Majlis
Sanjungan Budi
Lambaian Kasih
PUAN HAJAH NIK HASLINDAR BINTI CHE HAMID
26.12.2007 - 28.02.2020
SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA
JALAN KINRARA 5B
47180 PUCHONG SELANGOR
Biodata
Puan Hajah Nik Haslindar Binti Che Hamid
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara
Puan Hajah Nik Haslindar Binti Che Hamid merupakan anak kepada Tuan
Haji Che Hamid bin Che Hasan dan pasangannya Hajah Tuan Hamidah Binti
Raja Salleh. Beliau merupakan anak keturunan darah campuran Melayu,
Siam dan Arab. Beliau merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik
beradik. Beliau dilahirkan di Pasir Emas, Kelantan pada 26 Jun tahun 1971.
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera di UKM, Bangi. Beliau mula
berkhidmat dalam bidang pendidikan pada 2 Mei 1997. Sekolah pertama
tempat beliau bertugas sebagai pegawai pendidik adalah di SMK Putrijaya,
Jalan Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Pada tahun 2002, beliau telah bertukar
tempat bertugas ke SMK Desa Petaling, Kuala Lumpur (2002-2006). Tahun
berikutnya iaitu tahun 2007, Puan Hajah Nik Haslindar binti Che Hamid
mula bertugas di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara sehinggalah ke hari ini 28
Februari 2020.
Puan Hajah Nik Haslindar binti Che Hamid telah berkahwin dengan Encik
Kamaruzzaman bin Othman pada 26 Mei 1997. Mereka telah dikurniakan
empat orang anak.
Pencapaian & Sumbangan
Puan Hajah Nik Haslindar Binti Che Hamid
Di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara
Dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknikal Koakademik Bahasa
Melayu pada tahun 2008
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010
Dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Bahasa
pada 1 Januari 2012
Pembimbing pasukan bicara berimara (Johan Daerah)
Jurulatih pasukan Pidato sekolah mendapat tempat ke-3
peringkat negeri
Dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada 13
November 2017
Meneraju Pencapaian terbaik dalam pasukan sekolah
antaranya termasuklah :
- Kejohanan Taekwondo (Antarabangsa)
- Kejohanan WeiQi-Go (Antarabangsa)
- Drama Bahasa Inggeris (Peringkat Kebangsaan)
- Kejohanan Squash (MSSS)
- Kejohanan Ragbi (MSSD)
Atur Cara Majlis
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
Puan Hajah Nik Haslindar Binti Che Hamid
07:30 Pagi
- Perarakan masukbarisan pentadbir bersama wakil PIBG
- Bacaan Doa oleh : Cikgu Mohd Haikal bin Mohd Zain
- Ucapan Dari Wakil Murid : Ketua Murid/Pengawas 2020
- Ucapan Dari Pengetua : En Abdul Rahim bin Khalid
- Ucapan Dari Yang Diraikan : Pn. Nik Haslindar binti Che Hamid
- Persembahan dari murid
- Penyampaian Cenderamata daripada:
Timbalan ketua murid mewakili hadiah dari murid-murid
Ketua Murid mewakili Badan Pengawas
Ketua PRS mewakili pengawas PRS
Ketua pengawas PSS mewakili pengawas PSS
Ketua Pengawas Inventori mewakil pengawas inventori
Ketua pengawas koperasi mewakili pengawas koperasi
GKMP Sains Matematik mewakili Bidang Sains & Matematik
GKMP Kemanusiaan mewakili bidang Kemanusiaan
GKMP Teknik & Vokasional mewakili bidang Teknik & Vokasional
GKMP Bahasa mewakili bidang Bahasa
YDP PIBG mewakili PIBG
Pengetua selaku wakil dari Bilik Disiplin, koperasi dan Kelab Staf
Pengetua selaku wakil dari semua Pentadbir
Salam Perpisahan Barisan Pengawas
Salam Perpisahan dari Murid- Murid Tingkatan 5
Jamuan Guru di Bilik Wawasan