut
merupakan beberapa contoh penggunaan konsep Closing the loop dalam kehidupan harian:

• Tin minuman lama dikitar semula untuk dijadikan tin minuman baharu.
• Sisa najis haiwan digunakan sebagai baja untuk tanaman.
• Hasil daripada pokok kelapa dapat digunakan untuk pelbagai perkara seperti daun kelapa untuk

ketupat, lidi untuk penyapu, buah kelapa untuk santan dan airnya untuk diminum dan batang
kelapa boleh digunakan sebagai titi.

SISTEM Ramalkan keadaan persekitaran
KITAR SEMULA rumah anda, sekiranya anda
dan keluarga membuang bekas
Closing the loop makanan merata-rata.

Rajah 1.7 Kitaran Closing the loop Bijak Kewangan

10 Selain dapat membantu alam
sekitar, amalan mengitar
semula dapat menjana
pendapatan tambahan. Anda
boleh mengumpul barangan
terpakai seperti tin, botol kaca
dan surat khabar lama dan
menjual di pusat kitar semula.

Closing the loop

Ekonomi Sosial Alam sekitar BAB 1

1. Menjana sumber pendapatan. 1. Komuniti yang lebih sihat 1. Sisa buangan berada pada
hasil daripada alam sekitar kadar rendah.
2. Menggunakan produk yang bersih.
dengan sepenuhnya dapat 2. Alam sekitar yang bersih
mengurangkan kos seharian. 2. Kesan daripada ekonomi kesan daripada kadar
dan alam sekitar yang lebih pencemaran yang rendah.
3. Meningkatkan ekonomi baik boleh mewujudkan
dengan impak rendah pada masyarakat yang harmoni. 3. Menghasilkan sumber air
alam sekitar. yang lebih bersih.

Rajah 1.8 menunjukkan aplikasi konsep Closing the loop dalam perusahaan ternakan ayam.

Ayam sihat hasil daripada
makanan organik berkualiti.

Tanaman diproses Najis ayam
menjadi makanan ayam. yang sihat boleh
menghasilkan baja
yang berkualiti.
Najis ayam
dikumpulkan

Najis ayam diproses
menjadi baja kompos.

Baja kompos digunakan
untuk tanaman

Rajah 1.8 Contoh Closing the loop dalam aktiviti ladang ternakan

11

BAB 1 2. More from less

More from less merupakan satu konsep iaitu penggunaan secara maksimum akan dapat diperoleh
daripada sumber yang sedikit. Konsep More from less menekankan kepada kecekapan penggunaan
sumber supaya sumber yang digunakan itu dapat dikekalkan untuk kegunaan generasi akan datang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan konsep More from less:

1. Penggunaan pengangkutan awam berbanding kereta persendirian dapat menjimatkan
ruang penggunaan jalan raya serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

2. Reka bentuk pembungkusan yang efektif dapat menjimatkan ruang simpanan. Lebih
banyak bungkusan dapat disimpan di dalam ruang yang sama.

3. Penggunaan lampu jimat tenaga dapat menghasilkan lebih cahaya dengan tenaga yang
lebih rendah.

Ekonomi More from less Alam sekitar

1. Memberi nilai tambah dalam Sosial 1. Dapat mengurangkan
produk yang dihasilkan. 1. Produk yang dihasilkan sisa buangan.

2. Dapat menjana pendapatan mampu berfungsi mengikut 2. Menjadikan persekitaran
tambahan melalui cara hidup pengguna. lebih bersih dan cantik.
kepelbagaian produk hasil 2. Meningkatkan kesedaran dan
daripada penggunaan mengurangkan kerosakan 3. Mengurangkan kadar
sumber yang sepenuhnya. terhadap alam sekitar. pencemaran alam.

Rajah 1.9 menunjukkan perbezaan di antara penggunaan kenderaan dan bas untuk sekumpulan
orang. Penggunaan bas dapat membawa lebih ramai penumpang (more) dengan penggunaan ruang
jalan raya yang lebih sedikit (less).

Rajah 1.9 Contoh aplikasi More From Less

12

3. Efficient design

Efficient design merupakan satu konsep yang memfokus kepada penghasilan sesuatu reka bentuk BAB 1
yang baik dengan mengambil kira beberapa faktor penting seperti manusia, fungsi, kekuatan,
estetika dan bahan.

1. Reka bentuk kerusi yang mengambil kira faktor postur badan manusia.
2. Reka bentuk tayar yang lebih stabil ketika kenderaan melalui jalan basah.
3. Reka bentuk kereta yang mengambil kira zon remuk bagi mengurangkan risiko kecederaan

terhadap penumpang ketika berlaku kemalangan.

Ekonomi Efficient design Alam sekitar

1. Memberikan lebih banyak Sosial 1. Menggunakan bahan
pilihan produk. 1. Membantu membina yang mesra alam terhadap
alam sekitar.
2. Meningkatkan daya saing kehidupan yang lebih baik
antara industri. dan berkualiti. 2. Menggunakan teknologi
2. Aktiviti sosial yang mesra alam yang
3. Kos penggunaan, lebih terancang. dapat mengurangkan
penyelenggaraan dan pencemaran alam.
pembaikan yang rendah.

Rajah 1.10 Rumah lestari Foto 1.2 Stesen mengecas kereta elektrik menggunakan
tenaga solar di Universiti Teknologi Malaysia

Info Bincangkan bagaimana
anda boleh mempraktikkan
Rumah yang direka bentuk bagi mengoptimumkan penggunaan konsep Closing the loop
cahaya matahari dan arah angin dapat mengurangkan kos dalam bilik darjah anda.
elektrik sebanyak 40% - 60%. Kos ini dapat dikurangkan 100%
dengan pemasangan sistem tenaga solar.

13

1.3 Agenda Tempatan 21 (LA 21)

BAB 1 1.3.1 Kronologi pelaksanaan persefahaman Agenda
Tempatan 21 (LA 21)

Agenda Tempatan 21 merupakan satu pelan tindakan pembangunan lestari global yang dikeluarkan
pada deklarasi Earth Summit di Rio de Janerio, Brazil pada tahun 1992. Ia menekankan peranan dan
penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

1 JUN 1992

Pelancaran Agenda Tempatan 21

• Bertujuan menyediakan dunia bagi menghadapi segala cabaran abad kini dan akan datang.
• Mencapai persetujuan global mengenai usaha pembangunan dan alam sekitar yang lestari.
• Menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk menyediakan suatu dasar, strategi dan proses

yang sistematik.
• Mewujudkan kerjasama antarabangsa bagi menyokong dan melengkapi usaha kelestarian.
• Mengukuhkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memantau

perkembangan Agenda Tempatan 21:
-- Menyelaras sumber kewangan.
-- Menampung kos tambahan bagi menangani masalah alam sekitar global.
-- Membuat penilaian terhadap perkembangan program dan aktiviti pembangunan dan alam

sekitar lestari.

