PORTFOLIO LAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH EDUP 3153 : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : Nur Jannatul Liyana Binti Rosslan Unit : Bahasa Melayu 2 Ambilan : 5 Pismp Jun 2021
ISI KANDUNGAN :
PENGENALAN DIRI Nama : Nur Jannatul Liyana Binti Rosslan Unit : Bahasa Melayu 2 Ambilan : 5 Pismp Jun 2022 Kod Kursus : EDUP 3153 Subjek : Pentaksiran dalam Pendidikan Pensyarah : Dr Haslina Binti Hanapi No. Angka Giliran : 2021102340265
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia kasihNya,saya dapat menyiapkan kerja kursus EDUP 3153 (Pentaksiran dalam Pendidikan) dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Dr Haslina binti Hanapi kerana telah memberi tunjuk ajar tanpa putus asa ketika saya menghadapi sebarang masalah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat yang dapat meningkatkan semangat saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak dilupakan juga rakanrakan bahasa melayu unit 2 yang sering memberikan bantuan dalam pencarian maklumat yang diperlukan dan berkongsi pandangan serta pendapat kepada saya. Akhir sekali, harapan saya dengan menyiapkan tugasan ini mampu memberikan pengetahuan yang mendalam kepada saya sebagai seorang siswa pendidik dalam menghasilkan tugasan kerja kursus yang sempurna dan berkualiti. Setakat ini sahaja yang saya ingin sampaikan. Sekian, terima kasih.
borang maklum balas
PENGAKUAN PELAJAR Saya Nur Jannatul Liyana Bt Rosslan, No.Kad Pengenalan 030221-07-0588, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Major/Opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Sekolah Rendah dengan ini mengaku bahawa tugasan EDUP 3153 (Pentaksiran dalam Pendidikan) merupakan tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsurunsur plagiat di dalam tugasan ini. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. liyana Nur Jannatul Liyana Binti Rosslan, Pelajar Bahasa Melayu 2.
PENGENALAN Umumnya, wabak covid 19 telah menjejaskan sistem pendidikan negara dan menyebabkan Ujian Pendidikan Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid tahun 6 telah dimansuhkan dan diganti dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran bilik darjah ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan dalam sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran (Pdp). Dalam konteks ini, ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan, perkembangan, kebolehan dan pencapaian seseorang murid. Terdapat dua jenis pentaksiran iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Melalui pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) yang dilakukan dalam sesi Pdp, ianya dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perkara yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang murid. Pelaksanaan PBD juga berpandukan kepada standard kurikulum iaitu standard kurikulum dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) yang telah digubal dalam bentuk modul bagi memudahkan guru-guru untuk membuat rujukan dan menghasilkan pengajaran yang lebih sistematik dan berkesan. Terdapat tiga kaedah pentaksiran yang dapat digunakan semasa melaksanakan pbd iaitu kaedah pemerhatian, kaedah lisan dan kaedah beryulis. Tujuan kaedah pentaksiran ini dilakukan ialah untuk menentukan aspek, aktiviti dan jenis instrument yang akan digunakan untuk mentaksir murid-murid bagi mencapai objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN :
STANDARD KANDUNGAN : 5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. STANDARD PEMBELAJARAN : 5.1.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. iv) Penjodoh Bilangan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Memahami dan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks. Murid dapat mengenal pasti tiga daripada enam penggunaan penjodoh bilangan berdasarkan gambar dengan betul. 1. Murid dapat menyatakan tiga daripada lima jenis penjodoh bilangan berdasarkan petikan yang diberikan dengan betul. 2. Murid dapat membina ayat sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul dan tepat. 3. KRITERIA KEJAYAAN :
KAEDAH-KAEDAH PENTAKSIRAN Melalui pentaksiran yang telah dibuat, terdapat tiga jenis kaedah pentaksiran yang dapat digunakan untuk mentaksir murid-murid. Antaranya ialah melalui kaedah lisan, kaedah penulisan dan kaedah pemerhatian. Tujuan Pentaksiran secara lisan yang dilakukan ke atas murid ialah untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam Kemahiran komunikasi dan mendapatkan maklumat serta merta tentang kebolehan kefahaman murid dan aras pengetahuan seseorang murid. Selain itu, tujuan pentaksiran secara lisan dilakukan juga adalah untuk mengenal pasti amalan dan tingkah laku murid-murid di dalam kelas. Pentaksiran secara bertulis juga berlaku apabila guru ingin mengesan perkembangan murid dari segi intelek dan beberapa Kemahiran yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid sendiri. Antara Kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid yang telah ditetapkan ialahmurid perlu menulis dan membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan yang telah diperolehi. Akhir sekali ialah pentaksiran secara pemerhatian. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dibina dengan tujuan untuk mencapai objektif dan kriteria yang telah ditetapkan, guru boleh membuat pentaksiran ke atas murid dari aspek perlakuan murid, amali, Kemahiran belajar murid dan Kemahiran bersosial.
