The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHASILAN BUKU LOG PPIM - NUR JANNATUL LIYANA BINTI ROSSLAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jannatul Liyana, 2024-03-19 03:34:17

BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM

PENGHASILAN BUKU LOG PPIM - NUR JANNATUL LIYANA BINTI ROSSLAN

BBUUKKUULLOOGG UUNNIITTBBEERRUUNNIIFFOORRMM PPEERRGGEERRAAKKAANNPPUUTTEERRII IISSLLAAMM MMAALLAAYYSSIIAA ((PPPPIIMM)) Nama : Nur Jannatul Liyana Binti Rosslan Ambilan : Pismp Semester 5 Opsyen : Bahasa Melayu 2 Subjek : MPU 3461a Kokurikulum (Unit Beruniform)


ISI KANDUNGAN 3 4 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 28 31 48 51 56 64 70


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia kasih-Nya,saya dapat menyiapkan kerja kursus MPU 3461a (Kokurikulum UB Pergerakan Puteri Islam Malaysia 1) dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan.Sekalung penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah-pensyarah pembimbing sayakerana telah memberi tunjuk ajar tanpa putus asa ketika saya menghadapi sebarang masalah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.Beliau juga sering meluangkan masa untuk memberikan bimbingan dan nasihat yang baik dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat yang dapat meningkatkan semangat saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan PPIM yang sering memberikan bantuan dalam pencarian maklumat yang diperlukan dan berkongsi pandangan serta pendapat kepada saya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, harapan saya dengan menyiapkan tugasan ini mampu memberikan pengetahuan yang mendalam kepada saya sebagai seorang siswa pendidik dalam menghasilkan tugasan kerja kursus yang sempurna dan berkualiti. Setakat ini sahaja yang saya ingin sampaikan. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN


Nama : Nur Jannatul Liyana Binti Rosslan Tarikh Lahir : 21 Februari 2003 No Kad Pengenalan : 030221-07-0588 No.Telefon : 011-10744903 Alamat : No. 148, Taman Melor, Lorong Melor 2/1, 06700 Pendang, Kedah. Program : Pismp Ambilan Jun 2021 Unit : Bahasa Melayu 2 Angka Giliran : 2021102340265 Pensyarah : 1.Dr Azizah Binti Hussin 2.Dr Shamsiah Binti Daud Jawatan : Ahli Aktif BIODATA DIRI


FALSAFAH Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, Rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, Masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.


TUJUAN Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteriputeri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.


MATLAMAT Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabungjalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut • Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. • Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. • Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. • Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. • Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.


OBJEKTIF Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dan kalangan para pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut : Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak mulia, dan berbakti kepada masyarakat. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat. Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.


LOGO PERGERAKAN PUTERI ISLAM (PPIM) Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA'' Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan: “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


PENGERTIANWARNA PADA LOGO (PPIM) Hijau Agama (Taqwa) Samar Keharmonian dan Kelembutan Putih (Kesucian) Kuning Ketaatan dan Kesetiaan


BENDERA Bendera PPIM berbentuk segi empat, berwarna merah jambu, dan di tengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah satu pertiga daripada ukuran bendera. PETUNJUK WARNA : Merah Samar : Keharmonian dan Kelembutan Hijau : Agama Dimana taqwa sebagai teras Putih : Kesucian Kuning : Ketaatan dan Kesetiaan


COGAN KATA PPIM BERILMU, BERIMAN, BERAMAL.


LAGU Puteri lembaga islam riang gembira, Tetap taat kepada Allah dan Raja, Berkorban untuk agama dan negara, Dunia akhirat mendapat bahagia. Berusaha mencari pengetahuan, Berbakti membuat kebajikan, Belajar mencapai kemajuan, Bersemangat penuh keimanan. Puteri lembaga islam riang gembira, Tetap taat kepada Allah dan Raja, Berkorban untuk agama dan negara, Dunia akhirat mendapat Bahagia.


IKRAR Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan: · Taat kepada Allah , Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibu bapa, · Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak, · Membangunkan diri dengan sempurna · Mengukuhkan silaturahim sesama puteri · Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara.


SULUH KATA PPIM P- Patuh kepada ibubapa U- ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan AlHadith T- Taat kepada Allah dan Rasul E- Erat Ukhuwah Islamiyah R- Rela berbakti kerana Allah I-Iman dipupuk ilmu dituntut I-Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun) S-Solat ditunai setiap waktu L-Larangan Allah dijauhi A-Akhlak mulia pengukuh keimanan M-Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan.


SEJARAH Pada tahun 1960-an, Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia mula diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu (LKPI) yang dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong pertama, Tunku Kurshiah. Ketika itu, keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah dan kurikulumnya hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman iaitu Toh Puan Norashikin Mohd Seth telah dilantik sebagai Yang Dipertua PPIM pertama. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerjakerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. Pada 8 April 2000 pula, PPIM telah dilancarkan ke peringkat institusi pengajian tinggi oleh Datin Seri Endon Mahmood.


PERLEMBAGAAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


PERLEMBAGAAN Pada mematuhi subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seper Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Puteri Islam yang selepas ini disebut sebagai Persatuan sahaja.