2 DISEMBER 1992

Penubuhan The Comission on
Sustainable Development (CSD)

• Sebagai badan pemerhati dan melaporkan pelaksanaan Agenda Tempatan 21.
• Memastikan tindakan susulan yang berkesan hasil daripada Persidangan PBB mengenai

pembangunan dan alam sekitar lestari.
• Melibatkan diri secara aktif bagi memantau dan menilai aktiviti pembangunan dan

persekitaran lestari di semua negara.
• Menyediakan kumpulan kerja bagi membincangkan matlamat tersebut.
• Menyediakan kertas kerja lengkap bagi program dan aktiviti yang berterusan.
• Mewujudkan komuniti pakar antarabangsa dalam menyediakan dana bagi pembangunan

lestari keseluruhannya.

14

3 JUN 1997 BAB 1
Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) mengiktiraf kepentingan
Agenda Tempatan 21

• Negara APEC bersedia melaksanakan pembangunan lestari untuk kesejahteraan manusia sejagat.
• Persetujuan khusus yang dicapai:

-- Mengadakan program kerjasama yang berkekalan terhadap alam sekitar seperti kebersihan
dan mewujudkan bandar lestari.

-- Menyediakan bandar-bandar yang mesra alam sekitar dan menghargai program-program
yang disediakan oleh sesebuah negara.

-- Sektor kerajaan, swasta dan komuniti setempat berganding bahu mengubah prinsip
pembangunan yang lebih lestari.

4 MAC 2000
Pelaksanaan Agenda Tempatan 21 di Malaysia

Sebagai penyelaras, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama
Unit Perancang Ekonomi dan United Nations Development Berhad (UNDB) telah bertindak:
• Menubuhkan sekretariat Agenda Tempatan 21 bagi menyelaras, memantau dan menyediakan

laporan pelaksanaan program kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
• Meningkatkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mendidik orang awam untuk

turut serta dalam pembangunan dan persekitaran lestari.
• Perbadanan Putrajaya memulakan program bandar lestari dan bersepakat menjadikan

Putrajaya ceria, mesra alam, selamat, beridentiti dan mempunyai penduduk yang berilmu
dengan mengamalkan nilai-nilai murni demi kesejahteraan masa kini dan akan datang.

5 SEPTEMBER 2002
Pelaksanaan penuh Agenda Tempatan 21 dan program tambahan
serta komitmen prinsip Rio dikuatkuasakan semula
• Malaysia melancarkan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN)

-- Bermatlamat untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta meningkatkan
kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan pembangunan dan alam sekitar lestari.

-- Tujuan khusus adalah untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan
produktif bagi generasi masa kini dan akan datang.

Rajah 1.11 Kronologi pelaksanaan Agenda Tempatan 21

15

1.3.2 Keberkesanan pihak berkuasa tempatan (PBT), masyarakat dan
sektor swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan 21 (LA21)
BAB 1

Berdasarkan prinsip dalam Agenda Tempatan Pihak Berkuasa Perbadanan Putrajaya
Tempatan, masyarakat dan sektor swasta perlu melaksanakannya
dengan berkesan. Rajah 1.12 menunjukkan keberkesanan Situasi semasa
pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (LA 21) .
Sambutan masyarakat
Prinsip Penerangan masih pada tahap
Penyertaan dan ketelusan minima. Usaha
Maklumat tentang mempromosi program
program Tempatan perlu di jalankan
Agenda 21 dan secara menyeluruh.
pembangunan
mampan mesti
sentiasa terbuka
dan telus kepada
masyarakat tempatan.

Usahasama Mewujudkan Kerjasama antara
usahasama dan PBT, masyarakat
tanggungjawab dan swasta perlu
bersama antara semua ditingkatkan untuk
pihak berkepentingan. faedah bersama
secara konsisten.

Kebertanggungjawaban Semua rakan Terdapat keputusan
usahasama dan tindakan yang
bertanggungjawab diambil kurang dipatuhi
kepada keputusan dan menyebabkan program
tindakan yang diambil. kurang berkesan.

Pendekatan menyeluruh Menangani punca Masyarakat tempatan
masalah-masalah kurang memberi
sosial, ekonomi dan kerjasama terhadap
alam sekitar dengan program dari pihak
cara yang sepadu dan PBT yang boleh
merangkumi seluruh mewujudkan suasana
masyarakat tempatan. kehidupan tidak selesa.

16

Prinsip Penerangan Situasi semasa BAB 1
Peka kepada
keupayaan Memastikan bahawa Isu pembangunan
corak hidup dan mampan di peringkat
Kesaksamaan pembangunan kita tempatan perlu dikaji
adalah mesra alam dan ditangani bersama.
dan selaras dengan
keupayaan alam sekitar.

Memastikan bahawa Peluang untuk
semua lapisan masyarakat dan
masyarakat tempatan, sektor swasta turut
tanpa membezakan serta dalam proses
kaum, jantina, umur, pembangunan masih
keupayaan, taraf pada tahap sederhana.
sosioekonomi atau
latar belakang, diwakili
dalam program Agenda
Tempatan 21.

Mementingkan masa Memastikan bahawa Sokongan ahli
hadapan kepentingan pada masyarakat dan sektor
masa kini dan masa swasta terhadap
hadapan diambil kira program-program yang
dalam semua peringkat akan membawa manfaat
program Agenda kepada semua masih
Tempatan 21. boleh ditingkatkan.

Hasil yang nyata Membuahkan hasil Hasil yang nyata
yang nyata supaya cuma dapat dihasilkan
program Agenda di bandar raya dan
Tempatan 21 dapat bandar besar sahaja.
dipertingkatkan dan Contohnya, Putrajaya.
dipastikan berterusan.

Rajah 1.12 Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), masyarakat dan sektor
swasta dalam melaksanakan Agenda Tempatan

17

BAB 1 Untuk keberkesanan yang berkekalan, kerjasama semua pihak amat penting dalam menjayakan
Agenda Tempatan 21 ini. Rajah 1.13 menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang penting antara
pihak yang terlibat dalam perlaksanaan Agenda Tempatan 21.

Sebagai individu: Sebagai wakil kerajaan:
Menyokong usaha pihak kerajaan
dalam program alam sekitar. Meningkatkan persefahaman antara
Memulakan usaha sendiri seperti masyarakat dengan pihak kerajaan.
kitar semula.
Menjimatkan penggunaan elektrik Meningkatkan sokongan masyarakat
dan air. kepada program-program yang akan
membawa manfaat kepada semua.
Agenda
Tempatan Mempertingkatkan imej sebagai
wakil kerajaan yang mempraktikkan
21 tadbir urus yang baik dengan adanya
penyertaan awam, ketelusan, kepekaan,
kesepakatan, keberkesanan dan
kecekapan, kebertanggungjawaban
dan wawasan strategik.

Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau
syarikat (pihak swasta):
Meningkatkan imej sesebuah pertubuhan sebagai badan masyarakat atau korporat
yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan
dan pihak-pihak berkepentingan.
Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari
pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar bersama-
sama dengan pihak berkuasa tempatan.
Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang
ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.
Peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Rajah 1.13 Hubungan kerjasama pihak individu, swasta dan kerajaan

Info Apakah usaha-usaha yang perlu
dijalankan supaya Malaysia menjadi
CBO - Community Based Organisation negara maju dan makmur.
NGO - Non Goverment Organisation

18

1.4 Teknologi Hijau BAB 1

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mendefinisikan 'Teknologi Hijau' sebagai
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Produk
atau sistem yang mengaplikasikan teknologi hijau perlu memenuhi beberapa kriteria berikut:

Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.

Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar.

Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk
semua hidupan.

Menjimatkan tenaga dan sumber asli
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara.

Mencari 4 Meningkatkan
ketidakbergantungan pembangunan
Dasar Teknologi ekonomi negara
tenaga dan Hijau Negara melalui penggunaan
mempromosikan
kecekapan tenaga teknologi

Tenaga Ekonomi

Memulihara Meningkatkan
dan meminimumkan kualiti hidup untuk

kesan kepada semua
alam sekitar
Sosial
Alam sekitar

Rajah 1.14 Dasar Teknologi Hijau Negara

Bijak Kewangan

Sisa bangunan lama yang dirobohkan dapat digunakan sebagai bahan penguat tanah bagi
menggantikan batu kelikir dalam proses pembinaan bangunan atau jalan raya. Selain penjimatan
kos, penggunaan semula sisa lama bangunan ini dapat mengurangkan aktiviti penarahan bukit
untuk mendapatkan batu kelikir.

19

1.4.1 Pelaksanaan dan perkembangan Teknologi
Hijau di Malaysia
BAB 1
Perkembangan teknologi adalah penting untuk pembangunan sesebuah negara. Pembangunan tidak
terancang akan memberikan impak yang negatif terhadap alam sekitar. Pertimbangan terhadap
alam sekitar adalah perlu bagi menjamin kestabilan ekosistem dan kelangsungan sumber-sumber
alam. Rajah 1.15 menunjukkan garis masa pekembangan perlaksanaan teknologi hijau di Malaysia.

1990-an 1992

Pembinaan kincir angin pertama Malaysia Menekankan peranan dan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan
di Pulau Layang-layang, Sabah. (PBT) dalam melaksanakan pembangunan lestari.

2009 2009 2007

Penubuhan KeTTHA. Penubuhan sistem Green Penubuhan Malaysia
Building Index (GBI). Green Building Confederation

(MGCB).

2009

Pelancaran Dasar
Teknologi Hijau Negara.

2013 2013

Kemasukan kereta elektrik pertama Pembinaan ladang solar
ke Malaysia dari negara maju. di Sepang.

Rajah 1.15 Perkembangan teknologi hijau di Malaysia

20

BAB 1

2000 2000

Isu pelepasan Penubuhan CETREE USM 9 Centre for
gas rumah hijau dapat dikurangkan Education and Training in Renewable Energy.

melalui penjimatan tenaga.

2004

Penubuhan Kementerian
Sains Teknologi dan Inovasi

2005 2005

Pembinaan bangunan Green Pembinaan sistem jana kuasa
Tech - Bangunan Tenaga Sifar. hibrid di Pulau Perhentian
(angin, solar, diesel).

2014 2014 2016

Rebat cukai untuk pembelian Kereta EEV Malaysia pertama Pelancaran Program Feed in
kenderaan hibrid. Produa Axia. Taarif (Di bawah kelolaan SEDA)

21

1.4.2 Kesesuaian objektif pelaksanaan teknologi hijau
terhadap elemen kelestarian
BAB 1
Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan dilihat sebagai satu jalan penyelesaian untuk menangani
isu berkaitan tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi hijau membantu kita untuk terus
maju ke hadapan tanpa memberikan impak negatif yang besar kepada alam sekitar. Jadual 1.3
menunjukkan kesesuaian pelaksanaan teknologi hijau terhadap elemen kelestarian.

Elemen kelestarian Jadual 1.3 Objektif pelaksanaan teknologi hijau Penerangan
Objektif

Ekonomi • Mengurangkan kadar • Pengurangan kadar
peningkatan penggunaan penggunaan tenaga dapat
tenaga serta meningkatkan mengurangkan kos operasi.
pembangunan ekonomi.
• Merancakkan lagi
• Membantu pertumbuhan pembangunan ekonomi
dalam industri teknologi negara dengan menyertai
hijau dan meningkatkan industri baharu seperti
sumbangannya kepada industri teknologi hijau.
ekonomi negara.

Sosial • Meningkatkan keupayaan • Taraf kehidupan dapat
bagi inovasi dalam ditingkatkan dari segi
pembangunan Teknologi kesihatan dan kewangan
Hijau dan meningkatkan daya dengan pembangunan
saing dalam teknologi hijau di ekonomi yang lestari.
persada antarabangsa.
• Menambah peluang pekerjaan
• Meningkatkan pendidikan dengan pertumbuhan industri
dan kesedaran awam teknologi hijau.
terhadap teknologi hijau dan
menggalakkan penggunaan • Memudahkan kehidupan
meluas teknologi hijau. seharian dengan teknologi
baharu yang lebih lestari.

Alam sekitar • Memastikan pembangunan • Menjamin pengekalan
mampan dan memulihara sumber-sumber alam untuk
alam sekitar untuk generasi kegunaan masa hadapan.
akan datang.

Inovasi penting dalam kaedah pembuatan
bahan makanan. Bincangkan.

22

1.4.3 Perkembangan teknologi hijau di Malaysia dalam
pelbagai bidang
BAB 1
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar, sektor-sektor utama perlu memainkan
peranan penting bagi menjayakan usaha ini. Sektor seperti tenaga, pengangkutan, pembinaan,
rawatan sisa dan air merupakan nadi penggerak sesebuah negara. Rajah 1.16 di bawah menunjukkan
perkembangan teknologi hijau dalam sektor-sektor berkaitan.