STRATEGI PENGAJARAN LANGKAH 1
LANGKAH 1 : Aktiviti Pengajaran : Siapa Kena, Dia Teka! Kaedah : Belajar sambil Bermain Bahan Bantu Mengajar : Lampu Ajaib, Fries Kit Murid-murid mendengar penerangan guru berkaitan permainan “Lampu Ajaib” yang akan dilakukan. 1. Apabila irama muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki untuk memberikan “Lampu Ajaib” tersebut kepada rakan sebelah mengikut kedudukan murid dan perbuatan tersebut akan diulangi sehingga muzik diberhentikan. 2. Murid yang memiliki lampu Ajaib ketika muzik diberhentikan dikehendaki untuk mencabut satu kepingan gulungan kertas daripada “Fries Kit”. 3. Murid tersebut dikehendaki untuk meneka penjodoh bilangan berdasarkan gambar yang telah diperolehi di hadapan kelas. 4. Aktiviti ini akan diulangi sehingga kesemua gulungan kertas dalam “Fries Kit” sudah dibuka dan dijawab. 5.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN DALAM LANGKAH 1 :
Pentaksiran melalui kaedah anekdot digunakan untuk mencatat hasil pentaksiran dan maklumat seseorang murid secara sistematik dan menyeluruh. Kaedah ini kebiasaannya dijalankan secara tidak langsung dan bukannya bertujuan untuk membandingkan murid dengan murid lain. Rajah di sebelah merupakan catatan anekdot bagi mata pelajaran bahasa melayu ke atas seorang murid tahun 3 Jebat. Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian Instrumen Pentaksiran : Catatan Anekdot
Rubrik : Nota anekdot mengandungi pemerhatian terhadap peristiwa semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian anekdot ini dibuat sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa tersebut dapat dilihat secara objektif dan tidak tercicir. Pada mulanya, guru akan menulis catatan anekdot terhadap murid yang dikehendakinya secara objektif kemudian mengenal pasti sama ada peristiwa tersebut penting ataupun tidak. Kemudian, guru akan memberikan justifikasi kepada aspek perkembangan murid. Peristiwa yang berlaku semasa proses Pdp akan dicatat mengikut urutan dan selesai sahaja pemerhatian dibuat, guru akan mula mencatat hasil pemerhatian. Antara maklumat yang diperhatikan dan dicatat dalam catatan anekdot ialah tahap penguasaan murid, perkembangan, potensi, sikap dan nilainilai yang murid tunjukkan. RUBRIK INSTRUMEN ANEKDOT:
Melalui instrumen pentaksiran soal jawab antara guru dengan murid ianya boleh meningkatkan kefahaman murid tentang isi pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menyelesaikan keraguan murid tentang isi pembelajaran dengan menanyakan terus perkara yang tidak difahaminya. Rajah di sebelah merupakan jangkaan jawapan murid dan guru melalui soal jawab antara seorang guru dan murid-murid ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kaedah Pentaksiran : Lisan Instrumen Pentaksiran : Soal Jawab Murid dengan Guru
Rubrik : Soal jawab antara guru dengan murid merupakan satu cara untuk menguji kefahaman murid tentang isi pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, guru perlu berinteraksi dengan murid-murid melalui teknik penyoalan dan membuat penilaian secara teliti dengan memberi komen terhadap respons yang telah diberikan oleh murid-murid untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui kaedah ini, guru perlu merekodkan semula jangkaan jawapan murid dan contoh komen guru untuk menguji kefahaman murid akan isi pembelajaran yang telah disampaikan. RUBRIK INSTRUMEN SOAL JAWAB ANTARA MURID DENGAN GURU:
STRATEGI PENGAJARAN LANGKAH 2
LANGKAH 2 : Aktiviti Pengajaran : Surat Misteri Kaedah : Perbincangan dalam Kumpulan Bahan Bantu Mengajar : Pop The Balloon, Peti Surat Misteri Murid-murid diminta untuk mencabut batang aiskrim berwarna yang terdapat di dalam bakul misteri. Murid-murid dikehendaki untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing berdasarkan warna di hujung batang aiskrim yang telah diperolehi. 1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar seorang wakil untuk memecahkan belon yang terdapat di hadapan kelas. 2. Setelah wakil kumpulan tersebut memperoleh nombor di dalam belon yang telah dipecahkan, murid tersebut dikehendaki untuk membuka surat misteri di hadapan kelas. Secara berkumpulan, murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan petikan yang terdapat dalam sampul surat yang telah diperolehi dengan menggunakan penjodoh bilangan yang diketahui. 3. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menulis semula petikan yang lengkap dengan penjodoh bilangan di atas kertas sebak yang telah diberikan .Setiap kumpulan dikehendaki menghantar dua orang wakil untuk membacakan semula petikan tersebut di hadapan kelas. 4.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN DALAM LANGKAH 2 :
Berdasarkan rajah atas, pentaksiran dalam langkah 2 dibuat secara lisan iaitu dengan menggunakan instrumen pentaksiran secara lisan antara murid dengan murid mendapatkan penjelasan dan kefahaman tentang aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan.