PERLEMBAGAAN PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN 1.1. Nama : Pergerakan Puteri Islam 1.2. Di alamat : PERATURAN 2 : MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek PERATURAN 3 : OBJEKTIF 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2. Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya berusaha untuk mencapaitahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.


PERLEMBAGAAN PERATURAN 4 : KEAHLIAN 4.1. Dibuka kepada semua murid beragama Islam (perempuan) 4.2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan danakan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini PERATURAN 5 : PENASIHAT 5.1. Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) 5.2. Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3. Guru Penasihat hendaklah sen asa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.


PERATURAN 6 : AHLI JAWATAN KUASA 6.1 Dilantik semasa mesyuarat agung. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. 6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. 6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. 6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada :- 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Bendahari 6.6.5Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)


PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7. 1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan miniy mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.


PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7. 3 Setiausaha 7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 7.3.2Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 7.4 Bendahari 7.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 7.4.3 Menyediakan Pernyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.


PERATURAN 8 : KEWANGAN 8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak RM 20.00 seorang bagi satu semester. 8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. 8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang semester. 9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotang markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.


PERATURAN 10 : AKTIVITI 10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN 12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1 Amaran Lisan 12.2.2 Amaran Bertulis 12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.


PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 3.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mensyuarat khas yang akan dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN 114.1 Guru Besar diberi kuasa untuk mebubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung tergempar.


PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa senarai AJK di atas adalah mematuhi subseksyen 6.1.1 dalam artikel enam dan perlantikan mereka mematuhi subsekyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam undang-undang dan peraturan-peraturan persatuan.


VISI & MISI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


VISI Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.


MISI Memperlihatkan kepada puteri kebenaran AlQuran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui programprogram yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


BIDANG KURIKULUM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


BIDANG KURIKULUM A. Pengisian Kurikulum - 8 Bidang Asas Aktiviti PPIM


Setiap rancangan mestilah : Mengikut keutamaan dan keperluan Ahli Puteri Ke arah pencapaian matlamat (jangka pendek dan jangka panjang) Diusahakan oleh pemimpin mahir / berketrampilan Merangkumi program tahunan, bulanan dan mingguan Susunannya sistematik dan mudah diubahsuai Tentukan strategi yang sesuai (berdasarkan kos, masa, tempat dan kebersanan) Bersifat sederhana dan praktikal Mempunyai penyeliaan yang teratur Adakan penilaian B. PROSES PELAKSANAAN 1.PERANCANGAN PROGRAM :


Setiap rancangan mestilah : Gabungjalinkan sekurang-kurangnya 4 aspek / bidang dalam sesuatu aktiviti. Kaitkan (Integrasi) ilmu dengan Al-Quran dan Hadith Latihan formal dan tidak formal melalui aktiviti yang mencabar dan menarik. Lengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. 2. PENYEDIAAN MODUL :


Setiap rancangan mestilah : Mulakan dengan tatacara perjumpaan. Berpandu kepada rancangan pengajaran (RPT & RPM). Penilaian boleh dibuat pada masa yang sama. Cara menjalankan aktiviti boleh dibuat secara individu / kelompok, pasukan / kumpulan dan dinilai secara individu / kelompok. Ambil kira unsur gabungjalinan. Galakkan program bersepadu. B. PROSES PELAKSANAAN 3. PELAKSANAAN:


Setiap rancangan mestilah : Aktiviti pelajar dirakam dalam buku log. Laporan aktiviti oleh guru. Penilaian mesti selesai pada bulan September. Laporan aktiviti Tahunan. Dokumentasi dan Data. B. PROSES PELAKSANAAN 4. PROSEDUR PELAKSANAAN:


Supaya aktiviti tidak membosankan. Supaya aktiviti mudah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian (praktikal) i. Tujuan : C. PENGGABUNGJALINAN ii. Elemen yang perlu digabungjalin:


Rancangan Tahunan (RPT) - Puteri Bongsu D. RANCANGAN TAHUNAN (RPT)


-Puteri Bongsu D. RANCANGAN TAHUNAN (RPM) Pasukan : 1 Bilangan Ahli : 24 Orang Tahap : Puteri Bongsu Tarikh : 21 Februari 2024 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang (2 jam) Tajuk/Tema: Pendidikan Kesihatan Remaja (Puteri Sihat Anggun Bergaya”


Rancangan Tahunan (RPT) - Puteri Kecil D. RANCANGAN TAHUNAN (RPT)


-Puteri Kecil D. RANCANGAN TAHUNAN (RPM) Pasukan : 1 Bilangan Ahli : 10 Orang Tahap : Tengah Tarikh : 21 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang (1 jam) Tajuk/Tema: Rumahku Syurgaku


PERSIJILAN JURULATIH (PPIM)


KURSUS KEPIMPINAN & KEJURULATIHAN BAGI GURU / PENSYARAH PEMIMPIN


SIJIL DAN TAULIAH PEMIMPIN TAULIAH JURULATIH


Click to View FlipBook Version