Sumber Tenaga

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Jana kuasa elektrik diesel • Jana kuasa elektrik solar • Jana kuasa elektrik ombak
• Arang batu • Kincir angin • Sel hidrogen
• Jana kuasa hidro

Rajah 1.16 (a) Perkembangan teknologi hijau dalam sektor sumber tenaga

Pengangkutan
dan Kuasa

Dahulu Sekarang Masa Hadapan
• Kereta api levitasi magnet
• Kandar • Kereta
• Beca • Kapal terbang
• Kuda • MRT (Mass Rapid Transit)

Rajah 1.16 (b) Perkembangan teknologi hijau dalam sektor pengangkutan dan kuasa

23

Pembinaan

BAB 1

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Bahan seperti kayu, buluh • Batu bata, simen dan • Pengunaan bahan-bahan
dan daun nipah. tetulang keluli. kitar semula seperti plastik
dan kertas.

Rajah 1.16 (c) Perkembangan teknologi hijau dalam sektor pembinaan
Rawatan Air

Dahulu Sekarang Masa Hadapan

• Rawatan air semula jadi • Penapis osmosis • Penyulingan air laut dan
dari air bukit, mata air. songsang, penapis karbon, teknologi biofilem.
penapis seramik

Rajah 1.16 (d) Perkembangan teknologi hijau dalam sektor rawatan air
Rawatan Sisa Pepejal

Dahulu Sekarang Masa Hadapan
• Sisa pepejal dibakar • Kitar semula
• Tapak pelupusan
sampah, biojisim

Rajah 1.16 (e) Perkembangan teknologi hijau dalam sektor rawatan sisa pepejal

24

1.5 Isu-isu Pembangunan Lestari BAB 1

1.45.13 Isu-isu semasa mengenai pembangunan lestari dari aspek
peranan dan tanggungjawab oleh negara maju, kerajaan,

industri dan institusi pendidikan

Negara Maju

Isu-isu semasa Peranan Tanggungjawab

• Pembangunan pesat • Penggunaan sumber • Perlu berusaha
memberi kesan negatif alam dapat dikurangkan mengurangkan impak
kepada alam sekitar dengan penggunaan negatif terhadap
teknologi terkini seperti alam sekitar. Contoh
kereta elektrik. impak negatif:
penipisan lapisan ozon,
Foto 1.3 Pemandangan bandar peningkatan suhu global,
kemusnahan sumber
Kerajaan dan lain-lain.

Isu-isu semasa Peranan • Usaha mengurangkan
peningkatan suhu
global yang meningkat
2oC sebagai satu
agenda penting dalam
pembangunan lestari.
Tanggungjawab

• Pertambahan penduduk • Menentukan undang- • Undang-undang
yang memerlukan undang yang berkaitan perumahan untuk
kepada penempatan dan pembangunan perumahan. kesejahteraan
sistem pengangkutan. masyarakat.
• Sistem pengangkutan
yang lebih sistematik. • Sistem penguraian trafik.

25

BAB 1 Industri Peranan Tanggungjawab
Isu-isu semasa

• Penghasilan produk • Membuat pemasangan • Pengusaha kilang
secara besar-besaran peralatan untuk mengukur perlu memastikan
bagi memenuhi kandungan asap dan bahan buangan yang
permintaan pasaran. habuk yang dilepaskan. dibuang ke sungai tidak
mengandungi bahan
• Produk yang dihasilkan • Mengekhaskan toksik dan beracun.
tidak mengambil kira kedudukan kawasan
faktor alam sekitar. perindustrian jauh dari • Pengusaha kilang perlu
kawasan perumahan mematuhi undang-
• Penghasilan produk dan dilengkapi sistem undang yang mewajibkan
yang tidak berkualiti dari pembuangan sisa pengusaha kilang
aspek fungsi, ketahanan yang sistematik mengambil langkah
dan keselamatan. untuk mencegah
• Pihak industri dan pencemaran. Contohnya:
Foto 1.4 Asap kilang perlu ditapis pengusaha kilang boleh membina kolam
untuk mengurangkan tahap mengikuti program pemendapan untuk
pencemaran udara pendidikan alam sekitar. sisa-sisa cecair dan
pemasangan penapis di
corong asap (Akta Mutu
Alam Sekeliling, 1974).

• Menggunakan semula
sisa-sisa lebihan dari
kilang memproses
hasil pertanian untuk
dijadikan baja organik.

Nilai Murni
Usaha pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar perlu
bermula dari diri sendiri.

Foto 1.5 Pemandangan alam yang bersih hasil daripada amalan sistem
pembuangan sisa yang sistematik

26

Institusi Pendidikan Peranan Tanggungjawab BAB 1
Isu-isu semasa

• Tahap kesedaran • Pendidikan • Memberi kesedaran
tentang isu dan pembangunan lestari tentang isu kecekapan
masalah alam sekitar merupakan isu yang tenaga yang menerapkan
sangat rendah. ditekankan dalam Pelan amalan penjimatan
Induk Pembangunan sumber-sumber
• Kurang pemahaman Pendidikan (PIPP). alam yang terhad,
tentang kepentingan pembangunan lestari
penjagaan alam • Fokus PIPP 2006-2010 dan pemeliharaan
sekitar seperti kesan adalah untuk memupuk alam sekitar.
pembakaran terbuka, rasa kecintaan terhadap
pembalakan hutan seni, warisan dan budaya • Membudayakan
dan penggunaan bangsa (PIPP 2007). pemikiran ke arah
sumber tenaga yang penghasilan dan
tidak terancang. • Mendidik pelajar agar penggunaan teknologi
dapat menghayati, yang lestari dalam
menghargai, menyayangi kehidupan seharian.
seni warisan dan budaya
untuk membentuk • Memberi kefahaman
identiti unik bangsa tentang kesan dan akibat
Malaysia. daripada aktiviti yang
mencemarkan alam sekitar.
• Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Kementerian • Mendidik cara-cara
Sumber Asli dan Alam penjagaan alam sekitar
Sekitar telah melancarkan dalam aktiviti harian.
Program Sekolah Lestari.

• Guru perlu berkemahiran
dalam menyampaikan
pendidikan alam sekitar
secara berkesan.

Foto 1.6 Kempen kitar semula Foto 1.7 Gotong-royong sekolah
Info

Di Malaysia 90% daripada jumlah tenaga yang digunakan ialah tenaga elektrik. 45% daripada permintaan tenaga
elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik dan komersial yang kebanyakannya digunakan untuk lampu,
pendingin udara dan pemanas air di dalam bangunan seperti rumah kediaman.