Rubrik : Kaedah Pentaksiran secara lisan iaitu murid dengan murid ini berlaku semasa penerangan seorang murid kepada rakan-rakannya dalam aktiviti berkumpulan. Murid ini juga boleh membuat penilaian kendiri semasa berbincang dengan rakan-rakannya. Melalui kaedah yang digunakan juga ianya dapat menggalakkan murid-murid untuk berkongsi pendapat dan mengembangkan idea malahan juga menerapkan kemahiran komunikasi antara murid dengan murid dan RUBRIK INSTRUMEN LISAN MURID DENGAN MURID:
STRATEGI PENGAJARAN LANGKAH 3
LANGKAH 3 : Aktiviti Pengajaran : Gunting, Susun dan Jawab Kaedah : Pair, Think and Share (Berpasangan) Bahan Bantu Mengajar : Telur Katak Penjobi, Lembaran Kerja Murid Murid-murid dibahagikan secara berpasangan mengikut kedudukan tempat duduk murid dan mendengar penerangan ringkas daripada guru mengenai aktiviti “Gunting Kaki Awan” yang akan dilakukan. 1. Guru meminta seorang wakil Sahaja daripada setiap pasangan untuk tampil ke hadapan kelas. Murid-murid tersebut dikehendaki untuk menggunting lima telur Ong Si Katak secara bergilir-gilir. 2. Murid-murid diminta melengkapkan lembaran kerja dengan cara menampal gambar buah-buahan yang telah diperolehi pada bahagian gambar dan dikehendaki untuk meneka penjodoh bilangan dan membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan tersebut pada lembaran kerja yang telah diberikan 3. 4.Guru akan membimbing murid-murid sepanjang aktiviti murid dijalankan.
INSTRUMEN PENTAKSIRAN DALAM LANGKAH 3 :
Rajah di sebelah merupakan lembaran kerja murid. Lembaran kerja ini memberi fokus kepada aktiviti membina ayat dengan menggunakan lima penjodoh bilangan bagi buah-buahahn. Kaedah Pentaksiran : Penulisan Instrumen Pentaksiran : Lembaran Kerja Murid Melalui Pentaksiransecara penulisan iaitu dengan menggunakan instrumen pentaksiran lembaran kerja murid ianya dapat menguji kefahaman dan perkembangan seseorang murid tentang isi pembelajaran yang dipelajarinya dalam mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
RUBRIK INSTRUMEN lembaran kerja murid: Rubrik Penskoran Lembaran Kerja Murid Rubrik ini merupakan rujukan guru untuk menentukan kefahaman murid sepanjang sesi Pengajaran dan pembelajaran.
Rajah di sebelah merupakan senarai semak murid-murid kelas 3 Jebat. Dalam senarai semak ini, murid-murid akan diperhatikan dengan teliti mengikut aspek-aspek yang telah diperincikan yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid. Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian Instrumen Pentaksiran : Senarai Semak Melalui penggunaan instrumen pentaksiran senarai semak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat membantu guru dalam mengukur dan meneliti kemajuan, perkembangan dan pencapaian seseorang murid sama ada menguasai atau tidak menguasai hasil pembelajaran sepanjang aktiviti Pdp dijalankan.
RUBRIK INSTRUMEN SENARAI SEMAK:
PENUTUP Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa perancangan guru yang lebih sistematik dapat memastikan keputusan pentaksiran yang dilakukan mempunyai kesahan dan keboleh percayaan yang lebih tinggi serta bermakna kepada guru-guru dan murid-murid. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah ke atas murid-murid. Melalui pentaksiran bilik darjah yang dilakukan, guru dapat mengetahui aras dan kelemahan murid-murid melalui kaedah instrumen yang telah digunakan. Tambahan lagi, melalui pentaksiran juga, guru dapat melihat kemajuan, perkembangan dan tahap murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada murid-murid memahami dan mampu menguasai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Dalam konteks ini, guru perlulah sentiasa berusaha dalam meningkatkan kualiti pengajaran supaya pembelajaran murid-murid lebih berkesan. Oleh itu, jelaslah bahawa pentaksiran bilik darjah sangat penting dan wajar untuk dilakukan ke atas murid supaya pembelajaran murid-murid lebih berkesan dan berkembang.
SEKIAN, TERIMA KASIH