Sumber:
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

27

BAB 1 Rumusan

Teknologi dan Kelestarian

Evolusi Teknologi ke Agenda Teknologi Hijau Isu-isu
pembangunan pembangunan
arah kelestarian Tempatan LA21
ke arah lestari
kelestarian Perkembangan Kronologi Kriteria Teknologi
teknologi Pelaksanaan Hijau Peranan dan
Kesan Persefahaman tanggungjawab
pembangunan • Ekonomi Kronologi
• Sosial Agenda Pelaksanaan dan • Negara maju
lestari • Alam sekitar Tempatan 21 Perkembangan • Kerajaan
Teknologi Hijau • Institusi
Konsep (LA21)
kelestarian Perkembangan pendidikan
• Closing the loop Keberkesanan Teknologi Hijau • Industri
• More from Less PBT, Masyarakat dalam pelbagai
• Efficient design
dan Sektor bidang
Swasta dalam
melaksanakan • Sumber tenaga
• Pengangkutan
Agenda
Tempatan 21 dan kuasa
• Pembinaan
(LA21) • Rawatan air
• Rawatan sisa

pepejal

Kesesuaian
objektif Teknologi

Hijau

• Ekonomi
• Sosial
• Alam sekitar

28

Aktiviti BAB 1
1 Bincangkan secara berkumpulan peranan Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

2 Bahaskan secara berkumpulan tentang peranan manusia terhadap alam

sekitar yang lestari.

3 Huraikan pembangunan negara Malaysia yang lestari berdasarkan

pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kualiti alam sekitar, ketidaksamaan
sosial, ekonomi, agama dan budaya.

4 Cadangkan idea teknologi lestari baharu yang boleh diaplikasikan

dalam kehidupan.

5 Bincangkan bukti-bukti yang menunjukkan wujudnya industri yang

mengamalkan kelestarian di Malaysia menggunakan persembahan multimedia.

6 Aktiviti perbahasan. Bentuk dua kumpulan, satu kumpulan mencadang dan

satu kumpulan membangkang bagi tajuk “Keberkesanan Pihak Berkuasa
Tempatan melaksanakan Agenda Tempatan 21”.

7 Berikan kepentingan perlaksanaan teknologi hijau di Malaysia menggunakan

persembahan multimedia secara berkumpulan.

8 Secara berkumpulan atau individu, cadangkan idea baharu atau penambahbaikan

pelbagai isu yang berkaitan dalam pembangunan lestari.

29

BAB 1 Latihan

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kelestarian.
Tandakan ( ✓ ) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah
dalam petak yang disediakan.

Penubuhan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar adalah untuk
pembangunan dan persekitaran yang baik dan teratur.

Pembangunan lestari menjadikan rakyat Malaysia berjimat cermat
berbelanja untuk keperluan harian.

Pemuliharaan alam sekitar bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam.

Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) pencemaran laut pencemaran tasik.

2 Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan A, B, C, D dan E dalam petak yang
disediakan mengikut bidang yang bersesuaian dengan kelestarian.

A PerindAustrian C SumbeAr tenaga E Sisa pAepejal
B PengaAngkutan D PembinAaan

Aktiviti mengumpulkan tin-tin minuman untuk kitar semula.
Tidak mengalirkan air sisa pembuatan ke sungai berhampiran.
Menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
Menyediakan bahan tenaga solar yang murah kepada penduduk.
Memulihkan perumahan terbengkalai.

30

3 Bincangkan kepentingan Agenda Tempatan 21 dalam konteks pembangunan BAB 1
lestari di bandar dan di luar bandar?

4 Huraikan peranan dan tanggungjawab institusi pendidikan dalam pembangunan
lestari di Malaysia?

5 Apakah yang anda faham tentang Teknologi Hijau?

6 Cadangkan aktiviti pembangunan yang mengambil kira tiga elemen kelestarian
seperti gambar rajah di bawah.

Ekonomi Sosial

Alam Sekitar

31

2BAB REKA BENTUK

Proses RekaStandard Pembelajaran Bentuk

Pada akhir pembelajaran murid berupaya:

Menjelaskan definisi dan tujuan reka bentuk.

Menilai kesesuaian penghasilan sebuah produk berdasarkan faktor reka bentuk

iaitu manusia, fungsi, kekuatan, estetika dan bahan.

Mengesan ciri-ciri lestari dalam reka bentuk produk.

Membanding beza produk yBarnifg dihasilkan melalui reka bentuk konvensional dan
reka bentuk lestari. reka bentuk
Membuat justifikasi pemilihan produk terhadap konsep kelestarian.

Mencadangkan carta alir proses reka bentuk berdasarkan fungsi setiaIpdperoases
awalan
mengikut urutan.

Proses Reka Bentuk Membezakan model reka bentuk berdasarkan kriteria.
Menilai kriteria pengujian bagi setiap model reka bentuk.

MMeenmcbaiSdnaidatnuamgaknoadsnei lbraehkaan byeanntgukseysaunagi dalam proses penghasilan model reka bentuk.
lestari berdasarkan carta alir proses reka bentuk.

masalah Brif

reka bentuk
Pengumpulan
Proses Reka Bentuk maklumat Idea
awalan

Brif Situasi Idea Menguji
reka bentuk dan penyelesaian reka bentuk
dan perincian
Memahami masalah Pendoku
Pengumpulan
Idea maklumat
awalan
tema dan

menghasilkan model

Situasi reka bentuk.
dan
masalah

Pengumpulan
maklumat

Pengembangan Membina
idea model

Memahami Memahami Memahami
keperluan carta produk definisi dan
alir proses reka tujuan reka
yang memenuhi
bentuk. justifikasi faktor bentuk.

Idea reka bentuk.
penyelesaian
dan perincian Menguji
reka bentuk

Idea Menguji
penyelesaian reka bentuk
dan perincian
Pendokumentasian

Pendokumentasian Memahami
keperluan produk
Membina melalui proses reka
model
bentuk.

Pengembangan Membina
idea model

Pengembangan
idea

BAB 2 Pendahuluan

Kehidupan manusia dipenuhi dengan siri aktiviti yang kompleks. Bagi memastikan kelancaran
aktiviti-aktiviti ini, manusia mencipta alat, produk atau proses sebagai bantuan dalam menjalani
kehidupan harian mereka. Reka bentuk yang baik dapat memastikan alat, produk atau proses yang
dicipta berfungsi dan dapat menyelesaikan masalah tertentu.
Sesuatu reka bentuk perlu melalui satu proses perancangan yang terperinci supaya tujuan reka
bentuk dapat dicapai. Reka bentuk yang baik akan menghasilkan satu teknologi yang baharu yang
dapat membantu kehidupan seharian manusia. Ini menjadikan reka bentuk dan teknologi saling
berkait rapat. Rajah 2.1 menunjukkan evolusi reka bentuk dan teknologi komputer.

Evolusi reka bentuk komputer

Komputer generasi I Komputer generasi II Komputer generasi III

Komputer generasi IV Komputer generasi V Komputer riba Tablet

Rajah 2.1 Evolusi reka bentuk komputer

Aspek penyimpanan komponen dan Nilai Murni
keselamatan sangat ditekankan dalam
proses pembuatan. Berikan ulasan. Dalam melakukan sesuatu kerja, kita hendaklah
berusaha mencapai matlamat, di samping dapat
34 memberi pandangan tanpa dipengaruhi oleh emosi.

2.1 Reka Bentuk, Teknologi dan Kehidupan BAB 2

2.1.1 Pengenalan reka bentuk

Definisi

Reka bentuk ialah aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk
memenuhi keperluan manusia. Aktiviti ini memerlukan daya kreativiti dan
inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baharu atau menambah nilai
produk sedia ada.

Masalah Proses Produk
reka

bentuk

Brif 1
Gunakan kucing untuk
menangkap tikus.

Brif 2
Bina perangkap tikus menggunakan
bahan sedia ada.

Rajah 2.2 Penjanaan brif dalam situasi dan masalah

35

2.1.2 Tujuan Reka Bentuk

Terdapat beberapa tujuan reka bentuk. Antaranya ialah:

BAB 2 Menyelesaikan Keselamatan pengguna dan
masalah kesejahteraan alam

• Reka bentuk dapat membantu pereka • Reka bentuk yang selamat dan mudah
bentuk menyelesaikan masalah dan untuk dikendalikan serta memberikan
mencari kaedah menyelesaikannya. kesan negatif yang minimum kepada
alam sekitar.

• Reka bentuk yang mengelakkan
permukaan panas, tajam dan sebagainya.

Meningkatkan Memberikan saingan dan
kualiti produk menguasai pasaran

• Reka bentuk dapat memastikan aspek • Reka bentuk dapat memenuhi
kualiti terjamin. permintaan pasaran dan dapat
menguasai pasaran sesuatu produk.
• Pemilihan bahan penting dalam
memastikan kualiti dan ketahanan • Mengkaji permintaan pasaran dari
sesuatu produk. segi fungsi, warna dan bentuk.

2000 2016

1990-an Info

1980-an Kepuasan pelanggan terhadap produk :
Foto 2.1 Contoh evolusi reka bentuk kereta Proton Saga 1. Prestasi fungsi
2. Daya tahan
3. Kesesuaian terhadap spesifikasi
4. Ciri-ciri menepati citarasa
5 Kebolehpercayaan
6. Kilatan serta kemasan

36

2.2 Faktor Reka Bentuk

Reka bentuk sesuatu produk perlu mengambil kira faktor-faktor berikut iaitu:

Manusia Fungsi Estetika Kekuatan Bahan

Manusia BAB 2

Faktor manusia dalam reka bentuk merupakan satu kajian interaksi antara manusia, produk dan
persekitaran. Faktor ini merupakan satu bidang yang dipanggil ergonomik. Antara perkara yang
diambil kira dalam faktor manusia ialah:
1. Saiz dan bentuk (mengikut kesesuaian pengguna).
2. Pergerakan manusia (penggunaan ketika berjalan, berlari, duduk dan sebagainya).
3. Umur (pengguna kanak-kanak, dewasa atau warga emas).
4. Pengguna kurang upaya (memudahkan penggunaan).
5. Keselamatan dan kesihatan (mengurangkan risiko dan bahaya kepada manusia).
Contohnya, ketinggian kerusi boleh laras dan bentuk kerusi yang mengikut postur badan.

Untuk membolehkan pereka bentuk mengambil kira faktor manusia, ukuran purata bahagian
badan manusia perlu digunakan pada reka bentuk. Ukuran purata ini akan menunjukkan data
seperti purata ketinggian, berat badan, panjang kaki dan tangan manusia mengikut faktor seperti
umur dan jantina. Rajah 2.3 menunjukkan reka bentuk meja dan kerusi yang ergonomik.

B Kedudukan monitor pada jarak dan C Bahagian penyandar
sudut yang sesuai dengan pengguna. menyokong tulang belakang
mengikut postur yang betul.
B

A Ketinggian meja yang E
betul memastikan
keselesaan capaian papan A D Tempat duduk kerusi
kekunci dan menulis. pada ketinggian

D yang selesa. Ia boleh
dilaras mengikut
ketinggian pengguna.

F E Bucu meja direka bentuk tidak
F Saiz meja yang sesuai tajam untuk tujuan keselamatan.

untuk membantu capaian.

Rajah 2.3 Reka bentuk meja dan kerusi yang mengambil kira faktor manusia

37

BAB 2 Fungsi

Dalam proses mereka bentuk, seseorang pereka bentuk perlu mengenal pasti tujuan dan fungsi
produk yang ingin direka bentuk. Bagi memastikan produk yang dihasilkan berfungsi dan dapat
menyelesaikan masalah pengguna, tiga aspek fungsi perlu dianalisis:

• Tujuan
• Penggunaan
• Ukuran
Contohnya, kasut sukan direka bentuk mengikut kesesuaian aktiviti sukan menggunakan bahan
yang tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Reka bentuk kasut keselamatan pula mengambil kira
faktor keselamatan dalam aktiviti seharian pengguna. Biasanya dilengkapi dengan besi di bahagian
hadapan bagi melindungi jari kaki dan di bahagian bawah kasut. Rajah 2.4 menunjukkan fungsi
bahan kasut keselamatan dan rajah 2.5 menunjukkan fungsi kasut sukan.

Reka bentuk sokongan
pergelangan kaki.

Pelapik span dan kulit lembut
untuk melindungi tendon
Achilles dan buku lali.

Pelindung besi tahan Getah ringan, Vulcanised Nitrile
hentakan 200 joule. Rubber (VNR) dengan corak
anti gelincir.
Lapisan tengah
daripada besi
Rajah 2.4 Fungsi kasut keselamatan

Fabrik yang Saiz mengikut ukuran kaki pengguna Bentuk tapak yang
mempunyai pengaliran Rajah 2.5 Fungsi kasut sukan mengikut pergerakan
udara yang baik. kaki ketika berlari.
Kusyen gel untuk
menyerap hentakan
ketika berlari.

38

Kekuatan
Faktor kekuatan merupakan satu aspek penting dalam proses reka bentuk. Secara umumnya,
kekuatan bahan mestilah lebih besar daripada beban yang dikenakan ke atas sesuatu objek. Berikut
adalah beberapa kategori beban (rujuk Rajah 2.6):

1. Beban statik Beban angin
Beban yang dikenakan oleh objek yang pegun.
2. Beban dinamik Beban dinamik
Beban yang dikenakan oleh objek yang bergerak. Beban statik

3. Beban angin BAB 2
Beban tiupan angin ke atas struktur menegak.

Rajah 2.6 Kedudukan daya, mampatan dan tegangan

Selain itu, kekuatan sesuatu produk akan diukur dari sudut kemampuannya untuk menahan daya
mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atasnya. Jika daya mampatan dan tegangan melebihi
kekuatan sesuatu produk itu, produk itu boleh patah, rosak dan sebagainya. Rajah 2.7 dan 2.8
menunjukkan kedudukan daya mampatan dan tegangan serta faktor kekuatan dalam reka bentuk
meja komputer.

Daya

Mampatan Objek Mampatan

Tegangan

Rajah 2.7 Kategori beban

Daya

Rasuk A Regangan
Rasuk julur yang disokong
dengan sokongan hujung Kasau
terikat dan kasau. Digunakan untuk memberi
sokongan tambahan
Mampatan B kepada rasuk.
Mampatan C
D Regangan

Rajah 2.8 Faktor kekuatan dalam reka bentuk meja komputer

39

Estetika
Estetika merupakan satu perkara yang melibatkan rupa bentuk sesuatu produk. Sesuatu produk
biasanya direka bentuk untuk kelihatan cantik dan canggih supaya dapat menarik perhatian
pengguna. Reka bentuk yang menarik dapat dihasilkan dengan mengaplikasi elemen reka bentuk.
Antara elemen reka bentuk ialah garisan, rupa, bentuk, warna dan tekstur.

BAB 2 1. Garisan Mengufuk Menegak
Terbentuk apabila dua atau lebih titik

bersambung. Penggunaan garisan penting untuk
menghasilkan rupa dan bentuk sesuatu reka
bentuk. Garisan boleh dihasilkan dalam bentuk
lurus, menegak, mengufuk dan melengkung.

Condong Melengkung

2. Rupa

Satu kawasan rata yang dilingkari oleh garisan tertutup. Mempunyai panjang dan lebar tetapi
tidak mempunyai jisim. Rupa boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rupa geometri dan
rupa organik.

Rupa geometri Rupa organik

3. Bentuk
Satu kawasan menonjol yang mempunyai

keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu
permukaan. Bentuk utama terdiri daripada bentuk
piramid, sfera, kubus, silinder dan kon.

Piramid Sfera Kubus Silinder Kon

40

4. Warna
Merupakan satu elemen penting dalam proses reka bentuk. Penggunaan warna yang sesuai

dan menarik dapat memberikan identiti kepada rekaan yang dihasilkan. Terdapat tiga kategori
warna iaitu warna primer, sekunder dan tertier.

(a) Warna primer ialah warna asas yang tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain.

Hijau BAB 2
Biru
Ungu Jingga
Kuning (b) Warna sekunder dihasilkan melalui campuran
Merah dua warna primer.

(c) Warna tertier ialah campuran satu warna
primer dan satu warna sekunder yang duduk
bersebelahan dalam roda warna.

Rajah 2.9 Roda warna

Campuran warna Jadual 2.1 Campuran warna

Biru + Kuning Warna
Kuning + Merah
Hijau
Merah + Biru Jingga
Kuning + Hijau Ungu
Kuning + Jingga Kuning hijau
Merah + Jingga Kuning jingga
Merah + Ungu Merah jingga
Merah ungu
Biru + Ungu Biru ungu
Biru + Hijau Biru hijau

5. Tekstur Tekstur kayu Tekstur batu-bata Tekstur kain
Tekstur ialah rupa dan bentuk
41
sesuatu permukaan. Penggunaan
tekstur yang sesuai dapat memenuhi
fungsi dan keperluan rekaan. Selain
itu, tekstur juga dapat memberikan
nilai tarikan. Contoh tekstur adalah
licin, kesat, kasar, lembut dan tajam.

Bahan
Ketika membuat pemilihan bahan yang hendak digunakan, pereka bentuk perlu mengambil kira
beberapa faktor seperti fungsi, kuantiti produk dan kos. Bahan secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu bahan logam dan bahan bukan logam. Penggunaan bahan yang
betul adalah penting supaya produk yang direka bentuk dapat berfungsi dengan baik. Rajah 2.10
menunjukkan kategori bahan.

Bahan kejuruteraan

BAB 2 Bahan logam Bahan bukan logam

Ferus Bukan ferus Seramik Komposit Polimer

Rajah 2.10 Kategori bahan kejuruteraan

Bahan logam
Logam ferus
Mengandungi besi sebagai kandungan utama. Merupakan bahan penting dan diguna pakai
secara meluas dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Mempunyai sumber yang banyak dan
kepelbagaian penggunaan dari segi sifat mekanikal dan fizikal. Antara kelemahan utama logam
ferus adalah mudah berkarat. Contoh logam ferus ialah keluli dan besi tuang.
(a) Keluli

Keluli ialah campuran utama antara besi dan karbon. Keluli biasanya diklasifikasikan mengikut
kadar kandungan karbon. Terdapat dua jenis keluli utama iaitu keluli aloi dan keluli berkarbon.

(i) Keluli aloi
• Keluli tahan karat
Ciri-ciri : Keras, teguh, tahan karat.
Kegunaan : Sinki, sudu, pisau, kuali, turbin gas, tangki air dan lain-lain.

(ii) Keluli berkarbon
• Keluli berkarbon rendah (kurang dari 0.15% karbon)
Ciri-ciri : Lembut, mulur, teguh, mudah dimesin dan mudah ditempa.
Kegunaan : Badan kereta, kepingan keluli untuk kegunaan, paip, bangunan,

jambatan dan tin makanan.

• Keluli lembut (0.15% - 0.30% karbon)
Ciri-ciri : Kekuatan regangan yang tinggi, kuat dan teguh serta boleh ditempa.
Kegunaan : Digunakan dalam bangunan, paip, jambatan, kepingan keluli, bolt, nat

dan lain-lain.

42

• Keluli berkarbon tinggi (0.7% - 1.4% karbon) BAB 2
Ciri-ciri : Keluli berkarbon yang keras.
Kegunaan : Digunakan untuk membuat spring, roda kereta api dan seumpamanya.

(b) Besi tuang
(i) Besi tuang kelabu
Ciri-ciri : Kekuatan mampatan yang tinggi, kekuatan regangan yang agak rendah,
mudah berkarat dalam keadaan lembap dan basah.
Kegunaan : Paip besar, rangka mesin, kotak gear, komponen enjin, blok enjin.

(ii) Besi tuang putih
Ciri-ciri : Sangat keras tetapi rapuh, kekuatan mampatan yang lebih tinggi daripada besi

tuang kelabu, tahan karat dan lebih tahan geseran.
Kegunaan : Digunakan dalam pembuatan komponen seperti bearing dan gear.

(iii) Besi tuang tempawan
Ciri-ciri : Mulur dan mudah dimesin, sangat keras dan tidak rapuh, kekuatan regangan

yang tinggi.
Kegunaan : Aci engkol, roda, takal, radiator, rivet, gasket dan lain-lain.

Sifat mekanikal logam
• Kerapuhan
Kecenderungan sesuatu logam untuk patah, mudah pecah atau retak apabila dikenakan
hentakan atau ketukan.
• Ketempaan
Kebolehan logam dibentuk melalui kaedah tempaan dan ketukan.
• Kemuluran
Kebolehan sesuatu logam untuk menegang tanpa putus atau pecah apabila ditarik.
• Keanjalan
Keupayaan sesuatu logam untuk kembali ke bentuk asal selepas mengalami perubahan
bentuk akibat tekanan atau daya yang dikenakan.
• Kekuatan
Keupayaan sesuatu logam menahan beban atau daya tanpa perubahan bentuk.
• Kekerasan
Keupayaan sesuatu logam menahan perubahan kekal akibat oleh daya luar.
• Keteguhan
Keupayaan logam untuk mengekalkan kekuatan asal walaupun berlaku perubahan bentuk
yang kekal. Sifat ini berlawanan dengan kerapuhan.

43

Logam bukan ferus
Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mengandungi unsur besi. Antara contoh logam bukan
ferus adalah aluminium, kuprum, loyang dan timah. Rajah 2.11 menunjukkan ciri-ciri dan
kegunaan logam bukan ferus.

Logam bukan ferus

Aluminium Loyang Kuprum Timah

BAB 2 Sifat Sifat Sifat Sifat
Mulur, lembut, ringan, Keras, mudah dimesin, Mulur dan lembut, Mulur, lembut, mudah

mudah dimesin, konduktor haba dan mudah dimesin, dimesin, konduktor
konduktor haba dan elektrik, ringan, tidak konduktor haba dan haba dan elektrik,
elektrik, mudah dituang berkarat, boleh lentur dan elektrik, ringan, mudah ringan, tidak terhakis
dituang dan ditempa, dan mudah ditempa.
dan ditempa. mudah dipateri. tidak berkarat dan
Kegunaan
Kegunaan Kegunaan mudah dipateri. Bahan pateri, piuter.
Pembinaan badan kapal Radiator, alat muzik,
terbang, kuali, rangka Kegunaan
duit syiling. Kabel elektrik, periuk,
tingkap.
sudu, komponen
elektronik

Rajah 2.11 Ciri-ciri dan kegunaan logam bukan ferus

Bahan bukan logam
Bahan bukan logam ialah bahan yang tidak mengandungi unsur logam. Contoh bahan bukan logam
adalah seperti seramik, polimer, komposit dan konkrit.

(a) Seramik
Seramik merupakan satu bahan yang mengandungi atom logam yang diikat kepada atom bukan
logam. Rajah 2.12 menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan seramik.

Seramik

Ciri-ciri Kegunaan

• Keras dan mempunyai kekuatan • Penebat elektrik
mampatan yang tinggi. • Cip komputer
• Komponen elektronik dan
• Penebat haba dan elektrik.
• Contoh: Aluminium oksida, superkonduktor
• Fiber optik
berlian dan silika. • Alatan pemotong
• Perkakasan tandas seperi sinki

dan mangkuk tandas

Rajah 2.12 Ciri-ciri dan kegunaan seramik

44

(b) Polimer
Polimer ialah molekul bersaiz besar hasil daripada gabungan molekul kecil yang dinamakan
monomer. Terdapat dua jenis polimer utama iaitu plastik haba dan polimer termoset. Rajah 2.13
menunjukkan ciri-ciri dan kegunaan polimer.

Plastik haba

Polivinil klorida Akrilat Polistirena BAB 2

Ciri-ciri Ciri-ciri Ciri-ciri
Keras dan teguh pada suhu Keras, lutsinar, mudah mudah cair apabila
bilik. Ringan, penebat asid dimesin. Penebat elektrik. dipanaskan dan mudah
menjadi pejal apabila
dan alkali yang baik. Kegunaan
Kanta, tingkap kapal terbang, disejukkan.
Kegunaan
Baju hujan, khemah, perspek, cermin mata. Kegunaan
konduit elektrik, paip air Bekas makanan dan

dalam bangunan. bekas minuman.

Plastik termoset

Poliester Melamin formaldehid Urea formaldehid

Ciri-ciri Ciri-ciri Ciri-ciri
Kuat, kalis air dan penebat Keras dan kuat Keras, kuat, rapuh dan
elektrik dan haba yang baik penebat haba yang baik.

Kegunaan Kegunaan Kegunaan
Beg, tekstil, pakaian panas, Pinggan mangkuk Soket elektrik, perekat atau

layar kapal. gam kayu.

Rajah 2.13 Ciri-ciri dan kegunaan polimer

(c) Komposit
Dihasilkan apabila dua atau lebih bahan digunakan bersama untuk mendapatkan sifat bahan yang
tertentu. Contoh bahan komposit ialah konkrit yang diperkukuhkan, superkonduktor, gentian kaca,
gentian optik dan gentian kayu.

(d) Konkrit
Merupakan satu bahan penting yang digunakan secara meluas dalam industri pembinaan di seluruh
dunia. Ia ialah hasil campuran beberapa bahan seperti simen, pasir, batu kelikir dan air. Kekuatan
konkrit diukur mengikut perbezaan kadar nisbah campuran bahan-bahan ini.

45

2.3 Proses Reka Bentuk

Penghasilan reka bentuk perlu melalui satu proses yang teliti. Proses ini akan menjadi garis panduan
dalam penghasilan reka bentuk bagi memastikan proses yang lancar.
Sebagai contoh seorang jurugambar menghadapi masalah untuk mengambil gambar yang
terang dalam bangunan. Bagi mengatasi masalah tersebut satu alat pemancar cahaya mudah alih
diperlukan sebagai aksesori tambahan kamera. Sebagai permulaan, satu carta alir proses reka
bentuk perlu dihasilkan. Rajah 2.14 menunjukkan contoh carta alir untuk proses reka bentuk.

BAB 2 PEMANTUL CAHAYA
BOLEH DILIPAT

Mula

Situasi dan masalah MENTOL DENYAR

Brif reka bentuk

Pengumpulan maklumat

Idea awalan

Pemilihan Tidak
idea

Ya TAPAK

Pengembangan idea Ilustrasi 2.1 Reka bentuk mentol denyar kamera
Simbol carta alir
Idea penyelesaian dan perincian
Mula proses dan akhir proses
Membina model Proses am
(tindakan/langkah dalam proses kerja)
Menguji reka bentuk Proses membuat keputusan
Masukan dan keluaran
Pendokumentasian Penyambung proses

Tamat

Rajah 2.13 Carta alir proses reka bentuk

46


Click to View FlipBook Version